Tuesday, September 3, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 13


“Kalau dicakap orang ada saja jawapannya. Bosanlah, itulah, inilah. Dah kena baru nak beringat. Sekarang ni Allah bagi tunai tak payah nak tunggu kat akhirat nanti,” bebel Datin Afia yang masuk ke bilik Amanda bila dikhabarkan oleh orang gajinya perihal yang terjadi.

Amanda menekup mukanya dengan bantal. Oh, mama! Cair taik telinga dia. Sekejap lagi mr. bodyguard pula.

Datin Afia membelek kaki kanan Amanda. Ditepuknya perlahan.

“Ouchhh, Mama!” jerit Amanda. Bantal di muka diturunkan. Dia menyeringai.

“Mengada. Bukan kuat pun. Ni dah pergi klinik ke belum?” soal Datin Afia.

“Dah. Petang semalam.”

“Sendiri?”

“Kawan tolong hantar.” Jangan tanya siapa, dia tak reti nak berbohong kat mama.

“Dah makan belum ubatnya? Tak berusik pun? Kenapa degil sangat? Tak matilah makan pil-pil ni,” marah Datin Afia membelek plastik ubat ditangan.

“Pahitlah, ma.”

“Mana ada ubat yang manis. Jangan macam budak-budak boleh tak? Awak tu dah boleh jadi mak budak. Bangun, pergi mandi. Nanti mama suruh bibik bawa naik bubur dengan sup ayam. Lepas tu makan ubatnya.”

“Nak kena mandi eh, ma? Kalau tak mandi tak boleh ke?”

“Eh, budak bertuah ni. Cepat bangun sekarang. Bukannya luka, terseliuh sikit aje pun,” marah Datin Afia.

Adwan yang kebetulan baru turun dari biliknya di tingkat tiga menjengah masuk ke bilik Amanda bila terdengar suara Datin Afia bising-bising.

Morning,” sapa Adwan. Dia masuk ke bilik Amanda sambil membetulkan butang baju dilengan.

Bala dah datang dah, keluh Amanda sendiri.

“Apa yang bising-bising ni, mama?” soal Adwan pelik.

“Tanya sendiri dengan adik kesayangan Along ni. Susah nak cakap. Ikut kepala dia aje. Tak payah pergi mana-mana sampai papa balik.” Datin Afia memberi amaran pada anak daranya yang tak makan saman.

Amanda yang sedang duduk bersandar di kepala katil dah buat muncung itik.

Adwan mengangkat kening. Tak faham apa yang sedang berlaku.

“Tak payah nak buat muka tu. Cepat pergi mandi,” kata Datin Afia kemudian terus keluar dari bilik Amanda.

Adwan hanya memandang kelibat Datin Afia keluar. “Apahal mama membebel pagi-pagi ni?” soal Adwan.

Amanda hanya menjungkitkan bahunya. Malas nak jawab. Mesti berderet soalan Adwan selepas itu.

Adwan mencebikkan muka. Tahu sangat Amanda malas nak melayan dia. Dia baru berkira-kira nak keluar tetapi bila terpandangkan kaki Amanda yang berbalut langkahnya terhenti.

Amanda yang terperasan gelagat Adwan segera menutup kakinya dengan selimut.

Adwan memandang Amanda.

Amanda tersengih macam kerang busuk.

Adwan tak puas hati. Tangannya cuba menyelak selimut yang menutup kaki Amanda.

Amanda menepis. Berlaku tolak menolak antara kedua beradik tersebut. Kelam kabut jadinya. Tiba-tiba…

“Ouchhh!” Amanda menjerit kuat. Dia tertendang bucu katil. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Adwan segera menyelak selimut Amanda.

“Ya, Allah! Ni dah kenapa pula? Tulah, kalau dari tadi lagi bagi Along tengok kan senang. Dah bertambah sakit tu.” Kaki Amanda dibelek.

“Bola jaring semalam?” soal Adwan. Dia duduk di birai katil.

Amanda mengangguk. Tangannya mengurut tempat terseliuh perlahan-lahan.

“Tu yang telefon Along? Kenapa tak beritahu terus?” suara Adwan berubah serius.

