Friday, June 13, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 6


AQEELA tekup mukanya dengan bantal. Bingit. Leteran emaknya tak berhenti. Macam murai tercabut ekor. Bukannya dia tak bangun awal. Subuh dah buat. Saja nak bermalas-malasan di atas katil. Bagilah dia berehat hujung minggu ni. Bukannya ada benda penting pun nak buat. Paling tidak pun berkemas dan balik ke rumah sewa. Itu saja.

“Apa? Rumah Sewa? Oh! No.” Aqeela bingkas bangun bila teringatkan sesuatu.

“Alah…awal lagi kut. Orang tu pun tak call lagi.” Dia berjalan malas keluar dari bilik tidur. Mata toleh kiri toleh kanan. Dengan baju tanpa lengan berserta seluar pendek atas lutut. Aqeela selamba mendekati pintu depan yang terbuka luas.

"Eh?" Aqeela menggosok-gosok matanya. Kepala menjenguk ke belakang. Jam dinding ditelek.

"Apasal?" Mak Cik Hendon yang datang dari arah dapur dengan menatang dulang memandang anak daranya. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja yang ada di hadapan rumah.

"Tu." Muncung Aqeela panjang di tala pada kereta hitam di luar pagar rumah.

"Ya Allah! Tak mandi lagi?" tegur Pak Cik Arip.

Hisyam yang berjalan di belakang Pak Cik Arip tersenyum lebar. Mata dikenyitkan kepada Aqeela.

"Mak!!!" Tak cukup tanah Aqeela berlari masuk. Percuma aje Hisyam dapat melihat rambutnya yang kusut masai dengan paha yang menggebu.

"Anak dara pak cik memang macam tu, Syam. Sebab tu sampai sekarang tak ada yang berkenan." Pak Cik Arip geleng kepala. Malu dengan perangai Aqeela.

Hisyam tersengih. Takkanlah nak cakap saya berkenan pak cik. Ada kang aku kena pelangkung dengan parang kontot Pak Cik Arip ni nanti.

“Ajak Hisyam tu makan, bang.” Mak Cik Hendon masuk ke dalam rumah semula.

Hisyam menurut sahaja bila Pak Cik Arip mempelawa dia untuk bersarapan. Langkah kanan. Sebetulnya dia sempat bersarapan dekat rumah tadi. Hari minggu Datin Hanum memang wajibkan mereka sekeluarga sarapan di rumah sebelum keluar ke mana-mana. Arahan yang Dato’ Azman pun tak boleh ingkar.

Aqeela menggosok laju rambut yang baru dibasahkan. Muka masam mencuka memandang emaknya.

“Lawa sangatlah buat muka macam tu.” Mak Cik Hendon menggeleng. Tangannya laju mengangkat jempu-jemput pisang yang sudah masak dari atas kuali.

“Kenapa mak tak cakap mamat tu dah datang?” Muncung Aqeela makin panjang.

“Mamat mana? Hisyam?” Mak Cik Hendon jegilkan mata.

“Siapa lagi?” Aqeela dah menghentak kasar kakinya menapak ke bilik tidur.

“Dari tadi lagi emak bising yang kamu tak reti nak bangun dah kenapa? Dah boleh jadi bini orang pun masih tak sedar diri lagi,” bebel Mak Cik Hendon.

“Yalah. Orang yang salah.” Aqeela menjerit dari biliknya.

Mak Cik Hendon hanya menggeleng. Tak boleh kena marah sikit. Merajuk. Mogok. Itu ajelah yang Aqeela tahu. Dia kemudian membawa sepinggan jemput-jemput pisang tadi ke luar.

“Eh! Mana ayah?” Aqeela memandang emaknya. Dia sudah bertukar wajah. Palazzo hitam dipadankan dengan balus biru turkois dan tudung ekspres biru gelap menyerlahkan keayuannya.

“Ada kat belakang tu. Duduk sini. Temankan Hisyam.” Mak Cik Hendon masuk ke dalam rumah semula.

Eh! Mak ni. Tak reti nak duduk diam ke? Dari tadi keluar masuk keluar masuk. Makan kat dalam kan lagi senang. Mengada sangat layan mamat ni siapa suruh. Aqeela duduk juga.

"Barulah wangi." Hisyam mengusik. Kenyang betul mata dia tadi. Tak sangka pula si dia ni gebu. Memang kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini. Nasiblah ayah si dia ada kat depan tadi. Tapi masih dapat juga dia cuci mata.

