“Assalammualaikum…gegals semua.” Adni Farha tersenyum lebar memandang teman-temannya.
Beg tangan dicampak di atas kerusi. Kaki melangkah menuju ke meja Nadia.
“Waalaikummussalam, Cik Adni…” jawab Nadia. Dia tersenyum
memandang Adni Farha yang ceria bersandar di meja kerjanya.
“Dah sihat?” tanya Aqilah pula. Dia turut menghampiri
Adni Farha dan Nadia.
“Alhamdulillah…” Adni Farha berpusing-pusing macam
model di depan kawan-kawannya. Sempat dia buat lompat bintang. Pada masa yang
sama Ayman Fareeq baru keluar dari lif dan terpandang gelagat sengal Adni
Farha. Dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus masuk ke bilik.
“Tak payahlah nak melompat bagai. Kau tak nampak ke
bos kau baru masuk tadi?” templak Zara yang perasan kehadiran Ayman Fareeq.
Adni Farha hanya tersengih.
“Bos aku?” tanya Adni Farha balik.
“Aaah lah…” Zara menjawab dengan yakin.
“Bos aku, bos kau jugalah. Pandai aje cakap bos aku sorang,” bidas Adni Farha. Bahu Zara
dipukulnya.
“Itu yang aku cakap kat diaorang hari tu,” tambah Nadia.
“Ooo…tak mengaku bos eh…aku cakap kat dia tu nak?”
ugut Adni Farha.
“Kau ni macam budak-budaklah…itu pun nak mengadu.
Mentang-mentanglah bos sayang kau,” usik Aqilah.
“Aaa…ini yang aku tak suka. Bila masa pula bos
sayang aku? Kau jangan buat fitnah,” suara Adni Farha mendatar. Matanya
memandang Zara dan Aqilah bersilih ganti.
“Adni…janganlah marah…kitaorang main-main aje. Ya lah…bos asyik belanja kau aje. Tak pernah
nak belanja kitaorang.” Zara cuba
memujuk.
“Korang
nak bos belanja eh?” Adni Farha menari-narikan keningnya. Otak Adni Farha ligat
berfikir. Dia kemudian tersenyum-senyum. Ada chance aku nak lari dari dia. Zara dan Aqilah dah main isyarat
mata. Tak faham dengan senyuman Adni Farha.
“Kau jangan macam-macam Adni…” nasihat Nadia. Dia
dapat rasakan sesuatu. Perang besar lagilah si Adni dengan bos ni. Kebetulan
Ayman Fareeq keluar dari biliknya. Semakin lebar senyuman Adni Farha.
“Speaking of
him. Let’s try our luck.” Adni
Farha berjalan menuju ke tempat Ayman Fareeq berdiri. Nadia, Aqilah dan Zara
cuba menarik tangan Adni Farha tetapi ditepisnya.
Ayman Fareeq menelan liur. Macam tak percaya bila
melihat Adni Farha berjalan dengan lemah gemalai menuju padanya.
Lenggoknya…hmmm…jangan cakaplah. Erkkk… Astaghfirullahaladzim, Ayman Fareeq
beristighfar dalam hati. Syaitan memang suka bila umat Muhammad tewas. Ayman
Fareeq menggosok belakang tengkuknya bila menyedari kealpaan dirinya.
“Bos!” sapa Adni Farha seolah tiada apa yang berlaku
antara dia dan Ayman Fareeq semalam.
“Yes?”
Ayman Fareeq angkat kening.
“Nak pergi breakfastkan?”
soal Adni Farha.
“Tawaran masih dibuka,” jawab Ayman Fareeq tanpa
syak wasangka.
Adni Farha pusing ke belakang memandang ketiga-tiga
kawannya dan mengangkat ibu jari tangan kanan tanda bagus. Melompat riang
gadis-gadis itu. Pantas mereka melangkah mendekati Adni Farha dan Ayman Fareeq.
Sebelah kening Ayman Fareeq dah terjungkit. Hairan melihat kedatangan mereka
bertiga.
“Macam tak percaya bos nak belanja kami makan,”
tutur Nadia. Terbuntang mata Ayman Fareeq.
“Betullah…selama kami kerja kat sini, cuma sekali
aje bos belanja. Itu pun roti bakar aje,” tambah Aqilah. Melopong mulut Ayman
Fareeq.
