Tuesday, June 17, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 10


AQEELA kelam kabut keluar dari lif. Jam di pergelangan tangan dipandang. Patutlah gelap. Dah pukul lapan rupanya.

“Lambat, Cik Aqeela?” tegur pengawal keselamatan yang bertugas.

“Huh? Aah…ada kerja sikit tadi. Semua orang dah balik ke pak cik?” Aqeela berhenti sekejap di pintu masuk utama.

“Rasanya ada dua tiga orang lagi dekat atas.”

“Owh…saya pergi dulu, pak cik.” Aqeela meneruskan langkah.

“Hati-hati, Cik Qeela.” Pengawal keselamatan itu sempat berpesan.

Aqeela hanya angkat tangan. Langkah dipercepatkan. Badan dah letih dan lesu. Matanya hanya nampak katil bujang di rumah. Satu hari ini dia terpaksa menghadap komputer. Banyak data yang perlu di key-in. Miss Chan mahukan ianya siap sebelum hujung bulan.

Aqeela tersenyum bila bayangan kereta putih miliknya sudah kelihatan. Senyumannya mati bila terperasan ada bayang-bayang yang mengekori langkahnya. Akal dah berfikir yang bukan-bukan. Lebih baik dia buka langkah seribu. Kalau hantu dia tidak kisah. Paling tidak dia pengsan. Tapi kalau orang, bahayanya sangat dahsyat.

"Qeela! Qeela! Qeela, sekejaplah." Kedengaran kuat derap kasut yang turut berlari.

Aqeela berlari anak. Dia kenal dengan suara itu. Lelaki tak tahu malu ni mahu apa lagi. Semalam si perempuan dah kacau. Hari ini dia pula. Tak aman betul dibuatnya.

"Qeela, please." Farid menahan pintu kereta yang ingin Aqeela buka.

"Ya Allah! Kau nak apa lagi ni? Pergilah, Farid. Pergilah pada tunang kau. Kita dah tak ada apa-apa lagi." Suara Aqeela sedikit menjerit.

"Aku tak boleh dengan dia. Kita mula semula, Qeela," rayu Farid. Dia menguak rambutnya berkali-kali. Cuba menunjukkan betapa dia tidak serasi dengan Anidah.

"Kau gila? Kau ingat kami ni apa? Macam ikan yang boleh dipilih-pilih dekat pasar tu? Tak suka buang suka ambil."  Aqeela mencemuh.

"Tolonglah, Qeela. Aku janji aku akan setia dengan kau." Farid cuba memegang tangan Aqeela.

"Don't you dare." Aqeela berundur.

“Aqeela." Hisyam mendekati Aqeela dan Farid.

“Hisyam.” Aqeela menarik nafas lega bila kelibat si dia menjengah.

“Kau.” Farid berundur.

“Kenapa ni?” Hisyam berdiri rapat dengan Aqeela. Dia bukan sengaja mengekori Aqeela. Tapi bila terdengar jeritan kuat suara perempuan itu yang dia datang. Tak sangka pula itu suara Aqeela.

“Tak ada apa-apa.” Aqeela menggeleng. Tidak mahu memanjangkan cerita. Dia berharap lelaki tidak tahu malu ini turut berbuat perkara yang sama.

“Aku blah dulu. Kita belum habis.” Farid terus berlalu dengan raut wajahnya kelihatan tegang.

“You okey?” Hisyam memandang ke sisi.

“Okey.” Aqeela mengangguk lemah.

“Jom dinner sama.” Hisyam mencuba nasib. Alang-alang dah terserempak ni, elok juga pergi makan malam bersama-sama.

“I nak balik. Letih.” Aqeela memicit butang pada kunci keretanya.

“Kita pergi makan dulu. Balik nanti you tak payah susah-susah nak masak.” Hisyam seakan sedikit mendesak.

Aqeela memandang wajah Hisyam. Lama dia terdiam sebelum mengangguk.



