Sunday, June 8, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 2


SEHELAI demi sehelai baucer di dalam fail disemak. Semua orang tahu Aqeela amat teliti dalam kerjanya. Disebabkan itulah kebanyakan kerja-kerja menyemak diserahkan kepadanya.

"Aqeela, you pergi HR sekejap. Tanya dengan mereka mana dokumen sokongan untuk baucer ni." Miss Chan menghulurkan sehelai kertas kepada Aqeela.

"Kenapa saya? Kenapa tak suruh Jessica?" Aqeela bengang. Dia kan penolong akauntan bukannya kerani akaun macam Jessica.

"Jessica I dah suruh buat kerja lain." Miss Chan terus masuk ke biliknya.

"Habis aku ni macam tak ada kerjalah." Aqeela membentak. Diturut juga arahan Miss Chan. Nak membantah siapalah dia. Melukut di tepi gantang.

Dia membebel sepanjang jalan. Dari masuk lif keluar lif hinggalah kakinya jejak di bahagian HR. Aqeela dah garu kepala. Siapa yang perlu dia rujuk. Kehadirannya di situ langsung tidak dihiraukan.

"Cik Aqeela! Looking for me?" sapa seseorang dari belakang.

"Jangan nak perasanlah." Aqeela menjeling. Tak perlu tengok muka. Dia dah cam siapa orangnya.

"Okey." Hisyam jongket bahu. Dia terus menuju ke mejanya. Orang tak sudi buat apa dia nak terhegeh-hegeh. Jatuh saham kalau asyik kena reject. Havoc satu JB nanti.

Aqeela terkebil-kebil. Lima minit berdiri di situ bagai patung bernyawa memaksa dia mengambil keputusan mendekati meja Hisyam. Itulah perkara terakhir yang dia boleh fikirkan. Terpaksa. Baucer di tangan dihulurkan kepada Hisyam.

"Now you're talking." Hisyam tersenyum. Baucer itu diambilnya. Ditelitinya dari atas hingga ke bawah. Bersungguh-sungguh.

Aqeela dah julingkan mata. Rasa macam nak jawab terpaksa tapi nanti dia tidak ditolong pula. Kalaulah semua orang tak cuai memang taklah dia nak berurusan dengan lelaki ini.

“Errr…you nak I buat apa?” Hisyam menyoal.

“Tersenyum lebar macam faham aje apa yang I nak.” Aqeela memandang sinis.

“Yang I tahu I nak you.” Hisyam tersengih. Sebelah mata dikenyitkan.

What?!” Aqeela dah jegilkan mata.

“Tak…tak…yang I tahu you nak I tolong you.” Hisyam betulkan ikatan tali leher. Mulut ni pun. Tahulah ada bayar insuran.

“Miss Chan tanya mana dokumen sokongan untuk bayaran tu. Cubalah lain kali tu beringat sikit. Suka sangat menyusahkan kami.”

“Ohhh…supporting document.” Hisyam terus masuk ke dalam bilik Encik Razif.

Aqeela menurut langkah Hisyam. Cepat dapat apa yang dipinta cepat dia berlalu dari situ. Tak kuasa nak menghadap muka lelaki itu lama-lama.

“I rasa ada dekat sini.” Hisyam membuka fail yang terdapat di atas meja Encik Razif. Tak jumpa apa yang dicari dia mencari di tempat lain.

Terbuntang mata Aqeela melihat lelaki di depan dia ini yang selamba saja menyelongkar meja Encik Razif. Tidak takut kena marah ke? Siapa saja yang berkerja dalam bangunan ini yang tidak kenal dengan ketegasan dan sikap baran Encik Razif. Nasib dia baik. Tidak berkerja di bawah kelolaan Encik Razif tapi berkerja dengan Miss Chan pun lebih kurang juga. Suka mengambil kesempatan atas kelemahan dia.

"Cik Aqeela! Yuhuuu..." Hisyam petik jari di depan muka Aqeela.

Nampak sangat gadis ini sedang mengelamun. Rasanya dah habis kuat dia memanggil nama si dia. Apa yang perlu dia buat ni?

Hisyam duduk kembali. Dibiarkan sahaja Aqeela dalam dunianya. Seronok pula bila dapat memerhati dengan lebih dekat orang yang sudah berjaya mencuri perhatiannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Rasa-rasanya dah lama dia tak buat kerja gila ni.

