Tuesday, June 10, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 4


HARI ini Aqeela pastikan dia sampai kerja lebih awal dari kebiasaan. Setiap hari dia akan membiasakan diri datang pada waktu begini. Rutin harian dia memang kena ubah tiga ratus enam puluh darjah. Semuanya kerana malas nak bertembung dengan orang yang tak faham bahasa.

"Aqeela!"

"Hmmm..." Aqeela hanya mengangkat muka sekali lalu bila mendengar Jessica memanggil namanya.

"Untuk you." Jessica meletakkan sebungkus nasi lemak di atas meja kerja Aqeela.

"I mana ada order apa-apa, Jessi." Aqeela menolak bungkusan nasi lemak itu kembali kepada Jessica. Entah betul entah tidak nasi lemat tu untuk dia. Karang kalau tersalah makan ada perut dia buncit nanti. Tidak dihalalkan.

"I tak tahu. I cuma buat apa yang orang suruh." Jessica segera berlalu.

"Ingat aku ni kemaruk makan nasi lemak ke. Budak berdua ni memang tau." Aqeela membebel. Dia beranggapan teman-temannya yang beri. Gagang telefon dicapai.

"Abby, kau ada belikan nasi lemak untuk aku ke?" Aqeela bertanya sedikit menjerit.

"Waalaikumussalam. Kan dah cakap kat kau aku nak puasa hari ni. Bila zaman pula aku rajin sangat nak belikan sarapan tu," balas Abby dengan nada geram.

"Eh? Sorry. Lupa." Gagang telefon diletakkan semula. Aqeela ketap bibir. Siapa pula yang terlebih baik hati ni?

Aqeela berdiri. Telefon bimbit dan beg duit dicapai. Mungkin orang dekat bawah tahu siapa yang hantar. Tak sangka pula, dah bertahun kerja dekat sini. Ada peminat misteri rupanya dia ni. Segaris senyuman terpamer pada wajah putih bersih itu.

“Jessi, I cari sarapan sekejap. Tolong beritahu Miss Chan kalau dia sampai nanti.” Aqeela berlari anak bila dilihat pintu lif sudah terbuka.

Seorang gadis tinggi lampai memakai dress labuh berwarna putih melangkah masuk dengan penuh bergaya. Nampak macam si gadis mengenali seseorang di situ.

"Syam? Awad Hisyam?" tegur si gadis tinggi lampai tadi.

Hisyam yang sedang membelek sesuatu di kaunter penyambut tetamu menoleh . Dahinya berkerut memikirkan siapakah gadis cantik yang menegurnya.

"Julie? Juliana? Is that you?"

"Alah....you ni dengan I pun dah tak ingat." Si gadis tinggi lampai mencebikkan bibir.

"Sepatutnya I yang cakap macam tu. Model terkenal yang tegur I. Rasa macam I yang modelnya pula. Macam mana boleh tersesat dekat sini ni?" Hisyam mendekati si gadis tinggi lampai.

“I ada urusan sikit dekat pejabat Imigresen. Terlanjur nampak you dekat sini. Itu yang I singgah.” Si gadis tinggi lampai tersenyum.

So sweet of you.” Hisyam turut tersenyum sama.

Mereka rancak berbual. Bertanya khabar antara satu sama lain. Maklumlah lepas habis sekolah menengah, masing-masing membawa haluan sendiri.

Aqeela laju mendekati kaunter penyambut tetamu. Langsung tidak perasan sepasang teruna dan dara yang galak berbual mesra berdekatan pintu masuk bangunan.

"Zura, nak tanya sikit boleh tak?" Aqeela menyergah si penyambut tetamu yang leka memerhati ke arah lain.

"Haishhh...cubalah bagi salam Cik Aqeela oiii..." omel Zura. Mata masih ralit memandang ke tempat lain.

"Assalammualaikum, Cik Zura. Nak tumpang tanya sikit boleh tak?" Aqeela menekan sedikit suaranya. Bengang bila dua kali diperli tidak memberi salam.

"Hmmm..." Acuh tak acuh saja Zura menjawab.

"Kau ni tengok apa?" Aqeela memandang ke tempat yang menjadi perhatian Zura.

“Cik Aqeela kenal?” Zura cuba merisik.

“Yang lelaki tu aku tahulah. Itu pun terpaksa kenal.” Jawapan selamba Aqeela memaksa Zura memandang padanya.

“Bukan yang jejaka idaman Malaya tu. Yang perempuan. Model terkenal tu tau. Dalam majalah dah nampak cantik. Kat luar lagilah cantik rupanya. Untunglah Encik Hisyam.” Zura memuji.