"Yang you pagi-pagi dah bertunggu tangga kat rumah I kenapa?" Aqeela menjeling. Silap dia juga. Dah nampak kereta lelaki ni tadi kenapalah masih nak tercegat dekat situ. Saja nak bagi wayang percuma. Kenyanglah orang tu.

"Ayah you yang suruh I datang awal. Dia nak ajak I pergi tengok kebun." Hisyam tersengih. Lepas sebiji sebiji lagi jemput-jemput pisang selamat masuk ke dalam mulutnya.

Aqeela pandang Hisyam atas bawah. Boleh ke anak bandar ni masuk kebun. Terlepas tawa dari mulutnya.

"What?" Hisyam besarkan mata. Bengang. Mesti si dia pandang aku sebelah mata.

"Tak takut kulit jadi gelap? Lagi satu nyamuk dekat sini jakun. Suka orang kulit cerah-cerah ni." Aqeela sengaja menyakat. Nasiblah ayah dia tak suruh ikut sekali. Memang taklah dia nak masuk kebun tu. Berbintat badan ni nanti.

"Tak payah nak takut sangat dengan cakap-cakap dia, Syam. Dua kali lima juga tu. Ini bukan anak jati kampung. Perasan anak bandar budak bertuah ni." Pak Cik Arip duduk kembali di sebelah Hisyam.

"Ayah ni..." Aqeela dah keluarkan muncung panjang.

Hisyam ketawa mengekek. Si dia ni memang nakal. Nak pekena orang, sendiri yang terkena. Hailaa...Daddy, hujung bulan ni wajib masuk meminang.

“Abang nak pergi ke kebun juga ke?” Mak Cik Hendon yang baru menyertai Pak Cik Arip, Aqeela dan Hisyam bertanya kepada suaminya.

“Matahari ni pun dah nak naik. Esok-esok ajelah. Tak mengapalah, Syam. Tak ada rezeki kamu hari ni. Lain kali ajelah kita pergi.” Pak Cik Arip memandang ke langit luas.

“Kalau dah pak cik cakap macam tu memang tak ada rezeki sayalah. Lain kali itu saya tak pastilah bila. Kalau Aqeela ajak saya datang lagi mungkin ada lain kali tu.” Hisyam tersengih memandang Aqeela.

Aqeela yang duduk di depan menjeling tajam. Mengambil kesempatan betul lelaki ni.

“Tak payah nak tunggu dia ajak, Syam. Datang ajelah. Kami tak kisah.” Mak Cik Hendon menyampuk.

“Betul tu. Budak bertuah ni bukannya rajin sangat nak balik sini kalau tak dipaksa.” Pak Cik Arip menambah perisa.

Hati tua dia bukan tak faham gerak geri yang ditunjukkan anak muda yang ada di hadapan dia ini. Dia lebih dulu makan garam. Dia arif benar. Cumanya si anak dara ni. Keras kepala.

“Ayah ni. Jatuh saham orang. Orang nak baliklah macam ni.” Aqeela bingkas bangun.

“Sabar ajelah dengan perangai manja dia tu, Syam.” Pak Cik Arip tertawa.

Tersedak Hisyam yang sedang menyisip air kopi kampung buatan Mak Cik Hendon. Segera diletakkan kembali cawan tersebut. Dadanya diurut perlahan.

“Dia tu bukan manja aje. Keras kepala juga. Kena usaha lebih.” Pak Cik Arip menambah lagi. Bahu Hisyam ditepuk perlahan.

Mak Cik Hendon hanya anggukkan kepala. Mengiyakan apa yang dikatakan suaminya.



SEGARIS senyuman terpeta pada wajah Hisyam. Siapa sangka bakal mentua sangat sporting. Siap galakkan dia lagi dalam usaha memikat anak dara mereka. Tapi itulah, si anak ni macam tak faham-faham. Dah berapa banyak hint dia bagi, muka si dia memang polos habis. Selamba betul.

“Pergi rumah I dulu eh lepas tu baru pergi ambil kereta you.” Hisyam menoleh sekilas pada gadis di sebelahnya yang diam saja sedari tadi.

“Tak naklah. Hantar I dululah lepas tu you boleh terus balik.” Aqeela menggeleng laju. Gila ke apa nak suruh aku pergi rumah dia. Memang taklah.

“You jangan risau. I bukan duduk bujang. I duduk dengan family.” Hisyam cuba meyakinkan Aqeela.

“Itu lagi I risau. Entah apalah kata parents you nanti. Anak dara tak tahu malu. Suka-suka ikut lelaki balik rumah.”

Trust me. Mereka tak macam tu.”

“Tak pergi tak boleh ke?” Aqeela pandang muka Hisyam.

