Monday, June 9, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 3


AQEELA berlari anak. Dalam hati menyalahkan diri sendiri. Itulah siapa suruh rajin sangat berjaga sampai ke pagi. Kalau sebab nak siapkan kerja kejar deadline tak apalah juga. Ini baca novel. Macam manalah dia tak selalu kena bebel dengan emaknya kalau balik kampung. Hobi nak buat macam mana kan. Tahankan ajelah.

"Korang dah nak pergi breakfast ke?" Aqeela tidak jadi melangkah masuk ke dalam lif bila dilihat dua orang temannya kelam kabut keluar. Langsung tak peduli sesiapun disekeliling mereka.

Lelaki yang berdiri di belakang Aqeela turut membuat brek kecemasan. Muka lelaki itu berkerut. Hampir saja melanggar Aqeela.

"Aah..Nanti kita orang tapaukan eh, Qeela." Si teman sempat berpesan.

"Sampai hati tak tunggu aku." Muka Aqeela dah monyok.

"Ada discussion pukul sembilan nanti. Nak tunggu kau takut tak sempat. Kita orang pergi dulu."

"Aku punch card sekejap," jerit Aqeela pada temannya. Masih berharap.

"Tak sempat. Bye." Temannya menunjukkan telefon bimbit. Mengharapkan Aqeela faham.

"Melampau. Tunggu sekejap pun tak boleh." Aqeela membebel. Kaki lemah melangkah masuk ke dalam lif.

"Breakfast dengan I ajelah. I boleh tunggu," tegur seseorang di belakangnya.

Dia lagi. Lelaki ni dah kenapa. Skodeng aku ke apa? Aqeela menjeling.

"Breakfast sama, eh." Hisyam tersengih. Bagus juga kawan-kawan si dia pergi sarapan awal. Ada peluanglah makan pagi bersama si dia.

“Tak kuasa.” Sekali lagi Aqeela menjeling. Apasal masa aku naik lif mesti berdua aje dengan mamat ni. Apa yang lain selalu datang awal ke?

“Ouch…” Hisyam memegang dada. Mata dikenyitkan bila Aqeela memandang.

Ingat aku hairan sangatlah tu. Cepatlah. Apasal lembap sangat lif ni. Mata Aqeela memerhati nombor yang bertukar.

“Tunggu I tau. Kita breakfast sama.” Sempat Hisyam menitipkan pesanan bila Aqeela keluar dari lif.

Sampai di meja kerjanya, Aqeela bersandar. Seminit aje lagi tadi kadnya pasti merah. Budak berdua tu memang kena belanja dia hari ini. Segera telefon bimbit dicapai. Pesanan penaja ditaip.

“Rasalah korang.” Aqeela tersengih dan berlalu ke pantri.

Hisyam selamba berjalan masuk ke Bahagian Kewangan. Kalau semua orang tengok memang macam bos besar. Macam syarikat bapa sendiri. Dia langsung tak peduli mata yang memandang. Berjalan penuh gaya menuju ke tempat yang dijadikan sasaran.

“Mana pula minah ni?” Hisyam tersengih. Akal cepat saja berfikir.

Hisyam bersandar santai. Tangan mengetuk meja. Bosan. Dia menopang dagu pula.

Mulut Aqeela bising bernyanyi sebaik keluar dari pantri. Sebelah tangan memegang muk berisi air milo panas. Sebelah lagi menggenggam tiga bungkus Oat Choco.

Hisyam tersenyum. Orang yang ditunggu dah muncul pun.

"Apa you buat dekat sini?" Mamat ni tak faham bahasa ke. Tahu tak sistem adrenalin aku dah menderu laju macam keretapi bawah tanah tu.

"Bukan kenyang pun you makan benda ni, Cik Aqeela." Hisyam capai sebungkus Oat Choco yang baru Aqeela letak di atas meja. Selamba dikoyak bungkusan itu. Sekali ngap aje. Hilang dari pandangan.

"You!" Aqeela ketap bibir. Tangan dah mengurut dada. Kenapalah wujud manusia serupa ini.

"I lapar." Hisyam tersengih tanpa rasa bersalah.

"Lapar pergilah cari makan sana. You ingat tempat I ni warung nasi lemak ke? Bangun. I nak duduk." Aqeela dah bercekak pinggang.

"Teman I breakfast," rayu Hisyam.

"I ada banyak kerjalah." Aqeela dah besarkan mata.

