LEBIH kurang
jam 5:00, Ariq memandu masuk keretanya ke tapak projek. Asalnya dia berniat
mahu terus ke rumah sewa. Mahu merehatkan badan. Mahu melelapkan mata barang
sejam dua. Mahu menghilangkan lelah dari memikirkan kejadian tak terduga yang
berlaku hari ini. Namun memikirkan Haidar tiada kenderaan untuk pulang, di
sinilah dia akhirnya.
Brek
tangan ditarik. Enjin kereta dimatikan. Sedang kalut dia mencapai telefon
bimbitnya yang diletakkan berdekatan dengan papan pemuka, matanya tertancap
sesuatu. Lantas dia berpaling ke kiri. Benda yang menarik perhatiannya dicapai.
“Siapa
punya ni? Takkanlah budak kampung tu punya?” Dibelek telefon bimbit di tangan.
“Tapi
siapa aje yang naik kereta aku tadi kalau bukan budak kampung tu.” Dia
menggumam lagi. Keningnya terangkat.
“Not bad. BlackBerry Z30.” Dia mencemik.
“Apa
perlunya seorang gadis kampung memiliki jenama telefon bimbit seperti ni?”
Sambil
berbicara sendiri jemari Ariq melungsur di atas skrin telefon bimbit. Terpempan
dia seketika. Terpaku melihat apa yang terpapar di atas skrin itu. Gambar Azza
tersenyum manis terpampang cantik.
“She is not an ordinary kampong girl.” Dia
tersenyum sinis.
Ditaip
nombor telefonnya. Ikon telefon berwarna hijau ditekan. Elok sahaja telefon
bimbitnya berbunyi, talian dimatikan.
“Telefon
canggih tapi tak ada ciri-ciri keselamatan. Careless.”
Menggeleng dia sebelum telefon bimbit itu dimasukkan ke tempat simpan barang
lalu terus keluar.
“Okey
tak pak cik dia?”
Ariq
yang baru melangkah masuk memandang wajah teruja Haidar. Terkejut dia disergah
begitu. Hailaaa…Haidar ni. Selama ni tak ada pula kisahkan apa yang terjadi
pada diri dia. Sejak bila pula jadi penyibuk. Takkanlah sebab Azza, abang dia berubah
macam ni.
Haidar
tersengih. Rasa tak sabar memang beraja dalam hatinya. Sejak dari Ariq membawa
lari Azza tengah hari tadi lagi. Bukan dia tak cuba menghubungi telefon bimbit
Ariq. Panggilannya bersambung tapi hampeh.
Reject. Tadi pun semasa Ariq singgah
sekejap ke sini. Dia tak sempat nak bertanya lanjut.
“Meroyan.
Nasib aje muka tu tak biru.” Ariq menjawab malas.
Dia
mendapatkan kerusi kerjanya. Punggung dihenyak dan belakangnya dibawa bersandar.
Mata dipejam. Cuba menyejukkan tubuh yang panas. Baru kini hangat cuaca di luar
dirasainya. Pendingin hawa yang terpasang langsung tidak membantu. Kenapa ya? Sepanjang
bersama dengan Azza tadi, dia tidak perasan kepanasan cuaca hari ini?
“Kau
jangan bertindak yang bukan-bukan, Ariq. Kita ni dekat tempat orang. Mahu satu
kampung datang serang kita nanti.” Haidar cuba mengingatkan si adik. Risau
mendengar jawapan balas Ariq. Manalah tahu Ariq betul-betul mengotakan
kata-katanya tadi. Maklum dia tiada di tempat kejadian.
“Aku
tahulah.” Ariq mendengus seraya membuka mata. Direnung tajam wajah Haidar. Seketika
cuma. Matanya terpejam kembali.
Haidar
ingat dia biadap sangat ke nak berkelakuan begitu dengan orang tua. Namun
tebakan Haidar itu hampir sahaja tepat. Tinggal sahaja masih ada lagi rasa
hormat dalam dadanya terhadap orang yang lebih tua. Didikan papa dan mamanya
masih tersemat kemas dalam jiwa.
“Aku
ingatkan aje.” Haidar jongket bahu.
Memang
itu tugas dia sebagai abang. Menasihati dan mengingatkan mana yang baik dan
mana yang buruk kepada adiknya ini. Amanah yang automatik digalasnya sebaik
sahaja Ariq lahir ke dunia. Malah saban hari mama mereka mengingatkan dia akan
tanggungjawab yang satu ini.
“Nanti
sebelum pergi masjid, kita singgah kedai orang tua tu dulu.”
Ariq
bersuara bila teringatkan telefon bimbit milik Azza yang ada dalam simpanannya.
Dia yakin gadis itu pastinya tercari-cari. Lagi pula bukan ada kepentingan
untuk dia simpan lama-lama telefon bimbit orang. Bukan hak dia. Makanya harus
dipulangkan kepada tuannya.
“Nak
buat apa?” Berkerut dahi Haidar dengan permintaan pelik Ariq. Takkanlah sudah
terbit rasa rindu dalam hati si adik? Tak mungkin. Dia menggeleng dengan
andaiannya sendiri.
