AZRI melepaskan keluhan berat. Jaket kuning
yang tersarung di badan ditanggalkan. Sudah 5 tahun jaket ini menjadi
uniformnya. Pakaian rasmi dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang. Adakah
kemungkinan ianya akan menjadi sejarah?
"Kau ni kenapa?
Dah beberapa hari asyik mengeluh aje. Kau ada masalah ke?"
Azri tersenyum pada
teman sebiliknya. Teman susah dan senang. Di sini mereka rapat. Semuanya.
Bagaikan satu keluarga. Mereka hanya ada satu sama lain. Hidup di atas pelantar
dan di tengah-tengah lautan mereka tak boleh sombong.
"Bukan minggu
lepas dah bergayut dengan orang rumah ke? Takkan tak hilang rindu lagi. Esok
pun dah nak terbang ke darat, kan. Chill
bro." Si teman dah ketawa-ketawa.
"Itulah
masalahnya. Rindu hilang. Rasa lain pula yang datang. Haish... Tak tahulah
sampai bila aku boleh bertahan." Azri menguak rambutnya. Melorot duduk di
atas lantai. Tubuh yang letih dibawa bersandar pada katil.
“Jangan mudah putus
asa. Korang baru nak mulakan hidup.”
Si teman mula memberi nasihat.
“Aku tahu. Entahlah tak
tahu nak cakap macam mana lagi dengan Ainan tu.”
“Sebagai suami
tanggungjawab kita berat, Azri. Semuanya terbeban pada kita. Ni hah.” Si teman
menepuk kedua-dua bahunya bila Azri memandang.
“Ada pada bahu kiri dan
kanan. Salah kendali senget bahu kiri. Kata orang biarlah bahu kanan yang
berat. Itu pun kalau betul jalannya.”
Azri masih lagi memandang
si teman. Teman yang sudah lebih 15 tahun bergelumang dengan minyak dan air
masin. Teman merangkap ketua di sini. Tabahnya si teman menempuh onak dan duri
kehidupan. Dia yang baru bertatih cepat sahaja mahu mengalah dengan ujian
sebesar kuman.
“Awal-awal dulu aku pun
macam ni juga. Bertikam lidah macam dah jadi makanan. Ada saja yang tak kena.”
“Agaknya kita semua
dekat sini alami pengalaman yang serupa.” Azri termenung.
“Betul tapi kalau kena
caranya semuanya boleh diatasi. Bertolak-ansur. Itu kunci paling utama.”
Azri mengangguk. Setuju
dengan kata-kata temannya. Ya, bertolak-ansur. Perlahan-lahan otaknya mula
mencerna. Melihat pada perhubungan dia dan Ainan, perkataan bertolak-ansur
seolah-olah semakin jauh dari mereka. Lebih tepat lagi tiada dalam kamus
kehidupan yang baru dibina ini. Masing-masing ego. Masing-masing tidak mahu
mengalah. Jadinya mana nak datangnya sefahaman.
“Kalau hitam kita
warnakan hidup ini, hitamlah jadinya. Balik nanti bincang elok-elok.” Si teman
yang sudah bangun menepuk bahu Azri.
Azri terkedu. Teman
bertepuk tamparnya tadikah yang berbicara? Tak sangka si teman boleh
mengeluarkan kata-kata bernas begitu. Patutlah si teman diangkat menjadi ketua.
Dia nekad. Menurut nasihat diberi si teman. Balik esok segala-gala yang menjadi
duri dalam perhubungan dia dan Ainan perlu dicantas. Segala-galanya perlu
diperbetulkan. Moga perjalanan hidup dia dan Ainan yang belum panjang
diberkati-Nya.
Laju dia bangkit dari
duduknya. Tiba-tiba semangatnya berkobar-kobar untuk pulang ke rumah. Lepas
mandi nanti dia nak berkemas. Kepulangan dia esok tidak dikhabarkan kepada
Ainan. Cepat 2 hari dari yang dijadualkan. Ramalan cuaca buruk yang diterima
pada tarikh sepatutnya dia pulang mengubah segala-galanya.
Menghitung hari nk baca full . Tk sabar nk baca kebahgiaan Ainan dan Azri
ReplyDeleteSebulan aje lagi kak... sabar ya....
DeleteNaper pendek sgt amat kali ni syeena?
DeleteX puas baca....
versi cetaknya nnt panjang kak...
DeleteTunggu versi cetak lakkkk...x sabarnyer...
ReplyDeleteKu pun sabar menanti
DeleteTak sabar nak tunggu bby ni kluar
ReplyDeleteBulan depan keluar ni...dalam kompilasi cerpen IKP Bicara Tentang Cinta
DeleteIsh sggh x sabaq nak bc versi cetak
ReplyDeletesabaq na....
Delete