HISYAM masih belum menggerakkan keretanya. Sebenarnya dia ingin menuntut penjelasan dari gadis di sisinya ini.

"Kenapa you balik lambat?" Hisyam memandang Aqeela. Sungguh dia lelah bila diuji.

"Ada kerja." Aqeela menunduk. Tali beg tangannya dipintal-pintal.

"Boleh tak lain kali berteman? Jangan berseorangan." Hisyam bersandar. Kerusi dilaraskan ke belakang sedikit. Mahu berehat seketika sebelum memandu.

"Kawan-kawan I outstation. You ingat I suka-suka nak jalan sorang-sorang." Aqeela sedikit membentak. Geram dengan tuduhan yang dilemparkan.

"That's not what I mean. I risaukan you. Kebetulan I ada bolehlah I tolong you. I tak janji I akan ada tepat pada masanya bila you dalam kesusahan." Tenang sahaja suara Hisyam membalas. Mengharapkan Aqeela faham kerisauan hati dia.

"I tak suruh you tolong I." Aqeela pandang ke luar. Ada sendu pada nada suaranya. Ada air mata yang bergenang. Hatinya sedikit terusik. Merasakan diri dia umpama beban pada lelaki di sebelahnya ini.

"Qeela..." Lembut suara Hisyam memujuk. Tersedar yang kata-katanya sedikit keras hingga si gadis macam berjauh hati. Dia nampak bayangan wajah Aqeela yang terbias pada tingkap kereta. Ada setitis air mata yang mengalir.

Aqeela diam. Sengaja membelek-belek jam tangannya. Seolah-olah memberi isyarat malam semakin tua.

Hisyam mengeluh. Kerusi dinaikkan semula. Perlahan-lahan keretanya dipandu keluar dari tempat letak kereta.

“Kita makan dekat sini.” Hisyam menuding jari ke restoran yang menjual makanan barat. Kereta diparkir betul-betul berdekatan dengan pintu masuk.

Aqeela hanya jongket bahu. Dia tidak memilih. Warung tepi jalan pun dia tidak kisah. Segera dia membuka pintu kereta. Laju dia berjalan masuk ke dalam restoran. Hisyam ditinggalkannya berjalan sendirian.

Tiada sebutir suara pun yang berbunyi. Masing-masing lebih senang melayan telefon bimbit sehinggalah makanan yang dipesan sampai.

Hisyam menolak semangkuk lasagna di depan Aqeela. Untuk diri dia, dia lebih senang memilih spaghetti. Bila sudah malam, dia tidak lalu hendak makan yang berat-berat.

"Makanlah. Dah sejuk tak sedap nanti." Hisyam masih berusaha memujuk.

Aqeela buat muka selamba. Langsung tak dipandang lasagna di depannya. Perut memang tengah bergendang tapi disebabkan nak protes dikeraskan hatinya.

"Aqeela...I'm sorry, okay." Hisyam meletakkan sudu dan garfu ditangan. Spaghetti aglio olio yang menjadi kegemaran langsung tak membantu moodnya. Gadisnya merajuk.

Aqeela tengah mencongak-congak. Nak makan ke nak teruskan memprotes.

"Kalau macam ni hujung minggu ni kita terus nikahlah." Hisyam merenung Aqeela.

Aqeela pantas menoleh. Mata dibesarkan. Apa maksud si dia?

"Boleh peluk you. Mesti hilang rajuk tu. Kalau macam sekarang ni susah. Belum halal." Hisyam tersengih nakal.

Aqeela terus menyuap sesudu lasagna ke dalam mulut. Cuba menenangkan hati yang bergetar. Boleh pula si dia terfikir macam tu. Tak ada modal lain agaknya.

"Bolehkan?" Hisyam masih mahu mengusik.

"Boleh apanya?" Aqeela menjeling.

"Ada pun suara." Hisyam sambung kembali makannya yang terganggu tadi.