Hisyam capai telefon bimbit miliknya yang diletakkan di sebelah papan kekunci. Mencari sesuatu. Senyuman nakal jelas terpamer pada wajahnya. Telefon di angkat separa dada. Ikon video ditekan. Gerak geri Aqeela dirakam. Boleh buat peneman tidur.

“Ini kalau si Mail tahu apa aku buat sekarang. Mati aku kena bambu. Suka-suka aje rakam gambar anak dara orang.” Hisyam tertawa sendiri.

Semakin seronok pula dia. Ralit wajah Aqeela diteliti. Lekukan di pipi si gadis sangat memikat. Betapa mahluk ciptaan Allah yang satu ini memang menawan hatinya.  

"Mana dokumennya?" Aqeela yang baru tersedar dari lamunan memandang Hisyam.

"Oh! Mak kau..." Terlurut terus telefon bimbit dari genggaman. Nasib dia sempat hadang dengan kaki dari jatuh bersepai ke lantai. Hisyam tersengih. Tak sedar langsung Aqeela sudah memandang kepadanya.

"Melatah? Tak sesuai langsung." Aqeela mengekek ketawa. Nampak macam 'jantan' sangat tetapi melatah. Potong.

Aduhhh...daddy. Jantung anak teruna daddy ni rasa macam nak tertanggal dari paksi. She is so adorable. Hisyam tayang muka selamba. Kutukan Aqeela tak makan dalam pun.

“Tu ada dekat depan mata you tu.” Hisyam tunduk mengambil telefon bimbitnya. Nasib si gadis tak perasan. Ada lebam biji mata dia nanti.

“Pinjam calculator.” Aqeela tersengih. Sekali lagi, terpaksa tau. Malas nak turun naik. Manalah tahu dokumen ni semua tak cukup.

Hisyam membiarkan Aqeela membuat kerjanya. Dia hanya duduk memerhati. Memang macam tuan besar.

"Tak cukup ni. Ada lagi tak yang lain?" Aqeela pandang Hisyam selepas menekan simbol bersamaan pada mesin kira. Sudah dua kali dia kira tapi tetap tak sama dengan angka yang tertera pada baucer.

"Cuba kira betul-betul." Hisyam dah mati kutu. Mana lagi dia nak korek dokumen yang diminta.

"Dah. Dah dua kali I kira." Aqeela buat muka tak puas hati. Ada juga yang makan mesin kira ni karang. Ingat sikit ke nombor yang nak ditekan.

"Sekejap." Hisyam keluar.

Aqeela tunduk membelek dokumen-dokumen yang ada. Manalah tahu dia terlepas pandang.

"Razif, you tolong I cari dokumen sokongan yang Cik Aqeela nak. Rasanya I dah bagi semua," arah Hisyam sebaik masuk semula ke dalam biliknya. Tangan sudah bercekak di pinggang.

"No problem." Encik Razif membaca baucer yang Aqeela letak di atas meja. Terus dia membuka beberapa fail yang diambil pada rak di belakang tempat duduk Hisyam.

Aqeela terkebil-kebil. Berani betul lelaki ni bagi arahan pada Encik Razif. Yang Encik Razif ni pula boleh aje dia ikut. Siapa yang bos sebenarnya ni? Aqeela garu kepala.

"Encik Hisyam, you tertinggal yang ni." Encik Razif hulurkan beberapa dokumen pada Hisyam.

"Thanks, Razif. You may go." Hisyam serahkan semuanya kepada Aqeela.

Aqeela turut bangun bila melihat Encik Razif keluar. Dia perlu cari jawapan. Tak suka pandai-pandai meneka sendiri.

"Ladies sekejap," beritahu Aqeela seolah-olah faham dengan pandangan mata Hisyam.

"Ikut," usik Hisyam sambil tersengih.

Aqeela jegilkan mata lalu terus keluar. Gila ke apa. Pergi tandas pun nak ikut. Sengal.

"Daddy, I want her." Hisyam bercakap kepada dirinya sendiri. Sikap melawan Aqeela benar-benar membuat dia semakin bersemangat untuk mendapatkan si gadis.

"Mana pula dia pergi ni. Macam biskut. Kejap ada kejap hilang." Mata Aqeela liar memerhati.

"Hah... Itu pun dia." Aqeela mempercepatkan langkah bila nampak kelibat Encik Razif.

Baru sahaja dia ingin menyapa, ada suara lain yang memanggil Encik Razif. Aqeela pusing ke belakang.

