Thursday, September 4, 2014

MUZIK HATI BERLAGU - BAB 8


PAGI itu Azita langsung tidak membantu Nenek Munah dan Mak Cik Midah di dapur. Dia sudah bersiap-siap berseluar sukan dan baju-t lengan panjang. Selendang bercorak warna hijau dikenakan di kepala. Warna senada dengan baju yang dipakainya.

“Nak pergi mana pagi-pagi ni, Azita?” Nenek Munah muncul dari tepi rumah dengan bakul baju.

“Jogging.” Azita yang sedang menyarung kasut sukan langsung tidak memandang Nenek Munah.

“Apa yang kamu cuba protes ni?” Nenek Munah tahu ada sesuatu yang Azita cuba hendak tunjukkan kepada kedua orang tuanya. Hati tua dia sudah masak dengan perangai satu-satunya cucu dia ini.

“Orang tak nak kerja dengan mamat tangan sotong tu tapi papa tak faham-faham.” Azita membentak.

“Dah bincang ke dengan papa kamu?” Nenek Munah duduk di tembok. Bakul baju diletakkan di sisinya.

“Papa nak dengar ke cakap orang? Nenek pun tahu kan.” Azita sudah berdiri.

Nenek Munah mengeluh. Faham sangat dengan perangai menantunya. Keras hati sama macam Azita sebab itulah kedua-duanya ini susah nak dibawa berbincang.

“Orang pergi dulu.” Azita mula berlari anak.

“Laaa…pergi mana budak bertuah tu, mak?” Mak Cik Midah keluar dari rumah. Memerhati Azita yang sudah mula hilang dari pandangannya.

“Nak tenangkan hati. Kamu berdua janganlah paksa-paksa dia. Mak takut dia buat sesuatu yang kamu akan menyesal nanti.” Nenek Munah sudah berdiri.

“Untuk kebaikan dia juga, mak.” Mak Cik Midah memandang Nenek Munah.

“Kebaikan apanya kalau semua kena ikut telunjuk kamu dengan Azim.” Nenek Munah menggeleng.

“Orang pun serba-salah. Abang Azim yang beria-ia.” Mak Cik Midah menunduk. Tona suaranya pun sudah mengendur.

“Pujuklah baik-baik. Lagipun mak tak berapa berkenan dengan perangai budak Rizal tu.” Habis bercakap Nenek Munah terus masuk ke dalam rumah.

“Kenapa dengan Rizal?” Mak Cik Midah menggumam perlahan. Azita pun tak suka juga dengan Rizal. Apa yang Rizal dah buat sampai mak dan anak dia jadi macam ni?



AZITA merenung ke hadapan. Kakinya masih melangkah. Kali ini dia memperlahankan lariannya. Tanpa sedar dia sudah sampai betul-betul di kolam ikan Afqar.

Dia berhenti. Nafas dihela dalam-dalam. Perlahan-lahan kakinya dihayun mendekati pagar hijau. Tangannya dileretkan sepanjang berjalan betul-betul di tepi pagar.

"Arghhh!" Azita menjerit. Melepaskan rasa yang terbuku di dada.

Jemarinya memaut pagar hijau yang memagari kolam ikan Afqar. Mukanya dilekatkan pada pagar. Memerhati ikan kerapu yang tenang berenang ke sana ke sini.

Azita ralit memerhati. Alangkah seronoknya menjadi ikan. Bebas berenang tanpa disekat. Dia mengeluh.

"Assalammualaikum."

Azita panggung wajah.

Afqar tersenyum di balik pagar.

Azita membalas dengan senyuman segaris.

“Waalaikumussalam.” Pandangan mata Azita masih merenung ikan-ikan di kolam.

“Kenapa?” Afqar merenung Azita. Pada firasat dia ada sesuatu yang merunsingkan hati Azita.

“Kenapa orang tak boleh buat keputusan sendiri?” Azita berbicara. Mata masih tak lepas memandang ke dalam kolam ikan.

“Kadang-kadang orang lain nampak kekurangan kita. Mereka mungkin hendak membantu.” Afqar mula taburkan makanan kepada ikan-ikannya.

“Dari kecik sampai sekarang? Orang dah dewasa. Orang bukan tak tahu apa yang baik untuk diri orang.” Azita membentak.

“Umur kau berapa sekarang?” tanya Afqar. Memandang Azita sekilas sebelum kembali memandang ke kolam ikan.

“Dua puluh tiga. Am I too young to decide what’s the best for my own life?” Azita pandang wajah Afqar. Lelaki ini nampak tenang. Setenang ikan-ikan yang berenang. Membuat hati dia rasa damai. Wajah kacak yang sedikit sebanyak telah cuba masuk ke dalam hatinya.

“Mungkin pada orang lain kau masih muda melainkan kalau kau kahwin awal.” Afqar ketawa-ketawa.

“Kahwin awal tak ada dalam kamus oranglah.” Azita menjeling. Apahal nak suruh dia kahwin cepat. Tak terfikir sampai ke situ pun.

“Rugilah. Ingat baru nak masuk meminang.” Afqar ketawa-ketawa lagi.

Azita terkebil-kebil. Memandang wajah Afqar tanpa lepas.

“Apa?” Afqar seperti menyedari dia ditenung membesarkan matanya memandang Azita.

“Nak kahwin dengan orang eh?” Azita kerdip-kerdipkan matanya. Mengusik.

“Kau nak ke?” Afqar menari-narikan keningnya pula.

“Bau ikan. Tak naklah.” Azita ketawa.

Best apa. Hari-hari dapat makan ikan free. Bagus untuk kesihatan.” Afqar angguk-angguk.

“Kurus keringlah orang yang dah sedia kurus ni.” Azita kembungkan pipinya.

“Kurus pun masih sedap dipeluk.” Terburai terus ketawa Afqar yang sedari tadi hanya ditahan.

“Itu tak sengajalah.” Azita gigit bibir. Malu. Mesti Afqar sindir dia pasal lepas laku dia dengan lelaki ini.

“Kadang-kadang apa yang kita nak tak semestinya kita dapat. Siapa tahu apa yang orang lain putuskan untuk kita itu adalah yang terbaik untuk masa depan kita.” Afqar sentuh kembali punca perkara yang mengganggu Azita. Dia berani berkata begitu bila dilihat muka Azita sudah tidak setegang semasa mula-mula dia menegur tadi.

“Kau pasti?” Azita pandang muka Afqar.

“Cuba dulu. Puaskan hati mereka. Jika apa yang dibuat itu mendatangkan mudarat pada kau, kau beritahu apa yang kau rasa pada mereka.” Afqar tersenyum.

“Entahlah.” Azita mengeluh.

“Buat solat istiharah. Minta pada Dia. Kita ada Dia untuk bantu kita,” nasihat Afqar lagi.

“Orang memang lupa pasal Dia.” Azita kemam bibir.

Kenapa dia boleh lupa pada Allah yang satu ini? Sesuatu yang berlaku itu adalah perancangan dari Dia. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

“Tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku dah tolong kau ingat pada Dia.” Senyuman Afqar semakin lebar. Suka melihat wajah Azita yang sudah boleh tersenyum semula.

“Terima kasih.” Azita tersenyum kembali. Terasa seperti beban yang menggebu di dadanya terbang melayang. Badan terasa ringan.

“Sama-sama kasih.” Afqar kenyit mata. Dia berpusing kembali menghadap kolam.

Azita terkedu kemudian nampak sedikit senyuman pada bibirnya. Pandangannya turut jatuh ke kolam ikan. Melihat ikan-ikan yang berebut-rebut membuka mulut untuk mendapatkan makanan yang ditabur Afqar.

“Boleh masuk tak?” tanya Azita tiba-tiba.

“Tak takut?” Afqar menoleh sekilas.

“Nak takut apa? Siang hari kut.” Yakin Azita membalas.

“Dekat sini banyak binatang pelik-pelik.” Afqar tersengih.

“Kau kan ada.” Azita menarikan keningnya.

Afqar berdeham.

“Tunggu tau.” Azita mula berlari.


“Ya, aku tunggu. Sampai bila-bila pun aku akan tunggu.” Afqar membalas walau tahu Azita tidak dengar jawapannya.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

10 comments:

  1. Ermmm.... rasanya afqar dah jatuh hati pada azita... manja je si azita ni bila dgn afqar

    ReplyDelete
  2. Nak lagi. ...suka sgt ngan novel ni...sambung la lg. ..

    ReplyDelete
  3. apa yg dilontarkan oleh mamat sengal ni mmg ada betuinya..mana ada ibu bapa yg menyuruh anaknya melakukan perkara yang tidak baek kan... apa kata Nisa bagitau mamanya akan sikap Rizal tu yg sudah tidur sebilik ngan sepupunya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ida....nisa mana ni...azita r kak....sabar menunggu bab seterusnya ya....

      Delete
  4. wah……afqar dh berkias dlm menyuarakan rasa hatinya…tidak terdetik di hati azita tentang kata2 afqar tu???? so sweet….i like u lah afqar….hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tapi azita tak dengar tu...ke buat2 tak faham...

      Delete