Monday, June 16, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 9


AQEELA melangkah lemah keluar dari lif. Dia menekur lantai sepanjang berjalan menuju ke pintu utama.

“Cik Aqeela!” pannggil Zura.

“Yup.” Aqeela menoleh.

“Sorang? Mana Cik Abby dengan Cik Shahnaz?” Zura tersengih.

“Dia orang outstation.” Aqeela berjalan semula.

“Cik Aqeela! Encik Hisyam?” jerit Zura lagi.

“Haish…awak ni.” Aqeela menggeleng. Geram dan malu. Beberapa orang teman sepejabat yang turut keluar untuk mencari makan tersenyum-senyum kepadanya.

Peace, Cik Aqeela.” Zura sempat angkat dua jari bila dilihat muka Aqeela dah berubah.

Aqeela kulum senyum. Macam-macam ragamlah si Zura ni. Dia meneruskan langkah. Berhati-hati ketika melintas jalan.

“Ramai pula orang hari ni.” Aqeela terjenguk-jenguk mencari kelibat orang yang ingin berjumpa dengannya.

“Qeela!” Anidah melambai tangan. Dia duduk berdekatan dengan tiang di sebelah belakang restoran.

Aqeela melambai kembali. Sebenarnya dia berharap Anidah tak muncul. Tapi dia kenal sangat dengan Anidah.

“Dah lama tunggu?” Aqeela cuba berbasa-basi. Dia mengambil tempat bertentangan dengan Anidah.

“Tak juga. Kau nak makan apa? Orderlah. Aku belanja.” Suara Anidah kedengaran sedikit gugup.

Orange juice pun dah cukup.” Aqeela memang tak ada selera. Pagi tadi nasi lemak yang berbungkus kecil sahaja pun tidak habis dimakan.

Anidah melambai seorang pelayan. Dia meminta dihantarkan segelas jus oren.

“Kau tak kerja ke hari ni?” Aqeela masih cuba berlagak biasa. Sebenarnya sudah lebih enam bulan mereka tidak bersua muka. Dia berasa sedikit janggal.

“Cuti. Hati aku tak tenang.” Anidah cuba membuka ceritanya.

“Oh…” Itu saja yang mampu Aqeela tuturkan. Seboleh mungkin dia malas hendak bercerita soal hati. Nasib jus oren yang dipesan sudah sampai. Bolehlah mengalihkan tumpuan.

"Dia dah tak macam dulu. Dingin." Anidah merenung Aqeela.

Aqeela diam. Tenang menyedut jus oren di depannya.

"Kau masih hubungi dia ke? Kan aku dah bagi amaran." Tiba-tiba Anidah menuduh Aqeela.

"Tak kuasalah aku. Buang masa." Sinis jawapan Aqeela.

"Tapi kenapa dia jadi macam tu." Anidah mengeluh.

"Kau tunang dia. Kenapa tanya aku yang tak ada kena mengena?" Aqeela mencebik.

"Aku...aku...." Anidah menunduk.

"Anidah!" Suara parau seorang lelaki menegur kasar.

Kedua-dua gadis itu menoleh.

Ini yang Aqeela cuba elakkan. Dah tak pasal-pasal dia diheret sama.

“Errr…abang. Buat apa dekat sini?” Anidah kelihatan tidak senang dengan kehadiran lelaki yang menegurnya.

“Kan aku dah pesan. Jangan libatkan Qeela dalam hal kita.” Si lelaki membalas kasar.

“Sabarlah, bang. Duduk dulu. Malu orang tengok.” Anidah menarik kerusi di sebelahnya.

Lelaki itu duduk juga. Cermin mata hitam yang dipakai ditanggalkan. Dia meraup kasar wajahnya. Matanya kemudian memandang Aqeela.

Aqeela tidak senang duduk. Pandangan dikalih ke tempat lain. Tidak suka dengan renungan sepasang mata itu. Mata yang pernah menjadi dambaannya suatu ketika dulu.

