Tuesday, July 23, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 4


“Reen!” panggil Amanda kuat.

Yup,” sahut Reen acuh tak acuh. Mata dia masih tertancap di skrin komputer.

“Pastri untuk hotel dah hantar ke?” tanya Amanda.

On the way. Aku tengah buat senarai ni. Nak samakan dengan PO yang diaorang bagi. Nanti bising pula Lydia, nak buat invois bagai. Kalau tak lengkap, aku juga yang kena,” jawab Reen sambil memandang ke hadapan.

Aikkk… mana tuan punya suara ni? Dia tak cakap sorangkan tadi? Reen menggaru kepala.

“Ada kutu ke?” sergah Amanda.

“Kusss… semangat. Kau ni pagi-pagi dah buat jantung aku terloncat tau. Boleh pendek umur macam ni. Tak reti nak bagi salam ke, Cik Amanda oiii!” Reen mengurut dada. Terperanjat dek kelibat Amanda yang muncul tiba-tiba dengan tepung bertepek sana sini di muka. Mahu tak terkejut dia.

“Hello, Cik Nada Qaireen! Dah banyak kali aku bagi salam. Kau tu je yang tak dengar, khusyuk sangat,” balas Amanda. Dia menarik kerusi di hadapan meja kerja Reen.

“Ya ke? Kenapa aku tak dengar?” Reen tersengih ke arah Amanda.

“Salam yang aku bagi memang kau tak dengar. Tapi pasal order-order ni kau dengar pula kan. Telinga lintah. Maklumlah pekerja cemerlang,” giat Amanda.

“Eh! Kau baru tahu ke aku pekerja cemerlang? Kalau tak bagi komitmen kat syarikat nanti bos marah pula,” usik Reen pula. Meletus ketawa kedua-duanya. Hilang tekanan.

“Sekejap-sekejap, lintah ada telinga ke?” Reen buat muka tanda soal.

“Hoi makcik, Itu peribahasalah! Kata aje BM A campur. Jangan nak blur sangat eh pagi-pagi ni.” Amanda melemparkan pemadam pada Reen.

Reen mengelak dan ketawa halus.

“Kau ni. Aku baru nak buat muka suci tau,” Reen tersengih memandang Amanda.

“Iyalah. Kau kan memang cemerlang, terbilang, kerja semua tip top, suci hati lagi. Siapa lagilah yang aku nak harapkan. Kalau tak ada mulut becok ni tak majulah kedai ni,” balas Amanda saja buat-buat sedih, biar Reen terharu.

“Dah, dah. Jangan nak berdrama pula. Ni apasal tepung penuh kat muka?” soal Reen. Muka Amanda dibelek penuh minat.

“Aku kat dapur tadi. Tengok-tengok persiapan yang diaorang buat untuk majlis Cik Wani lusa nanti. Abang aku tiba-tiba telefon tanya pasal pastri. Tu yang aku kelam kabut cari kau. Sampai tak sempat nak cuci tangan tapi aku tetap cantikkan?” jawab Amanda panjang lebar sambil menari-narikan kening dia.

Hesy… sempat lagi nak puji diri sendiri,” Reen mencebikkan bibir.

Well, you do know me,” balas Amanda semula.

I do. Tapi kenapa abang kau telefon? Macam tak biasa pula. Kita tak pernah hantar lewatkan?” tanya Reen pelik.

“Kau tak semak planner kau ke? Hari ni kan dah mula Seminar Pelaburan Antarabangsa kat Hotel Amazon. Banyak delegasi dari luar negara. Abang aku tak nak ada lopong sana sini, terutama makanan.”

Kelam kabut Reen menyelak buku notanya. Kemudian dahi di tepuk berkali-kali.

Don’t tell me you didn’t write it?” soal Amanda.

My bad. Aku tulis tapi esok bukan hari ni. Ni semua pelanggan VIP kau punya pasallah. Sampai aku tersalah tulis tau,” jawab Reen selamba menyalahkan Cik Wani.

“Kuat juga penangan perempuan tu kan.” Amanda ketawa. Kesian Cik Wani. 

“Jangan seru-seru nama dia boleh tak? Buatnya dia muncul, seriau.” Reen menjungkitkan bahu sambil kepala digeleng laju.

Amanda hanya tertawa lucu.

Hesy… kau ni. Aku kena seru juga nama dia. Ada separuh lagi dia belum bayar,” jawab Amanda berungguh-sungguh.

“Bagus sangatlah tu. Nanti dia datang kau layan. Kau aje yang boleh layan perempuan tu,” balas Reen. Siapa nak cari bala layan perempuan cerewet macam tu. Tak kuasa.

“Huh! Ini pun satu hal lagi. Today, you have to entertain her. Aku kena pergi hotel. Abang aku suruh. Lagi pun dah lama sangat aku tak tunjuk muka. Papa aku pun dah bising. Boleh eh, Reen?” Amanda mengerdip-ngerdipkan matanya. Buat muka paling comel.

“Allah… kenapa aku? Lydia mana?” soal Reen semula.

“Lydia kena jumpa pembekal. Kes barang-barang yang tak cukup tu, kau ingatkan? Diaorang kata kita tak buat bayaran sebab itulah tak semua barang-barang yang kita pesan dihantar,” jelas Amanda.

