Friday, June 20, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 13


HARI ini hati Aqeela terasa sedikit berdebar-debar. Hisyam akan mula edarkan kad undangan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini kepada rakan sepejabat. Dia takut dengan reaksi yang akan diterimanya. Tapi yang paling dia takutkan adalah kedua-dua orang teman rapatnya di pejabat ini.

"Aqeela!!!"

"Habislah aku. Habislah. Mana aku nak sorok ni?" Tanpa fikir panjang Aqeela terus masuk ke bawah meja.

"Eh! Macam chipsmore pula. Kau nampak kepala dia tadi kan?" Abby memandang Shahnaz.

Shahnaz mengangguk laju.

Tiba-tiba terdengar suara orang bersin.

Shahnaz dan Abby berpandangan. Abby menjenguk ke bawah meja.

"Bertuah punya kawan. Keluar!" Abby dah bercekak pinggang.

Perlahan-lahan Aqeela keluar dari tempat persembunyian. Dua jari diangkat kepada teman-temannya.

"Peace..." Aqeela tersengih.

"Explain this!" Kedua-duanya meletakkan dua keping sampul surat di atas meja kerja Aqeela.

"Oh! Ini. Ingatkan apalah tadi." Aqeela mengambil sampul surat tersebut.

"Allah...Kau jangan nak berlagak tak tahu apa-apa eh." Shahnaz besarkan mata. Geram.

"Sampai hati kau rahsiakan semua ni dari kami kan." Nada suara Abby bertukar sendu.

"Abby, Naz...janganlah marah-marah." Aqeela cuba memujuk.

"Saya yang suruh Aqeela rahsiakan. Baru bertunang kan. Tak elok bercerita. Tapi bila kami dah ada tarikh menikah, itu yang awak semua dapat kad ni." Hisyam yang muncul dari belakang Abby dan Shahnaz tersenyum memandang gadis-gadis di depannya. Dia berjalan mendekati Aqeela.

Abby dan Shahnaz berpaling memandang Hisyam. Pandangan mereka tak lepas sehingga Hisyam berdiri di sebelah Aqeela. Kad undangan perkahwinan di tangan dibelek semula. Kad yang membuatkan jantung mereka berdua berdetak hebat.

"Thank you." Aqeela sedikit berbisik.

"You owe me one." Hisyam membalas. Juga berbisik.

"I belanja makan." Aqeela ketap bibir. Masih berbisik.

"Naaa...I nak tuntut lepas kita menikah." Hisyam kenyit mata. Berbisik begitu dekat dengan telinga Aqeela. Kalau dilihat dari jauh macam Hisyam sedang mencium pipi Aqeela.

Pandangan mereka berdua bertaut.

Aqeela dapat rasakan mukanya berbahang. Macam manalah nanti dia nak hadapi lelaki ini kalau hanya mereka berdua sahaja berkongsi satu ruang yang sempit.

"Ehem...ehem... We are still here. Jangan lebih-lebih. Belum halal lagi."

Dehaman dan usikan Abby dan Shahnaz mematahkan tautan mata merpati dua sejoli ini.

"Lupa." Aqeela tersengih memandang teman-temannya.

"Kawan awak ni cantik sangat. Sayang kalau tak tengok." Hisyam mengusik.

"Oh, my! Oh, my! Kenapa macam tak ada air-cond ni?" Abby mengipas-ngipas mukanya.

Shahnaz turut melakukan aksi yang sama.

Aqeela dah tertunduk malu. Tak tahu nak bereaksi bagaimana.

“Dah, dah. Jangan kacau tunang saya lagi. Awak berdua tak ada kerja ke?” Hisyam sengaja beriak serius. Cuba menyembunyikan rasa malunya juga.

“Okey. Kami pergi dulu. Jangan nakal-nakal tau, Encik Hisyam. Belum jabat tangan tok kadi lagi. Anyway congrats to both of you. Pergi dulu, Qeela.” Abby saja mengusik pasangan yang nampak macam malu-malu kucing.

“Jaga kawan saya baik-baik tau, Encik Hisyam. Don’t hurt her. Ciow.” Shahnaz pun sempat berpesan.

“Kawan-kawan you. Dahsyat.” Hisyam menggeleng. Dia bergerak ke depan. Menarik kerusi dan selamba duduk menghadap tunangnya.

“Aik… you buat apa dekat sini? Tak ada kerja?” Aqeela mengeluarkan beberapa fail dan dilambakkan di atas meja. Matanya beralih pada skrin komputer.

“Daddy bagi pelepasan hari ni. Semua kerja I dah pass kat Mail.” Hisyam sibuk menyelak-nyelak dokumen.

“Untunglah. Syarikat bapak.” Aqeela tertawa.

“Janganlah cakap macam tu. Jom teman I.” Hisyam mendaratkan dagunya di atas meja.