“Alongkan tengah mesyuarat. Tak naklah menyusahkan.”

“Habis tu, siapa yang hantar pergi klinik?” tanya Adwan bila terperasankan plastik ubat di atas meja sisi.

“Huh?” Amanda membuat muka blur. Hujung rambutnya dipintal-pintal.

“Siapa yang hantar pergi klinik? Kereta pun tak ada kat garaj?” soal Adwan sekali lagi.

“Kawanlah yang sama-sama main bola jaring,” bohong Amanda. Dia membuat riak muka selamba. Kena pandai kalau tak nak kantoi.

Adwan mengangkat kening macam tak percaya. Boleh percaya ke adik dia ni? Tangan dah main-main rambut macam ada yang tak kena je, fikir Adwan. “Kereta?”

“Amanda dah mintak tolong Reen ambilkan kat Kompleks Mutiara. Petang nanti Reen hantar.”

“Kawan tu terus hantar balik rumah ke?” soal Adwan lagi.

“Tak. Dia hantar kat kedai. Reen yang tolong hantar balik.” Amanda menjeling.

Adwan mengangguk puashati.

Amanda menarik nafas lega.

Adwan memandang adiknya semula.

Amanda kaku. Dia mengangkat kening.

“Kenapa?” tanya Amanda.

Are you hiding something?” Adwan bertanya dengan jari telunjuk bermain dibibir.

Hiding what? Kalau ada Amanda beritahulah,” suaranya sengaja diperlahankan.

Means you’re hiding something from me. Hmmm… apa agaknya tu, ya?” Adwan mengenyitkan matanya.

“Tak ada apa-apalah. Jangan nak jadi polis pencen pula pepagi ni. Makin bertambah sakit kaki orang.  Dah. Syuh… syuh… pergi kerja sana,” Amanda menolak badan Adwan.

“Eeeee…garangnya. Tak padan kaki terseliuh. Boleh jalan tak ni?”

“Bolehlah perlahan-lahan.”

“Hari ni duduk rumah aje. Jangan nak menggatal merayap sana sini. Telefon Qaireen. Kalau Along dapat tahu Amanda keluar, siaplah awak.” Tegas Adwan memberi arahan.

“Tahulah. Mana boleh pergi mana-mana hari ni. Mama pun dah bagi amaran tadi. Mahu kena buat sup kalau keluar juga,” balas Amanda.

“Tahu, tahu. Tapi ikut kepala dia aje,” tempelak Adwan.

“Janji tak pergi mana-mana. Lagipun kan papa balik hari ni.”

“Hmmm…”

“Dah pergi kerja sanalah. Orang nak mandi.” Sekali lagi Amanda menolak badan Adwan.

Adwan mengeraskan badannya. Saja mengusik Amanda. “Along nak bangunlah ni. Tengok renyuk dah baju ni.” Adwan mengibas baju dan seluarnya. Dia melangkah keluar.

Amanda menjelirkan lidah dan ketawa.

###

Selesai makan ubat, Amanda menyandarkan badannya di kepala katil. iPhone di meja sisi diambil dan dibelek. Nombor Lovely Bakery didail.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

“Reen, aku tak dapat datang kedai hari ni. Grounded.”

“Hahaha… lawak kampus betullah kau ni.” Reen tertawa kecil.

“Ketawalah. Ketawa. Ketawa banyak-banyak lagi. Kau nak terbaring ke terguling ke ketawalah.” Amanda mendengus, geram ditertawakan.

“Alololo marah pula bos aku ni. Bagus juga kau duduk rumah. Taklah pening kepala aku nak kena bersoal jawab dengan polis pencen.”

“Sempat lagi, eh. Aku bagitahu Datin Afia. Mama! Oh, mama!” gertak Amanda.

“Eeeee… mengadalah kau ni. Sikit-sikit nak mengadu. Manja terlebih. Kang aku bagitahu abang kau yang Akid ambik kau nak tak?” ugut Reen pula tak mahu mengalah.

Okay, okay. Surrender. Reen, please keep it secret. Aku dengan Akid tak ada apa-apalah. We’re just friend,” bersungguh Amanda menerangkan perhubungannya dengan Akid.