“Setahu aku setiap hujung bulan, Lydia akan bagi cek pada pemandu van. Macam mana pula diaorang boleh cakap kita tak bayar? Pelik.” soal Reen semula.

“Kena songlap. Susah bila kita berurusan dengan orang yang tak jujur. Itu yang aku minta Lydia sendiri pergi ke sana bagi cek pada pembekal,” jawab Amanda.

“Cek tu cek berpalangkan? Boleh tunaikan jugak ke?” soal Reen semula.

“Orang kalau nak menipu, macam-macam cara dia boleh buat. Alamak! Aku dah lambat ni. Kang kena tazkirah percuma jek. Aku blah dululah. Kau layan elok-elok perempuan tu. Make sure she pays. Kalau tak aku potong gaji kau.” Terkocoh kacah Amanda bangun. Sempat lagi dia mengusik Reen. Kakinya laju melangkah ke bilik sebelah. Beg sandang Prada dan kunci kereta di atas meja segera dicapai.

You’re the boss!” jerit Reen. Eee… masa nilah korang berdua ada hal. Saja nak pedajal dialah tu. Ya Allah, ya Tuhanku! Kau lembutkanlah hati Cik Wani. Janganlah perempuan tu buat perangai diva. Amin ya rabbal alamin. Reen meraup mukanya.

“Amanda! Dah kat mana?” soal Adwan. Suaranya tinggi satu oktaf.

Amanda menjauhkan telinganya dari telefon bimbit. Eee… Along ni boleh pekak telinga dia.

“Assalammualaikum, Along,” sindir Amanda.

“Waalaikummussalam,” jawab Adwan mendatar. Sedar dia alpa. Main terjah aje. Dia tengah serabut. Banyak benda nak kena fikir bila menguruskan seminar besar macam ni.

“Orang baru keluar kedai ni,” jawab Amanda lembut.

What?” suara Adwan naik satu oktaf semula.

“Allah! Along ni kalau tak jerit-jerit tak boleh ke? Cair taik telinga tau,” usik Amanda saja nak kendurkan suasana. Dia tahu dia dah lambat. Sambil itu dia berlari anak mendapatkan kereta dia yang diparkir di hujung bangunan.

“Ouchhh… maaf.” Amanda tunduk mengutip kunci keretanya yang jatuh tanpa memandang orang yang dilanggar tadi. Dia terus berlari anak. Telefon bimbit masih melekap di telinga.

“Lain kali kalau nak telefon jangan sambil berlari!” jerit orang yang dilanggar tadi.

Amanda hanya mengangkat tangannya tanpa berpaling ke arah pemilik suara itu.

Sesampai di kereta, Amanda terpandangkan kereta Audi R8 hitam yang diparkir sebelah keretanya. Macam kenal. Entah-entah yang dia langgar tadi… Akid. Dia meninjau ke kaki lima bangunan. Tak ada pun. Bukan kut. Dia menjungkitkan bahu. Enjin kereta dihidupkan.

“Along, kita sambung kat hotel nanti. Tadi pun Amanda dah terlanggar orang. Suara Along tu kuat sangatlah. Assalammualaikum.” Amanda terus mematikan talian tanpa sempat Adwan menjawab.

Adwan mendengus geram. Telefon bimbit di tangan rasa macam nak dibaling aje. Satu perangai Amanda yang dia tak boleh kompromi langsung, suka mengelak bila ada buat salah. Nasib badanlah dapat adik perangai tak semenggah ni. Adwan tersenyum kelat.

Sementara menunggu Amanda sampai, Adwan dengan ditemani Rina, pembantu peribadinya sempat meninjau keadaan dewan yang akan digunakan untuk seminar, susun atur ruang makan yang disediakan dan meneliti tentatif seminar tersebut agar semuanya berjalan lancar. Ada yang tidak kena dimatanya ditegur. Habis semua pekerja dikerahnya untuk berikan yang terbaik. Tak ada yang terkecuali.

Sedang Adwan leka memerhati semua pekerja bekerja, terasa ada sesuatu menjalar di tengkuk. Di tepis-tepis benda yang mengganggu tumpuannya. Semakin ditepis semakin menjadi-jadi pula benda tu menjalar.

Hesy…” gumam Adwan keras. Tiba-tiba telinga dia menangkap suara ketawa di belakang. Dia berpaling. Dilihat Amanda galak ketawa sambil menekan perut. Di tangan Amanda ada secarik bulu ayam.

“Zulfa Amanda! What are you trying to do? This is not funny, okay!” marah Adwan. Suaranya sedikit meninggi.

“Along ni, gurau sikit pun tak boleh,” lemah Amanda menjawab. Dia bermain dengan jari jemarinya. Gugup bila dengar suara Adwan naik satu oktaf.

Look here, young lady. Just bear in mind, we are working here not playing!”

Copy that.”

Well, what took you so long to get here?” soal Adwan.

“Ada hal sikit dekat kedai. Lagipun jalan pun sesak tadi. Maaf.”

“Lain kali jangan buat lagi. Time is money. Papa pun dah banyak kali cakap kat kita kan? Dahlah banyak kerja kat atas tu” nasihat Adwan tegas.

My bad. Sorry again. So, shoot.” Amanda tersenyum. Dia tahu Adwan kalau pasal kerja memang fokus. Guraulah macam mana pun, memang dia boo layan. Sama macam Reen. Bolehlah kenenkan diaorang ni.

