Tuesday, September 2, 2014

MUZIK HATI BERLAGU - BAB 4


AZITA capai telefon bimbit yang berbunyi sedari tadi. Lemah sendi lututnya sewaktu melihat nama yang terpapar pada skrin telefon. Hati berkira-kira mahu jawab atau tidak panggilan itu.

“Assalammualaikum.” Azita bersandar pada kepala katil.

“Waalaikumussalam. Anak mama tengah buat apa?” Terdengar suara Mak Cik Midah di hujung talian.

“Tanam anggur dekat atas katil.” Azita menjawab lemah. Jemarinya bermain-main dengan hujung baju-t yang tersarung di badan.

“Bila nak balik JB? Papa dah bising tu.” Mak Cik Midah mula bertanya.

“Nantilah kalau orang dah bosan dekat kampung ni.” Azita julingkan mata.

“Bukan dapat apa pun duduk lama-lama dekat sana. Kawan papa dah tanya tu bila Azita nak lapor diri.”

“Ma…boleh tak bagi orang masa? Orang kena fikir betul-betul.” Azita tegakkan badan.

Bukan dia nak membantah cadangan papanya untuk berkerja dengan kawan baik papa dia. Anak kawan baik papa dia itu yang buat dia fikir sejuta kali untuk terima kerja yang ditawarkan.

“Azita, bukan senang tau kerja nak datang pada kita tanpa kita berusaha mencari. Azita nak kerja macam mana lagi? Ini kan firma arkitek. Kena dengan jiwa Azita. Sepadan dengan ijazah yang Azita ada.” Mak Cik Midah kedengaran masih berusaha memujuk.

“Orang memang suka kalau dapat jadi arkitek tu tapi si Rizal tu yang buat orang fikir berjuta-juta lemon. Gatal yang amat.” Azita berterus-terang.

“Ya Allah, Azita! Tak baik mengata orang. Mama tengok si Rizal tu baik budaknya. Dia yang asyik tanya dengan papa bila Azita nak masuk kerja. They had reserved the seat for you.

Azita rasa nak termuntah bila mendengar mamanya memuji Rizal. Memanglah baik mama oiii tapi depan mama dengan papa aje pijak semut tak mati. Cuba kat belakang mama dengan papa. Perangai Rizal tu kalah syaitan tau.

“Nantilah orang fikirkan lagi.” Azita bungkam.

“Jangan lama-lama sangat tau. Kesian dekat Uncle Radzi dengan Rizal. Dia orang memang tengah kekurangan arkitek tu.”

“Ya, ya.” Azita menjawab acuh tak acuh.

“Kirim salam dekat atuk dengan nenek. Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Azita tekan ikon merah dengan kuat.

Ini yang dia tak suka kalau mama dia telefon. Tak habis-habis paksa dia suruh terima tawaran Uncle Radzi. Penting sangat ke kena kerja dengan orang tua tu. Hesy…serabut kepala.

Azita bingkas bangun dari katil. Sehelang tudung ekspres dicapai. Disarungkan ke kepalanya sebelum keluar dari bilik.

“Atuk, pinjam motor.” Azita terus capai kunci motor yang tersangkut di rak kunci dan terus keluar.

“Cucu awak ni, Munah. Ikut kata dia aje.” Atuk Aziz menggeleng.

“Macam anak awaklah, Bang Aziz.” Nenek Munah hanya memerhati Azita yang sudah hilang dari pandangan mata.

Azita memberhentikan motor di luar pagar kolam ikan milik Afqar. Tidak tahu kenapa dia suka ke situ sejak akhir-akhir ini. Jangan salah anggap. Dia langsung tak ada hati dengan mamat sengal tu. Dia cuma suka melihat ikan-ikan berenang bebas. Biarlah dia tidak kenal pun nama ikan tapi dia suka melihat kebebasan yang ada pada ikan-ikan itu.

