Saturday, August 30, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - BAB 23


KERETA BMW M3 SEDAN dipandu tanpa tujuan. Hisyam tidak tahu ke mana lagi dia perlu mencari. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Kawan-kawan rapat Aqeela semuanya telah dia hubungi. Namun masing-masing tidak tahu ke mana Aqeela pergi.

“Qeela…where are you, sayang?” Hisyam bersandar. Kepalanya mendongak ke atas. Buntu memikirkan ke manakah gerangan si isteri melarikan diri. Telefon bimbit yang berbunyi dipandang. Lemah lututnya melihat nama yang tertera. Jari dilayangkan juga pada ikon telefon yang berwarna hijau.

“Assalammualaikum.” Terdengar suara Datin Hanum di hujung talian.

“Waalaikummussalam, mommy.” Perlahan Hisyam menjawab.

“Dah jumpa menantu mommy?” soal Datin Hanum.

“Belum,” balas Hisyam lemah.

“Mommy dah tanya dengan mak ayah Qeela. Dia tak ada dekat sana,” beritahu Datin Hanum.

“Buat apa mommy telefon mereka. Matilah Syam, mommy.” Tangan Hisyam naik menguak rambut depan belakang hingga kusut. Tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan mertuanya kelak. Bukan main membaca lafaz tanggungjawab tapi perkahwinan yang baru berusia seminggu sudah dilanda badai.

“Hesy…mommy bukan bodohlah nak tanya terus macam tu aje. Mommy cakap yang Syam dengan Qeela keluar tak balik-balik. Ingatkan balik rumah mereka.” Panjang lebar Datin Hanum terangkan duduk perkara.

“Oh?!” Hisyam menarik nafas lega. Lega? Betul ke dia sudah lega? Selagi Aqeela tidak ditemui selagi itu dia belum boleh menarik nafas lega.

“Syam dah cari dekat rumah sewa dia?” soal Datin Hanum lagi.

“Rumah sewa…rumah sewa…Mommy. Off.” Hisyam terus matikan panggilan.

Kelam-kabut dia menghidupkan lampu signal kanan. Rumah sewa Aqeela satu-satunya tempat yang dia tidak pergi lagi. Fikirannya buntu sampai tak terfikir nak mencari Aqeela di situ.

Dari kejauhan Hisyam sudah nampak kereta Honda CR-Z miliknya diparkir dalam pagar rumah sewa Aqeela. Helaan nafas kelegaan dilepaskan. Sekurang-kurangnya dia tahu Aqeela dalam keadaan selamat.

Enjin kereta dimatikan sebaik berhenti betul-betul di hadapan pagar. Hisyam segera keluar dari keretanya. Sempat dia menghantar satu pesanan ringkas kepada Datin Hanum. Dia melangkah masuk ke halaman rumah sewa Aqeela.

“Assalammualaikum, Qeela! Qeela! Buka pintu ni, sayang.” Hisyam melaung kuat. Terjengket-jengket kakinya menjenguk ke dalam melalui cermin tingkap yang terbuka sedikit. Gelap. Hanya lampu di ruang dapur sahaja yang terpasang.

“Qeela! Qeela! Ini I, Hisyam.” Berkali-kali pintu rumah diketuk selepas penat mundar-mandir menanti pintu dibuka. Namun tiada jawapan dari Aqeela.

Dia sudah tidak betah berdiri lama di luar. Risau kalau disalah anggap oleh jiran tetangga Aqeela. Hisyam cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Terbit rasa bimbang dalam hatinya. Kecuaian Aqeela boleh mengundang bahaya. Nasib baik dia yang datang. Kalau orang yang tak dikenali. Dia menggeleng. Tak sanggup memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

Pantas dia masuk ke dalam rumah. Suis lampu dipetik. Dia berjalan hingga ke dapur mencari Aqeela. Tiada. Dia berpatah balik. Pintu bilik utama dipandang. Perlukah dia masuk? Namun bila cuping telinganya menangkap suara orang menangis, Hisyam tak tunggu lama. Terus pintu bilik dikuak.

“Qeela! Qeela!” Sampai berpusing-pusing Hisyam mencari. Matanya masih tidak dapat menangkap susuk tubuh Aqeela. Yang kedengaran hanyalah suara tangisan. Dia cuba mengamati arah datangnya suara itu.