“Cantik bukan bawa ke matilah, Zura.” Aqeela mencebik. Apa si Zura ni sebut tadi? Hisyam jejaka idaman Malaya? Eeeuwww…

“Memanglah, Cik Aqeela. Tapi bonus boleh dikelilingi lelaki-lelaki hensem macam Encik Hisyam tu.” Zura menambah rencah.

“Ada saya kisah.” Aqeela pamer riak sinis. Hensem apa si Hisyam tu kalau perangai tak semenggah.

“Cik Aqeela nak tanya apa tadi?” Zura cuba ubah topik. Tahu yang Aqeela memang tak berapa suka berbual pasal lelaki.

“Dah lupa. Eh! Saya nak pergi cari makan. Hari ni tak ada partner. Dia orang tu semua sibuk nak ganti puasa. Dari awal lagi suruh ganti, tak mahu. Suka buat kerja last minute. Daaa…” Aqeela tersengih dan beredar dari tempat Zura.

Hisyam langsung tak memandang pada Juliana saat dia terperasankan kelibat Aqeela yang sedang berbual dengan Zura. Hanya telinga ditadahkan mendengar cerita si model. Sesekali saja dia menyampuk. Liur ditelan bila Aqeela berjalan menuju ke arahnya.

"Cik Aqeela, you kenal Juliana?" Hisyam memanggil Aqeela yang langsung tak menoleh kepadanya. Bengang. Boleh pula si dia lalu aje.

Dah kenapa mamat ni. Kisah pula aku kena kenal girlfriend dia. Aqeela toleh ke belakang. Saja tayang muka tak faham.

Juliana yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum. Sempat lambai tangan.

Hisyam mendekati Aqeela. Selamba dia tarik tangan Aqeela untuk diperkenalkan dengan Juliana.

"You ni kenapa sampai pegang-pegang tangan I?" Aqeela cuba melepaskan tangannya.

Hisyam hanya tersenyum. Langsung tak peduli omelan Aqeela.

Juliana pun risau dengan tindakan spontan Hisyam.

“Hai…” Juliana menyapa penuh sopan.

Hisyam yang masih menggenggam tangan Aqeela memberi isyarat supaya Aqeela membalas.

“Hai…” Aqeela tersenyum kelat. Tangannya cuba ditarik tapi terasa semakin erat pula digenggam.

“Julie, ini Aqeela. Bakal isteri I. Sayang, ini Juliana. Best friend I masa zaman sekolah dulu.”

“Cantik.” Kedengaran ikhlas pujian yang keluar dari mulut Juliana.

Aqeela memandang Hisyam. Matanya tak berkelip. Biar betul mamat ni. Apa kes cakap aku bakal isteri dia?

“Untunglah you, Aqeela. Hisyam ni jejaka idaman Malaya tau. Rasanya menangis perempuan-perempuan dekat JB ni kalau dapat tahu Hisyam dah pilih you as his future wife.

Sudah. Perempuan cantik ni pun cakap mamat ni jejaka idaman Malaya. Boleh percaya pula dia dengan cakap-cakap kosong mamat ni. Sekarang aku nak jawab apa. Nak jaga air muka mamat ni ke atau belasah cukup-cukup? Goyangan pada tangannya membuatkan Aqeela selamba menuturkan kata-kata pedas.

“Errr…untung? I sebenarnya tak sanggup nak bersuamikan lelaki sekacak Hisyam ni. Tapi itulah. Hari-hari asyik bertunggu tangga dekat meja I. Kesian pula. Terima ajelah. Bolehlah dari tak ada kan. Betul tak, you?” Aqeela kenyit mata pada Hisyam.

Hisyam ketap bibir. Menahan geram. Mata dibesarkan. Sedas dia kenakan aku. Tak apa.

“Hello! I ada lagi kat depan you all. Main-main mata pula. Jealous tau.” Juliana tertawa.

Sorry.” Serentak Hisyam dan Aqeela menuturkannya.

“Hmmm…I kena geraklah, Syam. Tunang I pun dah datang tu. Lain kali kita jumpa lagi, ya.” Juliana terus keluar bila sebuah kereta Mercedes berhenti betul-betul di depan pintu masuk bangunan.

Seorang lelaki yang agak berumur keluar dari tempat duduk belakang. Tersenyum lebar bila Juliana menghampirinya.

Aqeela ternganga. Dia kenal dengan lelaki tua itu. Lelaki bergelar Tan Sri yang baru dua bulan kematian isteri. Arghhh…dasar lelaki. Senang betul cari pengganti.

“Tutup mulut tu.” Hisyam tertawa. Sebenarnya dia tahu kisah cinta Juliana dengan lelaki tua ini. Tapi apa dia nak hairan. Lelaki tua itu berduit. Perempuan mana yang tak pandang. Zaman sekarang semuanya duit, duit, duit.