Keep your smiles.” Amanda terkedu. Ketara sangat ke.

“Sekarang Along nak Amanda pergi dapur jumpa Chef Amir. Mr. Rama will accompany you. He is our F & B Manager. Rina, panggil Mr. Rama turun sekarang. Saya dah beritahu kat dia pagi tadi,” arah Adwan tegas.

Rina angguk dan beredar.

“Banyak benda yang Amanda boleh belajar dengan dia nanti. Macam mana nak pastikan standard perkhidmatan yang kita bagi bagus, nak kekalkan kualiti makanan yang disediakan dan persembahan makanan yang tinggi, macam mana nak tangani aduan pelanggan. Communication skill. He got a lot of experience” terang Adwan panjang lebar.

“Eee… orang tahulah. Ada belajar dulu. Along lupa ke? Lagi satu, sama aje kut dengan uruskan Lovely Bakery tu,” balas Amanda tak mahu kalah.

“Zulfa Amanda!”

Amanda kaget. Diam tak berkutik.

Terbuntang mata Adwan memandang adiknya. Panas hati dia bila Amanda terang-terangan memperlekehkan arahannya.

Please be serious! Itu teori. Mana nak sama dengan realiti. Jangan ingat apa yang kita belajar dulu sama dengan keadaan sebenar. Macam-macam benda boleh berlaku. Upside down. Semua tu tak di ajar masa kat u,” tegas Adwan.

Amanda hanya mengangguk-anggukkan kepala. Kagum dengan Adwan. Semua benda dia tahu. Memang patut abangnya dilantik sebagai Pengurus Besar Amazon Berhad.

Calm down, young man. That’s too much,” tepuk Mr. Rama di bahu Adwan. Cepat-cepat dia mencelah. Takut kemarahan Adwan berpanjangan. Dia pun segan sebenarnya dengan pujian yang Adwan berikan.

She deserves it mister,” balas Adwan. Bahu Mr. Rama pula ditepuk.

So, is this the beautiful young lady? Suite her,” tanya Mr. Rama sambil memandang ke arah Amanda. Cantik walaupun bertudung. Baju bercorak leopard dan kain kembang hitam dipadankan dengan kot hitam labuh bertali dan tudung juga bercorak leopard. Terserlah gaya seorang wanita korporat.

Amanda hanya tersenyum dan menundukkan kepala sedikit. Segan. Dia perasan Mr. Rama memerhatikan dia dari atas ke bawah.

Well Mr. Rama, please meet my one and only beautiful and beloved sister, Zulfa Amanda,” Adwan memperkenalkan mereka berdua.

Nice meeting you, Cik Zulfa.”

Just call me Amanda, Mr. Rama. Abang I banyak puji you. Harap-harap I tak menyusahkan you. Banyak benda I nak tanya nanti,” balas Amanda.

Anything for you, young lady. I akan cuba. I’m still learning. Kita belajar sama-sama,” jawab Mr. Rama merendah diri.

Don’t be so humble, Mr. Rama. I hope both of you can work together. Okay, Mr. Rama. She’s yours. Jangan segan-segan nak marah dia. I tak kisah. Biar dia belajar. After all, she will hold the responsibility one fine day.”

And you, little sister. Behave yourself. Gain as much knowledge as possible,” pesan Adwan kepada Amanda.

Oh please, Along! I’m not a child anymore. Dah shu, shu. Kata ada banyak kerja kat atas. Pergilah naik,” halau Amanda. Rimas bila dipanggil little sister.

You are still my little sister, Amanda. Okay, Mr. Rama. Got to go. Amanda, jangan buli Mr. Rama pula,” sempat Adwan menggosok kepala Amanda sebelum kaki dia laju menghala ke lif. Tersungging senyuman di bibir dia.

“Alonggg…!” jerit Amanda. Hesy, sempat lagi tu. Tangan dia ligat membetulkan tudung yang senget.

Shall we?” ajak Mr. Rama.

“Okey,” jawab Amanda pendek. Itupun setelah puas membelek rupanya di cermin yang terletak di ruang legar Hotel Amazon.

Amanda banyak bertanya dengan Mr. Rama berkaitan F & B. Dia setuju dengan kenyataan Adwan. Mr. Rama memang banyak pengalaman. Perbualan mereka semakin rancak bila Chef Amir pun turut serta.

Di suatu sudut, Dato’ Zayd hanya tersenyum memerhati. Lapang dadanya bila melihat anak gadisnya bersedia untuk belajar. Sekurang-kurangnya bila dia tak ada nanti, Adwan tak terbeban keseorangan.

“Dato,” panggil Pak Samad pemandu peribadinya bila pintu lif sudah terbuka.

Dato’ Zayd tersenyum dan melangkah masuk ke dalam lif.

Tuesday, July 9, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 3

Amanda menghempaskan badan ke atas katil. Arghhh… penatnya. Hati dia masih panas bila teringatkan pertemuan dengan Cik Wani. Masih terngiang-ngiang perbualan mereka tengahari tadi. Dah lah pinky buat hal. Stress. Panggilan mama yang mengajak minum petang bersama juga tidak dilayan.

“Cik Wani betul-betul pasti kali ni?” soal Amanda lagi.