“Ya Allah! Qeela,” jerit Hisyam sebaik terpandang Aqeela. Terus dipaut keluar badan Aqeela yang terselit di celah antara almari baju dan dinding. Entah sudah berapa lama Aqeela di situ. Sebak dadanya melihat keadaan Aqeela yang melayan rasa sakit hati dengan cara begitu.

“Maafkan I, Qeela. Maafkan I.” Hisyam cuba memeluk Aqeela. Namun pelukannya ditolak keras.

“Kenapa you terima I kalau you tahu I tak suci, Hisyam? Kenapa seksa jiwa I? Apa salah I?” Dada Hisyam dipukulnya bertubi-tubi. Aqeela seolah-olah cuba melepaskan apa yang terbuku dalam dadanya. Tangisannya semakin kuat. Entah kenapa dia mejadi lemah bila berhadapan dengan Hisyam.

“You tak salah, sayang. You tak salah.” Hisyam mendongak. Dia membiarkan sahaja dadanya dipukul kalau itu boleh melegakan hati Aqeela. Dia tahu kesakitan yang dirasainya tidak sesakit hati Aqeela yang terluka dek sikap prejudis dia pada gadis ini. Rasa bersalah dan kesal semakin menebal dalam hatinya.

“Lepaskan I Hisyam kalau you tak percayakan I. Bukan I yang minta perkahwinan ini.” Pukulan Aqeela semakin lemah. Entah apa yang merasuknya tadi dia tidak tahu. Segala yang terbeban di dada seolah-olah telah hilang. Hilang bersama amukannya tadi. Dadanya berasa lapang.

No!!! I tak akan lepaskan you.” Terperanjat Hisyam tatkala mendengar kata-kata yang terluah dari bibir nipis Aqeela. Kedua-dua belah bahu Aqeela dipegang kejap. Hisyam merenung mata Aqeela yang sudah merah. Mengapa Aqeela boleh terfikir sampai ke situ?

“Untuk apa you simpan I?” Aqeela membalas renungan Hisyam. Sengaja menyuntik rasa marah lelaki ini. Walau sebenarnya kata-kata yang terluah turut menghiris hatinya.

“Astaghfirullahaladzim. Apa yang you cakap ni? You isteri I, Qeela. Bukannya perempuan simpanan.” Suara Hisyam melengking tinggi. Tergamak Aqeela menyoalnya begitu. Kenapa Aqeela mahu menyakiti hati sendiri?

“Isteri? Isterikah kalau suami sendiri tak boleh disentuh?” Aqeela tersenyum sinis. Teringat penolakan Hisyam tempoh hari. Tubuhnya dijarakkan dari Hisyam. Sisa airmata yang mengalir diseka menggunakan belakang tangan.

“Maafkan I, sayang. I tahu I tak sepatutnya cakap macam tu. I keliru. Kata-kata Farid…Arghhhh!!!” Hisyam menjerit. Bagaimana lagi nak meyakinkan Aqeela. Susahnya bila kepercayaan yang diberi dikhianati.

Aqeela membiarkan sahaja Hisyam dengan perasaan bersalahnya. Dia sudah tidak larat. Seharian dia menghabiskan masa di sini dengan hanya menangis. Mengenangkan orang yang sudah mendapat tempat di hatinya tergamak mencalar hatinya.

“Qeela, you wanita yang paling I sayang selepas mommy. Percayalah gelaran isteri memang selayaknya untuk you.” Hisyam menarik Aqeela supaya rapat kepadanya. Namun Aqeela mengeraskan badannya supaya tidak berganjak.

“I tak layak untuk pikul gelaran tu.” Aqeela menunduk. Bahunya terhinggut. Kata-kata Anidah bermain di fikirannya.

“Beri I peluang untuk buktikan yang you memang layak bergelar isteri I bukan orang lain. Kita mula semula, hurmmm…” Hisyam memegang dagu Aqeela. Wajah gadis kesayangannya didongakkan. Betapa dia rindu pada wajah itu. Ingin sahaja dikucupnya pipi yang basah dengan airmata itu. Namun dikawalnya. Dia tidak mahu mendesak.

