“Morning,
mama!” Adni Farha terus mengambil roti bakar yang telah tersedia di atas meja.
Baru saja dia nak menyuap ke dalam mulut tangannya yang memegang roti tersebut
dipukul. Adni Farha menjerit. Roti bakar itu jatuh atas meja. Kelam kabut dia
mengambilnya semula.
“Hesy…tak boleh duduk dulu ke?” marah Hasnah. Mulut
Adni Farha dah muncung sedepa. Kerusi ditarik. Roti bakar dikunyah kasar.
Tiba-tiba Adni Farha menjerit lagi.
“Ouchhh…sakitlah,
mama!!!” Adni Farha mengurut tangannya.
“Dah tak reti baca bismillah dulu ke kalau ya pun
lupa nak baca doa makan?” bebel Hasnah.
“Lupalah, mama…nervous
ni. Hari ni first time Adni kena join meeting yang chairman syarikat ada,” Adni Farha mengadu.
“Itu bukan alasan. Bukan mama tak ajar adab makan
macam mana.”
“Sorry,
mama. Sekarang juga Adni baca doa, ya.” Tangan ditadah dan Adni membaca doa makan
dengan perlahan sebelum menyambung semula sarapannya. Hasnah hanya menggeleng
kepala. Manjanya Adni Farha memang yang amat. Itu satu hal tak boleh diberikan
tekanan mesti kalut semacam.
“Pukul berapa meeting?”
“Pukul Sembilan. Lepas tu engineer mulut longkang tu suruh Adni ikut dia buat site visit.” Adni Farha menjawab tanpa
memandang Hasnah. Matanya tak dilepaskan langsung dari menatap roti bakar di
depan mata.
“Adni dah pernah jumpa ke chairman tu?” tanya Hasnah lagi. Kerusi di sebelah Hasnah ditarik
Hussain yang baru menyertai kedua beranak itu di meja makan. Adni pandang muka
papanya yang tersenyum sebelum menjawab.
“Officially
belum lagi.”
“Apa yang official
tak official ni?” tanya Hussain
selepas meneguk kopi yang baru dituang isterinya.
“Anak dara awak ni takut sangat nak jumpa chairman masa meeting nanti. Nervous
semacam sampai semua kelam kelibut,” terang Hasnah pada suaminya. Hussain
membesarkan mata memandang anak daranya.
“Baguslah. Belajar sikit-sikit.” Hussain tenang
menguyah bihun goreng yang dimasak isterinya.
“Memang kena belajar ke papa benda ni semua?” polos
Adni Farha bertanya.
“Yup, if
you’re insist to be a leader one day.” Adni Farha hanya mengangguk. Tapi
memang perlu ke semua ni. Adusss…boleh ke aku control nervous aku nanti. Kepala yang tak gatal digaru.
“Ma…Adni tumpang mama, eh?” Adni Farha
kerlip-kerlipkan mata. Selama seminggu bekerja ni memang Hasnah yang hantar
Adni Farha ke tempat kerja tapi malam tadi mamanya beritahu supaya memandu
sendiri ke tempat kerja. Ini yang dia malas. Jalan ke tempat kerjanya dahlah
selalu jammed. Kaki tengah sakit.
Serabut kepala otak jadinya.
“Papanya…” Hasnah memandang suaminya.
“Love…drive sendiri ya. Tak kesian kat papa
ke?” Hussain buat muka sedih. Dahi Hasnah dah berkerut. Adni Farha tenung
papanya. Tak faham.
“Kenapa kena kesian kat papa pulak?” tanya Adni
Farha. Hasnah masih memandang suaminya menuntut jawapan. Yalah…dia yang selalu
hantar anak dara mereka suami dia pula perlu dikesiankan.
“Tiap-tiap malam mama membebel. Cuping telinga papa
dah makin nipis ni hah…” selamba Hussain mengata isterinya. Tak semena
tangannya dicubit Hasnah. Hussain menyeringai menahan sakit. Adni Farha dah
ketawa terbahak-bahak.
“Sampai hati mama…tak ikhlas hantar Adni…” Adni Farha
terus tarik muka.
“Mama ikhlaslah sayang…tapi awakkan dah dua puluh
lima tahun. Sampai bila nak duduk bawah ketiak mama…” pujuk Hasnah.
