Tuesday, September 2, 2014

MUZIK HATI BERLAGU - BAB 3


KEDUA-DUANYA termengah-mengah saat sampai betul-betul di depan bangunan pejabat kecil Afqar. Masing-masing terbongkok menahan lelah. Cuba mencari nafas yang hilang.

“Kenapa ni, Abang Afqar?” Yana terus meluru mendapatkan Afqar.

Azita mendongak. Berdiri tegak dan mengukir senyuman manis.

Yana menjeling.

Okey, itu tandanya kau tak diterima di sini Azita. Azita buat muka selamba. Jelingan Yana tak makan dalam pun.

“Tak ada apa-apalah, Yana. Dah lama tak keluarkan peluh. Itu yang pancit.” Afqar mengelak dari disentuh Yana.

Sebenarnya Afqar dah lama perasan gelagat Yana. Selalu sangat nak sentuh-sentuh dia. Tak reti nak jaga tingkah laku langsung. Kalaulah dia lelaki berhidung belang. Rasanya dah lama si Yana ni dikendurikan.

“Jom, masuk. Minum air.” Afqar depakan tangan menghala ke pintu pejabatnya.

Azita menggeleng. Menolak lebih baik. Perempuan muka tak siap ni macam bagi amaran dekat dia. He’s mine.

“Kau mesti penat. Takkanlah tak haus langsung.” Afqar masih merenung Azita.

“Errr…” Azita serba salah.

Yana turut memandang Azita.

“Azita Lily.” Azita yang seolah-olah memahami maksud pandangan Yana terus memberitahu nama dia sebelum Afqar membuka mulut.

“Masuklah, Cik Azita. Saya, Yana. Pembantu Abang Afqar sejak Abang Afqar buka kolam ikan ni lagi.” Yana mendekati Azita dan bersalaman.

Azita rasa macam nak putus tangannya digenggam Yana. Namun dia cuba mengawal riak muka agar Afqar tidak perasan. Lagi satu perlu ke perempuan muka tak siap ni nak beritahu siapa dia dengan Afqar. Tolonglah. Meluat okey.

“Ouchhh…” Tiba-tiba Yana mengaduh.

“Yana?” Terjongket kening Afqar memandang Yana.

“Kuatnya Cik Azita genggam tangan saya.” Yana berpura-pura memicit tangan kanannya.

Drama sungguhlah perempuan muka tak siap ni. Azita julingkan mata.

Sorrylah. Ingat saya tengah pegang span basuh pinggan.” Azita terus berlalu masuk.

Afqar tersenyum dan turut sama masuk ke dalam.

“Dia kata tangan aku macam span basuh pinggan. Datang tak berjemput. Suka-suka nak mengata orang.” Yana membebel sambil kaki dihentak-hentak menuruti langkah Afqar dan Azita.

Afqar menyuruh Azita duduk di kerusi berdekatan dengan sebuah meja yang terhidang cempedak goreng dan kopi o panas. Dia mempelawa Azita untuk makan kemudian dia berlalu ke belakang.

Azita rasa macam nak cucuk-cucuk aje mata perempuan muka tak siap yang duduk di meja bertentangan dengan tempat dia duduk sekarang ni. Apahal tengok dia macam tak pernah tengok orang.

Sekarang Azita tertanya-tanya sendiri. Apa dia buat dekat pejabat mamat sengal ni? Dengan budak perempuan muka tak siap pandang dia macam muka dia lutsinar hingga boleh nampak dinding dekat belakang.

"Cik ikan buntal tak makan cempedak goreng ke?" Afqar yang tiba-tiba masuk dari pintu belakang terus bertanya pada Azita.

Eh! Si mamat sengal ni. Soalan mintak penampar nampaknya. Azita menjeling Afqar.

Dia menoleh memandang perempuan muka tak siap yang tengah mengulum senyum. Seronoklah kau ya. Ketawakan aku. Azita rasa macam nak tarik aje hidung perempuan muka tak siap sebab itu punca dia menggelar perempuan tu.

"Yana, tolong tuangkan air untuk cik ikan buntal." Afqar angkat kening pada Yana.

Azita menoleh pada Afqar semula. Tahap kesabaran dia memang dah menipis ni. Ada dia sumbat mulut mamat sengal ni dengan biji cempedak nanti.

Afqar hanya tersengih.

"Kenapa Yana? Diakan ada tangan. Abang Afqar suruhlah dia tuang sendiri." Yana mencebik.

“Cik Azita ni kan tetamu. Berapa kali abang nak pesan kat Yana, kita kena layan tetamu dengan baik. Setiap orang yang datang melawat pejabat kita ni bawa rezeki yang berlainan. Itu janji Allah.” Afqar bersandar memandang Yana.