“Abang…” Anidah yang perasan akan perbuatan tunangnya cuba memecah kebisuan di antara mereka. Tidak suka dengan perhatian yang diberikan tunangnya kepada orang lain.

Si lelaki menoleh.

Aqeela turut memandang semula kepada pasangan di hadapannya ini. Tiba-tiba dia terasa seperti ada seseorang yang menarik kerusi di sebelahnya.

"Sorry, lambat." Hisyam terus duduk di sebelah Aqeela.

Aqeela terkedu. Lelaki di sebelahnya yang sedang tersengih lebar dipandang. Dia menoleh ke hadapan semula. Liur ditelan. Dua pasang mata memandangnya seolah-olah menuntut penjelasan.

"Errr..." Lidah Aqeela bagai terbelit. Tidak tahu apa yang perlu diberitahu.

"Awad Hisyam Dato' Azman, bakal suami Aqeela." Hisyam selamba memperkenalkan dirinya seperti tahu maksud pandangan dua orang manusia di hadapannya.

"Huh?!" Ketiga-tiga figura memandang Hisyam. Mata masing-masing terbeliak.

"You tak beritahu kawan-kawan you ni ke?" Hisyam merenung lembut wajah Aqeela. Berlagak seolah-olah perkara itu sudah diketahui semua orang termasuk Aqeela.

Aqeela terkebil-kebil. Terperanjat. Tidak pasti sama ada mahu mengangguk ataupun tidak. Lelaki ini macam bercakap I’m coming to the rescue, princess. Tak diseru pun. Boleh pula si dia ni muncul.

“Saya Farid, bekas teman lelaki Aqeela. Ini Anidah, tunang saya.” Tanpa silu lelaki di sebelah Anidah memperkenalkan diri.

Aqeela memandang lelaki yang baru sahaja memperkenalkan dirinya. Tak malu ke kenalkan diri macam tu. Nampak sangat sengaja memberitahu semua orang kepincangan yang pernah berlaku antara dia dan lelaki itu termasuk bekas teman serumahnya.

“Oh!” Hisyam menyambut huluran tangan Farid. Dia kemudian memandang Aqeela. Seolah-olah gadis itu harus menjelaskan segalanya kepada dia selepas ini.

Aqeela tersenyum kelat. Tak tahu nak bereaksi bagaimana. Hatinya menyumpah-nyumpah dengan kata-kata lelaki di sebelah Anidah tadi. Tak pasal-pasal Hisyam tahu kisah pahitnya.

Mereka berempat hanya berbual kosong sahaja. Tiada langsung berbicara yang menyentuh soal hati dan perasaan.

“Tunggu abang dekat kereta. Abang nak bercakap sikit dengan Qeela.” Farid menghulurkan kunci keretanya.

Kasar tangan Anidah mengambilnya. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Aqeela sebelum dia berlalu pergi.

Aqeela hanya mencebik. Ada aku kisah. Bukan mati pun jelingan kau tu. Yang lelaki ini mahu apa lagi. Antara mereka bukan ke sudah tiada apa-apa. Dia memerhati ke dalam kedai. Menanti Hisyam yang sedang membuat pembayaran.

“Qeela sihat?” Farid memulakan biacara.

“Kau nampak aku okey kan.” Aqeela membalas dengan sinis.

As usual. Kasar.” Farid sengaja menyindir.

So?” Aqeela mula terasa panas. Kenapa lelaki ini masih mahu menyakiti hati dia? Tidak puaskah lagi.

But I still miss you.” Farid mengeluh. Itu kebenarannya. Dia gagal melupakan gadis yang pernah bertahta di hati dia suatu ketika dulu. Menyesal memutuskan perhubungan mereka.

“Tolonglah, Farid. Kau dah ada Anidah. Jangan buka cerita lama tu.” Aqeela mula bosan.

“Aku tak akan mengalah, Qeela. Kau pun belum berkahwin lagi.” Farid berkeras dengan kata-katanya.

