Wednesday, September 3, 2014

MUZIK HATI BERLAGU - BAB 6


PINTU bilik tidur Azita dikuak dari luar. Azita yang sedang meniarap sambil melayari internet menoleh.

“Tolong nenek sekejap.” Nenek Munah menghampiri katil Azita.

“Apa dia, nek?” Azita bingkas duduk.

“Petang ni mama kamu nak balik. Nenek ingat nak masak ikan. Pergi belikan ikan dekat kolam Afqar tu.” Nenek Munah hulurkan not lima puluh dua keping.

Terperanjat Azita. Mama dan papa dia sanggup balik kampung hanya kerana nak suruh dia berkerja ke? Nak memujuk?

“Mama nak datang sini? Dengan papa?” Azita pandang muka Nenek Munah.

“Takkanlah papa kamu nak bagi Mama kamu pandu kereta sorang-sorang.” Nenek Munah menggeleng dan tersenyum.

“Datang untuk apa? Nak bawa orang balik JB ke?” Azita mendengus.

“Hesy…nenek kan emak dia. Biarlah dia nak balik sini.” Nenek Munah tersenyum.

“Orang tak naklah kerja dengan kawan papa tu. Kan orang cakap dengan nenek hari tu, anak kawan papa tu gatal.” Azita bediri. Bersiap-siap untuk keluar.

“Nanti kamu cakaplah baik-baik dengan papa kamu tu. Takkanlah dia tak dengar cakap anak dia.” Nenek Munah tersenyum.

“Papa tu mana nak dengar cakap orang. Semua kena dengar cakap dia.” Azita kembali mendekati Nenk Munah.

“Nanti nenek cuba cakap dengan papa kamu.” Nenek Munah memujuk.

“Orang pergi dulu.” Azita ambil duit yang dihulur Nenek Munah dan keluar dari biliknya. Dicapai kunci motor dan terus keluar dari rumah.

Nenek Munah hanya menggeleng. Faham sangat dengan jiwa Azita yang cepat memeberontak. Jiwa muda.

Azita meletakkan motornya di depan bangunan pejabat Afqar. Terus diterpa ke pintu pejabat.

“Assalammualaikum.” Azita hanya menjengulkan kepala di balik pintu.

“Waalaikumussalam.” Terdengar suara menyambut salam di balik pintu lokar yang terbuka.

“Afqar ada?” tanya Azita. Masih berdiri di balik pintu.

Pintu lokar ditutup. Yana terkebil-kebil memandang Azita.

“Ada apa cari Abang Afqar?” Yana menjeling. Diletakkan fail-fail di tangan ke atas meja.

“Nak ajak kahwin.” Azita julingkan mata. Apa kes nak jeling-jeling aku perempuan muka tak siap ni.

“Dia ada kat belakang.” Acuh tak acuh Yana membalas.

“Thanks.” Azita pantas menutup semula pintu pejabat.

“Kau jangan ganggu dia. Dia tengah buat pembenihan ikan tu.” Yana sempat berpesan sebelum pintu pejabat tertutup rapat.

“Eleh. Bukan nak kacau apa pun.” Azita membebel.

Terjengket-jengket dia berjalan mengelak lecak ketika menuju ke belakang pejabat. Dari jauh dia nampak susuk Afqar dan beberapa orang lelaki sedang asyik menunduk. Tengah buat apa dia tidak pasti.

Azita masuk ke dalam bangsal bertingkap kaca itu perlahan-lahan.

“Afqar,” panggil Azita lembut.

Afqar langsung tidak mendongak.

Azita bengang bila panggilannya tidak berjawab. Panggil lembut-lembut pun tak bersahut. Bukan dia ajak gaduh pun.

“Nak kerapu tiga ekor.” Azita bercakap tanpa langsung memandang pada Afqar.

Afqar masih buat muka selamba.

“Dengar ke tak? Orang nak ikan kerapu tiga ekorlah.” Azita mula tinggikan suara.

Afqar masih meneruskan kerjanya. Menyediakan benih ikan tilapia. Ahmad dan dua orang lagi pekerjanya turut sama membantu.

“Afqar!” Azita mula hilang sabar.

Afqar angkat muka. Memandang Azita yang memandang kepadanya. Dia menunduk semula.

“Tak apa. Buat orang macam ni. Dahlah perempuan muka tak siap tadi layan tak layan orang.” Azita terus keluar dari bangsal.

Dia menonong berjalan menuju ke kolam ikan. Dengan hati yang membengkak, Azita capai jaring yang tersandar di tiang berdekatan dengan kolam ikan. Kakinya laju meniti tebing kolam ikan.

“Ingat orang tak reti ke buat ni semua.” Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Azita rendamkan jaring ikan itu ke dalam kolam. Disauknya ikan-ikan kerapu di dalam kolam.

