SUNYI.
Tiada siapa yang bersuara. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Meladeni
rasa terperanjat yang masih lagi beraja dalam hati. Kejadian yang tidak di duga
hari ini merubah cerita. Segala-galanya berlaku terlalu pantas. Serta-merta kehidupan
dua insan yang saling tidak mengenali berubah. Perubahan yang bukan sedikit.
Perubahan 180 darjah. Harus bermula dari sifar. Bahkan menghancurkan impian
yang pernah direncana.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Impian? Semuanya dah lebur saat dia menerima akad
tadi.
“Damn!”
Tanpa sedar Ariq menyumpah. Malah keceluparan mulutnya turut mengundang Haidar
di sebelah memandang. Tak dihiraukannya.
Siku kanannya disangkut pada pintu lalu tangannya menongkat
kepala. Rambut dikuak ke belakang. Berat… Berat memikirkan kehidupan yang bakal
ditempuhi. Boleh ke dia duduk sebumbung dengan gadis yang baru sehari dia
kenal?
Cermin pandang belakang dijeling. Wajah Azza yang
diam sahaja di tempat duduk belakang ditatap. Riak wajah gadis itu sugul. Entah
apalah yang ada dalam fikiran gadis itu. Ahhh… Tak perlu sibuk hal orang lain.
Dia sendiri pun runsing.
Orang lain? Dia isteri kau, Ariq. Bisikan hatinya
membuatkan dia berkali-kali menguak rambutnya ke depan ke belakang.
“Azza tak nak singgah rumah pak long dulu ke? Ambil
baju atau apa-apa keperluan yang patut?”
“Errr… Bo… boleh juga.” Tersentak sampai tergagap Azza
menjawab. Dia memang terlupa akan hal itu. Tika ini otak dia tak mampu
berfungsi. Tak mampu berfikir yang logik. Setiap tindak-tanduknya kini hanya
berpandukan kata hati.
Soalan yang terpacul dari mulut Haidar membuatkan Ariq
menoleh. Pandangan mereka bertemu. Dia mendengus bila dibalas Haidar dengan
jongketan kening.
Haidar menguntum senyuman sebelum menggeleng
perlahan. Dia tak rasa pertanyaannya itu salah. Hanya dia seorang sahaja yang
waras ketika ini. Tipulah kalau dia tiada rasa apa-apa. In a blink, the one and only brother become a husband to an unknown
girl. Rasa terkejut itu masih ada.
Apatah lagilah Ariq dan Azza. Semuanya jelas terpancar pada riak wajah
kedua-duanya. Kusut dan serabut.
Ariq tahu sepatutnya dia perlu ucapkan terima kasih
pada Haidar. Dia beruntung Haidar ada bersama-sama dengannya. Haidar ni umpama alarm clock dia. Sangat prihatin tentang
dirinya. Sungguh, dia memang terlupa pasal keperluan Azza. Sibuk sangat
memikirkan kisah dirinya dan Azza yang menjadi suami isteri ekspres. Langsung
tak cakna hal Azza.
Kedai makan Pak Long Aziz tertancap oleh matanya. Segera
dia membelok ke simpang jalan masuk ke situ. Berhenti betul-betul di hadapan
kedai. Dia turun dari kereta. Tempat duduknya dilaraskan ke depan. Memberi
laluan kepada Azza untuk keluar.
Azza mengeluh sebelum turut keluar. Dia tercegat di
depan pintu kereta. Tak menghiraukan Ariq yang tunak memandang dia. Memerhati
kedai makan yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit pada dirinya. Matanya
di halakan pula pada sebuah rumah di sebelah kedai. Rumah itu gelap.
“Pak long belum balik,” gumamnya. Perlahan-lahan dia
mengatur langkah. Lemah sahaja hayunannya menuju ke rumah itu.
Ariq mencebik. Tubuh dibawa bersandar pada kereta. Malas
dia mahu menemani Azza. Cukuplah dengan hanya memerhati gadis itu dari sini.
Gadis itu patut bersyukur. Kerelaannya memandu ke sini sudah dikira baik.
Dia merenung kosong bila susuk tubuh Azza hilang
dari pandangan. Pernikahan ini, perlu ke dia beritahu papa dan mama? Marah tak
papa pada dia? Bolehkah mama terima? Tak nampakkah dia seperti menconteng arang
di muka kedua orang tuanya?