“So…Adni
kena drive sendirilah ni?” muka papa
dan mamanya dipandang bersilih ganti. Kedua-duanya anggukkan kepala. Adni Farha
mengeluh. Nak tak nak terpaksa buat juga. Kunci Mini Cooper Cabrio dicapai. Hussain dan Hasnah tersenyum.
“Love…drive carefully,” Hussain sempat
berpesan dengan anak daranya.
“Papa tak pergi sekali ke? Nanti lambat pula sampai
pejabat,” tanya Adni Farha.
“Nak bermanja dengan mama sekejap then baru pergi,” Hussain kenyit mata
pada isterinya. Hasnah malu-malu. Adni Farha tersenyum. Suka dengan cara
papanya tunjukkan kasih sayang pada mamanya. Dia berharap suatu hari nanti dia
akan bertemu dengan seorang lelaki seperti papanya yang tak jemu mencurahkan
kasih sayang.
Adni Farha membaca doa menaiki kenderaan yang memang
dia amalkan sejak dari zaman belajar lagi. Kalau diikutkan penampilan dirinya
memang orang tak akan percaya tapi itulah Adni Farha. Alhamdulillah papa dan
mama telah memberikan pendidikan yang sempurna dunia dan akhirat. Dulu masa
belajar papanya hanya bernarkan dia memandu kereta Perodua Viva. Sekarang disebabkan dia dah suarakan ingin bekerja
setelah hampir setahun menganggur, papanya dengan senang hati menghadiahkan Mini Cooper Cabrio. Besar sikit aje dari
Perodua Viva. Dengan lafaz Bismillah
gear ditukar dan brek tangan diturunkan, Adni Farha memandu dengan tenang.
Semasa Adni Farha ingin membelok ke kiri untuk masuk
ke kawasan yang menempatkan pejabatnya, sebuah kereta Toyota Vios hitam yang datang dari sebelah kanan terus memotongnya.
Adni Farha sempat menekan brek. Tangannya spontan membunyikan hon. Lama. Dalam
hati dah berbakul-bakul sumpah seranah ditujukan kepada pemandu biadap tadi. Dia
kemudian meneruskan pemanduannya. Sampai di tempat meletak kenderaan, Adni
Farha perasan kereta Toyota Vios
hitam yang memotongnya tadi ada diletakkan di situ.
Siapa punya ya? Kalau aku dapat memang nahaslah.
Enjin kereta dimatikan dan Adni Farha kelam kabut keluar dari keretanya bila
perasan dia hanya ada lima minit lagi sebelum waktu pejabat bermula. Kakinya
laju melangkah. Sesekali berlari anak. Sempat dia memanggil orang di dalam lif
untuk menahan pintu dari tutup. Adni Farha menarik nafas lega bila dapat masuk
ke dalam lif tersebut.
“Terima kasih. Nasib sempat kalau tak merahlah punch card saya. Kalau tak kerana vios
hitam tadi dah lama saya sampai,” bebel Adni Farha tanpa memandang orang di
dalamnya sambil membetulkan sedikit blouse
hijau muda yang dipakainya. Adni Farha mendongak. Rambut yang hamper menutup
muka disebak ke belakang. Terbuntang matanya memandang jejaka yang ralit
memandangnya di sebalik Rayban Aviator
hitam.
“Eh, Encik Ayman!” Ayman Fareeq tayang muka selamba.
Adni Farha telan liur. Dah kenapa pandang aku semacam. Ingat aku tak tahu ke
dia tengah tengok aku. Agak-agak kalau aku tanya siapa tuan punya vios hitam tu
aci tak? Dia mesti tahukan. Tanpa ragu-ragu Adni Farha bertanya.
“Hmmm…Encik Ayman. Encik Ayman tahu tak siapa punya
vios hitam yang park kat bawah tu?”
“Kenapa?” tanya Ayman Fareeq semula dengan muka
serius. Memang hati beku betullah bos aku ni. Cubalah senyum sikit pepagi ni.
Murah rezeki.
“Tak ada lah. Tadi kereta tu hampir nak langgar
kereta saya. Memang tak ada adab betul. Mentang-mentang kereta dia besar. Pakkal aje saya ni pemandu berhemah tau.
Kalau tak memang saya dah kejar kereta tu tadi.”