Elok sahaja dia mengangkat jaring ikan itu ke darat, seekor ular air yang terperangkap sama menjalar ke pemegang sebelum menyusur di atas tangan Azita.

“Papa!” Suara Azita bergema satu oktaf. Tercampak jaring ikan itu ke dalam kolam ikan. Dia berpusing. Ingin berlari ke tanah lapang.

Afqar yang sebenarnya sedari tadi memerhati tingkah Azita cuba menenangkan Azita.

“Hei!” Afqar pegang kedua-dua belah lengan Azita. Dia perasan wajah Azita nampak pucat lesi.

Azita langsung tidak bersuara. Dipeluknya Afqar erat. Bagaikan masih terasa-rasa kulit ular yang sejuk menyentuh lengannya. Itulah kalau buat sesuatu tak fikir natijahnya. Semuanya dibalas Allah sekelip mata.

Hashim yang berada di kolam ikan paling hujung pantas berlari mendapatkan Azita.

Yana yang turut mendengar suara jeritan Azita menerpa ke kolam ikan.

“Abang Afqar! Cik Azita!” Bulat mata Yana melihat Azita yang memeluk Afqar erat.

“Bos?” Hashim jongket kening.

“Errr…Abang Hashim.” Afqar angkat kedua-dua belah tangannya sambil menggeleng tanda bukan dia yang berkehendakkan perkara ini terjadi.

“Azita…” Afqar berbisik dekat dengan telinga Azita.

Azita menggeleng. Pelukannya semakin kejap. Matanya turut terpejam rapat.

Afqar mati kata. Serba salah. Malu pun ya juga.

“Azita, kau sedar ke tak ni?” Afqar berbisik lagi.

“Ular tu. Ular tu ada lagi tak?” Azita masih tidak melepaskan pelukannya.

“Dah tak ada dah.” Afqar tenang memberitahu.

“Betul?” Azita bertanya lagi meminta kepastian.

“Ya. Abang Hashim dah tangkap.” Afqar kenyit mata pada Hashim.

Hashim tertawa kecil.

Azita terkebil-kebil. Baru perasan yang dia ralit betul memeluk anak teruna orang. Bau badan Afqar memang melalaikan dia.

Okey, sekarang dia kena lepaskan Afqar. Lepas tu dia kena cepat-cepat berlari ke motor. Ikan kerapu tu nanti suruh Atuk Aziz aje yang beli.

Lantaklah Afqar dengan Hashim nak cakap apa. Dia tak peduli. Muka dia dah tebal berinci-inci. Tak perlu bersolek bagai. Dia dapat rasakan memang dah merah sangat muka dia ni.

Azita mengira di dalam kepala. Satu, dua, tiga. Pelukan dilepaskan. Dia pantas berlari ke motor. Yana yang merenung dia dilanggar hingga Yana jatuh terduduk.

Sorry.” Azita menggumam kata maaf. Enjin motor dihidupkan dan selamba dia memandu keluar dari perkarangan kolam.

Afqar hanya tersenyum dan menggeleng.

“Suka nampaknya, bos.” Hashim mengusik.

“Mana ada suka, Abang Hashim. Segan saya. Dah ternoda dah saya ni.” Afqar ketawa-ketawa.

“Azita nak apa sebenarnya? Siap disauknya sendiri ikan-ikan ni.” Hashim turun ke dasar kolam. Jaring yang terjatuh diambil dan diletakkan semula di atas tebing.

“Nak beli kerapu ni. Abang Hashim tangkapkan empat ekor. Siangkan sekali. Saya nak hantar ke rumah Nek Munah,” arah Afqar.

“Yelah.” Hashim mengangguk.

Afqar berjalan meniti tebing pemisah. Dia ingin masuk semula ke pejabat.

“Buat apa dekat sini, Yana?” Afqar jongket kening bila melihatkan Yana mengibas punggung.

“Cik Azita tu tolak Yana tadi.” Yana mengadu dengan suara manja.

“Maafkan ajelah dia. Dia terkejut. Ada ular air menjalar atas tangan dia tadi.” Afqar terus berlalu masuk ke pejabatnya.

“Itu aje? Tak ada pun nak tanya aku sakit ke tidak? Ada luka dekat mana-mana ke?” Yana membebel.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

8 comments:

  1. dah masuk ni 3 x minah tu peluk mamat tu..wajib jatuh kena nikah ni... kan.. what say U...

    ReplyDelete
  2. wah best best makin menarik tak sabar nak tunggu seterusnya ni..

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha…ular air plak???? kalut sungguh si azita ni….tp setiap kejadian pasti ada afqar di sisinya….hihihihi…untung lah afqar…..

    ReplyDelete