Saturday, August 30, 2014

JEJAKA IDAMAN MALAYA - PROLOG

HISYAM melepaskan tangannya. Badan disandar pada kereta. Tangan naik ke rambut. Dikuak kasar rambutnya. Fikirannya berkecamuk.

“Kau kenal dengan dia dah berapa lama?” Farid bertanya sambil memperkemaskan leher bajunya. Lehernya turut diurut perlahan. Boleh tahan kuat juga tenaga Hisyam. Hampir lemas dia tadi.

“Sebulan macam tu.” Hisyam menjawab lemah. Mukanya merenung Farid. Namun hanya renungan kosong.

“Aku tak tahu sama ada nak kategorikan kau ni lelaki bodoh atau dayus.” Farid ketawa di hujung kata-katanya. Ada riak bangga pada wajah bila dilihat muka Hisyam semakin tegang.

“Apa maksud kau?” Hisyam sudah mengepal jari jemarinya. Bengang dengan kata-kata Farid.

“Lima tahun aku dengan dia. Mestilah macam-macam yang berlaku.” Farid tersenyum sinis.

“Kau jangan nak ada-adakan cerita. Dia bukan seperti yang kau katakan.” Hisyam menggeleng. Separuh hatinya sukar hendak mempercayai kata-kata Farid. Separuh lagi bagaikan mengiyakan.

“Dengan kau memanglah dia tunjuk baik. Masa dengan aku dia bukan macam tu.” Farid tertawa. Sengaja menaikkan darjah kemarahan lelaki di depannya ini.

“Dia sangat menjaga auratnya, solatnya malah tutur bicaranya walau dia seakan sedikit kasar. Aku tak percaya dengan kata-kata kau.” Dinafikan kata-kata Farid. Hisyam berpusing. Tangan sudah hendak membuka pintu kereta.

“Relakslah, bro. Kau masih tak percaya apa yang aku cakap?” Farid bersandar pada kereta Hisyam.

Dia masih mahu mencuba. Selagi Hisyam tidak percaya. Selagi itu dia tidak berpuashati. Dan selagi itu dia tidak akan berundur. Tangan sudah meraba belakang seluarnya. Dompet dikeluarkan. Disuakan kepada Hisyam setelah dompet itu dibuka.

Hisyam hanya memerhati dengan kedutan seribu pada wajahnya.

“Kau fikirlah sendiri macam mana gambar dia boleh ada pada aku.” Farid tarik kembali dompetnya. Bahu Hisyam ditepuk berkali-kali. Bibir menguntum senyuman puashati saat berpaling pergi dari situ.

Hisyam kaku. Tidak mampu menerima apa yang baru dilihatnya tadi. Hati bergelojak marah.

“Arghhh!!!” Hisyam menghentak kuat bumbung kereta dengan kedua-dua belah tangan. Jeritannya bergema satu basement tempat letak kereta.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

4 comments:

  1. Prolog yg menarik. Bakal membuka emosi pembaca. Apa tindakan Hisyam?Mesti bengang dengan kata2 Farid.

    ReplyDelete
  2. sbb saya bosan arini jom kita layan balik JIM kekasih hati ku ni selepas ariq hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abby sha sebab sudi mengulang kembali JIM...

      Delete