“Awak drive
kereta apa?” Ayman Fareeq menanggalkan cermin mata hitamnya. Matanya mencerlung
muka Adni Farha.
“Alah…kereta kecik aje, Mini Cooper Cabrio…” Alamak! Macam mana aku boleh terlepas cakap
ni. Agak-agak dia syak tak. Tangan Adni Farha spontan menggaru-garu kepalanya.
Ayman Fareeq membetulkan tali lehernya. Rasa macam nak tercekik. Nasib pintu
lif terbuka tepat pada masanya. Ayman Fareeq terus keluar tanpa menjawab
pertanyaan Adni Farha.
“Encik Ayman! Encik Ayman tahu tak, siapa owner dia?” Adni Farha mengejar bosnya
dan cuba menyaingi langkah panjang Ayman Fareeq. Pada masa yang sama dia
berharap bosnya lupa akan kereta yang dipandunya. Ayman Fareeq hanya jongketkan
bahu. Punch card dicapai dan diketik.
Adni Farha turut melakukan perkara yang sama. Ngam-ngam pukul lapan. Nafas
ditarik lega. Dia berpusing untuk pergi ke meja kerjanya tanpa menyedari Ayman
Fareeq masih berdiri di sebelahnya.
“Ouchhh…”
berdecit mulut Adni Farha bila badannya terlanggar Ayman Fareeq. Ayman Fareeq
berdehem melawan getaran jantung yang berdegup kencang. Wangian yang dipakai
Adni Farha sedikit mengusik hatinya. Adni Farha merasakan mukanya berbahang
saat ini. Kenapalah aku cuai sangat ni. Adni Farha beralih ke kiri dan berjalan
menuju ke meja kerjanya. Ayman Fareeq yang baru tersedar dari khayalannya segera
memandang Adni Farha yang baru melepasinya.
“Awak drive
Mini Cooper Cabrio?” Adni Farha terhenti. Aku dah agak dah mesti dia curious punya.
“Errr…saya…saya…hah saya nak pergi breakfast ni, Encik Ayman. Meeting pukul sembilan kan? Jumpa nanti,
ya.” Tergagap-gagap Adni Farha menjawab dan cuba memberi alasan logik.
Dilajukan langkahnya menjauhi Ayman Fareeq. Ayman Fareeq tercengang dengan
jawapan Adni Farha. Ada aku tanya dia nak buat apa ke? Ayman Fareeq geleng
kepala dan terus masuk ke biliknya.
Masing-masing sibuk berbual antara satu sama lain
sementara menunggu Chairman Perunding
Klasik masuk. Bising. Macam sudah betahun tak jumpa. Logik jugalah sebab firma
ini mempunyai kakitangan seramai lebih lapan puluh orang. Mereka ditempatkan
dalam tingkat yang berlainan dalam bangunan lima tingkat ini. Adni Farha racak
berbual dengan Nadia, Zara dan Aqilah. Dalam pada itu dia diperkenalkan dengan
Midi dan Zam yang juga merupakan Penolong Jurutera di situ. Mereka berdua
bekerja di bawah Encik Rahman. Adni Farha seronok. Lepas ni makin ramailah
kawan lepaknya. Dia tersengih.
Ayman Fareeq hanya memerhati pembantu-pembantunya
dari barisan hadapan. Segaris senyuman terpamer di bibirnya. Meluat melihat
gaya diva Adni Farha yang sedang berbual dengan dua orang budak hingusan. Kadang-kadang
Adni Farha terlentok manja. Nak menggodalah tu. Huh…perempuan…kat mana-mana pun
sama aje.
“Bro…senyap
aje,” tegur Hisyam salah seorang jurutera kanan yang sebaya dengannya tapi
sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ayman Fareeq hanya tersenyum.
Tiada apa yang menarik untuk dibualkan.
“Macam mana dengan budak baru tu?” pancing Hisyam
bila dia perasan Ayman Fareeq seolah-olah malas nak berbual dengannya. Dia juga
perasan mata Ayman Fareeq tak lepas memandang gadis yang sedang rancak berbual
di barisan belakang bertentangan dengan tempat dia dan Ayman Fareeq duduk.
“Hmmm…bolehlah…” Ayman Fareeq menjawab dengan malas.