“Terima kasihlah, bos. Memang tak sangka betullah,”
tokok Zara. Okey, kali ini Ayman Fareeq memang rasa nak pengsan. Muka Adni
Farha direnung tajam. Adni Farha hanya menjungkitkan bahunya. Dia bergerak
meninggalkan Ayman Fareeq bila tangannya dah ditarik. Dia hanya menurut langkah
teman-temannya.
“Kau saja nak kenakan aku kan? Takpe hari ni hari kau,” omel Ayman Fareeq. Nak tak nak dia
terpaksa pergi juga. Kalau tak diikutkan permainan Adni Farha, ada karang dia
dituduh kedekut pula. Mereka berempat itu boleh tahan laser jugalah mulut
mereka.
“Bos!” panggil Aqilah. Ayman Fareeq yang duduk
berdepan dengan Adni Farha memandang Aqilah. Dia menongkat kedua-dua sikunya di
atas meja dengan kedua-dua belah tangan digabung bersama.
“Senyap aje? Bos takut kitaorang minta belanja kat hotel, eh?” soal Aqilah. Tersentak
Ayman Fareeq dengan soalan yang tidak diduga itu. Adni Farha mengulum senyum.
Ayman Fareeq mengerling sekilas sebelum menjawab pertanyaan Aqilah.
“Hesy…mana ada? Saya tak kisah. Kat mana-mana pun
boleh.”
“Alaaa…kalau tahu bos tak kisah, kita request pergi Thistle tadi,” biacara
Nadia. Ayman Fareeq tersenyum kelat. Terlepas juga tawa dari mulut Adni Farha.
“Kannn…” tambah Zara dengan mulut yang penuh dengan
popiah basah.
“Apa lah korang
ni. Patutnya kita berterima kasih dengan Encik Ayman sebab sudi belanja kita
semua. Tak gitu, Encik Ayman?” Adni Farha merenung Ayman Fareeq di depannya.
Ayman Fareeq hanya tersengih memandang mereka semua. Hati panas aje. Nadia,
Aqilah dan Zara yang tidak tahu apa-apa turut sama tersengih.
“Korang
nak makan kuih tak?” Zara anggukkan kepala.
“Sekejap aku pergi ambilkan.” Lekas-lekas dia
bangun. Nak mengelak dari menjadi bahan renungan tajam Ayman Fareeq. Dia tahu
mesti Ayman Fareeq marah dengannya.
“Saya pun nak pergi ambil kuih. You all kalau nak apa-apa lagi, jangan segan-segan. Ambil aje, everything is on me,” pelawa Ayman Fareeq
dengan senyuman sinisnya. Walhal atas meja tu dah penuh dengan pelbagai
makanan. Buruk lantak betul. Ayman Fareeq terus bangun dan menghampiri Adni
Farha yang leka memilih kuih muih untuk di makan.
“Awak memang saja kan?” bisik Ayman Fareeq dekat
dengan cuping telinga Adni Farha. Adni Farha hanya mendiamkan diri. Bukan malas
nak membalas tapi tengah menahan debaran di dada.
“Kenapa diam? Kat meja tadi bukan main becok lagi.
Macam murai tercabut ekor,” bisik Ayman Fareeq lagi. Bengang bila si rambut
karat langsung tak menjawab. Hembusan nafasnya…Ya Tuhan, kalau Adni Farha tak
kuat semangat memang terlepas ke lantai pinggan di tangan.
“Dengar tak apa yang saya cakap ni?” ulang Ayman
Fareeq lagi. Adni Farha membiarkan sahaja. Dia terus berjalan ke kaunter. Bertanya
sesuatu dengan pekerja restoran kemudian menghulurkan sekeping not seratus.
“Apa yang awak buat ni?’ Ayman Fareeq meletakkan
pinggan di tangan di atas kaunter. Adni Farha menarik nafas dalam-dalam sebelum
menoleh pada Ayman Fareeq.
“Saya belanja hari ini sebagai balasan sudi mengajak
kawan-kawan saya makan bersama.” Adni Farha terus berlalu. Ayman Fareeq
terkesima.
“Adni kitaorang
nak pergi tandas sekejap. Kau dengan Encik Ayman tunggu kat kereta jelah. Nanti
kitaorang datang.” Nadia dah mulakan
rancangannya. Dia perasan selepas kedua-duanya mengambil kuih, sebutir
perkataan langsung tak keluar dari mulut mereka berdua.