“Kami akan berkahwin tiga bulan dari sekarang. Aku harap kau tak akan ganggu Qeela lagi.” Hisyam muncul di sebelah Aqeela. Wajahnya serius tika menuturkan kata-kata itu.

“Qeela?” Farid menuntut penjelasan.

Aqeela hanya tersenyum. Jawapan ya atau tidak langsung tidak diberikan. Dia merasakan lelaki ini tidak perlu tahu apa-apa pun mengenai dirinya.

“Aku gerak dulu.” Farid sedikit mendengus bila Aqeela langsung tidak menjawab.

Hisyam dan Aqeela hanya memerhati.

Hisyam memandang wajah gadis pujaannya. Ada sedikit kelegaan terpamer pada wajah itu. Senang hatinya.

Masing-masing hanya mendiamkan diri ketika di dalam lif. Terasa seperti lif itu bergerak terlali perlahan untuk naik ke atas.

Hisyam bersandar santai pada dinding lif. Seperti kebiasaannya bila berdua dengan Aqeela di dalam lif. Kedua-dua belah tangan elok dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Thanks." Aqeela menunduk. Badan disandarkan pada dinding lif.

"I mean it. I tak tahu nak menipu orang." Hisyam membalas tenang.

"I know." Aqeela bermain dengan jari jemarinya.

"Then?" Hisyam tegakkan posisi berdirinya. Hati semakin berdebar. Jinak-jinak merpati betul gadis di depan dia ini.

Aqeela memandang Hisyam yang sabar menanti penjelasan darinya. Loceng berbunyi, pintu lif terbuka. Dia melangkah keluar.

"Qeela!" Hisyam memanggil keras. Tangan menahan dari pintu lif tertutup. Geram bila si gadis seolah-olah bermain tarik tali dengannya.

Aqeela menoleh. Merenung tepat pada wajah Hisyam.

Hisyam angkat keningnya.

“Tunggu hujung minggu ni.” Aqeela terus berlalu.

Hisyam tersenyum lebar. Cukuplah dengan jawapan ringkas gadis pujaannya. Tiba-tiba dia merasakan seperti lama pula hendak menanti tibanya hujung minggu ini.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

14 comments:

  1. wohooo...akhirnya....
    nyampah lak ngan farid da ade anidah trus je la...
    chaiyok2 hisyam dptkan aqeela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya kan anis tapikan ya ke qeela terima...

      Delete
  2. Hopefully qeela mrnerima hisyam seadanya sebagaimana hisyam menerimanya..dan dia tidak pernah menyentuh atau menanya kisah lalu nya..ini sudah cukup baik...kan...setiap org mesti ada sejarah silam kan...

    ReplyDelete
  3. tak sabarnyeee....cepatlaaaa hujung minggu. haha..kak syeena ni buat saspens je

    ReplyDelete
    Replies
    1. So hujung minggu r baru up n3 baru...

      Delete
  4. Buenas noches mi querido Syeena Hamdan

    Siapa cakap lemau... part ni yg best sb bunga2 kemenangan Syam sudah mula berkembang... suka suki je Farid tu... dah tinggal org... lepas tu nak ambik balik... dah la bertunang ngan bff Qeela.. lepas tu pandai je nak rujuk balik ....

    Go Syam go... kak ita tolong tolak dari belakang...

    Thanks Syeena...

    Muchas gracias. Un gran abrazo y besos de mí
    kak ita

    ReplyDelete
  5. Dah tersangat ok...:-) harap2 penyudah yg baik antara hisyam n aqeela..tk sbr nk tau apa yg akan berlaku pd hujung minggu nnt...hehehe
    .hrp2 tk payah tunggu smpi hujung minggu la nk tau citer nyer...hehheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq jun....citernya pun hujung minggulah ya....kikiki

      Delete
  6. Akhirnya.....kata - kata "tunggu hujung minggu ni" apa maksud Aqeela? Adakah dia akan menerima Hisyam? jeng3x..

    ReplyDelete