Thursday, August 29, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 12



“Aduh! Ingatkan nak duduk kat dapur je hari ni. Baru dua hari tak datang dah menimbun fail. Itu belum jenguk hotel lagi. Entah apa agaknya yang menunggu,” bebel Amanda.

“Reen. Reen.” Amanda tersenyum sendiri. Idea Reen yang mewujudkan page dalam Facebook telah mendapat sambutan hangat. Ada tu yang dah tempah untuk majlis hujung tahun ini. Syukur Alhamdulillah. Setiap kesusahan Allah balas dengan kesenangan.

Amanda teringat mesej yang dibalas Cik Wani. Wanita itu berterima kasih atas nasihat yang diberikannya dan berjanji tidak akan bergaduh kerana lelaki dan juga berpesan kepadanya supaya berhati-hati kalau berjumpa dengan lelaki seperti Akid.

Ahhh… Akid. Terasa pening pula kepala Amanda bila teringatkan tuan empunya nama. Terlalu awal untuk dia menerima Akid. Biarlah Akid nak buat apa pun. Dia tak mahu perhubungan yang lebih dari seorang kawan. Dia merenung bunga ros kuning yang diletakkan dalam pasu di atas meja kerjanya. Tersungging senyuman di bibir Amanda.

“Huh, beranganlah tu. Baru dapat bunga dah tak keruan. Belum tuan punya badan ada depan mata,” Reen mengusik.

“Kau memang tak ada kerja ke? Dari pagi sampai petang tak habis-habis nak usik aku.” Amanda berpura-pura mengemas meja. Malu tertangkap tengah berangan.

“Siapa kata aku tak ada kerja? Sekarang ni tengah kerjalah. Kerja perhatikan kau. Bukan apa takut kau terlanggar meja ke, terjatuh dari kerusi ke. Maklumlah hari ni kan hari bahagia sedunia.” Reen masih mahu mengusik.

“Itu bukan kerja. Itu kepochi namanya.” Amanda menjulingkan mata dan tangan diletak di bahu.

Whatever. Kau berkemas-kemas ni nak pergi mana? Baru pukul lima. Selalu tunggu sampai Maghrib?”

“Nak pergi main bola jaring. Nak ikut?” ajak Amanda.

What?! Kau kan belum betul-betul baik. Nanti sakit balik macam mana?”

“Kau ni sama macam Along aku lah. Bersukankan bagus untuk kesihatan. Barulah badan sihat dan cergas.”

“Sama? Hahaha…” Reen tertawa menutup rasa gugup. Dia memang pantang kalau Amanda petik nama Adwan tapi dia sedar siapa dirinya.

“Alamak! Matilah aku.” Amanda kelam kabut mencapai telefon bimbitnya.

“Apasal?” Reen memandang Amanda.

“Lupa nak bagitahu kat abang aku.” Amanda sibuk menekan-nekan butang menghantar mesej pada Adwan. Selesai semuanya, telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja.

“Dia tahukan kau kat sini?” Reen membuat muka hairan.

“Tahu. Konon-konon dia ambil alih tugas papa. Kena update status.”

“Macam-macamlah korang ni. Main kat mana?”

“Kompleks Mutiara. Jomlah. Kau pun dah lama tak jumpa Kak Wan kan.” Amanda cuba memujuk Reen.

“Memang dah lama sangat tak jumpa Kak Wan tu. Cuma aku ada hal sikit petang ni. Lain kali kalau kau cakap awal, aku ikut.” Reen tersengih.

“Hmmm… nak buat macam manakan. Lydia mana? Dia mesti seronok kalau dapat main bola jaring.”

“Nyonya tu pukul tiga lagi tadi dah keluar. Pergi jumpa pembekal lepas tu terus balik.”

“Pergi soranglah nampaknya. Jumpa kau esok.” Amanda mencapai beg plastik di tepi meja dan keluar dari bilik.

###

Amanda sampai di Kompleks Mutiara lebih kurang pukul lima setengah petang. Dia meletakkan keretanya agak jauh dari dewan. Kasut sukan Adidas warna biru terang disarung kemas. Dia mengenakan baju-t lengan panjang dan seluar sukan warna hitam berjalur pink juga dari jenama Adidas. Pendek kata dia memang kipas susah mati jenama Adidas.

