Sunday, December 7, 2014

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI SUKA SUKI 5


"Marah lagi?" Akid berbisik. Dekat dengan telinga Amanda.

Amanda diam. Tak terkesan dengan bisikan menggoda Akid. Selamba sahaja menyisip kopi panasnya.

"Lately ni asyik marah-marah aje. Ada apa-apa ke?" Tangan Akid sudah melingkar di pinggang Amanda.

Amanda pantas menoleh.

Akid kenyit mata. Tersenyum kacak.

"Jangan nak fikir yang bukan-bukan, Encik Akid." Besar mata Amanda. 

Walau usia perkahwinan mereka baru menjangkau tiga tahun. Bukan halangan untuk dia tidak memahami apa yang ada dalam kepala Akid.

"Sayang yang selalu buat abang fikir bukan-bukan." Akid mengusik. 

Pelukan di pinggang Amanda dikemaskan. Sebelah tangan mencapai cawan. Disisip air kopi yang masih berasap.

"Dia buat salah kita pula yang kena." Amanda menjeling.

"Kita tak cakap pun dia yang salah." Akid bersuara setelah meletakkan cawan kopinya. 

"Abang!" Mata Amanda terjegil. Tidak suka kata-katanya dipermainkan.

"Hurmmm..." Akid menyahut. Sempat menghadiahkan ciuman pada pipi Amanda.

"Eee..." Spontan dia membalas dengan satu cubitan. Pipi Amanda sudah merona merah. Malu. 

Akid tersengih. Cubitan Amanda langsung tak terkesan. Malah lengan Amanda digosok manja. "Tell me." 

"Apa?" Suara Amanda mendatar.

"Merajuk dari semalam tak hilang-hilang. Malam pun tak pedulikan abang. Ingat nak bagi pahala pada Puan Zulfa Amanda tapi..." Akid berjeda. Merenung anak mata Amanda. Dalam.

Amanda ketap bibir. Tahu dia bersalah. Bukan Akid tak memujuk. Entahlah perkara kecil pun dia mudah tersinggung.

"Abang maafkan sayang. Abang pun nak minta maaf. Mungkin silap abang tak cakap betul-betul. Lupa nak bagitahu kita tengok tournament tu dulu. Tak sangka pula sayang terus pakai baju mandi."

"Okay." Amanda kalih pandang. Tak sanggup membalas renungan redup Akid. Akid tidak pernah gagal buat hati dia berdebar-debar.

"We are good?"

Tiada respon. Lama sebelum Amanda mengangguk.

"Jom masuk bilik. Buat apa yang sepatutnya kita buat malam tadi."

Amanda angguk.

Akid ketawa. Jelas Amanda tak dengar kata-katanya tadi.

"Errr...abang cakap apa?"

"Jom."Akid berdiri. Tangan dihulur.

"Pergi mana?"

"Bilik."

"Buat apa?"

Akid kenyit mata.

"Eee...tak naklah." Amanda menggeleng laju setelah dapat mencerna apa yang berlaku.

"Upah sebab sayang tak pedulikan abang." Akid masih hulurkan tangannya.

Amanda tarik muka. Baru nak romantis-romantis bersarapan di tepi kolam renang.

"Sayang..." 

"Teruklah abang ni." Amanda bangkit juga.

"Macam manalah abang nak marah sayang ni." Akid tersenyum. Pinggang Amanda dipaut. Kepala Amanda dikucup.

Amanda hanya mampu tersenyum.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

2 comments:

  1. so sweet... ini baru saling melengkapi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini terlebih gula tak....hahahaha...thanks kak sue sudi baca...

      Delete