Ahhh… Bukan salah dia. Habis tu salah siapa? Azza? Atau
takdir? Hanya satu hari sahaja mengenali gadis itu, kehidupan dia berubah. Pantas.
Bagaikan kilat. Tidak sempat untuk dia sediakan perisai. Memanah tepat pada
dirinya.
Jika benar inilah takdir dia, kenapa terasa dirinya
seperti dizalimi? Astaghfirullahaladzim, Ariq! Jangan pernah salahkan perancangan
Allah. DIA tidak menguji kau kalau DIA tahu kau tidak mampu. Sekali lagi
hatinya berbisik. Lantas wajahnya diraup kasar.
“Woi!”
Ariq membongkok. Melihat ke dalam kereta yang sudah
cerah di dalamnya. Entah apalah motif Haidar hidupkan lampu.
“Pergilah temankan Azza tu! Kau tak nampak ke
keliling kita ni gelap? Karang jadi apa-apa pada budak tu, kita juga yang susah!
Manalah tahu budak jantan yang nak pengapakan dia tadi datang balik!” teriak
Haidar.
Ariq mendengus. Menghantar satu jelingan tajam
kepada Haidar. Tidak suka bila disuruh-suruh begitu. Namun diturutkan juga
kata-kata si abang. Risau juga dia kalau tebakan Haidar itu betul. Hujung-hujung
nanti dia juga yang akan dipersalahkan.
“Careless.”
Pintu kayu yang tidak bertutup rapat ditolak lembut dan dirapatkan semula
selepas dia masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba amaran Haidar tadi kembali menerjah
kepalanya. Andai dia abaikan entah apalah nasib Azza.
Matanya meliar memerhati sekeliling rumah separuh
batu dan separuh papan itu. Hiasan dalam rumah ini sederhana sahaja. Tidak
banyak perabot. Sesuai sebagai sebuah rumah kampung.
“Allah!” Azza terjerit kecil usai menyelak langsir
pintu bilik. Dadanya diurut. Cuba menghilangkan rasa terperanjat. Terkejut
melihat Ariq yang elok berdiri di tengah ruang tamu.
Serentak itu juga Ariq menoleh. Keningnya terjongket
tinggi. Senyuman sinis turut dilemparkan. Terperanjat konon. Sendiri yang
mengundang padah.
“Lain kali jangan biarkan pintu terbuka kalau tahu
kau sorang-sorang dekat rumah. Nasib baik aku yang masuk. Kalau orang lain
macam mana?”
“Errr…” Azza terkedu. Sedar dia cuai tapi dia bukan
sengaja. Dia nak cepat. Risau kalau dia berlengah, Ariq akan memarahinya.
“Lama lagi?”
“Sekejap. Ada
sikit lagi barang yang aku nak ambil.” Azza masuk semula ke dalam bilik. Tak
jadi nak ambil berus gigi di dalam bilik air yang terletak di dapur. Tidak menyedari
Ariq mengekori langkahnya.
“Keciknya,” komen Ariq sebaik melihat keadaan bilik
tidur Azza.
Azza menoleh ke belakangnya sekilas. Ini dah kenapa
menyibuk dalam bilik tidur orang? Lepas
tu suka-suka hati pula nak kutuk. Pergilah tunggu dekat luar sana.
Ariq mendekati katil. Punggung dihenyak di birai
katil walau tidak dipelawa. Bantal ditepuk-tepuk. Tanpa silu direbahkan tubuhnya.
Baring dengan santainya. Kaki disilangkan dan kedua-dua tangannya diletakkan di
bawah kepala. Matanya memusat pandang pada Azza yang sudah bersila di atas
lantai di hujung katil. Senyuman senget tersungging di bibirnya saat menangkap
reaksi Azza.
Terbeliak mata Azza melihat perlakuan Ariq. Eh, boleh
pula baring-baring? Ingat dah dapat lesen suami tu boleh suka-suka nak buat
apa-apa ke? Aduh, mamat ni! Buang tabiat betul. Dan-dan semua yang dilakukannya
jadi serba tak kena. Jadi canggung. Terasa seperti mata Ariq tidak lepas
memandang dia.
“Banyak lagi ke?” Ariq bertanya bila melihatkan Azza
seperti tidak keruan. Apalah yang nak kalut sangat ni. Berkemas aje pun. Namun senyuman
sengetnya kembali terukir. Azza jadi begitu sebab dia memandang. Nampaknya adalah
modal nak mengusik gadis ini di kemudian hari.
“Done.” Laju
jemari Azza menekup mulut.
Masa inilah kau nak bercakap London, ya Azza Humaira.
Dia mengutuk dirinya sendiri. Inilah akibatnya bila lidah sudah terbiasa
berbicara bahasa asing. Mentang-mentang orang di depan ini orang bandar, terlepas
sahaja lidahnya menutur dalam bahasa itu.
Semakin senget senyuman Ariq. Dia bangkit dari
baringnya tetapi kekal duduk di birai katil. Wajah Azza dipandang. Sengaja
membuat gadis itu semakin tidak kena. Otaknya menafsirkan sesuatu. Kekalutan
Azza akan membuahkan sebuah kejujuran. Tiada paksaan.
Hesy, main renung-renung pula. Tahu tak hati dia tak
sekental besi nak menahan panahan mata tu. Sudahlah mata tu macam mata helang. Tajam
menikam. Azza gagahkan diri membalas pandang. Kali ini giliran dia pula
menjongketkan kening.
“Wondering,
who you are actually?” Kening Ariq menari-nari.
Crap!
Azza telan liur. Sekarang ni nak jawab ke atau berpura-pura tak faham? Hatinya
berbelah bagi. Yang di dalam ini sudah berperang. Sisi nakal suruh menidakkan.
Sisi baik suruh berlaku jujur.
“Kau cakap apa? Aku tak faham.” Sisi nakal menang.
“You are not
that stupid. I can see that.”
Ariq masih mahu melanjutkan perbualannya.
Hatinya kuat mengatakan Azza bukan berasal dari
kampung ini. Ya, betul Azza anak saudara Pak Long Aziz. Kenyataannya perwatakan
gadis ini tak macam gadis-gadis kampung yang pernah dia lihat. Malah sikap gadis
ini berbeza dengan Munira. Sepupu Azza yang acah-acah nak jadi orang bandar
tetapi makin menyerlahkan sisi kekampungannya.
“Boleh gerak sekarang tak? Aku tak mahu terserempak
dengan pak long atau Munira.” Azza memandang Ariq seketika sebelum berlalu
keluar dari bilik itu.
Dia harus bijak. Rahsia harus menjadi rahsia. Kalau
seronok sangat nak bertikam lidah dengan si pemilik mata helang ini, takut
perkataan yang bukan-bukan akan keluar lagi dari mulutnya yang tidak ada
insuran ini.
Ariq ketawa.
hoohohh...rahsia besar ni
ReplyDeleteMana ada besar.... kecik aje....
DeleteMakin hari makin menarik tertarik huhuhuh....memang the boom...
ReplyDeleteLagi yunk...pendek sngt arr bab 10 ni...^_*
Kak syahafiza.... nampak na tipunya tu.... sama aje panjangnya dgn part 9...
DeleteAdoiii.....mcm nak lg.....erkkkk...:p
ReplyDeleteadoiii... macam x blh lagi jer....
DeleteSiapa Azza???but Ariq yg garang n baran tu makin lama makin sweet pulak kan.. ;-)
ReplyDeletehehehehe.....
DeleteOoopa mysterious azza... who r u? Semakin best.
ReplyDeleteTq
DeleteSuka jgn stop ya
ReplyDeleteTq...hehe
DeleteArh.... x sabar for next entry
ReplyDeleteTq
Deleteciter semakin menarik..tak tipu really nak tahu...siapakah wanita misteri ini?
ReplyDeleteTq kak ida...
DeleteHurm.... Azzaaa..... Tutup muka.... tp ape ke halnyer ngintai dr celah jemari tuh??? Heh heh heh.... Ari nie sokong Ariq jp, biar dia siasat sapa Azza tu sebenonyer.... So... AArriqqq..... GANBATTE!
ReplyDeleteHahaha....kita tgk nnt mcm ariq nk korek kisah azza...m
Deletehua nak lagi so sweet
ReplyDeleteHehehe....sabar yer...
DeleteWow.....makin x sabar ni
ReplyDeletesabar kak sabar.....hehehehe
Deletekak syeena...mcm x puas je bc....hihihi... - jumay jue
ReplyDeleteKnp ku baru perasan....kikiki
Deletehuhhhh.. sweet ariq
ReplyDeletekannnnn....
Delete