Hisyam yang elok bersandar pada alang pintu tersengih memandang Aqeela. Siap angkat tangan lagi.

"Macam tahu-tahu aje dia ni," omel Aqeela. Nak tak nak terpaksa jugalah dia pergi ke tandas. Walaupun itu bukan tujuan sebenar dia.

“Phewww…Nasib aku cepat. Sesaat lambat habis semua rancangan.” Hisyam tersenyum.

“Ada apa lagi, Encik Hisyam?” Encik Razif menghampiri Hisyam.

“Razif, siapa saja yang tahu position I dekat sini?” soal Hisyam.

“Pengurusan atasan dan beberapa orang pegawai kanan. Kenapa Encik Hisyam?”

“Biar mereka-mereka aje yang tahu.” Hisyam masuk ke bilik semula.

“Tapi Encik Hisyam…Dato’…” Encik Razif tidak jadi menghabiskan kata-katanya bila Hisyam berdeham. Dia berpusing.

“Kalau ada apa-apa lagi yang kurang beritahu aje, Encik Hisyam, Cik Aqeela.” Encik Razif terus keluar.

Aqeela senyum. Pelik pun ada sebenarnya. Nak tanya ke tak nak. Kalau tak tanya sampai sudah aku tak tahu.

“Cukup tak semua tu?” Hisyam cuba memecah kesunyian. Saja mencari peluang untuk berbual dengan Aqeela.

“I rasa cukup kut. I kena balik ke meja I ni. Anything kalau tak cukup I minta Jessica datang ambil dari you.” Aqeela tertib menyusun kesemua dokumen yang bersepah.

You call I aje pun tak apa. Nanti I hantarkan apa lagi yang tak cukup.”

It’s okay. Mesti you pun sibuk. Encik Razif jarang bagi kami kacau staff dia.” Aqeela cuba serkap jarang.

“I dapat pengecualiaan. Razif errr… Encik Razif tak kisah kalau I sendiri hantar dokumen pada you.” Pengecualiaanlah sangat Hisyam. Hampir-hampir terkantoi aje tadi tu.

Oh! Really? Baiknya Encik Razif. Tak sangka cepat betul dia berubah. Untunglah you.

Hisyam jongket bahu. Dia hanya tertawa.

“I pergi dulu. Thanks.” Aqeela laju meninggalkan Hisyam.

“Macam lipas kudung. Cepat betul blah. Tak apa Hisyam. Esok masih ada.” Hisyam hanya tersenyum.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

26 comments:

  1. Best sis. Smbung la lgi. Suka dgn hisyam ni..

    ReplyDelete
  2. Best...curik2 bc waktu keje..hehehe..

    ReplyDelete
  3. yeszaa akhirnye dah up.. ulat beluncas dah naik bulu hisyam ni..hihihi..to kak syeena get well soon kak :) fi hifzillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Imtinan Iman....Alhamdulillah dah semakin baik...

      Delete
  4. As usual.. Crita kak syeena xpernh mengecewakan.. Slmt berkarya.. Hehe

    ReplyDelete
  5. Asyik tersengih je baca.. haila hisyam.. hang dh angau tahap gaban dh ni.. haha

    ReplyDelete
  6. baru jumpa wow dah kena asal skill memikat Hisyam nie ada plk pi melatah saham jatuh le. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. leka sangat curi rakam video...itu yg termelatah...

      Delete
  7. SH

    AH nak menyamar ek... nak tackle AH (perempuan)... so hurmmmm skill perlu di asah... but "Y" melatah.. jatuh merundum saham tu....

    but kak ita suka bila Hsyam minda bawah syam berkata "Daddy, I want her." Sikap melawan Aqeela benar-benar membuat Hisyam semakin bersemangat untuk mendapatkan si gadis.

    good job dear SH...

    ReplyDelete
  8. kekal kan momentum JIM ni hingga ke akhir, sah best dah dari Bab 1. ni bakal habis d blog/fb? atau ada perancangan nak d terbitkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mask d...terima kasih..habis dekat blog je rasanya...

      Delete
  9. comel pulak si hisyam nie..
    swee + coll.
    yg tak boleh blah melatah..
    lagi la nampak dia comel..
    hahahaha

    ReplyDelete
  10. Nak menggoda pun perlu sorok indentiti ye...kalau aqeela tau suatu hari nanti mesti dia rasa ditipu kan...

    ReplyDelete