“You rasa macam mana, Amanda? Agak-agak you tetamu I suka tak dengan perisa yang I pilih? Theme colour? Candy buffet? I bukan apa, I takut imej I jatuh bila orang kata I tak ada citarasa.”

“Jangan risau, Cik Wani. Setakat hari ni pihak kami tak pernah terima aduan keracunan makanan. Lainlah kalau kami letak julap ke racun ke. Huh! Kalau yang macam tu memang Cik Wani kena risau,” jawab Amanda sinis.

Nasib aje Cik Wani ni pelanggan kategori VIP. Kalau tak, memang tak kuasa dia nak layan.

“Ada ke orang yang buat macam tu? Cuba bagitahu I, biar I adu kat Jabatan Kesihatan.” Wani mencebik dan membalas sindiran Amanda.

Hesy… takkanlah Cik Wani tak pernah dengar. Ada dulu kecoh-kecoh kat suratkhabar. Cuma saya je malas nak ambil pusing. Tapi setahu sayalah, Lovely Bakery belum terpikir lagi nak buat macam tu kecuali kalau ada orang cuba jolok sarang tebuan.” Amanda berkias.

Eee… bendulnya. Boleh pula cik cerewet ni percaya. Jangan cik cerewet ni tanya dengan wartawan sudah. Mati dia. Maklumlah cik cerewet ni kan model. Cium mulut dengan semua wartawan. Apa lah yang dia risau sangat, majlis harijadi aje pun.

“Okeylah, okeylah. I pun tak nak buang masa lama-lama kat sini. Time is money. Tiba-tiba I rasa macam panas je.” Wani mengipas-ngipas muka. Pipi dia dah memerah. Kata-kata Amanda kedengaran sinis pada dia.

Okay, just want to double confirm with you. Cik Wani setujulah dengan pakej C ni dan tak nak tukar apa-apa lagi?”

“I rasa dah okeylah ni. You jangan lupa pula tulis dalam diari you tu. I harap kawan I tak silap rekomen kedai you pada I,” balas Wani.

“Jangan risau Cik Wani. It’s all here.” Amanda menuding jari ke arah iPad di depan dia.

Ketukan bertalu di pintu mengejutkan Amanda dari lamunan.

“Amanda!”

“Ya, mama!”

“Jom minum. Papa dah tunggu tu,” ajak Datin Afia lembut.

“Kejap lagi, ma. Amanda solat dulu.” Amanda bingkas bangun. Tuala yang tersangkut di penyidai dicapai. Kalau dilayan lagi serabut kat kepala ni mau mati beragan dia nanti.

“Sedapnya bau.” Aroma kopi panas yang terhidang di atas meja pantas mencucuk masuk ke hidung Amanda. Membangkitkan seleranya ditambah dengan shepherd pie saiz besar buatan Datin Afia.Tangkap leleh. Mama memang superblah. Macam tahu-tahu aje hidangan kegemaran dia.

Sambil tersenyum Amanda mengambil tempat di sebelah Dato’ Zayd yang sedang membelek Majalah Malaysian Business. Hesy… papa ni. Minum petang pun sibuk baca majalah bisnes.

Dato’ Zayd mengerling sekilas ke arah Amanda. Penampilan ringkas anak dara dia menyegarkan mata sesiapa yang memandang.

Amanda hanya mengenakan baju T hitam Adidas lengan panjang dipadankan dengan seluar track putih jenama sama menyerlahkan susuk tubuh dia yang tinggi persis model. Rambut dia yang panjang dilepas bebas tanpa diikat. Bagi rambut dia bernafas sikit selepas seharian ditutup. Breee

“Baru nak turun? Tadi bukan main lagi kelam kabut macam tak cukup kaki pijak tangga tu,” bebel Datin Afia sambil tangan tangkas menuang air kopi untuk Dato’ Zayd.

“Mama ni, potong stim betul. Orang baru nak layan shepherd pie mama yang memang terbaik,” rengek Amanda manja tapi sempat lagi memuji masakan Datin Afia.

Amanda tahu mama dia memang suka dipuji tapi ikhlas ni dari hati dia bukan nak mengampu. Tak ada sesiapa pun boleh lawan masakan mama dia.Air tangan mama memang menjadi igauan mereka sekeluarga. Dia sendiri pun masih belajar memasak dengan mama.

“Ya lah tu. Kereta mana?” tanya Datin Afia. Dia perasan petang tadi Amanda balik dengan menaiki teksi.

Dato’ Zayd merenung tajam ke arah Amanda dan mendengus perlahan.

“Rosak lagi?” tanya Dato’ Zayd pula sebelum sempat Amanda menjawab.

“Errr…errr…” Amanda menggaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal. Apa dia nak jawab ni? Alasan apa pula nak beritahu kat papa dia. Paling habis yang dia boleh buat tersengih tayang gigi yang cantik tersusun pada papa dia.

“Dah. Esok pakai kereta yang papa belikan tu.”

“Tapi pa, Along cakap esok Amanda dah boleh ambik pinky kat bengkel,” tutur Amanda lembut. Minta-minta papa cair bila cerita pasal kereta dia yang kuat meragam tu. Ditambah pula dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa petang itu. Cewahhh…  boleh pakai ke? Haru betul dia hari ni.

