Saturday, June 14, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 7


AQEELA duduk dengan sopan di ruang tamu rumah Dato’ Azman. Agak lama juga dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Kali terakhir rasanya semasa Dato’ Azman dan Datin Hanum mengadakan majlis doa selamat sempena anak mereka tamat belajar. Kenapa dia tak perasan siapa anak mereka pada masa itu? Dia bukan seorang yang suka ambil tahu. Apa yang penting dia menolong dengan ikhlas.

“Mari, Qeela.” Datin Hanum menggamit Aqeela dari ruang makan.

Hisyam yang kebetulan baru turun dari tingkat atas mendekati Aqeela. “Jom.”

Aqeela bangun. Lemah berjalan menuju ke ruang makan. Dia duduk pada kerusi yang ditarik Hisyam untuknya.

"Jangan malu-malu, Qeela," laung Datin Hanum dari ruang dapur.

"Kena makan juga ke?" Aqeela pandang Hisyam. Minta simpati. Malu sebenarnya. Datang rumah bos semata-mata nak makan saja.

"Makanlah. Tak banyak sikit pun jadilah. Penat mommy masak untuk bakal menantu dia." Hisyam selamba menutur kata sambil tangan menyendukkan nasi pada pinggan makan Aqeela.

"Apa you cakap tadi?" Aqeela ketap bibir. Ini yang dia tidak suka ni.

"You heard me. Your parents had approved it. Mommy dengan daddy tak ada halangan. Now it's up to you." Hisyam kenyit mata.

"I...I..." Aqeela bengang. Masa macam inilah kosa kata bahasa dia hancur. Suka memalukan diri sendiri. Lelaki di hadapan dia ni tahu tak diri dia macam mana.

"Kita makan dulu. Nanti kita bincang. Lama-lama pun tak apa." Hisyam hulurkan asam pedas ikan sembilang kepada Aqeela.

"Tak makan-makan lagi?" tegur Dato' Azman. Dia mengambil tempat di hujung meja.

"Dato'." Aqeela menunduk hormat.

"Apa dato'-dato' pula, Qeela. Panggil uncle saja. Nak panggil daddy pun boleh, kan bang," sampuk Datin Hanum. Dia datang dengan semangkuk ayam goreng di tangan.

Emak...ayah...kenapa buat Qeela macam ni. Aqeela hanya menunduk. Tak tahu nak kata apa. Segannya bila dilayan bagai dia sudah menjadi menantu dalam keluarga berada ini.

Suasana makan tengahari itu nampak ceria dari biasa. Banyak juga yang dibualkan. Aqeela nampak bagaimana Dato’ Azman begitu mesra dengan isteri dan anaknya. Berbeza betul sikap yang ditunjukkan. Tidak seperti ketika di pejabat. Tegas dan penuh yakin. Memanglah tak sama Aqeela oiii…

Selesai makan, Aqeela membantu Datin Hanum mengemas meja makan.

Hisyam dan Dato’ Azman lebih selesa duduk di ruang tamu. Merehatkan diri selepas banyak makanan yang masuk ke dalam perut mereka.

"Biarkan aje, Qeela. Bibik boleh basuh tu." Sempat Datin Hanum berpesan sambil tangan mengeluarkan kek keju dari dalam peti sejuk.

"Tak apa, aunty. Dah biasa." Aqeela menghabiskan basuhan pinggannya yang terakhir dan diberikan kepada bibik yang setia berdiri di sebelahnya. Dia bergerak menghampiri Datin Hanum.

"Semua ni aunty buat ke?" Aqeela membantu menyusun kek keju yang telah siap dipotong. Kagum dia dengan wanita di sebelah dia ini.

"Benda senang, Qeela. Nak pikat suami bukannya susah. Pikat perutnya aje. Duduklah dia dekat rumah." Datin Hanum tersenyum.

"Macam tu ke? Kuih muih moden ni Qeela tak pandai. Tapi kalau suruh buat karipap ke seri muka ke pandailah." Selamba Aqeela menyumbat mulutnya dengan lebihan kek keju yang tercicir.

"Hisyam tak cerewet. Senang sangat jaga dia. Apa yang dihidangkan, dia makan." Datin Hanum bergerak ke sinki.

Okey. Kali ini Aqeela macam rasa sesuatu pada perutnya. Sebu pula tiba-tiba. Goosebumps.

"Qeela tahu kan Hisyam betul-betul nakkan Qeela?" Datin Hanum tarik kerusi. Dia turut mengarahkan Aqeela duduk di sebelahnya.

"Qeela orang kampung, aunty. Datang ke bandar sebab nak bantu mak ayah. Nak ringankan beban mereka. Dua orang adik Qeela masih belajar." Aqeela menunduk. Bukan Datin Hanum tak maklum pasal salasilah keluarga dia. Dah tiga tahun kut dia berkerja dengan syarikat Dato' Azman.