“Bunyi macam tak okey aje. Kalau kau tak nak pas kat
department aku. Zurin baru berhenti
bulan lepas. Dah apply dengan HR minta
tambah staf tapi sampai sekarang habuk pun tak ada.” Hisyam mengeluh. Dia
terpaksa cover kerja-kerja yang Zurin
tinggalkan sampai ada sekali itu dia ditegur Encik Rahman kerana lambat review laporan yang dah sebulan
diterima.
“Nope. She’s mine. Kau push lagilah HR tu.” Hisyam sedikit terkejut bila suara Ayman
Fareeq kedengaran keras di telinganya.
“Kau ada apa-apa ke dengan budak tu?”
“Kau gila. Dia kan staf aku. Merepeklah.”
“Alah…apa salahnya. Kau single dia pun single.”
“Kalau dia single
pun, ada aku kisah.” Ayman Fareeq memandang Hisyam.
“Cantik budak tu. Rugi bro kalau kau tak cucuk jarum. Aku tengok si Midi dan Zam tu macam
tak puas aje berbual dengan dia.”
“Biarlah dia, Syam. Perempuan macam tu kan memang
suka melayan…” Matanya memandang semula Adni Farha. Tanpa sedar dia cemburu
dengan kemesraan yang ditonjolkan Adni Farha terhadap Midi dan Zam. Ayman
Fareeq tegakkan badan. Mukanya diraup kasar. Hisyam tersenyum. Dia tahu hati
kawan sekerjanya yang beku ini sedikit sebanyak terusik dengan kata-katanya
tadi. Mereka semua bangun bila Dato’ Hussain, Pengerusi Perunding Klasik Sdn.
Bhd. masuk diiringi Encik Mohd Nor, CEO Perunding Klasik.
Mesyuarat bermula dengan bacaan doa sebelum
diteruskan dengan agenda utama. Dato’ Hussain mempengerusikan mesyuarat kali
ini. Dia meminta setiap pengurus untuk melaporkan perkembangan semasa jabatan
masing-masing. Tiba giliran Encik Rahman, dia memperkenal Adni Farha yang baru
sahaja seminggu dilantik menjadi penolong jurutera dan diletakkan dibawah
pengawasan Ayman Fareeq. Adni Farha bangun memperkenalkan diri. Dia
tersenyum-senyum bila semua memerhatikannya semasa dia hendak duduk semula.
Namun senyumannya mati bila Ayman Fareeq tayang muka serius. Eh, memang hati
bekulah bos aku ni, omel Adni Farha dalam hati. Ahhh….lantak dia lah.
“Alhamdulillah sebelum penutup tahun ini syarikat
kita telah berjaya mendapat lebih kurang tambahan sepuluh tender,” beritahu
Dato’ Hussain. Semua staf bertepuk tangan. Tak kurang juga yang mengeluh. Mana
taknya, beban kerja makin bertambahlah.
“Saya pun dah berbincang dengan Encik Moh Nor
berkaitan pembahagian tugas ini. Syarikat bercadang untuk memberi peluang
kepada generasi muda menerajui projek-projek yang telah diterima. Kami mahu
lihat kemahiran, kreativiti dan inovasi yang boleh kamu sumbangkan kepada
syarikat. In shaa Allah apa yang disumbangkan akan diberikan ganjaran,” sambung
Dato’ Hussain tersenyum-senyum. Masing-masing menahan nafas menunggu pengumuman
seterusnya. Satu persatu nama diumumkan dan projek mana yang perlu dijaga.
“Ayman Fareeq dan Adni Farha. Kamu berdua
dikehendaki menyelia Projek di Masjid Tanah, Melaka.” Melopong mulut Adni Farha
bila namanya disebut dengan bos hati beku pulak tu. Habislah kalau mulut
longkang dia dah berbunyi.
“Errr…tuan pengerusi,” Adni Farha taku-takut
mengangkat tangan. Nadia, Zara dan Aqilah dah menarik-narik bajunya. Tapi dia
tak peduli semua itu. Pandangan sinis mata-mata yang tertumpu kepadanya tidak
dihiraukan. Budak baru ni berani pula. Ayman Fareeq dah bulatkan mata
terperanjat dengan keberanian Adni Farha. Dato’ Hussain tersenyum.
“Ya, Cik Adni.” Adni Farha bangun.