“Kau memanglah cakap kawan tapi Akid nampak macam lain. Perhatian dia berlebih kat kau. Dari apa yang kau cerita nampak dia ambil berat betul kat kau.”

“Tak ada maknanya berlebih. Dia pun macam kau, ambil berat pasal aku kan.”

“Aku ni bff kau, lainlah babe. Dia tu lelaki. Takkanlah kau pun anggap dia bff juga.” Reen cuba mencungkil isi hati Amanda.

“Ingat lelaki tak boleh jadi bff ke? Boleh apa.”

“Sengal.”

“Entah-entah bukan dengan aku je dia macam tu. Kenalan perempuan dia yang lain pun sama juga agaknya. Dia kan playboy, Reen. Player. Takkanlah kau tak ingat.”

“Betul juga cakap kau tu. Cara dia ada ala-ala kasanova nak pikat perempuan. Hailaaa kesiannya kawan aku sorang ni. Lelaki manalah agaknya yang dapat buka hati kau tu kan.”

“Tak payah nak kesian kat aku. Kesian juga kat diri engkau tu. Dua kali lima aje dengan aku,” sindir Amanda.

“Eh, aku pula? Aku lain Amanda. Tanggungjawab aku berat. Amanah yang arwah emak dan abah aku tinggalkan belum tertunai semuanya. Bila adik-adik aku dah bekerja baru boleh fikir pasal aku.” Suara Reen bergetar. Sepi seketika. Teringatkan arwah emak dan abahnya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya tiga tahun lepas.

Sorry, Reen,” Amanda membalas lembut.

“Tak mahulah sedih-sedih. Kau cuti sampai bila?” Reen cuba menceriakan suasana.

“Seminggu. Lepas tu aku kena masuk hotel.”

“Seminggu?! Lama tu, babe.” Suara Reen yang sedikit kuat mengundang perhatian pelanggan yang mula memenuhi ruang cafĂ©. Reen tersengih malu.

“Oit minah, kau kat kaunterkan? Jerit macam bini tarzan. Cuba jadi perempuan melayu terakhir sikit. Barulah ada yang nak jadikan kau menantu.”

“Terlepaslah. Lamanya. Kalau Akid cari aku nak cakap apa? Hari-hari nak kena bohong, kurus pahala aku tau.”

“Seminggu tu tak lamalah. Aku percayakan kau dengan Lydia. Aku janji lepas selesai semua ni, aku hambakan diri kat Lovely Bakery je. Pasal Akid tu, aku rasa awal-awal je kut dia cari aku. Lama-lama nanti bosan. Macam yang lain-lain juga.” Betul ke apa yang dia cakap ni? Siap simpan nombor si dia bagai. Oh, Mr. ddg! Hmmm…

“Eh, okeylah. Tak nak kacau kau. Makan ubat. Jangan nak merayau sana sini. Kau tu bukan boleh percaya. Suka menyeksa diri. Kalau kau renyah sangat nanti boleh bentan.”

“Banyak kau punya bentan. Apa-apa mesej aku. Cakap kat Lydia sekali.”

Alright, babe. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Talian telefon dimatikan.

Alhamdulillah, ya Allah! Terima kasih kerana kau masih beri aku peluang bernafas di muka bumi ini. Terima kasih kerana aku dikelilingi mereka yang sayang pada aku. Amanda berjeda. Lamunannya terhenti bila terasa getaran didada. Lampu iPhonenya menyala. Nama Kak Wan tertera. Dia tersenyum. Pesanan ringkas yang diterima dibaca.