“Tak ada tapi-tapi. Cuba jangan menyusahkan diri. Dah berapa kali pinky tu rosak. Dah boleh jadi tukun tiruan tau tak? Amanda kena ingat, awak tu berniaga. Kenalah tunjukkan imej yang bagus. Berdisiplin. Baru orang percaya,” balas Dato’ Zayd tegas. Dia meletakkan majalah yang baru dibaca di atas riba kemudian dia menghirup kopi yang terhidang di atas meja.

Amanda diam. Dia menundukkan muka sambil tangan menguis-nguis shepherd pie yang baru separuh dimakan. Ngeee… bab ni yang dia malas nak dengar. Papa kalau dah cerita pasal bisnes memang dia kalah.

Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Zayd Bin Zainal. Pengerusi Amazon Berhad. Berkarisma dan berwibawa. Rangkaian hotel yang dimiliki serata Malaysia. Bukan itu sahaja Amazon Berhad turut terlibat dalam bidang pembinaan. Rakan niaga pun akui kehebatan papa dalam menguruskan perniagaan. Tapi papa tak sombong sebab tu sampai sekarang papa boleh bertahan. Eee… apa yang dia melalut ni.

“Alah…bolehlah pa,” Amanda cuba memujuk lagi.

This time is a BIG NO. Full stop.” Sudah banyak kali Dato’ Zayd suarakan kepada Amanda pasal pinky. Kali ini dia perlu bertegas dengan Amanda.

Haa… kan dah keluar kuasa veto papa. Hesy… kenapalah pinky asyik rosak aje. Amanda masih berkira-kira nak memujuk papa dia tetapi tak jadi bila mama dia bersuara pula.

“Bagus jugak cadangan papa tu. Tak ada lah mama ni asyik risau bila Amanda keluar bawak pinky sampai malam. Kalau bernasib baik, sampailah Amanda kat rumah. Kalau tak bermalam kat bengkel ajelah.” Lembut suara Datin Afia mengiakan kata-kata suaminya dan pada masa yang sama cuba memujuk Amanda.

“Hmmm… baiklah.” Amanda mengalah. Termakan juga dia akan kata-kata mamanya. Tak sangka pula sampai begitu sekali mama risaukan dia.

Dato’ Zayd dan Datin Afia memandang sesama sendiri dan tersenyum.

Mereka menyambung semula acara minum petang yang tergendala dek hal pinky Amanda. Sesekali terdengar suara Datin Afia dan Amanda terjerit-jerit kecil mengusik sesama mereka.

Dato’ Zayd hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah dua orang wanita kesayangan dia itu. Ngauman enjin kereta yang membelah masuk ke halaman rumah menarik perhatian mereka. Semuanya menoleh ke arah kereta tersebut.

“Assalammualaikum.” Adwan memberi salam sambil menuju ke arah keluarga dia yang sedang enak menikmati minuman petang. Audi R8 hitam selamat diparkir bersebelahan BMW 6 Series merah kepunyaan dia. Kereta rasmi yang selalu dia gunakan ke tempat kerja.

“Waalaikummussalam.” Salam yang dilemparkan Adwan dijawab serentak.

“Kereta Amanda macam mana? Rosak apa pula kali ni?” tanya Dato’ Zayd sebaik si anak melabuhkan punggung di kerusi.

“Biasalah, papa. Anak dara papa ni tahu bawak aje. Bukan nak hantar pergi service. Nasiblah ada Along ni.”

“Lepas ni pinky tu hantar kat kedai Adam. Suruh dia tolong jualkan,” arah Dato’ Zayd tegas. Tersedak Adwan tiba-tiba bila mendengar kata-kata papa dia. Mata dia mencerlung ke arah Amanda minta penjelasan.

Amanda hanya menjungkitkan bahu.

Erkkk… biar betul? Bukan ke Amanda sayang sangat dengan pinky dia. Ni apa kes pula sampai papa suruh jual bagai.Bukan ke kedai Adam tu jual kereta mewah je? Boleh laku ke pinky cikai Amanda ni? Ahhh… layan jelah.

“Esok berasaplah X6 tu,” celah Datin Afia bagai mengerti pandangan Adwan.

WellWell… akhirnya. Bolehlah Along enjoy dengan tenang.” Adwan mengangkat kedua-dua tangan ke udara macam menang loteri gamaknya.

“Sudah-sudahlah enjoy tu Along. You better seriously focus on your work. Dah lama sangat papa bagi muka. Rina selalu mengadu kat papa cakap Along kerap sangat masuk ofis lewat.” Memang betul PA Adwan selalu mengadu pada dia. Selagi dia boleh bersabar dia akan bersabar. Tapi sampai bila? Kalau nak mengharapkan kudrat dia seorang yang dah senja ni memang tak larat nak uruskan syarikat yang semakin berkembang itu.

“Errr… errr…” Adwan kematian kata. Kepala yang tak gatal digaru-garu.

Giliran Amanda pulak mentertawakan Adwan. Dia menunjukkan isyarat padan muka kepada Adwan.

“Sekurang-kurangnya Along tak pernah campurkan hal peribadi dengan kerja. Papa pun tahukan Along serius bila bekerja,” jawab Adwan membela diri.

“Memanglah Along tak buat macam tu. Tapi usung anak dara orang, ke hulu ke hilir tu ingat elok sangat ke?” Datin Afia menyampuk.

“Aah…” Amanda pun menyampuk sama. Bukan selalu Along kena. Dapat nasihat baik punya dari papa. Amanda tersenyum sendiri.