"Miss Chan cakap dia tak assign you apa-apa kerja pun hari ni." Hisyam kenyit mata.

“Hari ni memanglah tak ada apa-apa. Yang semalam semalam punya Miss Chan ada bagitahu you. Tak ada kan?” Suara Aqeela semakin keras.

Hisyam masih buat muka selamba.

“Bangunlah! You ni faham bahasa melayu ke tak?” Aqeela tarik baju Hisyam menyuruh lelaki itu bangkit.

Hisyam sengaja keraskan badan. Seinci pun tak bergerak.

"Qeela! Qeela!" Terjerit-jerit kedua-dua orang teman Aqeela yang laju berlari mendapatkannya.

Aqeela berpaling. Dah kenapa pula budak dua orang ni. Nampak hantu jembalang ke apa. Matanya dijegilkan bila kedua-duanya semakin mendekatinya.

"Ladies..." Hisyam angkat tangan bersama senyuman cari makannya.

"Errr...sorry. Tak tahu pula kau ada tetamu." Kedua-dua temannya dah termalu sendiri.

"Hmmm...ada apa?" Aqeela menyoal. Tadi macam beria-ia sangat nak beritahunya sesuatu. Ini dah macam kucing parsi pula. Malu-malu. Nampak macam miang pun ada.

"Nanti ajelah kami cerita. Nah ini kau punya. Banyak ni. Makan berdua cukup kut. Kami pergi dulu." Kedua-duanya hanya tersengih pada Hisyam dan berlalu pergi.

"Sad to say. You kena pergi sarapan sorang-sorang ya, Encik Hisyam." Aqeela terus masuk ke pantri. Sempat dia sambar muk air milonya.

"You dengar tak kawan-kawan you cakap apa tadi. Cukup untuk dua orang makan kan? Takkan sampai hati you nak biarkan I kelaparan." Hisyam selamba duduk di kerusi yang terdapat dalam pantri.

"You ni memang muka tembok kan," perli Aqeela.

"Cakaplah apa yang you nak cakap, Cik Aqeela. Yang penting perut I kenyang." Hisyam kenyit mata.

Aqeela juling mata ke atas. Kenapalah dia boleh kenal dengan manusia bernama Hisyam.

“Cepatlah.” Aroma nasi lemak bungkus di tangan Aqeela betul-betul membangkitkan selera makannya.

“Boleh sabar tak? Dahlah nak makan orang punya makanan,” bentak Aqeela.

“Okey, okey.” Hisyam tersengih. Dua jari tanda keamanan diangkat.

“Nah.” Aqeela meletakkan sebungkus nasi lemak di depan Hisyam. Untuk dia hanya diletakkan di dalam pinggan. Dia duduk berdepan dengan lelaki itu. Tangan ditadah. Menunggu doa makan di baca.

Hisyam yang terleka terus saja mencapai sudu. Dikautnya nasi lemak dengan rakus. Belum sempat masuk mulut. Dia mengangkat muka.

“Ehem…ehem…” Aqeela merenung tajam.

“Teruja.” Hisyam terus tadah tangan dan membaca doa makan.

Tanpa toleh kiri kanan laju saja dia menyuap mulutnya dengan nasi lemak panas itu. Macam dah bertahun tak makan nasi lemak. Itu memang hakikatnya. Baru dua bulan kut dia jejak kaki di tanahair sendiri.

Tiba-tiba Hisyam tersedak. Dia membuat isyarat air pada Aqeela. “Milo. Same as yours.”

"Eee...kecohlah you ni. Demand pula tu." Bengang Aqeela bila dipaksa membuatkan air milo panas untuk lelaki ini.

Hisyam masih terbatuk-batuk. Entah siapalah yang menyebut nama dia. Dahlah Aqeela memanjang menyinga aje. Nasib badan betul.

"Nah. Jangan gelojoh pula. Panas lagi tu." Risau pula Aqeela. Tak nak dia tanggung risiko kalau jadi apa-apa pada anak orang.

"Thanks." Hisyam hirup perlahan air milo yang dihulurkan Aqeela.

“Hmmm…” Aqeela capai sudu. Nasi lemak dikuis-kuis. Macam tak cukup aje ni. Ekornya menangkap bayang-bayang pada pintu masuk pantry. Dia mendongak. Liur ditelan.

"Dekat sini rupanya anak muda ni menyorok."

Tersembur terus air milo yang baru diteguk Hisyam sebaik mendengar suara yang menegur.

