Thursday, June 12, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 5


KERETA Audi Q7 berhenti betul-betul di depan pintu masuk bangunan pejabat milik Dato’ Azman. Kelihatan Dato’ Azman dan Hisyam turun dari kenderaan itu. Mereka memilih untuk masuk ke pejabat semula walau waktu balik sudah semakin hampir.

"Eh! Nak pergi mana?" Dato' Azman memandang anaknya. Ingatkan sama-sama nak naik ke atas.

"Kereta." Hisyam laju melangkah ke keretanya yang diletakkan di sebelah belakang bangunan.

Kepenatan jelas terpamer pada wajahnya. Pertama kali mengikut Dato’ Azman berjumpa client. Tak sangka membawa sehingga ke petang. Nasib ada bawa baju spare. Yang dipakainya sekarang rasa dah tak selesa. Melekit.

Hisyam membongkar bonet kereta. Mencari baju-t percuma yang memang dia campak ke dalam bonet. Tersungging senyuman di bibir bila yang dicari berjumpa.

Yes!” Suaranya sedikit menjerit. Macam budak-budak baru dapat jajan. Elok saja berpusing dia terperasankan seseorang yang sedang terbongkok-bongkok seperti hendak mencapai sesuatu.

"Aqeela?" Hisyam menegur sebaik mendekati susuk tubuh itu.

"Huh! Ouchhh..." Mata Aqeela terpejam menahan sakit. Sungguh dia terperanjat. Hinggakan besi karat yang cuba dia elakkan tergarit juga mengenai tangannya.

"Allah! Sorry." Hisyam terus meraih tangan Aqeela. Ditariknya gadis itu supaya mengikut dia ke keretanya. Kelam kabut Hisyam mengeluarkan sebotol air mineral.

"Tahan sikit. Pedih ni." Dengan lafaz Bismillah Hisyam menuang air pada luka di tangan Aqeela.

Aqeela ketap bibir. Pedih. Sangat pedih. Tapi apa yang dibuat Hisyam betul. Kalau tak dicuci segera takut luka ditangannya lagi teruk. Karat besi yang terkena tangannya akan memudaratkan lagi.

“You buat apa dekat situ?” Hisyam menyoal setelah luka pada tangan Aqeela dilapkan menggunakan kain kasa dan dibalut kemas. Nasib dia memang ada simpan First Aid Kit dalam kereta.

“Kunci kereta I terjatuh. Sikit aje lagi tadi dah nak dapat. Boleh pula you tegur.” Aqeela membelek tangannya. Kemas balutan pada lukanya. Tapi tak nampak over ke. Asal boleh aje lelaki ni buatkan. Bukannya parah mana pun.

“You berangan eh? Dahlah dalam longkang tu.” Hisyam berjalan semula ke tempat Aqeela mencangkung sebentar tadi. Dia berdiri di tepi. Memerhati ke bawah. Tanpa kata dia melompat turun.

“Errr…” Aqeela tidak sempat menahan. Dia turut menjenguk ke bawah. Melihat apa yang dibuat lelaki itu.

"Done." Hisyam melompat keluar. Habis kotor baju yang dipakainya. Kunci kereta yang berjaya diambil dihulurkan kepada Aqeela selepas dibasuh.

"Thanks. Menyusahkan you aje." Aqeela serba salah. Tak sangka Hisyam sanggup bersusah payah turun ke dalam longkang.

"Small matter." Hisyam tersenyum. Butang baju dibuka satu persatu. Selamba dia berjalan ke keretanya semula. Baju ditanggalkan dan diganti dengan yang baru.

Aqeela terkebil-kebil. Dapat dirasakan dadanya bagai nak pecah. Senang betul jadi lelaki. Tahulah otot perut tu pejal. Saja aje tayang badan tu. Mata ni pun cuba jangan pandang-pandang.

Hisyam tersenyum senget. Gelihati dengan gelagat Aqeela. Dia bukan sengaja nak tayang badan. Dah terbiasa. Lupa ini JB bukan London.

“I rasa baik I gerak sekarang. Nanti terlambat pula.” Aqeela berpusing. Rasa lain macam pula bila berdepan dengan Hisyam di tempat sunyi ni. Petang-petang pula tu.

“Errr…you nak pergi mana?” Hisyam cuba menghalang.

“Kenapa?” Aqeela berpusing semula menghadap Hisyam. Keningnya terjongket.

“Boleh ke you drive? Tangan you kan…” Hisyam angkat kedua-dua belah keningnya.

Aqeela membelek tangannya. Apa susah. Dalam kereta nanti aku tanggalkan balutan ni. Pegang stereng perlahan-lahan. Lagipun kereta aku tu automatik bukannya manual.

“I hantarkan.” Hisyam mempelawa.