“Along, dalam perniagaan ni macam-macam boleh jadi. Sekali kita leka, musuh akan lebih kedepan dari kita. Kadang-kadang kita tak sedarkita menunjukkan kelemahan sendiri. Papa tak nak disebabkan kealpaan Along ni, bakal menjerat kita di kemudian hari,” nasihat Dato’ Zayd panjang lebar. Memang Dato’ Zayd boleh harapkan Adwan dalam mengendalikan perniagaan mereka tetapi sikap sambil lewa Adwan boleh menjejaskan reputasi syarikat. Dato’ Zayd amat mementingkan disiplin.

“Huh! Cik kak ni pun sama juga. Jangan ingat awak tak kerja dengan papa, papa tak tahu apa yang Amanda buat,” sambung Dato’ Zayd lagi dalam nada bergurau.

Aikkk… dia pun kena juga. Tak boleh jadi ni, bisik Amanda dalam hati.

“Mestilah papa tahu, kan Amanda yang bekalkan pastri kat hotel papa,” Amanda cuba membela diri dia.

“Itu lain. Syarikat Amanda memang layak. Keputusan bukan di tangan papa sorang. Lembaga pengarah yang tentukan,” balas Dato’ Zayd.

Amanda tunduk memandang kaki. Betul juga tu. Lovely Bakery pun membida tender yang dikeluarkan oleh Amazon Berhad. Alhamdulillah, rezeki berpihak padanya.

“Papa bukan apa. Papa tak nak anak-anak papa leka dengan apa yang ada sekarang. Papa memang harapkan Along dan Amanda akan teruskan apa yang papa dah usahakan selama ini.”

Eye-Eye, Sir!” Adwan dan Amanda serentak memberi tabik hormat kepada Dato’ Zayd.

Terhambur ketawa mereka sekeluarga dengan gelagat dua beradik itu. Dato’ Zayd senang dengan gurau senda anak-anak dan isteri dia. Namun terselit juga rasa hampa dalam hati bila terkenangkan seorang lagi anaknya.

Angah, Angah… kenapalah degil sangat. Dato’ Zayd menggeleng perlahan.


Datin Afia yang perasan akan perubahan mood suami dia hanya mengelus lembut jemari Dato’ Zayd dengan harapan dapat menyalurkan kekuatan buat Dato’ Zayd. Dia faham suami dia itu mesti teringatkan si bujang yang sorang lagi. Degil dan keras kepala Zuhayr Affan diwarisi dari suami dia juga. Nak buat macam mana. Bapa borek anak rintik. Namun Datin Afia tak pernah lupa memanjatkan doa setiap kali selepas solat agar hati anak dia itu terbuka untuk pulang semula ke pangkuan keluarga.

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 2




Arghhh…..!!! Stereng kereta di hentak kuat. Kenapa mesti Adwan? Apa kurangnya dia. Akid meraup muka berulang kali. Rambut dikuak ke belakang. Fikiran dia kusut. Kenapa dia selalu kalah dengan lelaki itu? Kali ini lebih teruk. Stok bertutup pun dia tak dapat tawan.

Peristiwa enam bulan lepas masih terbayang di ingatan. Ketika dia sedang duduk di sebuah restoran, kelihatan sepasang kekasih melangkah masuk sambil bergelak ketawa. Dia memerhati tingkah pasangan kekasih itu dengan rasa yang bercampur baur.

Pantas dia bergerak menghampiri pasangan kekasih tersebut. Ada tangan yang cuba menghalang tetapi ditepisnya kasar.

“Kau memang tak pernah cukupkan?” templak Akid kepada si gadis.

“Wowowo… Apa ni bro? Malulah kat orang. Tempat awam ni,” si jejaka cuba menenangkan Akid.

Beberapa pelanggan yang sedang menikmati hidangan mula tertumpu ke arah mereka.

“Kau diam!” marah Akid. Suara dia naik satu oktaf. Mata dia meliar melihat sekeliling. Seolah-olah memberi isyarat jangan jaga tepi kain orang.

Sepantas kilat mata-mata yang memandang tadi beralih semula pada hidangan di atas meja.

“Akid, behave yourself,” si gadis menjawab takut-takut.

Me? Must I? Or should you?” sinis Akid menjawab. Mata dia mencerlung tajam ke arah si gadis.

Si jejaka hanya menjadi pemerhati.

“Akid, we had discussed ‘bout this right?” tutur si gadis lembut, cuba memujuk.

“Tapi aku tak sangka pulak kau pilih jantan lembik ni berbanding aku,” sindir Akid. Hembusan angin malam yang dingin tidak mampu mengendurkan suasana yang semakin tegang dan panas.

“Ini dah lebih, bro,” si jejaka cuba bangkit.

Si gadis pantas menarik tangan si jejaka.

Si jejaka terduduk semula.

Si gadis tahu kalau dibiarkan ada yang bermalam di hospital nanti.

“Sekurang-kurangnya Adwan bukan playboy macam you,” templak si gadis balik.

“Huh? Dia pun lebih kurang macam aku juga. Tapi sesuailah dengan kau. Pisau cukur.” Akid senyum sumbing.

Lisa memandang Adwan.

Adwan hanya menjungkitkan bahu tanda tak faham maksud Akid.