“Pergi mana?” Aqeela menoleh sekilas. Tersenyum. Lucu melihat gaya Hisyam yang kononya comellah buat macam tu.

“Hantar kad kita pada kawan-kawan I,” beritahu Hisyam.

"You pergilah sendiri. Nak bagi kad ajekan." Aqeela masih mengetuk papan kekunci. Pandangannya langsung tak berkalih.

"Temanlah I..." Suara Hisyam sedikit merengek. Bagai budak kecil yang mahukan sesuatu.

"Seganlah. Lagipun kan tak manis. Ke sana ke sini berdua. Mak suruh slow sikit. Mommy you pun pesan benda yang sama." Aqeela masih fokus pada kerjanya. Dia perlu siapkan semuanya sebelum bercuti panjang mulai esok.

"Tapi dia orang best friends I. Nak juga I tunjuk siapa bakal isteri I." Hisyam masih berusaha memujuk.

"Dia orang dah kahwin?" Aqeela memusingkan badannya. Wajah kacak yang merayu sedari tadi dipandang.

"Belum tapi yang sorang tu dah bertunang. Almost a year." Berkerut dahi Hisyam menjawab. Tidak suka dengan soalan yang dilontarkan Aqeela.

"Kawan-kawan you tu stok-stok macam you ke?" Aqeela kenyit mata.

"Ini yang I tak gemar ni." Wajah Hisyam bertukar serius. Badan ditegakkan dan bersandar pada kerusi.

"Kalau stok-stok macam you. I ikut. Tapi you kena tunggulah sampai I siapkan kerja-kerja I ni." Aqeela tersengih. Lebar pula tu.

"Tak apalah. You siapkan kerja you. I'll go and meet my friends first then I'll pick you up." Hisyam berdiri.

"Tak apa ke I tak ikut?" Aqeela jongket kening.

"You terlalu cantik untuk I tunjuk pada dia orang. Kalau dah lepas nikah tak apa. Sebab masa tu kalau you nakal-nakal tahulah I nak buat macam mana." Giliran Hisyam pula kenyit mata.

Aqeela ketap bibir. Geram. Tak habis-habis Hisyam mengusiknya. Ingatkan dia yang nak kenakan tunangnya itu. Balik-balik dia juga yang terkena.

"You jangan buat bibir macam tu boleh tak? Kalau kita dah hala tak apa." Tersungging senyuman nakal pada wajah Hisyam.

"Apa kaitan?" Aqeela dah mula bengang.

"Lepas nikah I beritahu. I pergi dulu. Assalammualaikum." Hisyam berpusing dan berlalu pergi.

"Hisyam!!!" jeritan Aqeela bergema selepas dapat mencerna kata-kata tunangnya.

Hisyam tersenyum. Langsung tak berpaling. Pandangan staf-staf yang berpapasan dengan dia juga tidak diendahkan. Langkah diteruskan.

Setiap langkahnya diiringi dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Tangan Hisyam menggagau ke dalam kocek seluar mencari kunci kereta. Kunci kereta berjaya digapai. Baru jarinya hendak menekan punat kunci, bahunya ditepuk seseorang.

Hisyam berpaling. Terperanjat melihat susuk tubuh di belakangnya.

“Boleh kita berbual sekejap?” Figura yang menepuk bahunya meminta izin.

“Tiada apa yang kita nak bualkan.” Hisyam membalas.

“Sekejap saja. Aku perlu luahkan semuanya. Kalau tak hati aku tak tenang.” Orang itu masih memaksa.

Hisyam mengurut pelipis. Tidak tahu sama ada mahu melayan permintaan ini atau tidak. Nafas dihela dalam-dalam. Dia memandang wajah keruh di hadapannya.

“Okeylah, Farid. Tapi aku tak boleh lama. Nak edarkan kad kahwin.” Hisyam menayang beberapa keping kad undangan yang ada di tangannya. Pintu kereta dibuka. Dicampakkannya kad undangan itu di atas tempat duduk penumpang.

Farid angguk. Memandang lesu kad yang ditunjukkan kepadanya.

“Apa benda yang kau nak cakap?” Hisyam bersandar pada keretanya. Tangan bersilang di dada. Mata memandang tepat pada wajah Farid.

“Kau betul-betul yakin nak kahwin dengan Aqeela?” Farid memulakan bicara.

Hisyam hanya mengangguk.

“Kau tak rasa kau terburu-buru?” Sinis soalan yang ditanya Farid.

“Kalau aku terburu-buru pun. Tak ada kena mengena dengan kau.” Suara Hisyam sedikit keras. Bengang bila ada yang sibuk akan hal peribadinya.

“Kau belum betul-betul kenal dengan dia. Aku. Aku dah lima tahun berkawan dengan dia.” Farid tersenyum bangga.