“Kenapa saya? Kenapa tak bagi peluang pada orang
yang dah lama berkhidmat dengan syarikat?” Perlahan Adni Farha bersuara.
“Apa alasan awak, Cik Adni?” soalan Adni Farha
dibalas dengan soalan oleh Dato’ Hussain. Ayman Fareeq turut memberi perhatian.
Dia pun nak tahu apa alasan Adni Farha yang menolah arahan Dato’ Hussain seolah
memperlekeh pengalamannya sebagai seorang jurutera kanan syarikat.
“Errr…bukan apa, tuan pengerusi. Saya ni budak baru.
Baru sangat. Setakat seminggu apalah sangat pengalaman yang saya ada.” Adni
Farha merendah diri.
“Cik Adni tak faham lagi ke?” tanya Dato’ Hussain
lembut. Adni Farha geleng kepala.
“Awal-awal lagi saya dah beritahu yang pihak
syarikat nak beri peluang pada generasi muda. Kalau alasan awak, awak orang
baru apa guna segulung ijazah yang awak ada. Masa inilah awak boleh belajar dan
menimba pengalaman dengan orang lain yang sudah lama berkecimpung dalam bidang
kejuruteraan. Saya percaya Encik Ayman akan membantu dan saya yakin pada
kebolehan beliau.” Dato’ Hussain memandang Ayman Fareeq. Ayman Fareeq tertunduk
segan. Tidak menyangka segala khidmat yang dicurahkannya dipandang tinggi oleh
pengerusi syarikat.
“Errr…Tuan Pengerusi, kalau Adni tak nak saya boleh
ganti,” tanpa segan silu Athirah bangun menawarkan diri. Ayman Fareeq mendongak
terperanjat. Nadia, Zara dan Aqilah dah menjeling. Adni Farha mengeluh. Bukan
aku tak naklah, bongok. Menyibuk aje, sumpah Adni Farha dalam hati. Suka
menangguk di air yang keruh.
“Jangan risau, Athirah. Nama awak ada dalam senarai
ni. Awak akan berkerjasama dengan Encik Hisyam memandangkan Cik Zurin dah
berhenti,” sampuk Encik Mohd Nor. Cemberut muka Athirah dan dia duduk semula.
Malu pun ada. Bising seketika bilik mesyuarat. Nabila cuba menyabarkan kawannya
itu. Nadia, Zara dan Aqilah tersenyum riang. Ayman Fareeq tarik nafas lega.
“Aikkk…lega nampak,” usik Hisyam. Ayman Fareeq
menyiku temannya itu. Dia hanya tersenyum kecil. Sumpah memang dia tak nak buat
kerja luar dengan Athirah. Nampak macam alim tapi lebih gatal dari ulat
beluncas. Tak sanggup dia. Biarlah Hisyam saja yang handle. Sekurang-kurangnya Adni Farha tidak hipokrit. Dia ialah
dia. Hesy…boleh pula aku puji budak lembap tu.
“So, Cik Adni ada bantahan?” tanya Dato’ Hussain
memandang tepat wajah Adni Farha.
“Saya terima, Tuan Pengerusi.” Adni Farha terus
duduk, Mukanya muram. Ketiga-tiga kawannya itu cuba memberikan kata semangat. Macam-macam
kata motivasi diberi. Akhirnya Adni Farha tersenyum semula. Ayman Fareeq turut
tersenyum.
Mesyuarat diteruskan sebelum bersurai. Semua staf
dijemput ke bilik sebelah untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Sempat
Dato’ Hussain memanggil Adni Farha untuk berjumpa dengan gadis itu. Ayman
Fareeq yang mendengar sengaja melambat-lambatkan langkahnya. Nak tahu juga apa
hendaknya Pengerusi Perunding Klasik memanggil Adni Farha yang hanya seorang
penolong jurutera. Adni Farha menahan Nadia untuk menemaninya. Dadanya
berdebar-debar. Dia perasan Ayman Fareeq masih belum keluar dari bilik
mesyuarat. Dengan malas Adni Farha bergerak ke tempat duduk Dato’ Hussain.
“Tahniah!” Dato’ Hussain hulurkan tangan. Dia
tersenyum. Adni Farha teragak-agak menyambut huluran tangan orang tua itu.
Ayman Fareeq hanya memerhati. Nadia yang berdiri di sebelah Adni Farha dah
telan liur. Boleh tahan gatal orang tua ni, kutuk Nadia dalam hati.
