Saturday, September 13, 2014

MUZIK HATI BERLAGU - BAB 13


AZITA hanya menunduk sahaja sepanjang kedua-dua belah keluarga berbual-bual selepas selesai menjamu selera. Ikut hati dia nak saja duduk diam-diam dekat ceruk dapur tu tetapi Atuk Aziz paksa dia ke depan. Tak pasal-pasal dia jadi perempuan melayu terakhir.

“Dah nikah nanti Azita kenalah tinggal dekat kampung. Tak apa ke?” tanya Mak Cik Asmah, emak Afqar.

Azita mendongak bila sikunya dikuis Mak Cik Midah. Dia pandang wajah Mak Cik Midah. Beralih pada Pak Cik Azim sebelum sekilas menoleh pada Afqar. Hatinya terusik melihat senyuman di bibir Afqar. Gembira betul mamat sengal ni.

“Kalau orang duduk JB nak ke Afqar? Sanggup ke tinggalkan ikan-ikan dia?” Azita sengaja menduga Afqar. Dia tahu Afqar sayang gila dengan apa yang dia usahakan sekarang.

Terjongket kening Afqar mendengar kata-kata Azita. Semakin tinggi keningnya terjongket bila Azita menunjuk isyarat keamanan.

“Orang duduk kampunglah, mak cik. Takkanlah nak duduk dengan mama dan papa. Boleh, kan papa?” Azita lontarkan soalan kepada Pak Cik Azim pula.

“Kalau papa kata tak boleh, menangis Afqar nanti,” seloroh Pak Cik Azim.

Afqar dah merah muka. Tak pasal-pasal dia terkena. Selagi tak selesai perbincangan selagi itulah dia dan Azita jadi bahan.

Akhirnya kedua-dua belah keluarga mencapai kata sepakat. Tiada ikatan pertunangan diadakan. Afqar dan Azita akan dinikahkan terus bulan hadapan. Hanya satu majlis sahaja dibuat iaitu di rumah Atuk Aziz dan Nenek Munah.

Azita galak mengira jari jemarinya.

“Kenapa?” Afqar yang duduk di tembok menghadap ke laman rumah Atuk Aziz memandang Azita yang duduk di kerusi tidak jauh darinya.

“Sebulan lagi. Sempat ke?” Muka Azita nampak cuak. Banyak benda nak kena fikirkan.

“Kan tadi semua orang dah cakap kita tak payah fikir apa-apa.” Afqar cuba menenangkan Azita.

“Memanglah tapi inikan majlis kita. Mana boleh orang tak nak fikir apa-apa.” Azita menggeleng. Tak setuju dengan kata-kata Afqar.

“Esok jadi ikut uncle dengan aunty balik JB ke?” Afqar kalih topik. Tidak mahu Azita rasa tertekan. Tarikh tu bukan dia yang tetapkan tetapi kedua-dua orang tua mereka yang nak percepatkan.

“Baliklah. Seminggu dekat sana. Mama ajak cari baju untuk majlis kita nanti.” Azita tersenyum.

“Rindulah saya dekat sini sorang-sorang. Nasib baik ada ikan-ikan tu.” Afqar mengeluh.

Panggilan dah berubah. Puas masing-masing perah otak tadi. Akhirnya bersetuju untuk permulaan guna awak saya tapi Azita tetap nak bahasakan dirinya orang. Afqar tak kisah. Janji sedap halwa telinganya mendengar.

“Betullah. Nasib baik ada ikan-ikan tu kan. Tak matinyalah seminggu orang tak ada dekat sini.” Azita mencerlung tajam. Menyindir Afqar yang tersengih-sengih.

“Kalau saya mati awak kena nikah dengan orang lain.” Afqar ketawa-ketawa.

“Choiii…cuba jangan cakap yang bukan-bukan? Orang tak sukalah.” Azita pukul lengan Afqar dengan bantal kecil yang ada di ribanya.

Semakin kuat Afqar tertawa.

“Perlahan sikitlah suara awak tu.” Azita intai ke dalam rumah. Dia perasan Mak Cik Aida dan Mak Cik Asmah dah pandang-pandang ke luar.

“Hmmm…sorry. Awak ada handphone tak?” tanya Afqar tiba-tiba.

“Nak buat apa?” soal Azita semula.