“I…I…” Pandangan redup Hisyam yang menusuk ke jantungnya membuatkan Aqeela kelu untuk berkata-kata. Dia dapat rasakan ada keikhlasan pada sepasang mata coklat milik lelaki ini. Pandangan yang sama saat lelaki ini melamarnya. Tidak berubah.

“Allah mahu menguji kita atau lebih tepat lagi menguji I. Sayangnya I gagal. I gagal menggunakan akal yang sembilan itu. I hanya membiarkan nafsu yang satu itu menguasai pemikiran I. I menyesal kerana mudah sangat mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada you. Maafkan I, sayang. Maafkan I.” Lemah lontaran suara Hisyam. Sebak dadanya bila memikirkan kesalahan yang telah dia buat.

Spontan tangan Aqeela naik mengesat hujung mata Hisyam. Ada airmata yang bergenang di situ.

“Abang janji takkan tinggalkan Qeela?” soal Aqeela. Empangan airmatanya pecah semula. Dia mengharapkan ada sinar kebahagian buat mereka yang baru meneroka alam perkahwinan.

“Qeela…” Soalan Aqeela dibiarkan tanpa jawapan. Hisyam terus membawa Aqeela ke dadanya. Badan Aqeela dipeluk kemas. Sejuk hatinya saat mendengar Aqeela memanggil dia dengan gelaran abang.

“Abang janji takkan tinggalkan Qeela?” Aqeela mengulang semula soalan yang sama.

“Abang janji, sayang. Abang janji.” Kepala Aqeela dikucup lama. Pelukan mereka Hisyam leraikan. Terasa tidak puas jika dia tidak dapat memandang muka Aqeela.

“Janji dalam apa jua keadaan kita berbincang? Jangan simpan sendiri.” Tangan Aqeela melekap pada dada sasa Hisyam. Dia berharap sangat Hisyam sudi berkongsi segala masalah dengannya. Itulah tujuan penyatuan dua hati.

“Insya-Allah, sayang.” Tangan Aqeela di dadanya dipegang. Dibawa ke mulut. Dikucup jemari runcing itu satu persatu.

“Janji tak akan persiakan Qeela?” Renungan lembut dilemparkan pada wajah Hisyam.

Hisyam hanya mengangguk. Dia tersenyum. Perlahan tangan Aqeela yang baru dikucup dilepaskan. Dengan kudrat lelaki yang dia ada, badan Aqeela dicempung dan dibawa ke katil. Dia turut merebahkan badannya di sebelah Aqeela.

“Qeela hidup dan mati abang. Tak mungkin abang akan persiakan.” Hisyam yang mengiring dengan kepala ditongkat tersenyum memandang Aqeela. Rambut Aqeela dibelai. Pipi Aqeela dielus lembut.

“Boleh percaya ke ni?” Aqeela tersengih hingga terserlah lesung pipit di pipi. Sengaja mahu mengusik.

“Nak abang buktikan ke? Lagipun rasanya macam abang dah rugi seminggu.” Senyuman nakal tergaris di bibir Hisyam.

“Errr…” Muka Aqeela dah berbahang. Dia faham maksud Hisyam. Nasib tempoh ‘cuti’nya sudah habis.

Tanpa bicara Hisyam mendekatkan bibirnya pada pipi Aqeela sebelum turun ke bibir nipis yang menggoda nalurinya. Tidak mahu masa yang ada dibiarkan berlalu sahaja. Dalam hati dia berdoa agar Tuhan merestui mereka.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

14 comments:

  1. Best... best... Kak Syeena memang gifted... tahniah kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ain Kamalia....Alhamdulillah....

      Delete
  2. Cian qila.... Hisyam jgn cpt melatah bang oii hehe

    ReplyDelete
  3. syeena... bila nk kuar bentuk naskah ni...x larat baca jenis lompat2 ni... x larat tanggung rindu...
    tpikn akak suka sb nanti mrk dpt sepasangggg....hahaha...hari ni hisham bkl tahu Qeela tu kaca or permata...suci atau tak... thanks sweet syeena... u sama sweet ngan qeela

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak ita atas sokongan yang berterusan....tak ada rezeki nak ke versi cetak...

      Delete