Makin tajam jelingan Aqeela. Geram. Namun bibirnya menguntum senyuman.

"Barulah manis. Sayang lesung pipit tu disembunyikan." Hisyam tersenyum.

“Sibuklah.” Aqeela menyuap lagi mulutnya.

“I memang kena sibuk. Bakal isteri merajuk, mana boleh diamkan,” seloroh Hisyam. Cuba mencipta suasana ceria di antara mereka.

“Siapa bakal isteri you?” Aqeela memainkan keningnya.

“Qeela…” Meleret Hisyam memanggil nama Aqeela.

“Yalah. I nak tahu juga siapa bakal isteri you.” Aqeela jongketkan keningnya.

“Hujung minggu ni memang I panggil tok kadi sekalilah. Pak Cik Arip pun cakap jangan lambat sangat. Dia risaukan anak dara dia hidup sorang-sorang dekat JB ni.” Hisyam cuba mengumpan. Saja mengaitkan ayah si gadis dalam perbualan mereka.

“Ya ke? Patutlah Dato’ Azman pesan dekat I suruh hati-hati dengan anak bujang dia. Dia cakap anak bujang dia ni macam harimau. Sekali dapat terus nak ngap.” Aqeela mengangguk-anggukkan kepalanya.

“You…” Hisyam jegilkan mata.

“Eleh…dia buat orang tak apa. Orang baru usik sikit asyik nak melenting aje.” Aqeela memandang muka Hisyam. Saja buat muka serius.

Naughty. Very naughty.” Hisyam tertawa. Kepala digelengkan.

Aqeela turut ketawa. Untuk pertama kali dia rasakan hati dia bebas. Bebas menerima kehadiran lelaki lain setelah pernah dikecewakan.

Cake or ice-cream?” Hisyam memandang wajah yang tidak pernah menjemukan dia.

I’m full.” Aqeela geleng. Tangan memegang perut.

Vanila ice-cream. Kita kongsi.” Tangan melambai memanggil pelayan restoran. Hisyam langsung tak pedulikan jawapan Aqeela. Entah kenapa dia rasa seronok untuk makan lagi walau dia sendiri pun dah kenyang.

“Hisyam, you tak nak tanya apa-apa ke?” Aqeela memandang lelaki yang sudah mula mencuri masuk ke dalam hatinya. Bukan kerana dia anak dato’ tapi kerana keihklasan yang si dia tunjukkan.

“Tanya apa?” Hisyam yang sedang memakan ais-krim memandang Aqeela.

“Macam-macam.” Aqeela tersenyum nipis. Sudu di tangan menguis-nguis ais-krim.

“Tak ada apa-apa nak ditanya.” Pada Hisyam sejarah tetap sejarah. Tidak perlu untuk dia tahu. Terpulang kepada Aqeela.

He used to be my special. Tak ada jodoh. Dia bertunang dengan kawan serumah I.” Aqeela mula bercerita kisah peribadinya.

Hisyam diam. Sabar menanti Aqeela bercerita.

“Macam yang I pernah cakap. I ni kasar. Tak lembut macam perempuan-perempuan lain. Belajar pun tak tinggi mana. Anidah. She got everything. Lemah lembut, pandai ambil hati orang, belajar pun sampai ke luar negeri.” Aqeela tersenyum sendiri. Kelemahan dia yang membuatkan orang lain mengambil kesempatan.

“Tapi you hormat orang tua, tak pernah bantah cakap mak ayah, rajin, manja. Itu yang I nampak tapi si bodoh tu tak nampak.” Hisyam menyampuk. Geram bila ada orang suka-suka merendah-rendahkan kelemahan orang lain. Kalau tak suka cakap ajelah tak suka.

“I sedar diri. Tak apalah. Dia dah tertulis bukan untuk I. Mungkin Allah dah rancangkan sesuatu yang terbaik untuk I.” Aqeela cuba menenangkan perasaan sendiri.