"Kami tak pernah memandang taraf, Qeela. Kita semuanya kan sama. Allah tak pernah bezakan kita. Yang berbeza cuma amalan kita." Datin Hanum memegang tangan Aqeela. Dia memang sudah lama berkenan dengan gadis ini. Cumanya dia tidak mahu memaksa Hisyam dalam mencari jodoh.

"Tapi aunty. Hisyam dengan Qeela macam langit dengan bumi. Macam enggang dengan pipit. Qeela ni kasar tak sama macam gadis-gadis lain. Pendidikan pun tak tinggi mana. Setakat diploma aje. Anak aunty boleh dapat perempuan lain yang setaraf dengan dia." Aqeela merendah diri. Mukanya menunduk memandang meja.

"Janganlah cakap macam tu. Hisyam tu dah lama perhatikan Qeela. Dah dua bulan dia balik sini. Suruh kerja tak mahu tapi bila pertama kali dia nampak Qeela dekat pejabat terus bersemangat nak berkerja. Dia bukan lelaki yang suka berpeleseran disebabkan kelebihan yang dia ada." Datin Hanum cuba memujuk. Faham sangat dengan rasa rendah diri Aqeela.

"Qeela..." Aqeela mengangkat wajah.

"Qeela berbincang dengan Hisyam, ya nak. Jom bawa ni ke depan. Oh! ya, lupa aunty nak bagitahu. Hujung minggu ni kami nak datang rumah keluarga Qeela. Emak dan ayah Qeela pun dah tahu pasal hal ni." Datin Hanum bangun. Kek keju dibawa ke ruang tamu.

Apalagi yang Aqeela boleh buat. Puas sudah dia menolak tapi satu pun alasan yang diberikan tidak diterima. Perlahan-lahan dia turut bangun. Dulang yang menempatkan teko berisi air teh panas dan beberapa biji cawan diambil. Langkahnya lemah menuruti langkah Datin Hanum.

Terperanjat Aqeela bila terserempak dengan Hisyam yang tersenyum kacak memandangnya.

"I tolong." Hisyam sebenarnya sudah lama berdiri di dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang makan. Setiap butir bicara Datin Hanum dan Aqeela dia dengar dengan jelas. Betapa hati dia makin terpaut pada gadis berlesung pipit ini. Merendah diri tanpa si dia sendiri sedari. Mana mungkin dia lepaskan permata yang ada di depan matanya.

“Tak apalah. Bukan berat mana pun.” Aqeela tersenyum kembali. Dia menyambung berjalan ke ruang tamu.

Hisyam hanya jongketkan bahu. Dia pasti gadis ini masih belum boleh menerima apa yang terjadi. Semuanya pasti terlalu pantas buat Aqeela.

“Jangan lewat sangat hantar anak dara orang, Syam.” Dato’ Azman mengingatkan anak bujangnya.

“Lepas ni terus hantar dia baliklah, daddy. Tapi tak tahulah kalau Aqeela ada nak singgah mana-mana?” Hisyam memandang Aqeela yang rancak berbual dengan Datin Hanum.

“Errr… tak ada nak singgah mana-mana pun.” Aqeela menggeleng laju.

“Tunggu minum petang sekalilah, Qeela,” pelawa Datin Hanum.

“Tak apalah, aunty. Lama sangat Qeela tinggalkan kereta dekat ofis tu.” Aqeela beralasan.

“Eh! Takkanlah Syam nak hantar Qeela ke sana? Hantar ke rumah teruslah, Syam. Esok ambik dia sekali pergi kerja. Rumah sewa Qeela pun bukannya jauh sangat dari rumah kita ni.” Dato’ Azman memandang Hisyam dan Aqeela silih berganti.

Hisyam serba-salah. Kalau ikutkan memang itu yang dia mahu lakukan. Tapi dia tidak mahu memaksa.

“Tak apa, uncle. Ini pun Qeela dah banyak menyusahkan Hisyam.” Aqeela jadi serba tidak kena. Tidak mahu termakan budi. Lain pula jadinya nanti.

I don’t mind. Tak susah mana pun.” Hisyam tersenyum.

“Errr…okeylah.” Aqeela terpaksa bersetuju bila semua mata tertumpu kepadanya.



MEREKA keluar dari rumah Dato’ Azman lebih kurang jam enam petang. Itu pun Datin Hanum berkali-kali menyuruh Aqeela menunggu sehingga makan malam. Memang taklah Aqeela nak buat kerja gila. Mati kutu dia dekat sana lama-lama. Lagilah dengan pandangan helang Hisyam yang membuat jantungnya berubah rentak. Sesekali tengok tu dia tidak kisah sangatlah. Masalahnya setiap kali ada kesempatan lelaki itu pasti merenungnya. Memang menusuk sampai ke dasar hati.