“Assalammualaikum.” Amanda memberi salam sebaik menghampiri sekumpulan wanita yang sedang membuat senaman ringan. Dia perasan terdapat sekumpulan lelaki yang juga sedang membuat senaman ringan di gelanggang bola tampar.

“Waalaikummussalam,” jawab mereka hampir serentak.

“Amanda!” Kak Wan menjerit dan bangun memeluk Amanda.

“Kak Wan!” Amanda membalas pelukan kakak angkatnya.

“Wah, sejak-sejak dah jadi bos ni makin cantiklah adik kakak ni,” puji Kak Wan. Dia memerhati Amanda atas bawah. Persis model. Patutlah lelaki-lelaki kat sebelah sana tak berkelip memandang.

“Biasa-biasa ajelah kak,” balas Amanda tersipu-sipu.

“Betullah cantik. Dulu pakai baju tu kalau boleh sampai cecah lutut. Sekarang bukan main lagi, pasang badan. Ada apa-apa ke?” usik Kak Wan.

“Memandai aje Kak Wan ni. Akak kan dah lama tak jumpa saya. Nasib ada Facebook. Boleh roger-roger.”

“Aah kan dah lama juga kita tak jumpa. Reen dengan Lydia mana?”

Diaorang ada hal kak.”

“Ooo… Amanda, kenalkan diaorang ni semua kawan sepejabat akak. Ada tournament tak lama lagi ni. Kita orang tak ada GA. Tu yang teringatkan Amanda.”

Amanda angguk kepala dan bersalam dengan semua yang ada di situ.

“Saya ni dah lama tak main. Tak tahulah, Kak Wan. Rasanya dah tumpul ni.”

“Kalau dah tumpul, meh kita asah kasi tajam sikit.” Kak Wan menghulurkan bib yang tertera perkataan GA.

“Kak Wan bagi saya jadi GS dululah. Lepas set pertama nanti kalau okey saya tukar,” pinta Amanda. Dia masih ragu-ragu dengan tahap kesihatan dirinya.

“Gee, kau jadi GA dulu. Kita bagi cik adik manis ni jadi GS,” arah Kak Wan.

No problemo. Tapi harap sangat Amanda boleh main GA. Saya pun dah tak larat nak lari sana lari sini. Maklumlah dah masuk tiga puluhan ni rasa macam dah boyak,” jawapan selamba Gee disambut dengan gelak ketawa.

“Dah, dah. Jom.”

Botol minuman berisi air mineral di teguk. Nafas Amanda tercungap-cungap. Peluh di dahi dikesat. Mata dia dipejam celik pejam celik. Pemandangan disekelilingnya macam berpusing. Inilah padahnya kalau dah lama sangat tak bersukan.

“Penat?” soal Kak Wan bila dilihat Amanda macam nak pitam.

“Pancit kak. Baru lima belas minit. Macam dah lama gila.” Amanda mengeluh.

“Adik akak ni tak sihat ke? Kalau tak sihat tak apa. Duduk dulu. Set ketiga nanti baru masuk balik.”

It’s okay, Kak Wan. Lepas rehat ni boleh lagi. Gian pula.” Amanda tertawa kecil menyembunyikan rasa kurang selesa.

“Betul ni?” soal Kak Wan minta kepastian.

Amanda menunjukkan isyarat boleh.

“Kak Gee, kita tukar tempat. Dah gian nak berlari luar kotak D ni.” Amanda mencuit bahu Gee. Bib bertukar.

Masing-masing mengambil tempat yang telah ditetapkan. Sebaik wisel permulaan dibunyikan semua bergerak. Bola berpihak kepada pasukan Amanda. Suzana sebagai Centreatau C melambung bola kearah Amanda. Amanda pantas menangkap bola tersebut. Dia kemudian menghantar kepada Gee. Gee cuba menjaringkan gol tapi tak berjaya. Bola melantun balik dan berjaya disambar Amanda walaupun telah ditepis Syasya yang bertindak sebagai GK. Sekali cuba, Amanda berjaya. Mereka bertepuk tangan. .

