Friday, January 2, 2015

CINTA SI GADIS DOBI - PROLOG


AJAD tersenyum. Nak ketawa pun ada bila melihat wajah Dini. Suka sangat buat duck face. Rasa macam nak tarik-tarik muncung yang panjang tu.

"Nak ikut?" Ajad menoleh sekilas pada Dini sebaik melihat Dini melabuhkan punggung di birai katil. Pandangannya terarah semula pada cermin di depannya.

"Malas." Dini acuh tak acuh. Mengengsot sedikit ke belakang. Bersandar pada kepala katil.

"Jomlah. Orang lain semua bawa isteri. Segan pula abang datang sorang-sorang." Ajad merenung Dini melalui pantulan imej di cermin.

"Kawan perempuan pun ada juga ke?" tanya Dini. Merenung tepat belakang Ajad.

"Ada kut." Ajad tersenyum.

"Patutlah." Dini mencemik.

Ajad berpaling. Berjalan mendekati katil sambil membetulkan kemejanya.

"Pergi tukar baju. Ikut abang." Ajad keluarkan arahan sebaik duduk di sisi Dini.

Dini menggeleng.

"Abang tak suka isteri abang pendam rasa yang bukan-bukan. I know you, sayang." Tangan kanan Dini ditarik. Dielus lembut. Anak mata Dini direnung penuh kasih.

Mulut Dini kata tidak tapi hati Dini dia tahu. Setelah beberapa peristiwa yang mereka hadapi, Ajad semakin memahami siapa Ardini Syaza.

"Kena pergilah ni?" Muncung Dini panjang.

Ajad mengangguk. Tersungging senyuman senget.

"Jangan menyesal bawa Dini." Satu jelingan dilemparkan walau dalam hati Dini dia gembira dengan pujukan Ajad.

Ajad sambar lengan Dini yang baru hendak melangkah meninggalkan dia di katil.

Dini yang tidak bersedia hilang imbangan hingga terduduk di atas riba Ajad.

"Love you." Satu kucupan hangat singgah di bibir nipis Dini.

Kenangan. Memori indah bersama Dini bagaikan diulang tayang dalam mindanya. Rakaman itu melekap kemas dalam ingatannya. Kukuh terpahat walau dilanda badai. Ajad mengeluh. Akan berulang lagikah keindahan itu semua? Adakah lagi peluang untuk dia mencipta banyak lagi kenangan bersama Dini?

Mengapa semuanya menjadi sukar untuk dia dan Dini? Betulkah dia sangat memahami Dini? Kalau betul, kenapa Dini dingin? Kenapa Dini tidak hiraukan dia? Kenapa Dini jadi begini?


Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Ajad merenung kosong.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

4 comments:

  1. Hmmmm.. hati wanita usah sekali dilukai.. luka walaupun nampak dah baik..parutnya berbekas lagi.. so renung renung kan lah bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau maaf dah diucap...betul tak?.... <3

      Delete
  2. Rindu kt ajadini....mesti ajad ade buat somethng yg sakit hati dini...tp everyone deserve second chance kn kak syeena...

    ReplyDelete