“Lima tahun? Pelik walau kau dah kenal dia lima tahun kenapa kau tinggalkan dia juga?” Hisyam mencebik.

“Dia terlalu kasar. Tak ada kelembutan. Belajar pun tak tinggi mana. Tak sesuai langsung buat isteri.” Farid tertawa. Memek mukanya seperti menceritakan sesuatu.

“Alasan. Sekarang apa kes pula? Kenapa kau datang cari dia lagi?.” Hisyam dah berdiri tegak. Bengang dengan kata-kata yang dilemparkan Farid.

“Entahlah. Aku tak tahu kenapa. Bersama dengan Aqeela tak sama bila bersama dengan Anidah.”

“Apa maksud kau bersama tu?” Hisyam mencerlung tajam wajah Farid.

“Kau tanyalah dengan dia.” Farid ketawa besar. Suka melihat wajah tegang Hisyam.

“Dia bukan jenis yang macam tu. Kau jangan menuduh yang bukan-bukan.” Hisyam mencekak leher baju Farid.

Semakin kuat tawa yang meletus dari bibir Farid.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

32 comments:

  1. kak syeena......sampai nya hati.......huhuhuhuhu - jumay jue

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. errrr...jahat sangat ke tu baby mio...

      Delete
  3. Kena tutup telinga hisyam. Jangan dgr cakap Farid the parasit tu. Huhu

    ReplyDelete
  4. Buenas noches mi encantadora Syeena Hamdan

    hurm mula2 membaca cam terbang kerana kemanisan rasa pasangan sweet muet ni... tersenyum mlihat Qeela dlm tanpa sedar kena kan Syam.. dpt lepas kan diri dri ikut sama hantar kad...

    walau pun mengena kembali terkena ttpi mereka bahagia

    tapi betul cam JJ cakap.. sampai hatiiiiiii bila tgh di lamun bahagia ... tup tup tup tersentap ngan kemunculannnnn si senget meroyan.... plus mengong Faridddddd tu... ngalah gila talak 7 plak dahhhhh...

    Huuuuuuhhhhhh syyuuhhhhhh kak ita jampi Syam supaya tenang dan jgn terpengaruh ngan ayat gila talak 7 tuuuu

    De todos modos, gracias syeena, esta entrada es magnífico

    muchas gracias

    De todos modos, gracias syeena, esta entrada es magnífico
    kak ita

    ReplyDelete
  5. Kasi satu das kat Farid ni...saja jer nak burukkan org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bg berdas-das kat farid ni...satu tak cukup...hikhikhik...

      Delete
  6. haishh Farid2.. nak buat onar pulak..
    salah org la kalau hisyam nak percaya....
    Hisyam kalau percaya mmg mengong la.. seharusnya dah tau kan macam mana si Aqeela tu... garang, kasar... kalau tak takkan farid tinggal kan dia dulu...
    lagi pun belom sempat faid nak buat apa2 farid dulu yg kena belasah... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tie tinie...harap hisyam x percayalah...

      Delete
  7. Jahat betul Farid tu. Hisyam kalau dia betul2 percaya akan Qeela dia tak akan termakan kata2 hasutan si Farid tu.... Sakit pula hati kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar cik baba...hopefully hisyam kental..

      Delete
  8. Hisyam... jgn dgr ckp farid tu.. adoi malaun ni pun.. hang nk kena penampor boye ke? dh hang tgglkn qeela.. la ni hang nk dia balik.. ke hang x nk bg qeela bahagia? dengki tul la hang ni farid..

    ReplyDelete
  9. huwaaa...jgn sampai xjd kawenn!!!

    ReplyDelete
  10. Dengar je percaya jgn xkan xkenal gaya Aqeela camnakan daq pun bg je sebijik kat Farid tu ha baru tau langit tu tinggi rendah sesuka hati je doq mengata Aqeela mental tul huhuhu akk lak yg emo bc

    ReplyDelete
  11. Hisyam... jgn dengor ckp si farid tu.. hish.. saje je farid ni.. nk kena penampor boye gamaknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramainya yang nak bg penampo boye kat si Farid ni...hikhikhik...

      Delete
  12. Ohh tolong la farid....
    Rasa cam nak cekik2 je si parid ni...
    Pehliesssss la hisyam anggap je si parid tu mulut puaka....abaikan aja kata2 dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farid ni mmg hukum campak ke parit....tq anis adie sudi baca....

      Delete
  13. Kenapa jahat sgt si farid ni... Sengaja nk tabur fitnah la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org klu ada phd mcm inilah...tq sudi bc nor mustaqimah...

      Delete
  14. Eeee geramnya gn Farid nie...saje je...hrp2 la hisyam x mdh nk pcya..

    ReplyDelete
  15. oh my,,,,,begitulah kalau hati busuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aje cara nak pisahkan org kannn...

      Delete