Semua bersedia untuk balingan ke dua. Amanda bergerak ke hadapan. Dia melompat tinggi dan cuba mencapai bola yang dilambung pasukan lawan. Bola berjaya ditangkap tetapi Amanda silap percaturan sebaik kaki mencecah tanah. Kaki kanannya terseliuh.

“Aduh!” jerit Amanda.

Kak Wan berlari mendapatkan Amanda. Mereka yang lain turut sama mengerumuninya.

“Ya Allah! Amanda, okey tak ni?” soal Kak Wan risau.

“Sakitlah, Kak Wan,” Amanda mengadu bila cubaan dia untuk bangun tak berjaya. Dia membelek pergelangan kakinya. Terasa ngilu di bawah buku lali.

Hesy… sekejap, sekejap. Gee, you tolong papah sebelah. Kita bawa dia ketepi dulu. Yang lain teruskan. Rita ganti tempat Amanda,” arah Kak Wan.

Gee menurut. Amanda dipapah ke tepi gelanggang.

Kak Wan segera menanggalkan kasut sukan dan setokin Amanda.

“Gee, takpe you teruskan main. I jaga dia.” Kak Wan mencapai begnya. Minyak urut dikeluarkan. Dia menuangkan minyak ke atas kaki kanan Amanda.

“Tahan sikit Amanda. Kak Wan nak urut ni.” Dengan lafaz Bismillah Kak Wan mengurut perlahan kaki Amanda.

Amanda hanya menyeringai menahan sakit dan geli.

Selesai berurut, Kak Wan menyarungkan ankle guard di kaki Amanda untuk elakkan masuk angin.

“Maaflah, adik manis. Terseliuh pula kaki awak ni.”

“Apa maaf-maaf ni, Kak Wan? Salah saya sendiri. Melompat tak ingat dunia. Konon nak lepas gian sampai lupa diri.”

“Kesian adik kakak ni. Tak apalah, Amanda rehat dulu dua tiga hari. Dah susut bengkak tu baru praktis balik. Tapi kalau memang dah tak boleh tak apa. Kak Wan tak nak paksa. Takut melarat pula nanti.”

“In Shaa Allah, Kak Wan. Dua tiga hari ni nanti susutlah. Bukan tak biasa kena macam ni. Adat bersukan kan. Kalau tak boleh terkena sikit baik tak payah bersukan.”

“Nak balik macam mana ni? Boleh bawa kereta ke?” tanya Kak Wan.

“Nanti saya suruh Along saya ambil. Kak Wan pergilah sambung main tu. Saya duduk sini dulu.”

“Okey. Kalau macam tu nanti roger-roger tau.”

Don’t worry. I will.” Amanda mengangguk dan tersenyum. iPhone dicapai. Dia mendail nombor Adwan. Agak lama berdering tetapi tidak berjawab. Dia mencuba lagi.

“Hello.”

“Hello. Assalammualaikum, Along. Along kat mana? Sibuk tak?” tanya Amanda.

“Waalaikummussalam. Tengah mesyuarat. Kenapa?” jawab Adwan.

“Lama lagi tak?” Amanda bersuara lemah. Dia tahu Adwan kalau dah bermesyuarat memang ambil masa yang panjang.

“Baru lima belas minit mula ni. Kenapa sebenarnya?” soal Adwan risau.

“Hmmm… tak ada apa-apalah.”

“Okey. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Alah mesyuarat pula Along ni. Nak mintak tolong siapa ni. Rasanya kaki ni tak larat nak pijak pedal minyak. Ngilu pula tu. Amanda mengerling jam di tangan. Dah pukul enam suku. Dia cuba mendail nombor Reen. Tak berangkat. Kali kelima mencuba, dia mengalah. Nombor Lydia pula di cuba. Tak berjawab juga. Nak telefon Datin Afia takut mamanya bising. Orang tak bagi gerak ke mana-mana nak buat juga.

Siapa ek dia nak minta tolong ni. Telefon bimbit di pandang. Tertera nombor mr. ddg. Nak telefon ke tak, ke nak. Amanda serba salah. Dia tak mengharap Akid akan menolongnya. Takut mengganggu masa senggang Akid. Namun pesanan ringkas melalui whatsapp dihantar.