Aqeela menjeling. Cepat-cepat menutup mulut. Sibuk ajelah dia ni. Ada aje modal tu nak kenakan aku.

“Euwww…kawan you ni. Very bad taste. Tak ada lelaki lain ke? Carilah yang muda sikit. Kalau ya pun nak kaya cepat. Bukannya tak ada lelaki muda yang kaya.” Aqeela menggeleng. Tak dapat dibayangkan kalau dialah yang berada di tempat Juliana.

“Sebab tu you beruntung. You dapat I. I muda. Bujang trang tang tang lagi. So, appreciate it.” Hisyam kenyit mata.

“I dapat you? Sorry eh. Not my taste.” Aqeela mencebik. Masih tak menyedari yang tangan dia dan Hisyam masih bertaut.

 Hisyam pula cuba mengambil kesempatan. Layankan aje apa yang keluar dari mulut Aqeela asalkan si gadis tak melepaskan genggaman tangannya.

“Hisyam, Aqeela.” Dato’ Azman yang baru masuk terkejut melihat pasangan yang bertikam lidah di depan pintu masuk. Bergaduh macam nak rak tapi berpegangan tangan. Anak bujang aku ni tak tahu halal haram ke.

“Dato’.” Kedua-duanya tergamam.

Aqeela terperasankan sesuatu yang mata Dato’ Azman memandang ke bawah. Crap! Kenapa aku boleh cuai ni? Segera dia menarik kasar tangannya. Dibawa ke belakang. Emak!!! Malunya.

Hisyam tersengih. Mengurut tengkuknya yang tiba-tiba terasa tegang.

“Buat apa dekat bawah ni?” Dato’ Azman tersenyum.

“Errr…saya nak pergi sarapan. Pergi dulu, Dato’.” Aqeela terus berlari keluar. Tak sanggup nak berlama-lama dekat situ. Lagilah bila melihat senyuman perli Dato’ Azman.

Dato’ Azman jongket keningkepada anaknya.

“Hisyam…Hisyam…” Hisyam tak tahu nak jawab apa. Yang pasti jantung berdegup tidak seperti kebiasaan. Ritmanya sudah lari tune. Aqeela memang sudah menghuru-harakan hidup dia.

“Kalau suka terus masuk meminang. Dalam keadaan sekarang. Yang haram tetap haram. Jangan pandai-pandai nak menghalalkan. Pukul sebelas ikut daddy jumpa client.” Dato’ Azman terus meninggalkan Hisyam yang masih termangu-mangu.

“Parah aku macam ni. Kalau masuk meminang, nak ke Aqeela terima?” Hisyam memandang ke luar.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

26 comments:

  1. CONFIRM 80% MENOLAK....KENA GUNA SUAKA POLITIK HISYAM OIIII....

    ReplyDelete
  2. eeeeee sweet sgt kak syeena...mesti main tarik tali dieorg ni kn..ececehhh sy pulak yg terasa excited ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...eh....dia pula yg excited eh....kikikiki

      Delete
  3. masuk meminang?...........mesti kena tolak.......hahahaha

    ReplyDelete
  4. SH

    + - + - + ------ uish rasa cam byk tolak dari tambah niii... hurm apa2 pun AH versi lelaki... cepat asah.. gilap bakat awak tu b4 AH versi perempuan kena sambar ngan helang lain....
    SJ... hurm nak guna suaka politikkkk...

    but "Y" not cuba dulu... dan nantikan hasil nya dari SH

    good job

    ReplyDelete
  5. masuk meminang..yeay!! setuju!! kalo dy tolak, paksa sampai terima..hahaha

    ReplyDelete
  6. Haiyooo...angau sungguh dah tu...hehehe

    ReplyDelete
  7. hehehehehehe...kelakar betul mrk berdua ni. Kalau Hisyam masuk meminang sekarang ....confirm kena tolak. Hisyam kena berusaha lg utk cairkan hati the brutal Aqeela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...kita tengok apa Hisyam nak buat ya...

      Delete
  8. sporting punya daddy, baru nampak hisyam 2x dgn aqeela dah nak suruh meminang ... hisyam tak kejar aqeela ikut brekpas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni x blh nk kejar sangat...nnt lari

      Delete
  9. pinang jangan tak pinang.. kalau dah melapas..
    menages iar mata darah pun dah tak guna..
    hahahaha

    ReplyDelete
  10. Hisyam ni memang bagus. terus perkenalkan aqeela as his future wife... agak2 aqeela terima tak kalau hisyam masuk meminang. cam payah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada cabaran sket kak....ngeeeee....

      Delete