“Seronoknya jadi kau ikan. Bebas nak ke sana ke mari.” Azita mengeluh.

“Mengeluh rezeki pendek selangkah.” Suara garau berbisik dekat dengan telinga Azita.

“Papa!” Azita menjerit kuat. Dia menoleh.

Afqar tersengih.

“Kau!” Azita kepal jemarinya. Kenapa mamat sengal ni suka sangat buat dia marah?

“Skodeng ikan-ikan aku eh?” Afqar duduk bersandar pada pagar hijau.

“Tak kuasalah.” Azita mula menapak mendekati motor cabuk milik atuknya.

“Dah nak balik? Mehlah duduk sini.” Afqar tepuk rumput di sebelahnya.

“Kau buat apa dekat luar ni?” Azita masih berdiri di sebelah motor.

“Tengok kut-kut ada pagar yang berlubang. Biawak senang masuk.” Afqar cabut-cabut rumput sambil mata memandang Azita.

“Biawak? Mana-mana?” Azita terus meluru ke sebelah Afqar. Bertinggung di sebelah lelaki itu. Mata meliar memerhati sekeliling.

“Biawak tak makan ikan buntal. Kau tak perlu risau.” Afqar ketawa-ketawa.

Azita rasa kali ini macam kiri dan kanan telinga dia berasap sama macam dalam cerita kartun. Lagilah bila tengok Afqar tak berhenti-henti ketawa.

“Eee…kau ni memang saja kan.” Azita jegilkan mata.

“Biawak tu memang betullah ada tapi selagi aku ada dekat sebelah kau. Dia tak berani nak dekat.” Afqar tersengih. Suka melihat wajah Azita yang kemerahan menahan marah.

“Ooo…eh? Orang tahu kenapa.” Azita sinis memandang Afqar.

“Kenapa?” Kening Afqar menari-nari seolah-olah mengejek Azita.

“Sebab mamat sengal macam kau ni sama spesis dengan dia. Buaya. Haruslah biawak tu tak berani dekat. Buaya lagi besar dari biawak.” Giliran Azita pula ketawa sampai terduduk. Tak tahan tengok muka Afqar yang terus berubah serius.

“Choiii…” Tanpa sedar Afqar menumbuk lengan Azita.

“Hei! Sakitlah. Dahlah orang ni kurus.” Azita gosok-gosok lengannya.

“Kau cakap lagi aku buaya, lebih lagi aku bagi.” Afqar tenung Azita tajam.

“Dia panggil orang ikan buntal tak apa.” Azita mencebik.

“Okey, okey. Aku tak panggil kau ikan buntal lagi tapi kalau terpanggil aku tak berani jaminlah.” Afqar tersengih.

Azita hanya menjeling. Cakap dengan mamat sengal ni macam curah air dekat daun keladi. Bukan dia faham pun. Membazir air liur dia aje.

“Kenapa kau datang sini?” Afqar bertanya lembut bila melihat wajah Azita berubah keruh semula.

“Bosan.” Azita membuang pandang ke arah kolam ikan.

“Pergilah cari kerja. Duduk tak buat apa dekat rumah memanglah bosan.” Afqar memberi pandangan.

“Nanti-nantilah. Nak enjoy dulu.” Azita tersengih.

“Definasi bosan kau tu macam mana? Tadi bukan main cakap bosan.” Afqar jongket kening.

“Bosan bila ada orang suka memaksa.”

“Siapa?”

“Tak payahlah kau tahu.” Azita menggeleng.

“Orang tu paksa untuk kebaikan atau keburukan?” Afqar pandang wajah Azita. Nampak wajah itu sedikit kemerahan. Mungkin disebabkan panas matahari petang tapi masih tidak mencacatkan wajah manis Azita. Hatinya tiba-tiba rasa berdebar. Lekas-lekas dia kalih pandang. Memandang pada motor cabuk di depannya.