“Nak ikut,” rayu Adni Farha. Tolonglah kawan-kawan.
Jangan tinggalkan aku dengan mulut longkang ni.
“Eh…takpelah…kau
temankan Encik Ayman. Takkanlah nak biarkan dia duduk sorang-sorang kat sini,” bantah Aqilah.
“Girls…it’s okay. I’m fine here.” Ayman Fareeq yang santai bersandar tersenyum senget.
“Hmmm…takpelah.
Korang pergilah. Jangan lama-lama
tau.” Akhirnya Adni Farha mengalah. Macam tak sopan pula nak tinggalkan Ayman
Fareeq keseorangan menunggu mereka. Namun terdetik dalam hati Adni Farha, diaorang ni macam saja aje nak kenakan
dia.
“Encik Ayman, jangan nakal-nakal tau,” pesan Zara
sebelum berlalu pergi. Sempat Adni Farha memukul lengan temannya.
Mengekek-ngekek Zara, Nadia dan Aqilah ketawa. Adni Farha bangun.
“Eh! Nak pergi mana?” Ayman Fareeq memandang Adni
Farha yang sudah berdiri.
“Tunggu kat kereta.” Adni Farha terus berjalan. Tak
tunggu lama Ayman Fareeq turut bangun dan menyaingi langkah Adni Farha.
“Adni…Awak marah saya?” lembut Ayman Fareeq
bertanya. Adni Farha hanya gelengkan kepala. Hesy…kenapa tona suara tu lembut
sangat. Bukan ke dia ni hati beku, takkanlah dah cair.
“Kalau tak marah, kenapa diam?” Ayman Fareeq minta
kepastian. Hati dia risau bila Adni Farha langsung tak mahu bercakap dengannya.
“Nak tahu kenapa?” Adni Farha yang berhenti secara tiba-tiba
memandang Ayman Fareeq di sisi. Ayman Fareeq turut mematikan langkah. Dia
memberikan sepenuh perhatian pada si rambut karat.
“Jangan berdiri dekat sangat dengan saya.”
“Huh?!” Tangan Ayman Fareeq dah memicit dahi
kemudian membawa ke hidung. Dia menjarakkan sedikit kedudukan tubuhnya dari
Adni Farha. Baru perasan dia berdiri terlalu rapat dengan Adni Farha.
“Saya ingatkan lesung pipit Encik Ayman aje yang boleh
membunuh.” Adni Farha menarik nafas dalam-dalam. Mengumpul kekuatan untuk
meluahkan apa yang terbuku di hati. Ayman Fareeq menanti penuh debar.
“Ni…dalam ni…” Adni Farha menumbuk dadanya
berkali-kali sebelum menyambung kata-katanya. “Berdebar macam nak gila. Rasa
macam nak tercabut jantung ni dari soket bila Encik Ayman berdiri dekat sangat
dengan saya. Hembusan nafas Encik Ayman yang dekat dengan telinga saya buat
lutut saya menggeletar, tahu tak?”
Alamak! Apa aku cakap tadi? Biar betik. Kenapalah
mulut aku ni. Habislah aku…dah buat pengakuan berani mati ni. Papa…help me!
Mata mereka bertembung. Masing-masing kelu tak
terkata sebelum Ayman Fareeq memberikan senyuman membunuhnya. Lesung pipit di
pipi sebelah kanan terserlah. Si rambut karat dah mengaku. Agak-agak boleh buat
lompat bintang tak macam yang si dia buat pagi tadi? Hmmm…
“Hesy…janganlah senyum lagi. Dah berdarah dah ni,”
marah Adni Farha.
“Ada saya kisah,” balas Ayman Fareeq. Dia terus
bergerak meninggalkan Adni Farha yang terpinga-pinga. Senyuman masih terukir di
wajah Ayman Fareeq.
“Ek eleh…balik-balik
ada saya kisah, ada saya kisah. Tak ada ayat lain agaknya mamat hati beku ni,”
bebel Adni Farha sambil berjalan menuruti Ayman Fareeq.
“I can hear
that.”
“Sukahatilah, Encik Ayman nak dengar ke tak.”
“Adni Farha!!!” Ayman Fareeq menghentikan langkah
dan berpaling. Geram bila si rambut karat bercakap ikut sedap mulut dia saja.
“Saya tarik balik apa yang saya cakap tadi, boleh
tak? Yang pasal jantung dengan lutut tu?” Adni Farha kerdip-kerdipkan matanya.
