Saturday, August 30, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 21


HISYAM memandang Aqeela yang sudah siap berpijama sebaik keluar dari bilik air. Aqeela langsung tidak memandang kepada dia. Wajah Aqeela masam. Dia tahu Aqeela masih marah. Kemarahan Aqeela semakin ketara bila sepanjang majlis berlangsung siang tadi dia langsung tidak berenggang dengan Aqeela. Tangannya bagaikan ada gam. Sentiasa melekap di pinggang Aqeela.

“Dah boleh solat?” Hisyam bertanya bila melihat Aqeela menghamparkan sejadah.

“Hmmm…” Acuh tak acuh sahaja jawapan Aqeela.

“Tunggu I. Kita solat sama.” Hisyam melompat turun dari katil dan terus masuk ke bilik air.

Sebaik dia keluar, Hisyam tersenyum bila melihat Aqeela yang sudah siap memakai telekung bersimpuh di atas sejadah menanti dia. Segera dia menyarung kain pelekat yang memang tergantung di penyidai. Baju di badan turut berganti. Dia lebih selesa berbaju melayu semasa menunaikan solat.

Hisyam berdiri di atas sejadah. Buat pertama kali dia menjadi imam kepada Aqeela. Ada satu rasa menjalar dalam hatinya. Rasa tenang dan yakin. Terfikir juga dia kenapa perkara ini tidak dia lakukan sebaik sahaja mereka sah bergelar suami isteri. Betapa dia telah membuang masa melayan parasit yang tidak senang melihat dia dan Aqeela bahagia.

Usai mengaminkan doa, Hisyam menghulurkan tangan. Dia dapat lihat Aqeela teragak-agak menyambut huluran tangannya. Namun saat dia ingin mencium dahi Aqeela, isterinya itu mengelak. Dia mengeluh.

“You nak makan ke tak?” Aqeela menoleh ke arah katil selepas menyangkut sejadah. Dia pandang ke depan semula bila melihat Hisyam sudah tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Entah kenapa bila mengetahui punca Hisyam dingin dengannya mulut dia berat memanggil Hisyam dengan panggilan abang walau itu tekadnya bila bergelar seorang isteri.

“You?” Hisyam yang baru melabuhkan punggung di atas katil memandang Aqeela.

“I tak lapar tapi kalau you nak makan I sediakan.” Aqeela mengambil tuala mandi dan menggosok kembali rambutnya yang basah. Dia tahu Hisyam masih memandang kepadanya.

“You tak lapar? Nanti kena gastrik lagi.” Hisyam cuba mengingatkan Aqeela. Takut hal yang sama berlaku seperti kejadian beberapa hari lalu.

“Pandailah I cari makan kalau I lapar. Lagi pun dah biasa berlapar waktu malam.” Aqeela merebahkan badannya di sebelah Hisyam. Badan diiringkan membelakangkan Hisyam. Dalam hati dia berdoa agar Allah mengampunkan dosanya. Bukan dia sengaja. Dia tidak kuat untuk menatap wajah Hisyam buat masa ini.

Hisyam terpana dengan jawapan Aqeela. Terasa seperti dirinya disindir. Dia tahu dia silap malam itu. Membiarkan Aqeela kelaparan. Sibuk sangat melayan fitnah yang ditaburkan. Sekarang diri sendiri yang rugi.

“Sayang…I’m sorry. I tahu I silap. Please forgive me?” Hisyam mengelus lembut rambut Aqeela yang masih belum kering sepenuhnya. Bauan yang terbit dari rambut Aqeela sedikit sebanyak mengkucar-kacirkan perasaannya. Nafas ditarik dalam-dalam. Perasaan itu cuba dikawal. Dia perlu bersabar.

Aqeela hanya mendiamkan diri. Hatinya dikuatkan agar tidak terpengaruh dengan pujuk rayu Hisyam. Matanya dipejam rapat. Namun dia tahu pada masa ini syaitan sedang ketawa gembira. Manakala malaikat di sebelah kiri khusyuk mencatatkan kesalahan yang dia lakukan.

“Pasal Farid tu I tak tahu macam mana I boleh percayakan kata-kata dia. I…” Hisyam cuba menerangkan duduk perkara sebenar.

“I penat. I nak tidur. I tak nak fikir semua tu.” Akhirnya Aqeela memutuskan untuk berbicara tetapi lebih kepada mematikan kata-kata Hisyam.

Hisyam mengeluh. Susuk tubuh Aqeela dipandang seketika. Dia turun dari katil. Lampu bilik dipadam. Bilik tidur mereka bertukar gelap. Hanya cahaya dari luar yang masuk dari celah pintu menerangi kesuraman bilik.

Hisyam baring semula. Suhu pendingin hawa direndahkan. Comforter ditarik menutupi badannya dan Aqeela. Perlahan dia mengengsot mendekati Aqeela. Dipeluknya badan Aqela. Terasa seperti Aqeela menolak namun dipereratkan lagi pelukannya.

“Ssshhh…tidurlah.” Hisyam berbisik. Rambut Aqeela dicium.

“I love you, sayang.” Hisyam berbisik lagi.