“Tak tahu nak cakap baik ke buruk.” Azita masih tidak mahu bercerita. Pada dia itu hal peribadi dia. Tak perlu diceritakan kepada siapa-siapa. Lagi-lagilah Afqar orang luar yang baru beberapa hari dia kenal.

“Kalau untuk kebaikan apa salahnya turutkan. Kau pun boleh berfikir dengan rasionalkan.”

“Seronok jadi macam kau. Bebas memilih masa depan sendiri. Tak ada siapa nak tentukan kerja mana, ambil kursus apa, masuk universiti mana.” Azita mengeluh.

“Tak bebas mana pun. Masih duduk bawah ketiak ayah. Cuma aku kena kreatif kalau nak majukan diri sendiri.” Afqar mengangguk.

“Untunglah.” Mulut Azita dah herot ke kiri ke kanan.

“Kau lagi beruntung. Duduk dekat bandar senang dapat kerja. Kami dekat kampung ni apa yang ada. Alhamdulillah ayah aku ada tanah. Dapatlah juga buat sesuatu yang tak seberapa ni.”

Oh! So down to earth.” Azita pandang wajah Afqar sebelum kalih pandang bila pandangan mata mereka bertaut.

“Baru tahu ke?” Afqar ketawa-ketawa.

Azita julingkan mata. Tiba-tiba dia memegang erat pergelangan tangan Afqar. Mukanya pucat.

“Kenapa?” Afqar terkebil-kebil. Dada dia memang dah rasa lain. Mana pernah bersentuhan dengan yang bukan mahram.

“A…ada ben…benda.” Azita tuding jari di belakangnya.

Afqar pantas menjenguk ke belakang badan Azita. Dia memandang semula pada muka Azita.

“Kau tarik nafas dalam-dalam. Tenang.” Sambil bercakap tangan Afqar mencari sesuatu di sebelah kanannya.

“Ada apa? Kenapa dia sondol-sondol badan orang. Cepatlah!” Azita rasa macam nak menangis. Pegangan tangannya semakin kuat pada lengan Afqar. Dah tak fikir halal haram dah. Nak bangun dia tak berdaya. Macam ada gam pada punggungnya.

“Sekejap.” Afqar berjaya mencapai sebiji batu besar. Dicampak batu itu kepada benda yang mengganggu Azita.

Azita menoleh bila terdengar benda itu menyusup di celah semak samun.

“Biawak.” Selamba muka Afqar memberitahu Azita.

“Huh?” Azita terus berdiri dan berlari ke motor.

“Dah larilah.” Afqar ketawa. Dia turut berdiri.

“Orang nak balik.” Azita naik ke atas motor.

“Bayar balik eh hutang tadi.” Afqar berdiri dengan kedua-dua tangan menyeluk kocek seluar.

“Bila masa orang ada hutang?” Azita dah terkebil-kebil.

“Kau pegang tangan aku tadi.” Afqar tersengih lagi. Lebar.

“Errr…Orang baliklah.” Tak tunggu lama Azita terus hidupkan enjin motor dan berlalu meninggalkan Afqar yang masih tersenyum-senyum.

“Terima kasihlah biawak.” Afqar berjalan masuk ke perkarangan kolam ikannya.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

14 comments:

  1. terima kasihlah biawak hahahah best sangat bila baca ...tak sabar nak tunggu bab seterusnya...

    ReplyDelete
  2. Bestlah.......Buaya n biawak sepupu..hihihi

    ReplyDelete
  3. terbaik kak syeena... cepat2 sambung...klau jadi sebuah novel lagi best..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Alieya....novel...hahahahaha...tgk mcm mn ya...

      Delete
  4. sweetnya...tak sabar nak tunggu next entry

    ReplyDelete
  5. hahahahaha…..bijak sungguh biawak tu….pandai muncul time yg sesuai….previous bab langau betina, kat bab ni plak ada disebut mcm bakal langau jantan….apakah???

    ReplyDelete