Pada masa yang sama Lisa cuak, takut Akid akan berlebih-lebih pasal “pisau cukur”.

“Kau! Aku rasa tak lama lagi nasib kau pun sama macam aku. Kau tunggu jelah bila dia dapat ikan besar nanti,” Akid menuding jari ke arah Adwan pula.

“Akid, I think you should go,” Lisa membalas dengan suara yang mendatar.

“Abang, jom kita balik.” Sepasang tangan menarik lembut tangan Akid.

Look, I’m not finished with you yet. Not now.” Akid menunjukkan dua jari ke arah matanya, seolah-olah dia akan sentiasa memerhatikan Lisa. Kemudian dia berjalan keluar dari restoran itu menuju ke keretanya yang di parkir di hadapan lobi hotel.

“Sudah-sudahlah tu, bang. Abang pun tahukan Lisa tu macam mana,” pujuk Amani Raiqah lembut.

Akid hanya membisu. Mata dia lurus memandang jalan. Fikiran dia serabut. Pedal minyak ditekan kuat. Ngauman kuat Audi R8 hitam menarik perhatian pengguna jalanraya yang lain.

“Maaf, Rai. Abang tak boleh kawal tadi. Kita makan kat tempat lain, okey?”  Rasa bersalah pula pada Amani Raiqah. Baru nak meraikan Amani Raiqah sempena adik dia tamat pengajian di Uitm Shah Alam. Lain pula jadinya.

It’s okay. Rai tak kisahlah bang. Mana-mana pun boleh asalkan abang yang bayar,” balas gadis berusia dua puluh tiga tahun itu. Terus kepala dia dilentokkan di bahu Akid. Memujuk.

Akid menggosok-gosok kepala Amani Raiqah. Marah dia berkurang. Akid tersenyum.

Ketukan kuat di cermin melenyapkan bayangan peristiwa lepas. Akid membuka pintu kereta. Jejaka hitam manis yang berdiri di depannya dipandang.

“Apahal, bro? Kusut semacam je aku tengok,” tanya Danial selepas berjabat silang dan bertepuk bahu dengan kawan baiknya. Salam cara anak muda zaman sekarang.

“Macam mati bini pula kau ni.” Danial menyambung dengan tawa kecil.

“Kau kalau tak mengutuk aku memang tak sah la kan.” Akid bersandar santai di badan kereta.

“Relakslah, bro. Chill…”

“Jom, kita pekena teh tarik dulu. Nanti aku cerita kat kau.”

Perlahan mereka berjalan ke Restoran Alif. Tempat biasa mereka melepak melepaskan tekanan. Mereka memilih meja yang terletak di sudut. Jauh sikit dari meja-meja yang lain.

“Kau kenapa sebenarnya?” soal Danial. Tak pernah pula Akid ni serabut semacam kecuali enam bulan lepas masa jumpa si Lisa dengan Adwan.

“Kau masih ingat Adwan?” soal Akid balik.

Aikkk… macam tahu pula apa yang dia tengah fikir, bisik Danial dalam hati.

“Mestilah ingat, bro. Perampas kekasih kawan aku tu,” selamba Danial menjawab.

“Mulut kau tu boleh jaga sikit tak? Tolong eh, aku bagi percuma aje kat dia,” templak Akid.

“Kau ni sikit-sikit nak angin. Serius pula tu. Apasal dengan dia? Dia ambik perempuan kau yang mana pula? Dari zaman uni sampai sekarang korang berdua ni tak habis-habis nak bersaing,” tanya Danial panjang lebar siap ayat penyata sekali.

“Bukan perempuan aku. Not yet, later maybe. But she’s a little bit different. Bila masa pula aku bersaing dengan dia? Memandai kau aje.” Akid melenting.

“Kalau bukan perempuan kau, siapa? Aku kenal ke?” Soal Danial balik.

“Tak pasti kau kenal ke tak. Tapi yang pasti aku tak pernah nampak budak ni.”

“Apa kena mengena budak tu dengan Adwan?” Berkerut dahi Danial memandang Akid.

Akid pun bercerita dari A sampai Z. Terlopong mulut Danial. Takkanlah diaorang berdua ni dah buta. Stok tutup pula yang dikejar.

“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?” tanya Akid bila dia tengok Danial macam endah tak endah dengan apa yang dicakapnya tadi. Tergaru sana tergaru sini. Macam tak mandi seminggu.

“Aaa… dengar, dengar… pelik,” tukas Danial.

“Apa yang peliknya?” soal Akid balik. Dia ada cakap pasal alien ke?

“Kau lah. Adwan tu pun sekali,” jawab Danial.

“Aku? Adwan?” soal Akid makin tak faham.

“Yang tutup-tutup pula korang kejar. That is so not you, bro,” tekan Danial. Geram. Buat-buat tak faham pula si Akid ni.

Akid ketawa panjang.

“Betul, bro. Kau tak rasa pelik ke? Bukannya tak ada minah stok-stok ustazah yang minat kat kau sebelum ni. Tapi semua kau cakap tak ada dalam senarai. Sekarang, apa kes?” soal Danial semula.

“Erkkk… aku ada bagi pernyataan macam tu ke?” Akid pula menggaru-garu kepala.

“Tapi ni lainlah Danial. Kau tak jumpa dia lagi,” sambung Akid.