No need.” Aqeela menggeleng.

I insist.” Hisyam besarkan mata.

Penat bertekak dengan Hisyam. Mengalah ajelah dengan lelaki ini. Penyudahnya Aqeela dah ada dalam kereta Hisyam menuju ke rumah mak ayah Aqeela. Kedua-duanya langsung tak berbual. Tak pasti kenapa. Kekok atau malu. Hanya mereka berdua saja yang tahu.

“Assalammualaikum.” Aqeela menjerit sebaik kaki mencecah tanah.

“Waalaikumussalam.” Mak Cik Hendon yang baru lepas menyapu sampah di belakang rumah terkocoh-kacah berlari anak pergi ke depan. Matanya merenung kereta sport warna hitam yang elok terparkir di hadapan rumahnya.

“Mak!” Aqeela berlari mendapatkan emaknya.

“Allah!” Mak Cik Hendon mengurut dada. Rasa macam nak luruh jantung dia. Anak dara seorang ni memanglah. Tak reti bersopan langsung.

Sorry.” Aqeela tersengih. Dia meraih tangan emaknya. Dicium penuh kasih kemudian terus didakap erat badan tua itu.

“Balik dengan siapa?” Mak Cik Hendon terjengah-jengah siapakah gerangan pemandu kereta hitam itu.

“Kawan satu pejabat. Orang bukan sengaja tau. Dia yang beria-ia nak hantar.” Aqeela menunjukkan tangannya yang luka.

“Qeela.” Suara garau lelaki mengejutkan dua beranak itu.

Pak Cik Arip yang berjalan seiring dengan Hisyam hanya menggelengkan kepala. Masak benar dengan perangai anak dara dia. Lupa segala kalau dah berjumpa dengan isterinya.

“Ayah.” Aqeela mendekati ayahnya. Tangan tua itu dicium. Dia membiarkan sahaja ayahnya menggosok kepalanya. Dia suka begitu. Suka dimanjakan dengan cara itu.

Hisyam yang berdiri di sebelah Pak Cik Arip hanya tersenyum. Hatinya memang tidak pernah buat silap. Perwatakan gadis ini memang nampak kasar tapi sebenarnya si dia ni anak manja. Satu cabaran buat dia kalaulah si dia menerima dia. Sengihan lebar tergaris pada wajah.

“Jom masuk. Dah nak maghrib ni. Tersengih dekat luar ni bukan dapat apa pun.” Pak Cik Arip menepuk bahu Hisyam.

Hisyam menguak rambutnya sedikit. Malu tertangkap begitu. Anak dara pak ciklah penyebabnya ni. Dia membontoti langkah Pak Cik Arip.

Usai menikmati makan malam, Hisyam minta izin untuk pulang. Tak betah rasanya hendak berlama-lama di situ. Tidak ada yang kurang pun layanan Pak Cik Arip dan Mak Cik Hendon. Cumanya Aqeela seolah-olah tidak suka dengan keberadaan dia di situ. Lebih baik dia undur diri segera sebelum peluang semakin tipis.

"Thanks." Aqeela hantar Hisyam hingga ke kereta. Itu pun puas selepas mendengar emaknya membebel.

"I yang patut cakap terima kasih. Tetamu tak diundang kan." Hisyam bersandar pada pintu keretanya.

"Mulut I memang tak ada insuran. You buat-buatlah tak dengar." Aqeela jongket hidung. Malu. Tak sangka pula lelaki depan dia ini dengar butir bicaranya.

"Tak ambil hati pun. I tahu you memang macam tu." Hisyam tersenyum.

"I ni kasar sikit sebab tu Tak semua orang suka kat I." Aqeela pandang ke arah lain. Teringat hinaan yang pernah dia terima dari lelaki yang pernah bertahta dihatinya. Nasib baiklah dia cepat sedar diri. Kalau tidak entah apa jadinya nasib diri dia. Baiklah hidup membujang.

"Itu yang buat you lain dari yang lain, Aqeela. I tak kisah. I terima you seadanya."

Aqeela pandang Hisyam semula. Tidak faham maksud kata-kata lelaki ini.

Hisyam angguk.

“Dah lewat ni. Baik you balik sekarang. Nanti karang ada ‘benda’ lain pula ikut jadi peneman.” Aqeela mengusik.

“Amboi! Baik punya halau nampak.” Hisyam membalas usikan Aqeela.

“Bukan halau. Dah malam ni. Kesian dekat you. Drive sorang-sorang.” Aqeela tersengih.

"You nak balik bila? Just give me a call." Hisyam menyeluk poket seluar.

"Errr...tak apa. I naik cab aje. Lagipun kan hujung minggu. I tak nak kacau masa berlibur you." Aqeela menolak. Nak mati kena parang dengan ayah. Pandai-pandai suruh lelaki angkut balik.