“In your
dreams.” Ayman Fareeq terus membuka pintu keretanya dan masuk ke dalam
perut Toyota Vios hitam. Adni Farha tak puas hati. Dia turut masuk ke dalam
kereta.
“Tak boleh nego?”
Adni Farha masih mahu mencuba nasib. Dia duduk mengiring mengadap Ayman Fareeq.
“Adni Farha!!!” Ayman Fareeq gelengkan kepala. Jari
jemarinya mengetuk stereng kereta. Apa? Ingat boleh tawar menawar ke?
“Sikit pun tak boleh?” Adni Farha masih tak berputus
asa.
“Saya jual mahal.” Ayman Fareeq menarikan keningnya.
“Saya sanggup beli.” Adni Farha menjawab dengan
yakin.
“Dinner.”
Ayman Fareeq senyum senget.
“Option
lain?” Adni Farha dah kembungkan pipi.
“None.”
Ayman Fareeq gelengkan kepala.
“Alaaa…kena beli jugalah ni?” Bibir Adni Farha dan
muncung sedepa.
“Kata sanggup beli?” Ayman Fareeq jungkitkan sebelah
keningnya.
“Bila?” Mulut Adni Farha dah herot ke kiri ke kanan.
Comel.
“Up to you.”
“Ada orang marah tak?”
“Ya Allah! I’m
single and available, Adni…”
“Cik Qashrina?”
“Adni Farha!!!” suara Ayman Fareeq naik satu oktaf.
Bengang bila di asak soalan tak masuk akal. Adusss…nasib aje hati dah mula
suka.
“Nak confirmkan…manalah
tahu esok-esok ada orang serang saya. Tak ke niaya saya nanti.” Adni Farha
mempertahankan tindakannya. Dia tersengih.
“Eee… dah, biar saya yang tentukan. Hujung minggu
ni, boleh?”
“Hujung minggu ni? Hmmm…” Jari telunjuk Adni Farha
mengetuk-ngetuk lembut dagunya memikirkan cadangan Ayman Fareeq.
“I’m waiting…”
desak Ayman Fareeq.
“Bolehlah kot…”
Adni Farha anggukkan kepala. Dia kemudian duduk tegak semula. Telefon bimbit di
tangan di pandang. Jarinya digerak-gerakkan mencari nama Nadia. Lama sangat
mereka bertiga pergi ke tandas.
“Kot?
Kenapa mesti ada kot?” Ayman Fareeq
tak puas hati.
“Laaa…tak habis lagi?” Dahi Adni Farha berkerut memandang
Ayman Fareeq semula.
“Kot?”
Dahi Ayman Fareeq turut berkerut. Tak puas hati.
“Encik Ayman…kot tu macam mengiyakan…macam mana ek saya nak terangkan. Alaaa…takkanlah
itu pun jadi isu?”
“Bolehlah kot
tu macam tak sudi aje bunyinya,’ rendah nada suara Ayman Fareeq.
“Okey, fine.
Kalau macam tu balik kerja hari ni kita terus keluarlah,” cadang Adni Farha.
“No.
Hujung minggu ni aje,” bantah Ayman Fareeq.
“Dah tu kenapa cakap macam tu tadi?”
“Saja nak test.”
Terbuntang mata Adni Farha mendengar kata-kata kurang cerdik Ayman Fareeq.
Eee…mamat hati beku ni. Aku tengok dia kecik besar
kecik besar aje. Tanpa sedar tangannya dah menepuk kuat lengan Ayman Fareeq.
Geram. Ayman Fareeq hanya tersengih.
“Hello! Nad. Lamanya…korang ni berak batu ke apa?” keras nada suara Adni Farha. Ayman
Fareeq yang mendengar dah terkekeh-kekeh ketawa dengan sebelah tangan dah
menekan perut. Adni Farha bagi jelingan maut membuatkan ketawa Ayman Fareeq
mati.
“Kitaorang
dah sampai ofis,” ceria suara Nadia dihujung talian menjawab tanpa rasa
bersalah.
“You what?”
jerit Adni Farha. Ayman Fareeq hanya memandang padanya.
“Kitaorang
naik teksi tadi...” Talian terus dimatikan tanpa menunggu jawapan selanjutnya
dari Nadia.