Yana tarik muka. Perlahan-lahan dia bangun dan pergi ke meja tempat Azita duduk. Wajahnya langsung tidak diangkat. Orang kata memang perempuan mitahlilah. Mendengar kata bila disuruh.

Azita terbuai dengan kata-kata Afqar. Tak sangka pula Afqar bijak menyusun bicara. Ini bukan tauke ikan sembarangan ni. Agak-agak kalau dia lawan cakap boleh menang tak. Bibir diketap.

“Makanlah cempedak goreng tu. Itu aje yang aku mampu jamu.” Afqar memandang kepada Azita pula.

“Errr…tak payahlah. Orang ingat nak balik. Mesti nenek risau. Macam dah lama sangat orang keluar rumah.” Azita serba salah.

Sungguh dia canggung sekarang ni. Dahlah perempuan muka tak siap tu menunduk dari tadi. Rasa macam dia pula yang menyebabkan perempuan muka tak siap tu jadi macam tu.

“Selagi kau tak makan, jangan harap kau nak balik. Yana, abang pergi tengok benih ikan sekejap.” Afqar terus keluar dari pejabat.

Elok sahaja pintu pejabat ditutup, Yana mendongak memandang Azita.

Azita dapat rasakan bergelen-gelen air liur ditelannya. Yana memandang dia tajam macam nak bunuh dia aje.

“Errr…makan, Yana.” Azita ambil sebiji cempedak goreng dan masukkan ke dalam mulut tanpa mata dilepaskan memandang Yana.

“Macam mana kau kenal Abang Afqar?” Yana menyoal Azita.

Itu dia soalan perempuan muka tak siap. Soalan berbaur cemburu. Azita sembunyi senyum.

“Tak ingat.” Azita selamba menjawab pendek. Dikeluarkan biji cempedak tanpa dipegangnya dengan menadah piring cawan dekat dengan mulutnya. Tangannya mula mencapai sebiji lagi cempedak goreng.

“Mana boleh tak ingat? Abang Afqar panggil kau ikan buntal. Mesti kau dah kenal dia lama.” Yana merenung Azita.

Apa keslah dia ni nak paksa-paksa aku? Dah memang aku tak ingat. Nak buat macam mana?

“Dia kenal mak aku kut.” Azita menarikan keningnya.

“Siapa mak kau?” Yana tegakkan badan memandang Azita.

“Mak Cik Midah. Kenapa? Kau kenal?” Azita ulang lagi perbuatan yang sama sebelum mencapai sebiji cempedak goreng yang ketiga.

“Yang kahwin dengan orang JB tu eh?” Yana meminta kepastian.

“Hmmm…” Acuh tak acuh Azita menjawab.

“Patutlah…” Yana tidak jadi menghabiskan kata-katanya bila terdengar kuakan pintu pejabat dari luar. Dia terus tunduk meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala dek sesi suaikenal dengan Azita.

Azita tersenyum sinis. Betul-betul drama perempuan muka tak siap ni.

“Makan pun. Yana, abang tak masuk balik tengahari ni. Petang nanti aje abang datang balik. Ayah abang minta tolong jaga kedai. Jom, Cik Ikan Buntal. Aku hantar kau balik.” Afqar capai kot dan tali lehernya.

“Sekarang?” Rasa nak tercekik Azita.

“Yelah. Tadi kau juga cakap takut Nek Munah risau. Aku tak naklah Nek Munah cakap aku kidnap kau. Cepatlah.” Afqar terus keluar dari situ.

Kelam kabut Azita menyisip sedikit air kopi dan bergegas untuk keluar.

“Terima kasih, Yana.” Azita sempat berpamitan sebelum keluar mendapatkan Afqar.

Afqar sudah menunggu di dalam kereta.

Azita pantas membuka pintu sebelah belakang.

“Banyak cantik muka kau. Duduk depan.” Afqar besarkan matanya.

“Orang baru nak feeling-feeling jadi mem besar.” Azita julingkan mata. Ditutup kembali pintu belakang. Dia bergerak ke depan.

“Banyak kau punya mem besar.” Afqar membalas sebaik Azita melabuhkan punggung di sebelahnya. Perlahan-lahan dia menggerakkan keretanya keluar dari perkarangan kolam ikan air tawar.

Yana yang berdiri di tengah pintu hanya mampu menggigit bibir.

“Biar betul Abang Afqar ni? Aku sendiri tak pernah rasa naik kereta dia. Ada apa-apa ke dengan minah tu? Mana pergi prinsip dia tak benarkan orang perempuan naik kereta dia. Senang-senang aje si Azita ni dapat naik.”

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

2 comments:

  1. eeeeeiiiiii…menyampahnya awal2 dh ada langau…..rs mcm nk campak je langau tu msk kolam ikan tu….

    ReplyDelete