"Ayah you dah izinkan. Where’s your handphone?" Hisyam dah bersedia dengan telefon bimbitnya.

Aduh! Advance kau ya. Pandai kau cari punca. Aqeela memandang ke rumah. Nampak ayahnya mengangkat tangan. Berpakat ke apa ayah aku ni? Masak betullah kalau ayah pun join sama.

"Ini nombor I." Tanpa Aqeela sedar telefon bimbitnya sudah diambil Hisyam.

"Nak buat apa dengan nombor you?" polos soalan Aqeela.

Hisyam hanya tersenyum. Telefon bimbit dipulangkan. Dia masuk ke dalam keretanya.

Aqeela jongket kening. Tak faham.

"I balik dulu. Assalammualaikum." Hisyam melambai. Hon kereta dibunyikan sekali.

Aqeela hanya memerhati. Apa ni? Tangan naik memegang dada. Cuba membuang rasa kurang enak yang menari-nari dalam hati. Dia berpaling. Telefon bimbit digenggaman berbunyi. Dia memerhati. Nombor tak dikenali. Namun dijawab juga.

“Hello!”

“Terima kasih. Terima kasih sebab sudi jamu I tadi.”

“You.” Aqeela berpaling menghadap jalanraya semula. Memerhati seolah-olah kereta Hisyam ada di depan mata.

“Aqeela.”

Aqeela ketap bibir. Suara gemersik Hisyam ditalian membuat hati dia semakin tidak keruan.

“Yup.” Aqeela sengaja bersuara tegas.

“I ambil you ahad ni? Wait for me. Assalammualaikum.”

Aqeela kelu. Gagal membalas kata-kata Hisyam.

“Errr…waaalaikumussalam.” Aqeela hanya memandang skrin telefon bimbitnya yang sudah gelap.

“Buat apa lagi dekat luar tu? Masuk. Ahad nanti kan jumpa.” Pak Cik Arip berdiri di alang pintu depan.

“Ayah…” Aqeela tertunduk malu.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua. Request group untuk baca teaser2 menarik... https://www.facebook.com/groups/460780710692490/

20 comments:

  1. Buenas noches mi dulce Syeena Hamdan

    Gracias untuk n3 terbaru JIM... so sweet... advance ya Hisyam... berani plus "jantan" gitu... terus blh gang ngan FIL to be... hurmmmm

    Qeela plak dlm sengal dia ... dlm sempoi dia... dlm lasak dia... ada tersembunyi kemanjaan nya...

    suka ayat ni

    Hisyam yang berdiri di sebelah Pak Cik Arip hanya tersenyum. Hatinya memang tidak pernah buat silap. Perwatakan gadis ini memang nampak kasar tapi sebenarnya si dia ni anak manja. Satu cabaran buat dia kalaulah si dia menerima dia. Sengihan lebar tergaris pada wajah.

    Good luck Syeena... akak akan terus menyokong dari belakang...

    Any news for your new baby.. pls fill free to let me know

    mucho amor
    kak ita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak ita....insya Allah will let u know... tapi jauhhhhh lagi....

      Delete
  2. la...suka suka.... akan kah dah ada spark antara minah ni yg amatlah brutal...

    ReplyDelete
  3. Caya la Pak Arip...bagi Green Light baik punye....emmm just wonder apalah ayat si Awad guna kat Pak Arip ye....smpi Mcm dah restu sgt tu.....

    ReplyDelete
  4. Amboi hisyam.. berpakat ngan bakal pak mertua ke? hehe..
    sis..jgn la wat ex qeela muncul balik ye.. sian hisyam nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....umi tak janji....kikikiki

      Delete
  5. akhirnye ade jgk entry..thanks kak syeen hope akak dah makin baik :) hisyam dah angau sgt tu dkt aqeela, haha..poor him

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Imtinan....getting better....thanks ya sudi baca...

      Delete
  6. Suka...suka...suka
    Untungnya ada pakatan antara bakal pak mertua.. hehe..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...tq...tq....yang tak untung Aqeela lah....kikikiki....

      Delete
  7. Lama menanti akhirnya ada juga n3 baru. Wah Hisyam pandai ye ...seiap berpakat dgn future FIL lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang pandai...Pandai ambil kesempatan....

      Delete
  8. caya la bapak..
    sporting giler..
    hahahahaa

    ReplyDelete
  9. kesian aqeela. tak pasal2 tangan cedera. hisyam ni pulak cam budak2 bila dpt jumpa aqeela. yang bestnya, ibu bapa kedua2nya mmg sporting. tiada halangan langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah permudahkan perjalanan jodoh mereka....

      Delete