Menitis airmata Aqeela. Kata-kata keramat yang memang dia tunggu dari seorang suami tapi bukan hari ini. Sepatutnya kata-kata ini diucapkan pada malam hari selepas mereka menikah. Dia pejamkan matanya semula. Airmata yang masih mengalir dibiarkan kering sendiri.



HISYAM berlari anak turun ke bawah. Tangan menepuk dahi bila melihat keretanya tiada di garaj. Kakinya laju di halakan ke ruang dapur bila mendengar bunyi bising dari arah itu. Segera dia mendekati Datin Hanum yang sedang ralit memasak.

“Mommy, Qeela mana? Kereta Syam pun tak ada.”

“Kus semangat. Nasiblah mommy ni tak ada sakit jantung.” Datin Hanum yang sedang menggoreng mi mengurut dada.

Sorry.” Hisyam mengurut pelipisnya. Kerisauan jelas terbayang pada riak wajahnya.

“Qeela kata dia nak pergi pejabat. Ada kerja nak kena siapkan. Dia guna kereta kamu tu,” beritahu Datin Hanum. Dia menyerahkan sudip di tangan kepada pembantu rumahnya.

“Pejabat? She’s still on leave.” Berkerut dahi Hisyam. Dia tahulah sebab dia yang mengesahkan setiap cuti yang diambil oleh staf-staf Demaxa.

“Hesy…mommy tak tahulah. Yang kamu kalut sangat kenapa? Bukannya Qeela lari dari rumah.” Datin Hanum jegilkan mata. Rimas dengan kelakuan Hisyam.

“Errr…tak ada apa-apa. Risaukan dia aje. Dia tak pernah bawa kereta Syam tu.” Hisyam mengurut tengkuknya. Berbohong adalah jalan terbaik buat masa ini walau dia tahu itu salah. Apa yang terjadi antara dia dan Aqeela seboleh mungkin cuba disembunyikan. Tidak mahu orang tuanya gusar.

“Telefon kan ada.” Datin Hanum berlalu ke ruang makan.

Hisyam berlari naik ke bilik tidurnya semula. Otak memang tidak berfungsi kalau kalut semacam.

Sebaik masuk ke bilik segera dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di meja sisi. Kakinya melangkah ke balkoni. Nombor Aqeela dicari dan didail. Beberapa kali mencuba namun tidak berjawab.

Hisyam mendengus. Geram dengan tindakan Aqeela. Lupakah gadis itu yang si dia sudah bersuami. Dia beralih. Nombor telefon pejabat pula didail.

Hello! Get Miss Chan for me.” Hisyam terus menerjah. Keras sekali suara yang dilontarkan.

Who’s on the line, please?” Lembut suara Zura di hujung talian.

“Hisyam.”

“Maaf, Encik Hisyam. Sekejap ya, saya sambungkan pada Miss Chan.”

“Hmmm…”

“Hello!”

“Hello! Miss Chan. Hisyam here.”

“Encik Hisyam. What can I do for you?

“Aqeela ada dekat meja dia ke? I can’t get thru her.

“Dia kan ambil cuti dua minggu. You juga yang approved.

“Errr...Tak ada eh. Kalau macam tu you sambungkan I pada Abby.”

Hold on.

Hello! Abby speaking.

“Assalammualaikum, Abby. Hisyam ni.”

“Errr…waalaikumussalam, Encik Hisyam. A…ada apa telefon saya?” Suara Abby kedengaran sedikit gugup.

“Aqeela ada dengan you tak? Dia kata nak ke pejabat. I dah cari dekat kewangan tapi dia tak ada.” Hisyam mula menyoal.

“Aqeela? Bukan dia masih bercuti ke?”

“Dia tak ada jumpa you?” Hisyam dah garu kepala. Pening memikirkan ke mana Aqeela pergi.

“Tak.”

“Maaf kacau you. Assalammualaikum.” Hisyam terus matikan talian.

Rasa macam nak baling saja telefon bimbit di tangan. Tiba-tiba dia rasa marah. Marah pada Aqeela yang langsung tidak menjawab panggilannya. Dan dia lebih marah kepada dirinya sendiri. Layanan dinginnya membuatkan hati Aqeela Hajna terluka.

+ Where are you? Please answer my calls. I have started to miss you, sayang.


Ikon send ditekan. Hisyam memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluar. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia menguak kasar rambutnya ke depan ke belakang hingga tampak kusut. Wajahnya diraup dan ditongkat ke langit. Jauh dia merenung. 

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

14 comments:

  1. Ajar2 hisyam ckup2...
    Haahahaha
    #gelak jahat

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. uitttt....biasa2 aje ni...thanks sudi baca...

      Delete
  3. kwang kwang syam syam tau kau tkut erk

    berani buat berani tanggunggggg

    ReplyDelete
  4. boleh tak nak gelak kuat2 kat si hisham tu.....hahahahahaha.

    ReplyDelete
  5. Hermm lari aqeela lari hisyam padan muka

    ReplyDelete
  6. Ngeeee......... Padan muka hang Hisyam........ p cari p cari......... Kah... Kah... Kahhh.......

    ReplyDelete
  7. padan muka hisham.....qeela dah lari.....hahaha

    ReplyDelete