“Nak nombor telefonlah. Kalau rindu saya call awak aje.” Afqar dah keluarkan telefon bimbitnya.

“Tak payahlah. Seminggu aje pun.” Azita berkeras tidak mahu bagi.

“Okey. Seminggu aje kannn…” Afqar simpan semula telefon bimbitnya.

Azita hanya mengangguk mengiyakan.



MATA Mak Cik Midah melekat pada Azita yang sekejap-sekejap beralih tempat duduk. Dari tadi dia perhatikan bagaikan ada sesuatu yang mengganggu anak daranya ini.

“Apa lagi ni? Semuanya dah selesaikan. Tinggal tunggu tarikh nikah tu aje.” Mak Cik Midah menggeleng. Matanya kembali fokus pada kain yang sedang dijahitnya.

“Orang bukan risau pasal tu semua.” Azita beralih tempat duduk lagi. Cerita Running Man yang sedang ditayang di kaca televisyen langsung tidak mencuit hatinya.

“Habis tu?” Ternaik kening Mak Cik Midah di sebalik cermin mata yang dipakainya.

“Hmmm…” Azita ketap bibir. Nak tanya ke tidak dengan mama ni. Kalau tanya mama ketawakan dia tak?

“Apa dia?” Mak Cik Midah mendesak. Rimas bila anak daranya ini lambat sangat nak bercakap.

“Hmmm…mama ada nombor telefon Afqar?” Azita datang dekat pada Mak Cik Midah. Kepalanya dilentokkan pada lengan Mak Cik Midah.

“Baru tiga hari dah rindu? Minggu depan kan dah nak balik kampung.” Mak Cik Midah meneruskan kembali jahitannya.

“Orang tak rindu. Orang saja aje nak kacau dia.” Azita beralasan. Masih tidak mahu mengaku apa yang dia rasa saat ini.

“Samalah tu.” Mak Cik Aida menggeleng. Tangannya menggagau ke dalam beg jahitannya. Mencari sesuatu.

“Rindu dengan nak kacau lain. Rindu tu orang tak tahu macam mana sebab tak pernah rasa. Kacau tu huh call dia sebab sekarang rasanya dia dah atas katil.” Azita mempertahankan alasannya.

“Memang lain tapi pendekatan tetap sama. Rindu ke nak kacau ke yang penting anak mama ni dapat dengar suara Afqar kan?” Mak Cik Midah menebak. Dihulurkan sehelai kertas yang berlipat kepada Azita.

“Apa ni?” Azita tegakkan badan.

Dicapai lipatan kertas yang dihulurkan kepadanya. Perlahan-lahan lipatan kertas dibuka. Terbuntang matanya melihat apa yang tertulis pada kertas itu.

Miss me? Siapa rindu siapa sekarang ni? Kalau dekat kampung pun hari-hari cari saya inikan pula bila berjauhan. Jangan segan-segan telefon. 012-7772233.
Love you
Afqar the sengalness

Lebar senyuman Azita selepas habis membaca nota yang tertulis dalam kertas tadi. Paling tak menahan the sengalness tu. Alahai, Afqar. Macam tahu-tahu aje dia akan merindui lelaki itu.

“Nak masuk bilik. Thanks, mama.” Azita kucup pipi Mak Cik Midah. Segera dia masuk ke dalam kamar tidurnya.

“Malu nak mengaku. Bilalah nak matangnya, Azita oiii…” Mak Cik Midah hanya menggeleng.

Telefon bimbit di atas katil terus dicapai. Jemari Azita ligat menaip nombor telefon Afqar.

“Assalammualaikum, ikan buntal.” Terdengar suara Afqar ketawa-ketawa di hujung talian.

“Waalaikumussalam. Awak ada nombor saya?” Teruja Azita bila dapat mendengar suara Afqar.

“Bakal isteri. Mestilah ada. Kenapa amabil masa lama sangat nak call saya?” tanya Afqar.

“Nanti mesti awak ejek orang.” Azita mencebik.

“Takkanlah dengan bakal isteri saya nak ejek tapikan bukan ke orang tu cakap seminggu aje pun. Tak ada rindu-rinduan punya.” Afqar masih ketawa-ketawa.

“Yelah. Orang silap.” Akhirnya Azita mengaku.