Assalam. Adik manis dah ok? – Kak Wan

Ws. Alhamdulillah dah kurang. Bengkak tu pun dah susut sikit. – Amanda

Lega Kak Wan dengar. Boleh main lagi ke? – Kak Wan

Jangan risaulah Kak Wan. Lagi seminggu ni baiklah. – Amanda

Jangan paksa diri Amanda. Tak jadi masalah kalau Amanda tak boleh sambung training. Kak Wan ganti dengan orang lain. – Kak Wan

Tak paksa pun. Serius saya memang nak main. Jangan cari orang lain tau. Gian dah lama gila tak main bola jaring ni. – Amanda

Kalau macam tu adik manis kena sentiasa makan ubat. Jaga diri. Got to go. P/S kem salam kat abang Audi R8 hitam… jangan nakal-nakal. ;-) – Kak Wan

Terima kasih, Kak Wan. Kalau saya jumpa abang Audi R8 hitam tu lagi saya sampaikan ya… tak nakallah, naughty je…;-) – Amanda

Macam-macamlah Kak Wan ni. Amanda tersenyum. Tiba-tiba lagu stronger melalak kuat. Apa lagilah Kak Wan tu. Tak habis-habis nak menyakatlah tu.

“Assalammualaikum, Kak Wan. Nak apa lagi ni? Tak puas lagi ke nak mengusik. Don’t worry, my sister. Nanti saya sampaikan salam akak kat abang Audi R8 hitam tu eh.” Jawab Amanda dengan manja.

“Waalaikummussalam. Sekali dengan salam dari Kak Wan tu.”

“Opocot, mak kau!” Amanda menjerit kuat. Tangannya menggigil. Telefonnya tercampak ke atas lantai. Kelam kabut dia melihat ke bawah. Nasib baik jatuh atas kusyen yang memang diletak di atas karpet. Segera talian di matikan. Dia mengambil kembali telefonnya. Panggilan masuk diperiksa. Sah suara tadi memang suara mr. ddg.

Eee… dah dua kali dia melatah depan Akid. Walaupun dalam telefon, Amanda pasti Akid dengar suaranya dengan jelas dan nyata. Dia mengetuk-negetuk kepalanya kemudian muka disembamkan di atas bantal. Rasa macam nak jadi kekabu je, boleh sorok dalam bantal. Kenapalah dia tak tengok dulu nama pemanggil. Mati-mati dia ingat Kak Wan yang telefon.

iPhonenya berbunyi semula. Skrin iPhone ditenung. Nak jawab ke tak ni. Lama dibiarkan sampai ia mati sendiri. Fuhhh…lega. Alunan lagu Stronger bergema semula. Tak penat agaknya jari mamat ni. Dengan rasa malas dan malu yang teramat Amanda jawab juga.

“Assalammualaikum.” Akid lebih dulu memberi salam diiringi dengan ketawa nakal.

“Waalaikummussalam. Sukalah tu. Guling-guling sekali kat atas lantai,” terjah Amanda. Saja dia cakap macam tu. Nak tutup rasa malu sebenarnya.

“Mahunya I tak suka cuma tak adalah sampai nak guling-guling. You ni kelakarlah, Amanda. You memang ada sindrom melatah, eh?” Manalah Akid tahu Amanda akan terperanjat sampai begitu sekali bila mendengar suaranya. Memang dia ketawa macam nak pecah perut bila dengar Amanda melatah dan terperanjat tadi.

“Eee… tak sukalah. Saya memang boleh jadi penghuni tetap IJN kalau selalu kena macam ni. Lain kali berilah salam dulu,” marah Amanda.

“I memang nak bagi salam tadi tapi kan you yang terus jawab dan bercakap macam M16. Tak ada noktah,” jawab Akid.

“Aaa… saya ingat Kak Wan yang telefon sebab tadi baru berbalas mesej dengan dia.” Tergagap-gagap Amanda menerangkan.

“You mengumpat I eh…” meleret suara Akid.

Amanda boleh bayangkan dari suara Akid yang didengarnya, mesti Akid tengah tersenyum menggoda. Senyuman yang selalu buatkan dia sesak nafas. Sabar hati sabar jantung. Dia mengurut dadanya.

“Tak ada maknanya nak mengumpat. Kak Wan suruh sampaikan salam aje.”

“Kalau you tak nak mengaku pun tak apa. I faham. Siapa aje yang tak suka dengan I. I  kan hensem.”

“Eeeuww…” Amanda mencebik. Dia buat gaya nak muntah. Kenapalah dia boleh kenal dengan mamat perasan hensem kat dunia ni.