“Handphone budak tu tertinggal.”
Jawapan
Ariq membuat Haidar tertawa kecil hingga terhinggut-hinggut bahunya. Tersasar
jauh tebakannya. Macam mana dia boleh terfikir sampai ke situ.
“Ohhh…Ingatkan
kau dah angau.”
Terbuntang
terus mata Ariq. Dia angau? Hilang akal Haidar ni.
“Gila!
Aku masih siuman lagilah.”
Semakin
galak Haidar ketawa. Ariq, Ariq. Apa salahnya kalau perasaan tu datang. Tiada
orang yang akan menghukum pun. Perkara itu normal. Pastinya akan dihadapi oleh
setiap makhluk ciptaan Allah.
“Eh,
Azza tu boleh tahan juga! Ada rupa. Cantik, tinggi, putih, manis, tutup aurat
lagi,” puji Haidar.
“Kalau
kau nak, kau ambiklah. Aku tak selera.” Mulut Ariq berbunyi lagi walau mata masih
terpejam. Bingit telinganya mendengar tawa Haikal. Entah apa yang lawak pun dia
tak pasti.
“Huh!
Kali ini betul. Kau memang gila. Kakak ipar kau tu, kau nak aku letak dekat mana?”
Haidar menggeleng. Tawanya yang masih bersisa cuba ditahan bila Ariq sudah buka
mata. Dia pasti Ariq akan membuat serangan balas. Ariq, mana pernah nak mengaku
kalah.
“Bukan
kau tak mampu,” balas Ariq selamba. Ada cebikan pada bibirnya.
“Mampu
tu memanglah mampu tapi lebih afdal kalau kau dengan dia. Secocok. Kau tu pun bukan
muda lagi, Ariq. Dah 30 tahun. Dah terlebih matang. Rugi wooo. Nikmat tu.”
Haidar
sambung ketawa. Masih lagi mahu mengusik Ariq. Sudah agak lama juga tidak
bergurau macam ini dengan si adik. Selalunya topik perbualan mereka hanyalah
berkisar pasal kerja. Tak habis-habis.
“Jangan
kacau akulah. Nak rehat sekejap. Setengah jam lagi kejutkan aku. Belum solat
asar lagi ni.” Ariq memberi helah. Malas hendak melayan gurauan Haidar. Makin
dilayan makin menjadi-jadi nanti. Baik dilayan matanya yang semakin memberat
ini.
Tawa Haidar semakin
menjadi-jadi. Faham sangat dengan sikap Ariq. Nampak saja baran tapi kalau
cerita bab nikah kahwin memang kalah. Konon-konon tadi nak mengenakan dia,
akhirnya terpaksa angkat bendera putih.
Misteri nusantara..jeng jeng jeng.....
ReplyDeletejeng jeng jeng......miahahahaha
Deletebest.
ReplyDeletetq...
DeleteWaaaa nak next entry..:)
ReplyDeleteDa dua part kan....kikiki
Deletenak lagi dh mkin panas nie....
ReplyDeleteTakper jap lg hujan srjuk r tu...
DeleteAduh!!!!nk lgi syeena hamdan...
ReplyDeleteTERBAIK...
Sabar yer...
DeletePanjang gak cerpen ni ye sheena...but den likeee....huhuhuuuu...
ReplyDeleteDah jadi mini novella kak....
Deletekak syeena!!!!!!! makin lama makin best lah.....hihii.....nak lg??? hahahahaha.... - jumay jue
ReplyDeleteCukup utk hr ini.....
DeleteEerrrr..... Ariiiiqqq...... Jgn la marah marah Azza plak... Cian dier anak yatim piatu.... He he he (Ayat pujuk jer!). Syeennnnaaaa....... suka suka suka (Ayat pujuk gak) @_@
ReplyDeleteSafiah.....ai tak mkn pujuk...faham sangat apa mahu mu..hehehe
DeleteMisteri!!! Makin best...
ReplyDeleteTak ada lah misteri mana pun......tq
DeleteMemang misteri. X sabar nak tahu kisah selanjutnya. Harap Ariq, baik dgn Azza. Sy baru perasan.... Hero 'A' berpasangan dgn heroin 'A'.
ReplyDeletemisteri ke.....kikikiki.... asna.... my signature maybe... hero n heroin bermula dgn huruf A.... senang...
DeleteMe too. Anak2 sy.. Azikri, Adib, Arif, Alya & Akmal..... Hahaaa saja. Senang tempah meja prperiksaan, duduk depan...
DeleteKannnn... tak payah gaduh-gaduh....hehehehe
DeleteBest nyer....
ReplyDeleteTerima kasih inn Aaziz...
DeleteNapa air mata tiba2 jatuh bila sampai bab ni?? Good job..
ReplyDeletezahread zack... serius ke part ni sedey.... terima kasih kerana menghayatinya....
Deletejodoh
ReplyDeleteYa...jodoh....
Delete