“Macam mana preparation dekat sana? Are everything settle?”

“Alhamdulillah.”

“Baguslah. Saya tak buat apa-apa pun dekat sini. Semuanya mak dengan Nek Munah yang uruskan. Awak okey ke majlis kahwin kita buat dekat kampung? Manalah tahu awak segan dengan kawan-kawan awak ke?”

“Orang tak ada nak malu-malu dekat siapa-siapa pun.” Azita menidakkan kata-kata Afqar.

“Tak standard kahwin dekat kampung.” Afqar menduga.

“Yang penting ijab dan kabul kan. Ada awak, ada orang, ada saksi, ada wali.”

You’re so down to earth compared to the first time we met. Azita saya dah berubah.” Afqar ketawa-ketawa.

“Manusia pasti berubah. Siapa-siapa pun akan berubah seiring dengan waktu. Ada hikmah di sebalik segalanya. Walau orang tak dapat mana-mana tawaran kerja sekalipun tapi Allah beri dalam bentuk lain. Allah datangkan seorang lelaki yang boleh menerima orang seadanya. Terima kasih.” Azita sebak tiba-tiba. Suaranya sudah bertukar sendu.

“Tak maulah sedih-sedih. Tak tenteram saya dekat sini. Rasa macam nak pecut ke JB aje sekarang ni.” Afqar cuba memujuk.

“Orang tak sedih tapi orang terharu sebab awak nampak apa yang orang lain tak nampak dalam diri orang ni.”

“Saya dah nampak lama dulu lagi.” Kedengaran suara Afqar sedikit mengeluh.

“Lama dulu? Maksud awak?” tanya Azita. Sungguh dia tidak faham apa yang dimaksudkan Afqar.

“Nanti saya cerita bila kita dah menikah. Sekarang ni saya kena letak telefon. Ada kerja nak buat sebelum saya bercuti panjang. Kita jumpa miggu depan, ya sayang?”

“Hmmm…kita jumpa minggu depan. Assalammualaikum.” Azita matikan talian tanpa menunggu balasan Afqar.

Telefon bimbit dicampakkan ke sisi. Dia termenung.

“Apa maksud dia dah nampak lama dulu? Musykil betul.” Berkerut-kerut dagi Azita memikirkannya.

“Biarlah. Dia kata nak beritahu lepas dah nikah nanti. Sabar Azita, sabar.” Azita memujuk diri sendiri. Dia bingkas bangun dari katil dan keluar ke ruang tamu semula.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

22 comments:

  1. thank u Syeena, really down to earth couple ni. tenang dan menyejukkan saja kisah mereka. confirmlah kan Afqar sendiri mengaku, dia sengal hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah mereka biarlah setenang ikan dalam kolam tu...penat nak serabut2....hehehehehehe...

      Delete
  2. The sengalness.....aduiiiiii rindu tp malu....kan dah dpt nota rindu dari bakal suami.....sporting sungguh makcik Midah.....mmg best sgt..

    ReplyDelete
  3. sengal tak sengal...kalau dah sayang semua letak tepi...I love u more lagi ada...tq syeena hamdan. sy suka

    ReplyDelete
  4. Alahai syeena..apasal sweet sgt mereka ni. Suka sgt. Sikap mereka ni merendah diri. Tak ada nak menunjuk-nunjuk. Bersederhana dalam semua urusan.
    Pasti Afqar dah pernah jumpa Azita sebelum Azita duduk ngan tok aziz kan. Tq syeena.

    ReplyDelete
  5. Alahamdulillah.... dh pndi rindu2an. Dh kuo pktaan sayang bagai. Xsabar nk tunggu dia org menikah.

    ReplyDelete
  6. Pasangan yg sempoi... x perlu bergaduh demand mcm2... simple n sederhana...

    ReplyDelete
  7. Yeeehaaa dah nak nikah, kita pun x sabar nak jumpa tamat tu. Nanti ada citer len lak kan Syeena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adessss Milla Anuar bagi sis rehat2 ya....hehehehehehe...

      Delete
  8. alahai siap stanby letter agi erk... haha cik abg sweet btul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...dia dah faham perangai azita ni...

      Delete
  9. Best sgt.. thumbss up.. sweet jerkk

    ReplyDelete