Hidup-hidup aku ingat diaorang pergi tandas, rupa-rupanya nak kenakan aku. Patutlah makan
tahun aku dengan si hati beku ni menunggu. Siap korang bila aku balik pejabat nanti.
“Jom balik,” ajak Adni Farha. Mukanya berubah
serius.
“Errr…diaorang
semua tu macam mana?” Ayman Fareeq garu kepala. Takkanlah nak tinggalkan budak
bertiga tu macam tu aje.
“Diaorang
dah sampai ofis, Encik Ayman…”
“Huh?”
“Naik teksi.” Terkedu Ayman Fareeq mendengar jawapan
Adni Farha. Licik betul tiga sekawan itu.
“Kira…kita terkenalah ni?” Ayman Fareeq mula memandu
keluar dari kawasan restoran.
“Entah…takpe. Balik kat ofis nanti siaplah diaorang tu.”
“Hmmm…Bila difikir-fikirkan balik, bagus juga diaorang buat macam ni.” Tersungging
senyuman senget di bibir Ayman Fareeq.
“Apa yang bagusnya? Menyusahkan orang, ada lah,”
templak Adni Farha.
“Bagusnya sebab ada orang tu sudi nak keluar dinner dengan saya,” terang Ayman
Fareeq.
“Alaaa…tu sipi-sipi aje. Kalau tak kerana mulut saya
yang tak ada insuran ni rasanya dinner-dinner
tu takkan ada punya.” Adni Farha menjawab dengan selambanya.
Ayman Fareeq mendengus. Terasa dengan kata-kata Adni
Farha. Pedal minyak ditekan habis. Meluncur laju Toyota Vios hitam di atas
jalanraya. Adni Farha urut dada. Nasib aku sempat pakai tali pinggang
keselamatan ni. Kecut perutnya bila mata melirik pada meter yang menunjukkan
seratus dua puluh.
Ayman Fareeq terus keluar dari keretanya dan masuk
ke dalam bangunan pejabat Perundin Klasik. Adni Farha kelam kabut mengejar
tetapi Ayman Fareeq lagi pantas. Pintu lif ditutup sebaik dia melangkah masuk.
Suara Adni Farha yang menjerit memanggil namanya tidak dihiraukan langsung.
“Laaa…sentap ke bos aku ni? Sentaplah kot sebab tu
dia diam aje. Suka hati dia lah. Malas aku nak fikir.” Adni Farha masuk ke
dalam lif sebaik pintu lif terbuka. Dia malas hendak memikirkan apa perasaan
Ayman Fareeq. Apa yang pasti sekarang dia tak sabar nak marah tiga dara
pingitan kat atas.
Sampai sahaja kat atas, Adni Farha terus meluru ke
arah Nadia. Bahu Nadia di tolak keras.
“Apasal ni, Adni?” Nadia memandang pelik temannya
itu. Suaranya yang sampai satu oktaf mengundang perhatian pekerja-pekerja yang
lain.
“Apa motif kau?” Adni Farha membalas dengan suara
setinggi satu oktaf juga. Dia dah tak kisah kalau teman sepejabatnya semua
mendengar apa yang mereka gaduhkan.
“Untuk kau juga,” Nadia merendahkan suaranya bila
mula memahami sebab musabab tindakan Adni Farha tadi.
“Aku tak perlukan tu semualah. And thanks pada kau, Aqilah dan Zara sebab
buat dia bertambah marah pada aku.” Adni Farha kembali ke tempat duduknya.
Mukanya masam mencuka. Dia menghentak fail yang ada di atas mejanya menyebabkan
bahu Nadia terhinggut. Sebenarnya Adni Farha kesal dengan tindakannya
melepaskan geram pada Nadia. Entah apa yang merasuk fikirannya tadi dia pun tak
tahu. Tapi apa boleh buat nasi dah jadi bubur.
Suasana di ruang kerja yang selalunya bising dengan
gelak tawa dan usik mengusik bagai dilanggar garuda hari ini. Masing-masing
lebih suka mengunci mulut dari meluahkan apa yang terbuku di hati. Yang paling
terasa adalah Adni Farha. Bagaimana tidak terasa. Kala dia perasan kelibat Nadia
yang baru keluar dari pantri dan bila Nadia ternampaknya terus temannya itu
berpatah balik dan masuk ke pantri semula. Aqilah dan Zara juga sama. Mereka
memang mengelak untuk tidak bertembung dengannya langsung. Lebih memburukkan
keadaan lagi, Ayman Fareeq turut melakukan perkara yang sama. Walaupun Adni
Farha tahu tak mungkin bosnya itu bersengkongkol dengan kawan-kawannya. Kalau
betullah mereka berpakat, memang lunyai ke empat-empat mereka dia kerjakan.