“Yup. Tapi apa yang I rasa you adalah rancangan terbaik yang Allah aturkan untuk I.” Hisyam merenung tepat ke dalam anak mata Aqeela.

“You pasti?” Aqeela masih cuba tarik tali.

“Kalau I tak pasti I tak suruh mommy dengan daddy jumpa ayah dan emak you.” Hisyam menjawab tenang.

“Jurang antara kita sangat jauh, Hisyam. I takut you malu dengan I aje nanti.” Aqeela masih merendah diri.

“Setiap orang tidak pernah sempurna pada pandangan mata orang lain tapi kita sempurna pada pandangan Allah. Itu lebih penting. I tak cakap I sempurna tapi kekurangan I ada pada you yang melengkapkannya.” Hisyam menjawab penuh yakin.

Aqeela dah tertunduk malu. Rona merah jelas terpancar pada wajahnya.

I guess you agreed with me?” Hisyam tersenyum nakal.

“Tunggu hujung minggu nilah.” Terbit juga senyuman nakal pada bibir Aqeela.

“Aqeela…” Suara Hisyam seakan merengek. Kenapalah susah sangat si dia ni nak mengakuinya?

“I ikut aje keputusan mak dengan ayah I.” Aqeela kalih pandang.

“Alhamdulillah.” Hisyam meraup wajahnya. Akhirnya Allah makbulkan juga doa dia.

“Nak balik…” Aqeela lontar suara manja. Dia sudah tak selesa untuk berlama-lama di situ.

“Habiskan dulu ais-krim tu.” Hisyam tolak mangkuk ais-krim yang sudah cair.

“Dah kenyang ni. Serius. Kalau you suruh makan juga I tak jamin kalau I tak muntah.” Aqeela angguk kepala.

“Okeylah. Terus balik, eh.” Hisyam bangkit.

“Ambil kereta I.” Aqeela berjalan beriringan dengan Hisyam yang tak lekang dengan senyuman. Dia sendiri pun tak sudah mengukir senyuman. Terasa seperti baru melepaskan batu dari belakangnya. Lapang.

Fine. Esok-esok you tak payah drive sendiri. I’ll pick you up. Kalau you nak buat overtime pun I sanggup tunggu.” Hisyam bersungguh mengutarakan cadangan.

“Itu lepas kita nikahlah.” Aqeela cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Malu. Teruk betul perangai anak Arip dengan Hendon ni.

          Hisyam tersenyum lebar. Okey kali ini dia betul-betul nak buat lompat bintang. Tidak sia-sia mengejar merpati yang nampak saja jinak tapi sukar didekati.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

22 comments:

  1. Yeah hujung minggu ni terus nikah...x pyh tggu smpi langau tu dtg balik....

    ReplyDelete
  2. Yippie saya pon nak wat lompat bintang...haha

    ReplyDelete
  3. love it ... perancangan allah..siapa yg tahukan... akhirnya dapat juga mamat hisyam tu menawan hati sigadis yg brutal tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rancangan Allah itu cantik kan kak ida...

      Delete
  4. wah....best...suka sgt JIM ni.....sy pun nak join hisyam lompat bintang lah.....hihihi... - jumay jue

    ReplyDelete
  5. Selamat petang Syeena Hamdan (hari ni say no to spanish)

    Terimakasih atas superb n3 ni... suka cara Hisyam... tersenyum sendiri melihat tingkah Qeela....

    Sabar menanti Qeela bertunang ngan Syam (AH & AH)... cam cantik je kalau tulis kat kad jemputan kahwin..

    pandai syeena pilih nama ek

    tahniah semoga bahagia milik mereka

    Sayang selalu
    kak ita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak ita...tq juga sbb sudi bc...

      Delete
  6. Hisyam... I pun nk lompat bintang dgn u bole x? ahaks...

    ReplyDelete
  7. Sy pun rasa nak lompat bintang juga....yeahhh!!!!

    ReplyDelete