“Sekejap aje. Bolehkan?” Hisyam masih cuba memujuk.

“Stereng dekat tangan you. Kalau I kata tak nak pun. You tetap bawa juga kan.” Aqeela mengalah. Tak apalah. Balas budi sebab lelaki ni sanggup datang pagi-pagi ambil dia dekat kampung. Walau dia hanya duduk di Kampung Melayu Gelang Patah.

Hisyam tersenyum lebar. Suka bila Aqeela tidak membantah lagi. Kadar kelajuan ditambah sedikit. Datin Hanum dah pesan suruh sampai sebelum masuk waktu makan tengahari.

"Betul ke ni rumah you?" Aqeela buka mata besar-besar. Dia bukan tak kenal rumah ni. Pejam mata pun dia boleh sampai sendiri. Semuanya di hujung jari.

"Jom. Singgah sekejap aje. Lagi pun ada orang nak jumpa dengan you." Hisyam buka pintu dan terus keluar. Dia berlari anak ke sebelah penumpang. Pintu dibukakan.

"Errr...kalau tak singgah tak boleh ke? Kereta I tu dah lama sangat dekat ofis." Aqeela mendongak memandang Hisyam. Mengharapkan lelaki itu termakan dengan muka seposen dia.

"Janganlah macam tu. Promise you. This will not take so long." Hisyam pamer senyuman manis.

"Alah... I seganlah." Aqeela betul-betul rasa macam nak menangis. Apa dia buat dekat sini? Dia kenal sangat dengan tuan rumah ni.

"Segan apanya, Qeela. Jom masuk. Qeela pun dah lama tak datang rumah aunty." Datin Hanum yang berdiri di belakang Hisyam tersenyum.

"Mommy." Hisyam bersalam dengan Datin Hanum.

Kali ini Aqeela rasa macam nak cekik-cekik leher Hisyam. Anak Dato' Azman rupanya lelaki ni. Kenapa payah sangat nak beritahu dia? Malu aku malu. Kaw-kaw aku kutuk dia. Rupanya dia anak bos aku. Aduhhh....

"Qeela?" Datin Hanum menunggu dengan sabar. Kening dijongketkan.

Hisyam hanya tersengih. Tayang muka selamba. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dengan berat hati, Aqeela keluar juga dari kereta Hisyam. Dia menunduk sahaja berjalan seiring dengan Datin Hanum.

"Mommy! Be good to her. I want her, mommy." Sempat Hisyam berbisik pada Datin Hanum.

Datin Hanum buat muka sebelum kepala digelengkan. Nasib Dato' Azman cerita semuanya. Kalau tidak dia pun pelik kenapa hari ini Aqeela nak datang ke rumah mereka. Bertuah betul anak bujang seorang ni.

Hisyam menutup kembali pintu kereta. Punat kunci Honda CR-Z hitam ditekan. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Siulan riang bermain di bibirnya. Restu mommy dengan daddy dah dapat. Restu bakal mentua pun dah dapat. Tinggal tunggu kata putus dari tuan punya badan saja. Semoga Allah permudahkan urusan baik yang ingin dia laksanakan.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

10 comments:

  1. Buenas noches mi querido Syeena Hamdan

    Aloha... datang juga yg di tunggu dari pukul 12 tgharii....

    Muchas graciassss.... seronok baca n3 ni.. kerana buat masa sekarang Hisyam masih lagi tidak tersangkut "jam"... mummy daddy, MIL FIL to be pun dah bagi lampu hijau... cuma menanti salam bersambut dari si dara jelita si Qeela....

    mampukah jejaka menjerat si merpati liar makan di tangan?

    Semoga terjawab dalam n3 seterusnya.

    Teruskan minat berkarya Syeena... doa akak syeena terus maju jaya... Salam Nisfu Syaaban

    siempre el amor u
    kak ita

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhhhh....ku nak balas dalam bahasa apa ni... merci kak ita... merci pour votre soutien continu..... salam nisfu syaaban.... ;)

      Delete
  2. woohoohooo..usaha tangga kejayaan hisyam..bakal fil dah bg green light..

    ReplyDelete
  3. greenlight dah di berikan, cuma nak menyedarkan gadis idaman ... ni yg malas ni, kita dah seronok baca, kena tekan break pulak... harap2 syeena upkan full entry soonest. thank u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mask d sudi baca cerita biasa2 ni....full n3 will be upload soon but tak pasti bila.....hehehehehehe

      Delete
  4. so dah dapat green light..apa lg Hisyam? Qeela jual mahal sikit lg kita tgk mcm mana Hisyam berusaha nak mendapatkannya.... Best...

    ReplyDelete