Waktu makan tengahari pun dilanggar. Masing-masing
sanggup makan biskut tawar cecah air milo panas. Tiba-tiba pula masing-masing
dalam mood diet. Padahal perut masing-masing jangan ceritalah, dah buat lagu
keroncong rock. Sanggup berlapar dari turun makan bersama. Tepat jam lima
petang semua pakat balik sminit pun tak lewat kecuali Ayman Fareeq yang
langsung tak keluar dari bilik sedari pagi melainkan untuk ke tandas. Masuk
satu lif pun masih tidak bertegur sapa. Semua pura-pura belek telefon bimbit
milik sendiri.
Adni Farha melangkah lemah menuju ke Mini Cooper
Cabrio yang dah lama ditinggalkannya di perkarangan tempat meletak kenderaan
Perunding Klasik. Kepala otaknya serabut memikirkan kejadian hari ini. Sebelum
masuk ke dalam kereta dia berjalan mengelilingi keretanya. Adni Farha mengeluh
bila terpandangkan tayar belakang sebelah pemandu yang pancit.
“Adusss…masa ni lah kau nak pancit bagai. Nak minta
tolong siapa pula ni?” Adni Farha menggaru-garu kepalanya. Nak telefon
kawan-kawan sepejabatnya, mereka semua dah balik. Lagipun hari ini semua
melancarkan perang dingin dengannya. Pak Mail pula cuti seminggu sebab papa
pergi luar negara. Bos, Ayman Fareeq. Hmmm…jangan haraplah kalau dari dalam
kereta langsung tak nak bercakap dengan dia. Adni Farha pandang sekeliling.
Sunyi. Jam ditangan dah menunjukkan pukul lima suku petang.
“Hesy…lima belas minit juga aku tercongok kat luar
sini. Apa nak buat ni? Call mama?
Mama pun tak tahu apa-apa. Arghhh…” Kedua-dua tangan Adni Farha menarik-narik
rambutnya. Kusut. Serabut. Geram. Semuanya bersatu. Adni Farha tarik nafas
dalam-dalam. Punat kunci di tekan. Beg tangan di campak. Kasut ditukar dengan
sandal. Bonet belakang dibuka. Peralatan menukar tayar diambil.
“Bismillaahirrahmaanirrahiim,” Adni Farha mula
meletakkan jack di bawah kereta.
Ayman Fareeq berjalan lemah keluar dari bangunan
pejabat Perunding Klasik. Balik lewat sejak ahir-akhir ini seperti satu kemestian
padanya. Kerja menimbun sampai skip
makan tengahari. Bilalah nak susut fail-fail dekat atas mejanya pun dia tak
pasti. Punat kunci di tekan. Pintu kereta dibuka. Beg sandang dicampak ke
tempat duduk penumpang. Enjin kereta dihidupkan. Dia berdiri di luar sebentar
memerhati sekeliling. Enam setengah petang, hanya terdapat beberapa buah kenderaan
yang masih ada. Pastinya bekerja lewat sama seperti dia.
Pandangan Ayman Fareeq terhenti bila menangkap Mini
Cooper Cabrio hitam nun dihujung sana. Adni Farha, terungkap nama si rambut
karat dalam fikirannya. Tak balik lagi ke? Tapi tadi kat bahagian aku dah
kosong. Rasanya semua dah balik. Mana diaorang
rajin nak stayback sampai pukul enam
setengah kalau tiada arahan rasmi dikeluarkan. Ada orang datang ambil dia ke? Ayman
Fareeq mula rasa tak sedap hati. Lekas-lekas dia masuk ke dalam keretanya dan
memandu ke tempat kereta Adni Farha diletakkan.
Sebaik melintasi Mini Cooper Cabrio itu dia ternampak
kelibat Adni Farha yang sedang duduk di tembok dengan muka dirapatkan ke lutut.
Ayman Fareeq semakin risau. Apa yang terjadi? Toyota Vios hitam segera dipandu
ke petak parkir betul-betul di sebelah Adni Farha. Ayman Fareeq keluar selepas
enjin keretanya di matikan. Sempat dia mencapai telefon bimbitnya dan
dimasukkan ke dalam kocek seluar. Langkahnya laju diaturkan menghampiri Adni
Farha. Ketika itu baru dia juga perasan ada sebiji tayar tersadai di depan Adni
Farha.
“Adni,” tegur Ayman Fareeq lembut. Adni Farha dengan
pipi berjuraian air mata mendongak. Ayman Fareeq yang memandang dah nak ketawa.
Mana taknya, rupa Adni Farha sememeh betul. Korang
mesti tahukan maksud Ayman Fareeq. Yalah diva seperti Adni Farha yang suka
bermekap bila menangis apa jadi plus
dengan tompokan hitam terpalit di pipi. Burukkan…
“Tayar pancit?” Ayman Fareeq melabuhkan punggung di
sebelah Adni Farha. Adni Farha hanya anggukkan kepala.
“Ni awak dah buka semua, kenapa tak pasang balik
tayar spare?” Ayman Fareeq memandang Adni
Farha yang masih mengalirkan air mata. Kagum dia bila gadis seperti Adni Farha
yang kononnya diva mampu menukar tayar kereta sendiri tanpa bantuan sesiapa.
“Tak jumpa taya spare...”
adu Adni Farha. Rasa terharu pula bila bos hati beku bertanya.
“Itulah siapa suruh pandai-pandai buat sendiri. Kenapa
tak call mekanik?” soal Ayman Fareeq.
Tersentak Adni Farha. Baru nak bunga-bunga dalam hati. Memang tak boleh dipuji
bos hati beku ni. Mulut longkang betul. Adni Farha kesat air mata dengan ke
dua-dua tangannya dan terus berdiri. Pintu kereta di buka, beg tangan di ambil.
Telefon bimbit dicapai. Ayman Fareeq hanya memerhati.
“Bateri kong pula…” Adni Farha mendengus. Tanpa membuang
masa dia menapak menuju ke tempat menunggu bas selepas punat kunci keretanya di
tekan. Ayman Fareeq kaget. Dia bingkas bangun dan mengejar Adni Farha. Lengan Adni
Farha dipaut keras.
“Nak pergi mana?” Mata Ayman Fareeq merenung tepat
ke dalam anak mata Adni Farha. Adni Farha kalih pandangan sebelum matanya jatuh
ke lengannya. Dadanya…jangan cakaplah memang berdebar gila.
“Sorry.”
Ayman Fareeq melepaskan pegangan tangannya. Tindakan refleks. Tak sengaja. Adni
Farha ingin menyambung semula langkahnya yang disekat tadi. Sekali lagi lengan
Adni Farha dipegang kejap. Kali ini Ayman Fareeq tak lepaskan pegangannya.
“Saya nak balik!” Keras suara yang dituturkan Adni
Farha. Air mata bergenang semula. Dia cuba melepaskan tangannya. Semakin kejap pegangan
Ayman Fareeq.
“Saya hantar. Dah lewat ni,” pujuk Ayman Fareeq. Baru
dia teringat mama Adni Farha ada cakap yang Adni Farha ni manja terlebih. Mesti
dia sentap apa yang aku cakap tadi. Aku ni pun, orang tengah susah hati boleh
pula keluarkan ayat tak ada perasaan tu.
“Tak payah susah-susah. Bas ada, teksi pun banyak.”
Keluar dah ayat merajuk dia. Air mata yang ditahan terlepas juga.
“Kereta awak?” Ayman Fareeq masih tak melepaskan
pegangan tangannya. Lupa yang sekejap untuk menjaga auratnya.
“Balik rumah nanti saya call lah mekanik. Kenapalah saya lembap sangat tak terfikir tadi.”
Tersedu-sedu Adni Farha menjawab. Ayman Fareeq tersenyum senget. Telefon bimbit
dikocek seluar diambil. Dengan hanya sebelah tangan dia mencari nama seseorang
kemudian terus mendail.
“Hello! Ah Chong, you ada free sekarang ke?” Adni Farha terkedu memandang Ayman Fareeq. Dia ni
memang mood cepat swing agaknya.
Sekejap macam ambil berat lepas tu beku balik ni dah cair pula. Ni apahal pula
tangan tak nak lepaskan. Bukan ke dia ni stok-stok imam muda.