Eleh… yang dulu-dulu pun kau cakap macam ni juga. Nak-nak si Lisa tu. Dia lain dari yang lainlah. Penyayang, manja, pandai ambik hati, berdikarilah, takpe aku melabur lebih sikit kat dia. Akhirnya dia tendang kau. Tergolek-golek…” balas Danial semula. Cuba untuk menyedarkan Akid supaya jangan mudah sangat jatuh cinta.

“Mungkin Tuhan nak sedarkan aku agaknya. Dia hantar bidadari dari syurga ni untuk aku. Putih, comel, tinggi macam model. Sejuk mata memandang. Ais yang beku pun boleh cair,” Akid mula melalut.

“Banyak kau punya bidadari.” Disekehnya kepala Akid. Akid hanya tersengih. Kepala digosok-gosok. Sakit woo… bisik Akid sendiri.

“Sudah sudahlah tu. Yang ada sekarang ni pun kau tak terjaga, nak cari bala baru, nanti aku juga yang kena tolong,” nasihat Danial sambil menggelengkan kepala.

“Bukan cari bala, bro. Tambah koleksi je. Kata player,” balas Akid.

“Huh! Kau dengan Wani macam mana?” soal Danial.

“Hmmm…” mulut Akid herot ke kanan.

“Hmmm okey ke hmmm tak okey?” soal Danial balik tak puas hati.

Bro, kau pun tahu kan dia tu stok geli-geli aje. Aku bukan serius pun dengan dia. Sah-sah kena tolak kalau tunjuk kat mummy aku. Lagi pun bukan dia sorang aje kawan perempuan aku. Belum jumpa lagi yang istimewa. Yang boleh buat jantung aku dup dap dup dap,” jawab Akid dengan muka tak bersalah sambil tangan di hala ke dada.

Bro, aku bukan nak katalah tapi Si wani ni dah canang kat kawan-kawan dia yang kau tu bakal suami dia,” balas Danial semula.

Tersembur air teh tarik yang baru separuh diminum Akid. Kelam kabut dia mencapai tisu dan mengelap mulut. Pandangan dihala ke arah Danial. Muka Danial basah dek semburan baik punya dari Akid tadi.

Sorry…” pohon Akid dengan muka menahan gelak sambil dihulurkan tisu kepada Danial.

“Kalau aku tak fikirkan yang kau ni kawan, percuma aje aku tangankan,” bebel Danial. Danial menyambut tisu yang diberi dengan muka yang kelat. Tangannya pantas mengelap muka dan baju. Baju baru tu, gumam Danial.

“Kau punya pasallah. Siapa suruh bagi ayat pedas macam tu,” balas Akid tak mahu mengalah. Ketawanya terhambur juga.

“Aku bukan apa, bro. Kau tahu kan Wani tu public figure. Kau pun sama. Mana korang pergi mesti jadi bahan punyalah. Wartawan pula suka dengan gosip panas macam ni. Kau tak ingat ke amaran papa kau dulu?” Danial cuba mengingatkan Akid.

Gulp! Akid menelan air liur. Tekak terasa perit. Terhenti terus ketawa dia yang tak hengat tu.

Bro, kau kenal aku kan. Aku tak pernah cakap kat si Wani tu nak ambik dia jadi isteri aku. Tak pernah terlintas pun, bro. Mana kau dengar semua ni?” tanya Akid menggelabah. Dia rasa macam nak tarik-tarik je rambut. Serabut.

“Nina,” pendek saja jawapan Danial.

“Siapa Nina?” Akid buat muka tanda soal.

“Siapa Nina tak penting tapi perempuan tu ada terdengar yang Wani cakap masa majlis harijadinya nanti, dia nak kenalkan bakal suami pada semua orang. Lagi satu, wartawan pun antara tetamu yang dia undang,” panjang lebar Danial menjawab.

“Aduh! Ini baru bala, bro. You gotta help me. Once the story is out, I’m dead. Lagi-lagi kalau sampai kat pengetahuan papa aku,” Akid menepuk dahi. Menggelabah.

“Patutlah dia beria-ia nak aku datang masa majlis harijadi dia nanti,” sambung Akid. Mampus aku, getus Akid dalam hati.

“Tu lah. Dah banyak kali aku ingatkan kau. Jangan layan diaorang lebih-lebih. Orang perempuan ni bukan boleh bagi muka sangat,” templak Danial.

Ladies, bro. We should treat them gently. I’m a player, remember?” balas Akid tanpa ragu-ragu.

“Tak habis-habis dengan player kau. Habis tu apa rancangan kau?” tanya Danial sambil menggeleng-gelengkan kepala.

You tell me.” Terangkat-angkat kening Akid. Tersungging senyuman nipis di bibirnya kala memandang Danial.

“Eee… apahal aku pula. Serabut ar kau ni.” Danial mendengus.

“Idea kau kan kababom. Cadangan kau kan selalunya di luar kotak,” balas Akid.

“Itu sebab kerja lah, bro. Kau ni pecah kepala otak aku macam ni.” Danial menggaru-garu kepala dia yang tak gatal.

Takpe aku bagi kau masa. Esok kat pejabat kau bagitahu aku. Aku chow dulu. Ada date malam ni.”Akid mengenyitkan mata. Kunci Audi R8 di capai dan sekeping not lima puluh ringgit diletakkan di atas meja.

Akid, Akid. Danial menggelengkan kepala.