Wednesday, August 17, 2016

ADA AKU KISAH - BAB 1


SUASANA yang bising tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Umpama kampung dilanggar garuda. Masing-masing terpaku melihat dua orang jejaka yang melangkah masuk ke dalam ruang pejabat. Bukan terpaku pada kedua-duanya. Pada seorang itu sahaja. Yang seorang lagi tu bos mereka. Dah tak hairan walau sama bergaya dengan seorang lagi.
Cuma peliknya di sini. Hanya seorang sahaja staf yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku. Seorang gadis dengan kepala tergoyang-goyang sambil jari jemari sibuk melarikan tetikus di tangan. Mata tak lekang pada skrin monitor di depannya. Azizah yang sedang leka menelaah hasil kerjanya disiku si teman.
“Apa?” tanyanya kuat.
Marah bila kerjanya diganggu. Tanpa sedar suaranya menarik perhatian salah seorang jejaka tadi sebelum si jejaka menghilang ke dalam salah satu bilik di situ.
Si teman buat isyarat supaya menanggalkan headphone.
“Kau ni kalau sesaat tak mengganggu aku tak senang agaknya hidup kau, kan?” Azizah menjeling si teman.
Namun dia berbuat juga apa yang disuruh. Headphone di kepala diangkat dan dibiarkan tergantung di leher.
“Hensem siot mamat tadi.”
Azizah julingkan matanya ke atas. Dah biasa dengan ungkapan si teman. Lina mana pernah tak cakap semua lelaki tak hensem. Mamak buat air kat depan bangunan pejabat ni pun dia kata hensem. Si Rahul mamat bangla cleaner pejabat ni pun dia kata hensem. Maaf cakaplah semua lelaki-lelaki tu langsung tak ada ciri-ciri hensem di mata dia.
“Jijah, kau dengar tak ni? Kau nampak tak apa yang aku nampak tadi?” Lina buntangkan matanya bila Azizah endah tak endah dengan pertanyaan dia.
“Kau ni Lina macam tak biasa pula dengan Jijah. Dia mana peduli dengan sekeliling dia. Cuba kau tanya mak.” Shahrul yang duduk berdepan dengan meja Azizah dan Lina menyampuk.
“Kau nak buat apa. Buang karan aje.” Lina menjeling.
Walhal dia tahu Shahrul si patah tangan ni macam nak terjojol biji matanya melihat mahluk indah ciptaan Tuhan tadi. Geli geleman pula dia bila mengingatkan aksi Shahrul tadi.
Korang cerita apa ni?” Azizah buat muka blur.
Lina dan Shahrul ni kalau tak bertekak memang tak sah. Bila dia cakap kedua-duanya ada kimia. Tahu pula melenting. Kenalah tu. Seorang kasar seorang lembut.
“Aku rasa macam pernah nampaklah mamat tadi.” Lina mengetuk dagunya.
“Kan. Macam model.” Shahrul mengiakan.
“Sekejap-sekejap.” Lina menyelongkar mejanya. Mencari sesuatu di balik timbunan kertas di situ.
“Apa-apa ajelah.” Azizah mencebik. Kembali meletakkan headphone di kepala. Namun semuanya terbantut bila Lina terjerit.
Bingo!” Lina menggoyang-goyangkan majalah di tangannya. Teruja.
“Mana? Mana?” Shahrul pantas bangkit dari duduknya. Menonggeng. Mahu melihat sama apa yang dijumpai Lina.
“Jijah, inilah mamat yang masuk dengan Eric tadi. Betul tak, Shahrul?” Lina minta sokongan.
“Yalah. Awatlah dia hensem sangat. Tergoda mak.” Shahrul mengangguk.
Jarinya berlari pada gambar seorang model lelaki. Mulutnya terkumat-kamit membaca apa yang tertera di muka hadapan majalah GQ.
“Zarr. Sedapnya nama. Macam orangnya,” sambung Shahrul lagi.
“Kannn...” Lina mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata shahrul.
Azizah mengerling sekilas. Buat aksi whatever sebelum kembali meletakkan headphone di kepala. Langsung tak hairan dengan apa yang dimomokan Lina dan Shahrul.