“Terima kasih.” Adni Farha sambut huluran tangan
Dato’ Hussain. Tangan mereka bertaut lama. Ayman Fareeq terus keluar. Pintu
bilik mesyuarat sengaja dihempas kuat. Bengang. Terhinggut sedikit bahu Adni
Farha dan Nadia. Terperanjat. Apa masalah si hati beku tu agaknya, fikir Adni
Farha. Dato’ Hussain tersenyum. Faham isyarat yang ingin anak muda itu
sampaikan. Telahan hatinya tak pernah silap.
“Papa…you
don’t have to do this,” rengek Adni Farha. Terlopong mulut Nadia mendengar
Adni Farha memanggil Dato’ Hussain dengan panggilan papa. Omai…Adni Farha anak tuan
punya syarikat tempat dia bekerja. Sempat dia berfikir ada tak dia kutuk-kutuk chairman syarikat ni. Adni Farha menyiku
temannya. Nadia tersengih. Mulutnya dikatup semula.
“Love…papa
nak Adni belajar. Almost a year Adni
dah tertinggal. Sepatutnya papa berkeras selepas Adni graduate terus masuk pejabat.” Nadia hanya mendengar sahaja
perbualan dua beranak itu. Sesekali dia tersenyum bila Dato’ Hussain
memandangnya. Segan.
“Perlu ke handle
projek dengan Encik Ayman tu?”
“Dia salah seorang best engineer the company ever had, betul tak Nadia?” sengaja Dato’
Hussain mengalih soalan kepada kawan sekerja anak daranya itu.
“Errr…betul tu, Dato’.” Nadia angguk kepala laju.
Huh…Dato’ Hussain ingat nama aku. Haish…apa yang aku dah buat sampai chairman ingat nama aku ni. Nadia
tarik-tarik hujung rambutnya.
“Kenapa Nadia? Awak terkejut saya tahu nama awak?”
soal Dato’ Hussain semula. Gaya lebih kurang Adni Farha kalau nervous semacam.
“Errr…errr…” kelu lidah Nadia. Adni Farha tersenyum
memandang temannya itu.
“Sebagai seorang ketua kapal saya mesti tahu nama setiap
anak kapal saya. Bukan itu sahaja, perangai setiap seorang pun saya tahu. Kalau
tidak macam mana saya nak mengemudi, betul kan?” Nadia hanya anggukkan kepala.
Semakin bertambah rasa hormat dia dengan Dato’ Hussain yang tidak memilih untuk
berbual dengan sesiapa sahaja. Patutlah Adni Farha begitu. Kagum dia.
“Love…anggap
semua ini sebagai cabaran. Papa tahu Adni akan belajar sesuatu. Dah pergi makan
sana.”
“Papa?”
“Papa kenyang lagi. Mama masak sedap sangat pagi
tadi. I’m full.” Dato’ Hussain
tersenyum.
“Okay then.
Adni pergi dulu.” Dia bersalam dan mencium tangan Dato’ Hussain. Nadia
tundukkan kepala tanda hormat sebelum beredar ke bilik sebelah dengan Adni
Farha. Sebaik keluar dari bilik mesyuarat Adni Farha sempat berpesan dengan Nadia
untuk merahsiakan identiti sebenar dia.
“Kenapa?” tanya Nadia dengan muka tak puas hati.
“Aku tak nak orang takut nak berbual dengan aku.
Lagi satu aku nak kenal juga semua pekerja di sini sebelum aku mengambil alih
tugas papa,” jawab Adni Farha berbisik.
“Encik Ayman?”
“Itu paling utama. Dia tak perlu tahu semua ini.”
“Sampai bila?”
“Sampai aku rasa aku mampu pikul tanggungjawab.”
Nadia angguk. Adni Farha disebelahnya ini nampak lebih matang. Ciri-ciri bakal seorang
ketua terserlah.
“Zara? Aqilah?”
“Not even them.
Aku percayakan kau.” Adni Farha genggam tangan Nadia. Dia tahu Nadia boleh
menyimpan rahsia itu. Mereka kemudian masuk ke bilik sebelah dan menikmati
jamuan ringan yang disediakan. Sedang leka makan dan berbual dengan
rakan-rakannya, Ayman Fareeq mendekati Adni Farha.