“Sekejap lagi mekanik saya datang bawa tayar dan
pasangkan balik.” Adni Farha masih mendiamkan diri. Tangan Ayman Fareeq menyapu
lembut air mata Adni Farha yang berlinangan di pipi. Semakin laju pula air mata
yang keluar. Pegangan tangan dilepaskan.
“Dah jangan menangis lagi. Habis muka awak ni. Hilang
divanya,” seloroh Ayman Fareeq. Adni Farha memukul badan Ayman Fareeq dengan
beg tangannya. Malu. Tahu sangat muka dia mesti sememeh punyalah. Menangis tak
ingat. Mereka sama-sama ketawa.
“Encik Aymanlah…siapa suruh keluar statement sentap. Makan dalam.” Adni
Farha mengesat air matanya yang masih bersisa. Malu pula bila Ayman Fareeq yang
buat begitu tadi. Boleh pula si hati beku ni beromantika de amour kat
tengah-tengah laman. Nasib ajelah dah lengang kawasan tempat letak kereta ni.
“Lupa pula awak ni anak manja. Sorry.” Ayman Fareeq merenung lembut si rambut karat yang mula
mendapat tempat di hatinya.
“Mana ada manjalah…mama saya tu aje yang
pandai-pandai.” Adni Farha membela diri.
“Yalah tu…”
“Lambat lagi ke mekanik tu datang?”
“Kenapa?”
“Saya lapar.” Telinga Ayman Fareeq dapat mendengar
bunyi keroncong perut Adni Farha. Adni Farha hanya tersengih.
“Tengahari tadi tak lunch?” tanya Ayman Fareeq. Adni Farha geleng kepala.
“Mogok.”
“Dengan siapa?”
“Diaorang
bertiga tulah.”
“Pasal apa?”
“Pagi tadi.”
“Hmmm…macam budak-budak. Dah maghrib ni. Kita singgah
masjid dulu sebelum pergi makan then
saya hantar awak balik.”
“Habis kereta saya? Macam mana saya nak pergi kerja
esok?”
“Saya ambil awak esok pagi, boleh kan?” pujuk Ayman
Fareeq. Adni Farha telan liur. Itu maknanya nak gantung diri. Nanti macam-macam
pula Ayman Fareeq bertanya. Rumah aku bukan kat tempat biasa-biasa. Dia pernah datang
tak rumah aku? Adehhh…macam mana nak cakap ni.
“Errr…Encik Ayman…” tergagap-gagap Adni Farha
jadinya.
“Boleh tak kalau lepas waktu pejabat jangan nak
berencik sangat dengan saya?”
“Dah tu nak panggil apa?”
“Selain dari encik. Awak ke, you ke, abang pun boleh…” Ayman Fareeq kenyitkan mata dan tergelak.
Pembunuh senyap dah keluar. Oh! Papa…engineer
papa ni memang silent killer
betullah.
“Huh? Abang? Mestilah tak….” Adni Farha dah
julingkan mata.
“Dah, jom. Tak elok lewatkan solat. Kita cerita
waktu makan nanti.” Ayman Fareeq menarik tangan Adni Farha menuju ke keretanya.
Adni Farha hanya menurut dengan jantung yang memang nak lompat keluar. Ayman
Fareeq sedar dengan tindakannya itu tapi jangan ditanya kenapa namun dia selesa.
Request group dalam FB Assalam admin....tumpang letak teaser...
Abang yang overprotected...CUMA DIA...KEKASIHKU
“Pergilah…nampak tak orang kat dalam tu dah masam je... Eh, dia tahu tak pasal kita?”
Amanda menepuk dahi dia memang terlupa pasal Akid. Adwan menggelengkan kepala dengan perangai Amanda. Semuanya lupa dan kalut.
“Dia tak tahu lagi. Not right now. Petang nanti Amanda call. Takut ada hal lain.” Amanda mencapai tangan abangnya, di salam dan dicium. Adwan sengaja mencium dahi Amanda. Saja bagi hati Akid panas. Dia tahu Akid memerhatikan mereka.
“Along!” jerit Amanda. Matanya memandang ke dalam kedai, risau Akid nampak.
“Hahaha…kalau muka dia masam maknanya dia cemburu. Bila dia cemburu it means he likes you.” Adwan mengenyitkan mata.
“Tak ada maknanya.” Amanda julingkan mata dan bergegas turun dari kereta.
Request group
http://www.facebook.com/groups/460780710692490/