Kedua-duanya terkebil-kebil dengan aksi bersahaja Azizah. Masing-masing memandang di antara satu sama lain. Mulut menggumam mengata Azizah.
“Iman dia tak tergugat?” Lina berbisik.
“Beku gila,” kutuk Shahrul.
Interkom di meja berbunyi.
“Oh, mak kau!” Shahrul melatah.
"Choi!" Lina yang turut terkejut menepuk bahu Shahrul dengan majalah. Over betul mamat patah tangan ni. Sikit-sikit melatah.
Get Jijah for me.” Suara dari interkom berbunyi.
Yes, boss.” Cepat-cepat Lina membalas. Karang tak menyahut mahu angin puting beliung bertiup dalam pejabat ni.
“Jijah, Eric nak jumpa.” Lina tarik headphone di kepala Azizah sebelum memberitahu.
“Itu lagi seorang. Dah tahu aku ada deadline. Asyiklah mengacau.” Azizah membebel.
“Dah kau tak pernah kisah sebab tu dia suka kat kau.” Shahrul menyampuk. Memerhati Azizah yang sudah berdiri dengan buku nota dan pen di tangan.
“Dia bayar gaji aku. Mak terpaksa noks.” Azizah tersengih sebelum berlalu. Mengajuk dengan ayat-ayat yang selalu digunakan Shahrul.
Shahrul mencebik.
Lina ketawa.
Pintu bilik yang tidak bertutup diketuk terlebih dahulu sebelum Azizah melangkah masuk.
“Jijah, my very best ID.” Eric tersenyum.
Azizah ketap bibir. Mengerling pada jejaka yang diduk bertentangan dengan Eric. Dia nampak bibir lelaki itu mengukir senyuman sinis. Eric ni nak kena ketuk kepala agaknya. Berapa kali dah dipesan. Sebut nama sebenar dia kalau berdepan dengan client. Nak juga panggil Jijah. Tapi Eric, kan. Mana nak ikut kata. Dia bos.
“Ada apa you panggil I? You tahukan I ada deadline? Kalau tak siap on time, you juga yang menggelupur.” Selamba sahaja dia mengutuk Eric sambil mengambil tempat duduk pada kerusi kosong di sebelah jejaka tadi.
This time around, I can hold my self. Don't worry.” Eric ketawa. Membenarkan kata-kata Azizah. Dah biasa dengan mulut laser Azizah.
“Yalah tu.” Azizah mencemik.
“Oh, ya. Kenalkan ni Encik Abu Zarr. Zarr, ini Azizah. Salah seorang ID terbaik yang aku ada.” Eric tak mahu membuang masa. Langsung sahaja memperkenalkan client merangkap teman baiknya.
Come again?” Berkerut dahi Azizah. Mahu Eric menyebut kembali nama jejaka di sebelahnya.
“Abu Zarr.” Si jejaka menoleh ke sisi. Memperkenalkan dirinya sendiri.
“Abu? A.B.U?” Azizah mengeja minta kepastian.
What's wrong with Abu?” Riak muka si jejaka berubah. Tidak puas hati.
Nothing. Nothing.” Azizah menggeleng.
Senyuman dikulum dalam-dalam. Dia nampak Eric juga turut tersenyum. Makna kata Eric mesti terfikir benda yang sama dengan dia. Allah! Dalam dunia serba moden ni, ada lagi orang yang sekapal dengan dia. Rare tau nama tu. Klasik. Terima kasih, ayah. Jijah tak keseorang lagi. Ada geng nama macam orang dulu-dulu.
Guys, let's get into business.” Eric menyampuk. Cuba meredakan keadaan.
Abu Zarr jelas bengang. Berkerut dahinya memandang Eric. Minta si teman berbuat sesuatu.
Eric buat isyarat tangan minta Abu Zarr bersabar. Satu ketika dahulu di universiti, dia pun bereaksi yang sama seperti Azizah tika Abu Zarr memperkenalkan diri. Jadi tak bolehlah nak salahkan Azizah seratus peratus.
“Jijah, Zarr ni seorang model.”
“Model?” Azizah pandang Abu Zarr atas bawah. Mulutnya yang terlopong dilindung sebalik diarinya. Sukar betul nak percaya lelaki bernama Abu ni seorang model.
 “Really?”
“Eric?” Abu Zarr dah bengang.
“Jijah...” Eric memberi amaran. Walau sebenarnya dia pun nak tumpang sekaki dengan Azizah.
Sorry. Sorry. Maaf ya, Encik Abu Zarr.” Azizah tersengih.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

2 comments: