Thursday, February 13, 2014

KAU? DIA - TEASER 3

"Encik Ayman ingat saya ni apa? Bola? Barang mainan? Yang boleh ditendang sesuka hati. Yang boleh dicampak bila tak diperlukan," templak Adni Farha.

"Love... saya tahu saya silap. Saya minta maaf. Saya ego tapi percayalah saya tak maksudkan apa yang saya cakapkan masa tu," rayu Ayman Fareeq.

"Senang aje kan. Maaf tu macam boleh dibeli dekat pasar. Bila marah, mintak maaf. Bila terlepas kata, minta maaf. Murahnya kata-kata maaf tu macam dah tak ada nilai," Adni Farha tunduk. Memandang rumput yang dipijak.

"Love... tolong jangan cakap macam tu. Saya betul-betul rasa bersalah dengan apa yang saya buat pada awak. Sepatutnya saya dengar dulu penjelasan dari awak. My bad. Really, really bad." Ayman Fareeq menyebak rambutnya berkali-kali.

"Saya kan penipu. Mana layak berkawan dengan orang jujur macam Encik Ayman."

"Love... please. I beg you. I'm sorry." Ayman Fareeq memandang sayu pada Adni Farha di sebelahnya.

"Entahlah, Encik Ayman." Adni Farha membuang pandang ke depan.

"Love... I miss you. Really, really miss you. Cukuplah seminggu tak dengar suara awak. Tak tengok muka awak. I'm dead. Saya tak nak kita berpisah lagi. I mean it," rayu Ayman Fareeq lagi.

"Saya nak balik." Adni Farha terus berdiri.

"Love... "

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

13 comments:

  1. cian ayman tpi tuu larh spa sruh ego sngat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa marah dulu tak ingat...bila ada pesaing baru menggelabah...

      Delete
  2. Not only u hv killer dimples (aka Ayman Fareeq), u hv killer teasers, too...all 3 of them ;) hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. killer teaser eh.... kikikiki.... tq... ;)

      Delete
  3. Replies
    1. belum lagi suhaila.....terpaksa pending dulu....byk yg nk diolah semula...

      Delete
  4. ku menunggu dgn SABOR sabar SABOR ayman & adni nih... tugu

    ReplyDelete
  5. Novel nie dah keluar ke belum ek?

    ReplyDelete
  6. dah keluar ke citer ni....tak sabarnya

    ReplyDelete