"Hisyam!!!" Aqeela rasa macam nak menangis. Habis muka dia kena semburan air milo panas. Sakit tau.

Orang yang menegur pun terkedu sama. Tak menjangka itu reaksi dari orang yang ditegurnya. Wrong timing.

“Dato’. Excuse me.” Aqeela menunduk tanda hormat. Walau dalam hati dah berbakul sumpah seranah dituju kepada Hisyam. Buat malu aku betullah dia ni.

Sempat dia memukul Hisyam sekuat hati sebelum berlalu keluar. Muka Aqeela memang marah betul.

Hisyam hanya mampu menggumam kata maaf.

Kedua-dua lelaki itu hanya memandang Aqeela sehingga hilang dari pandangan.

Daddy, how could you?” Hisyam terduduk.

“Manalah daddy tahu.” Dato’ Azman selamba duduk di sebelah anaknya.

“Sikit aje lagi tadi. Esok confirm dah boleh ajak dia keluar.” Hisyam mengeluh.

“Dia bukan macam perempuan-perempuan lain, Syam,” nasihat Dato’ Azman.

I know.”

You know what, Mommy pun berkenan dengan dia.”

“Bila masa pula mommy jumpa dia? Syam bawa dia keluar pun tak pernah lagi.” Hisyam mencebik.

“Kalau mommy datang sini. Dialah orangnya yang akan layan mommy Syam yang cerewet tu. Orang lain tak kuasa dah.”

“Eh, Dato’ masih kat sini?” Aqeela terkejut bila melihat Dato’ Azman masih di pantri. Segera dia mengemas nasi lemak yang dah berkuah milo tadi.

“Bagi nasihat sikit dekat anak muda ni, Aqeela. Oh! Ya. Datin kirim salam. Dia tanya bila lagi nak datang rumah. Dah lama katanya Aqeela tak ziarah dia.”

“Seganlah saya, Dato’. Tak ada apa-apa sebab nak datang rumah orang.” Aqeela tersenyum.

Hisyam hanya merenung wajah yang sedang tersenyum manis. Memang buat dia penasaran betul.

“Tak perlu sebab untuk datang rumah saya, Aqeela. Okay, young man. Harap lepas ni dapat buat kerja dengan betul. Jangan asyik mengular aje. I tak gajikan you untuk goyang kaki.” Dato’ Azman menepuk-nepuk bahu anaknya.

Hisyam buat muka.

“Eh! You nak pergi mana?” Hisyam memanggil Aqeela yang turut hendak beredar dari situ.

“Kerjalah. I makan gaji bukan anak owner syarikat ni. Tak tahulah kalau you anak Dato’ Azman.” Aqeela terus keluar.

“Errr…” Hisyam kaku. Tak tahu nak kata apa. Punah harapan.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

20 comments:

  1. Replies
    1. hisyam malu bila bc ni...miahahahhaha...

      Delete
  2. Cian hisyam...
    Berjuang tawan hati aqeela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hisyam tengah cuba pasang strategi lain...

      Delete
  3. Hisyam.. qeela serkap jarang je tu.. jgn putus asa.. chaiyok... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.....hisyam kena asah skill...

      Delete
  4. Bagus juga Aqeela jual mahal sikit dekat Hisyam ni... Biar susah dapat tapi berbaloiiii... Best...bila lg next n3?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik baba...next n3....hehehehehe...sabar...

      Delete
  5. best . . best good job kak Syeena Hamdan. aqeela jual mahal baru Hisyam boleh asah skill memikat hehehee. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Hazwani.....kannnnn.....kena asah lagi tu....

      Delete
  6. Buenas tardes mi dulce Syeena Hamdan

    Aduiiii spoil betul la... kut ya pun Dato' @ daddy nak sergah... agak2 la... sekali lagi merundum saham syam dpn Qeela...

    Suka.. sukaaaa... sukkkkaaaaa

    thanks my dear SH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik......hisyam ni r....gelojoh sangat...

      Delete
  7. hehehe ... tak malu punya hisyam, dah ler minta brekpas aqeela, sembur pulak tu ... sabar aje lah qeela. Kesian aqeela tak sempat nak makan.

    ReplyDelete
  8. Anak owner syarikat. Hosyam ni nak memikat pun agak2lah. Ni habis muka kawan tu disembur milo. Tapi kan...pas ni kerja memikat alan jd lebih mudah kot coz dato n datin mmg berkenan dgn aqeela.

    ReplyDelete