“Betul apa,” balas Akid sambil tertawa.

“Awak telefon ni nak apa?” soal Amanda. Malas nak panjang-panjangkan cerita.

“Salah ke I nak telefon?” soal Akid semula.

“Tak salah pun tapi serius awak nak apa?” suara Amanda mendatar. Kalau boleh dia mahu matikan segera perbualan mereka.

“Janganlah garang sangat. Tak comel muka tu. Saja nak tahu you dah okey ke belum.”

“Saya dah okeylah ni. Ada apa-apa lagi?” suara Amanda masih sama. Mendatar.

“Dah urut? Ada rasa ngilu lagi tak kat kaki tu?” tanya Akid tanpa menghiraukan nada suara Amanda.

“Alhamdulillah, rasa ngilu tu dah berkurang. In shaa Allah rasanya dua tiga hari ni susut bengkak ni. Dah boleh main bola jaring semula.” Amanda mengeluh. Rimas pula bila diasak dengan pertanyaan yang sama dari orang disekelilingnya.

Akid tersenyum sendiri bila Amanda jawab juga pertanyaannya. Namun dia masih risau. “Eh, tak mudarat ke? Nanti bengkak tu jadi balik?” tanya Akid lagi.

“In shaa Allah tak ada apa. Kali ini saya akan lebih berhati-hati. Tak boleh tahanlah. Dah lama sangat tak main bola jaring. Gian. Kalau awak nak tahu saya ni wakil u dulu. Hampir-hampir nak jadi atlit kebangsaan tapi papa tak bagi.” Tanpa sedar Amanda bercerita mengenai sukan kegemarannya.

Akid tersenyum lagi di hujung talian. Suara Amanda kedengaran polos. Jujur bercerita mengenai dirinya tanpa dipinta.

“Gian, eh? Macam adik I juga. Dia pun gila main bola jaring tapi I tak faham apa yang seronok sangat. Penat ada lah. Terkejar-kejar bola yang satu tu,” kutuk Akid.

“Itulah nikmat main bola jaring. Boleh hilangkan tekanan. Lompat sana lompat sini. Seronok sangat. Orang lelaki mana tahu semua tu. Tapi sekarangkan kalau tak silap saya dah ada pasukan lelakilah. Bolehlah awak cuba.” Beriya Amanda memberitahu Akid.

Kedengaran suara Akid ketawa. “Oh, please! Takkanlah I yang macho nak main sukan perempuan? No way hose.” Akid menyambung tawanya.

“Jangan kutuk-kutuk takut satu hari nanti tiba-tiba awak yang main. Uhhh…tak dapat dibayangkan.” Amanda pula ketawa.

Akid ketap bibir. Geram.

“Kenapa diam? Takut, eh,” usik Amanda.

“Tak ada maknanya.”

“Awak kat pejabat sekarang ni kan? Tak ada kerja ke? Dah lama sangat kita bersembang ni.”

“Untuk you memang I akan cari masa. Jangan risau, bos I baik.”

“Ya lah tu.”

Pintu bilik Amanda diketuk. Datin Afia menjengukkan kepala.

Amanda membuat isyarat tangan akan turun sekejap lagi.

“Akid, I’ve got to go. Mama saya dah panggil. Terima kasih sebab telefon saya.”

Thanks to you dear for lending me your ears. Okeylah I pun ada mesyuarat sekejap lagi. Take care. Bye.”

Bye. Assalammualaikum.”


“Waalaikummussalam.” Akid tersenyum lebar sampai ke telinga. Dia suka berbual dengan Amanda. Ucapan salam tak pernah lekang di bibir gadis itu berlainan dengan kenalan perempuannya yang lain. Satu permulaan yang baik. Dia tersenyum sambil memegang dada. Ada rasa lain yang menyelinap masuk ke dalam hatinya.

5 comments:

  1. love is in d air..tapi boleh ke dia yg player ni..boleh setia ngan 1 wanita... hmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena baca versi cetak r kak ida...kikikikiki...

      Delete
    2. hmmmmm.. lama lagi ke..ko nak membako hati kita org.. dah rentung ni... weyh...

      Delete