Amanda: Assalammualaikum. :-[

Tiada balasan. Mesti Akid sibuk. Tak apalah. Kalau lagi lima minit Akid tak jawab, dia akan telefon teksi.

Mr. ddg: Waalaikummussalam. Maaf tak perasan. In the middle of meeting. L

Memang hari ni hari mesyuarat sedunia agaknya. Amanda mengetuk kepala dengan iPhonenya.

Amanda: Opsss... mengganggu pulak. Takpelah tak nak kacau awak. Maaf ya. ;-)

Mr. ddg: It’s okay. Masih di kedai atau you dah balik?

Amanda: Kedai tak. Rumah pun tak.

Mr. ddg: Where? o_O

Amanda: Kompleks Mutiara.

Mr. ddg: Buat apa dekat situ? Bukan you baru baik sakit ke? =-O

Amanda: Training netball. helping my pet sis. :-P

Mr. ddg: Hmmm… =-O

Amanda: Nak mintak tolong boleh tak? Pick me up. Tak boleh drive. Sprained ankle.

Tiba-tiba lagu Mirror nyanyian Justin Timberlake bergema. Mr. ddg. Nak angkat ke tak ni. Amanda serba salah.

“Hello, Assalammualaikum.” Amanda menjawab lembut. Gementar sebenarnya. Pertama kali bercakap dengan Akid di telefon.

“Waalaikummussalam. Teruk sangat ke kaki you tu?” terjah Akid. Nada suaranya kedengaran sedikit cemas.

“Errr… awakkan tengah mesyuarat. Tak mengganggu ke?” jawab Amanda perlahan.

“I excuse sekejap. You kan tak sihat lagi? Tengok sampai sprained ankle bagai.” Kedengaran tegas suara Akid.

Amanda menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinga. Membebel dah macam Along pula mamat romeo ni.

“Amanda! Amanda! You dengar tak apa I cakap ni? Kenapa diam?”

“Ya. Ya. Dengar.” Acuh tak acuh Amanda menjawab.

You stay there. Lagi lima belas minit I sampai.” Talian telefon terus dimatikan.

Amanda memandang telefon bimbitnya. Aikkk… marah tak tentu pasal pula mamat ni. Kalau tak boleh nak tolong takpelah. Tak payahlah nak meroyan. Amanda merengus.

Amanda mengemaskan barang-barangnya. Kasut sukan dibuka digantikan dengan selipar Adidas. Dia cuba bangun. Kakinya terasa berdenyut-denyut. 

“Kak Wan! Kak Wan!” laung Amanda.

Kak Wan menoleh. Dia beri isyarat tunggu sekejap. Wisel penamat ditiupkan.

Yes. What can I do for you, princess?

Hesy, mengadalah Kak Wan ni. Nak mintak tolong boleh tak?” Amanda buat muka kesian.

“Hmmm… ada upah?” usik Kak Wan.

“Upah? Seminggu minum petang percuma kat Lovely Bakery,” polos Amanda menjawab.

“Main-main ajelah. Apa dia?”

“Minta tolong papahkan saya ke luar dewan. Sekejap lagi kawan saya datang ambil.”

“Okay. Meh sini beg tu, akak pegangkan sekali.” Kak Wan membantu memapah Amanda berjalan ke luar dewan.

Sewaktu melintasi gelanggang bola tampar, kedengaran siulan nakal rakan-rakan sekerja Kak Wan.

Amanda hanya tersenyum.

Kak Wan dah jegilkan matanya.

Akid terus parkirkan keretanya di depan pintu dewan. Dia segera masuk ke dalam.

Tiba-tiba siulan nakal rakan-rakan Kak Wan hilang. Semua mata tertumpu ke pintu dewan. Terdengar keluhan mereka.

“Kalah kita siot.”

“Tu lah korang tak ukur baju di badan sendiri.”

“Cuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.” Kemudian mereka ketawa.

Amanda hanya tertunduk malu.

“Siapa tu Amanda? Pakwe baru ke?” bisik Kak Wan. Dia pun kagum dengan penampilan Akid. Kemas dan bergaya dengan baju pejabat plus hensem.