"Esok pukul tujuh I sampai." Hisyam mengeluarkan beg baju Aqeela. Diserahkan beg itu kepada si gadis.

Aqeela hanya mengangguk.

"Please say something. Your silence, it's kiling me." Hisyam bersandar pada keretanya. Memerhati Aqeela yang berjalan lemah masuk ke dalam rumah sewanya.

"I tak ada apa-apa nak cakap." Aqeela berhenti berjalan. Namun dia tidak berpusing.

"In that case, please trust me. I betul-betul sukakan you. I ikhlas nak ambil you jadi isteri I. Give us a chance will you?" Hisyam tenang menuturkan kata-katanya.

"I...I..." Aqeela mengeluh. Kenapa dia jadi macam orang bodoh ni. Mulut ni memang derhaka pada tuan betul. Hati kan dah cakap suruh tolak. Otak pun dah kumpulkan macam-macam data. Susah sangat ke nak luahkan.

"Kita jumpa esok. Thanks sebab sudi layan mommy." Hisyam bergerak masuk ke dalam kereta.

"Kenapa I?" Aqeela berpaling. Merenung tajam lelaki yang sebenarnya sudah berjaya mengubah rentak degupan jantung dia.

Hisyam tersenyum. Dia keluar kereta semula. Langkah dihayun mendekati Aqeela.

"Sini..." Hisyam bawa tangan kanan melekap di dadanya.

Aqeela menanti penuh debar.

“Hanya nama you saja yang ada. I tak mahu menjadi kasanova yang menuturkan ayat-ayat manis kepada seorang perempuan. Berjanji hingga membuat si gadis terpesona. Tapi yang nyata semuanya palsu. Allah yang menggerakkannya, Aqeela. Solat malam yang I buat membuktikan segalanya.” Hisyam memandang penuh kasih gadis yang wajah dan namanya telah terpahat kemas dalam hati dia.

Pandangan Aqeela sedikit kabur. Ada manik jernih yang bergenang pada tubir matanya. Sesungguhnya dia sendiri sudah lama bersendirian. Takut untuk menjalinkan sebarang hubungan semenjak dia ditolak mentah-mentah suatu ketika dulu. Tapi lelaki di hadapan dia ini. Kejujuran dan keikhlasan jelas terpancar pada wajah kacak yang sedikit sebanyak menggoyahkan hati bekunya.

“Aqeela…” Hisyam menyeru lembut.

“Beri I masa.” Aqeela menunduk.

Take as much time as you need. I balik dulu.” Hisyam kembali ke keretanya semula.

“Hisyam…” Aqeela mengangkat wajah.

“Hurmmm…” Hisyam yang sudah sampai di kereta menoleh.

“Bersabar dengan I. You’re almost there.” Aqeela tersenyum.

“InsyaAllah. Dah pergi masuk.” Dia memerhati Aqeela. Hati Hisyam rasa macam ada letupan bunga api hari kemerdekaan. Tak tahu nak kata apa. Kata-kata yang diluahkan Aqeela seolah-olah memberitahunya hati si dia sudah terusik sedikit.  

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

14 comments:

  1. We're almost there 2...Be patience Awad....shower her with ur luv...she will Be completely yours....

    ReplyDelete
  2. Hola Syeena Hamdan, feliz sábado por la noche

    Oh que tu última entrada hacerme volar a la luna

    Oh syeena... oh Hisyam... bergula betul tingkahnya... .. walaupun statement dia cakap
    “Hanya nama you saja yang ada. I tak mahu menjadi kasanova yang menuturkan ayat-ayat manis kepada seorang perempuan. Berjanji hingga membuat si gadis terpesona. Tapi yang nyata semuanya palsu. Allah yang menggerakkannya, Aqeela. Solat malam yang I buat membuktikan segalanya.” Hisyam memandang penuh kasih gadis yang wajah dan namanya telah terpahat kemas dalam hati dia.

    and the end impian Syam mungkin menjadi nyata :
    “Hisyam…” Aqeela mengangkat wajah.

    “Hurmmm…” Hisyam yang sudah sampai di kereta menoleh.

    “Bersabar dengan I. You’re almost there.” Aqeela tersenyum.

    Thanks Syeena... kak ita pun mcm meletup2 macam makan pop corn bila dgr kata2 Qeela.. semoga iceberg mencairrrrrr...

    Well done SH... and thanks

    te quiero
    kak ita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak ita.....terima kasih sudi baca cerita simple ni.... luv u.... ;)

      Delete
  3. alooo so sweet...alahaii terima je aqeela. hisyam tu perfecto dah..

    ReplyDelete
  4. Nice.. tp apa yg pernah berlaku pada qeela dulu? sis syeena.. buat flash back skit la pasal pa qeela takut nk bercinta lgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng jeng jeng.....kena tunggu ya Alauwiah...

      Delete