“Ten thirty at
the lobby,” keras Ayman Fareeq mengeluarkan arahan. Terperanjat Adni Farha.
“What for?”
polos Adni Farha bertanya. Ayman Fareeq dah besarkan mata. Merah padam mukanya.
Bengang dengan kejadian tadi belum hilang, Adni Farha sudah buat hal lagi.
“Site visit.”
Ayman Fareeq terus keluar. Tercengang-cengang Adni Farha cuba mencerna arahan
yang baru diterima. Dahinya ditepuk kuat sehingga terpercik sedikit air teh
yang dipegangnya.
“Allah…” Dia memang lupa. Ayman Fareeq dah beritahu
dia malam tadi. Boleh pula masa ni air ni nak tumpah. Aqilah menghulurkan tisu.
Adni Farha mengelap bajunya. Tumpahan air teh itu meninggalkan sedikit kesan
coklat di bajunya.
“Wei…lagi lima minit aje sepuluh setengah,” jerit
Zara. Nadia dan Aqilah geleng kepala. Hilang sudah ciri-ciri seorang ketua. Datang
balik perangai kebudak-budakan dia. Athirah yang sedang menjamu selera tidak
jauh dari Adni Farha dan kawan-kawannya hanya mencebik. Bengang bila pengerusi
syarikat lebih percayakan budak yang baru seminggu bekerja.
“Biar betik!!! Oklah korang, aku pergi dulu.” Kelam kabut Adni Farha berlari ke meja
kerjanya dan mengambil segala keperluan sebelum turun ke lobi. Dia
terintai-intai mencari kelibat Ayman Fareeq. Ayman Fareeq melambai. Santai
menyandar di tepi keretanya.
“Sorry.
Lambat sikit.” Kedengaran nafas Adni Farha tercungap-cungap.
“Careless.”
Ayman Fareeq tersenyum herot.
“What?”
Adni Farha besarkan mata. Tak puas hati.
“Macam budak-budak.” Ayman Fareeq meloloskan diri ke
dalam Toyota Vios hitamnya. Adni
Farha memandang bajunya yang ada tompokan air. Sibuk, Adni Farha mencebik. Dia
pergi ke pintu sebelah penumpang. Terus saja dia membuka pintu dan masuk ke
dalam kereta. Belum panas punggung dia keluar semula. Dia pergi ke belakang
kereta. Ayman Fareeq yang baru menghidupkan enjin dah tercengang. Apa lagi budak
lembap ni…omel Ayman Fareeq dalam hati.
“Hmmm…macam kenal.” Adni Farha meletakkan tangannya
di bawah dagu dan mengetuk jari telunjuk di bibir. Serta-merta kejadian pagi
tadi menerpa ingatannya. Segera dia masuk ke dalam kereta semula dan memukul
Ayman Fareeq dengan beg tangannya. Berkali-kali.
“What?”
Ayman Fareeq memandangnya tajam. Apahal pula minah lembap ni nak pukul aku
bagai, gerutu Ayman Fareeq.
“Ooo…Encik Aymanlah pemandu biadap pagi tadi. Patutlah
Encik Ayman buat derk aje.” Ayman
Fareeq telan liur. Dia hampir terlupa kejadian pagi tadi di simpang jalan masuk
ke kawasan bangunan pejabat.
“Alah…bukan accident
pun.” Ayman Fareeq pandang ke depan semula dan terus menggerakkan keretanya.
“Hari ni memanglah tak, next time mana tahukan,” sindir Adni Farha. “Ni kenapa kita naik
kereta? Kata nak buat site visit?” tanya
Adni Farha semula.
“Saja.”
“Semalam masa saya pakai skirt bermati-matian Encik Ayman tak nak naik kereta,” sambung Adni
Farha lagi tak puas hati.
“Semalam kereta saya hantar service.”
“Boleh pula ke sengaja nak kenakan saya?” Adni Farha
muncung. Ayman Fareeq tersenyum dan melirik sekilas Adni Farha di sebelahnya.
Dia memang suka bertekak dengan gadis rambut karat ini. Seronok. Kalau sehari
tak bertekak rasa macam tak hidup aje. Ayman Fareeq gelak dalam hati.
best.....
ReplyDeleteTq baby mio....
DeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.