“Kawan ajelah, Kak Wan. Along tak dapat datang. Telefon Reen dengan Lydia, diaorang tak angkat.”

Hensem,” puji Kak Wan.

“Mahu tak hensem. Saya sendiri tak cukup oksigen,” Amanda berbisik.

Akid membuka pintu kereta.

Amanda memperkenalkan Kak Wan pada Akid.

Audi R8 hitam tu. Tak boleh blah,” bisik Kak Wan.

Amanda ketawa kecil. “Kak Wan, upah yang saya cakap tu on tau. Telefon dulu nanti senang. Ajaklah yang lain sekali,” kata Amanda sebelum masuk ke dalam kereta Akid.

“Terima kasih. Dah, awak tu banyakkan berehat. Jangan nak menjengket aje.” Kak Wan mengenyitkan matanya dan tertawa nakal.

Amanda hanya menggelengkan kepala.

“Kita pergi klinik dulu?” Akid bersuara sebaik kereta bergerak keluar dari Kompleks Mutiara.

No need. Just send me to Lovely Bakery.”

“Teruk sangat I tengok kaki you tu. Kita singgah klinik dulu eh,” pujuk Akid.

“Sikit aje ni. Saya letak minyak panas aje pun dah okey. Dua tiga hari baiklah ni.”

“Bengkak tu memanglah boleh susut. Rasa ngilu tu lambat hilang.”

“Ya lah. Ya lah.” Amanda mengalah. Akid disebelah yang tersenyum dikerlingnya. Oh, no! Tolong jangan senyum. Mama, oksigen ma. Oksigen. Sesak nafas ni.

“Hmmm… kenapa tak balik rumah terus?” soal Akid setelah membawa Amanda ke klinik.

“Ada kerja sikit,” balas Amanda pendek.

“Aikkk, you buat ot selalu ke? Bos yang suruh?” soal Akid bertalu-talu.

“Saja tolong bos. Kesian pula. Bertimbun dokumen belum difailkan.” Takkan nak cakap dia bos. Kerja bos memang tak pernah habis.

“Untunglah bos you. Eh! Tadi you pergi kompleks naik apa?”

“Alamak! Lupa pula kereta saya. Takpelah nanti saya minta Reen ambilkan.” Macam mana dia boleh lupa ni. Amanda menepuk dahi.

So, nak balik rumah macam mana?” soal Akid semula.

“Hmmm… nanti saya mintak tolong Reen. Tak nak menyusahkan awak. Awak dah tolong ambil dan bawa saya ke klinik pun dah kira baik.” Amanda dapat menangkap maksud pertanyaan Akid. Mesti Akid nak hantar dia ke rumah. Kantoi dengan Along nanti.

Akid mengeluh. Kenapalah Amanda masih nak berahsia sangat dengan dia. Mungkin Amanda ingat dia tak ikhlas nak berkawan. Yalah. Rekod dia kan buruk. Player. Playboy.

Akid menghantar Amanda sampai ke dalam kedai. Mulanya Amanda menolak tapi Akid berkeras.

Akhirnya Amanda membiarkan sahaja Akid memapahnya. Darurat. Terencut-encut Amanda berjalan. Amanda didudukkan di atas sofa. Selesa sikit.

Thanks. Awak tak nak minum dulu?” pelawa Amanda. Cuba mententeramkan aturan nafasnya yang sedikit lari dari rentak.

Apa yang Amanda tidak tahu, Akid turut merasai rasa yang sama. Kedudukan mereka yang sangat rapat tadi membuatkan jantung Akid sendiri macam nak terlompat keluar.

Thanks but no, thanks. I kena balik ofis semula. Mesyuarat sambung pukul lapan,” jawab Akid tersenyum. Menggoda.

Amanda mengalih seketika pandangannya. Hari-hari macam ni boleh sesak nafasnya.

Sorry again. Tak pasal-pasal kena tangguh mesyuarat,” kata Amanda serba salah.

It’s okay. Got to go. Don’t forget to take your pills. See you.”

Bye.” Amanda tersenyum. 

4 comments: