DINI terkocoh-kacah bersiap untuk ke pejabat. Dia perlu
gerak seawal tujuh pagi. Itupun selepas dia menerima pesanan ringkas memaklumkan
ada mesyuarat tergempar pukul lapan nanti.
“Mesyuarat apa pula tengah-tengah bulan ni? Jangan
nak minta report pula. Rajin pula aku
nak buat sebelum waktunya.” Dini membebel sambil bersiap.
Dini hanya mengenakan kain batik cokelat gelap
bersusun tepi dipadankan dengan baju warna kuning air tanpa corak. Shawl bercorak warna senada turut
dikenakan di kepalanya.
Selesai semuanya Dini terus keluar tanpa bersarapan.
Tinggal berseorangan mudah. Bebas. Tak ada yang suruh buat itu buat ini. Itu
pun puas memujuk papa dan mamanya. Rumah yang dia duduk sekarang tak jauh pun
dari rumah keluarganya. Cuma dia ingin berdikari.
Tepat pukul tujuh setengah Dini sudah sampai di
pejabat. Ada setengah jam sebelum mesyuarat bermula. Beg tangan di campak
sahaja di atas mejanya. Dia terus berlalu ke pantri.
“Assalammualaikum, Mak Siti,” tegur Dini ramah. Dia
terus mengambil muk dan membancuh sendiri Cokelat Panas Cadbury 3 in 1.
“Waalaikummussalam. Eh, Cik Dini! Kenapa tak cakap
nak minum? Mak Siti boleh buatkan.” Mak Siti memandang Dini dengan rasa
bersalah.
“Alah… Mak Siti. Air segera. Mengada sangat nak
suruh orang buatkan. Saya masuk dulu, Mak Siti.” Dini tersenyum dan berjalan
keluar menuju ke biliknya.
“Cik Dini!” Grace, pembantu peribadi Dini menggamit.
“Hmmm…” Dini berhenti sebentar di meja Grace.
“Morning,
Cik Dini. Cik Dini tahu tak kenapa ada meeting
pagi ni?” soal gadis genit itu.
“Morning.
Entah. Jangan bos besar minta report
sudah. Saya belum buat apa-apa pun.”
“Meeting
ni bukan pasal benda tu semua. Dengar kata nak kenalkan pengurus operasi baru. Handsome, Cik Dini.” Grace dah
tersenyum-senyum.
“Baguslah. Tak adalah Encik Amar tu kelam kabut sorang-sorang,” balas Dini acuh tak
acuh. Dia terus berlalu masuk ke biliknya.
“Katanya adik Encik Amar, Cik Dini,” Grace turut
masuk ke dalam bilik Dini.
“Itu lagi bagus. Senang kerja adik-beradik.” Dini
bersandar sambil menghirup minumannya.
“Cuba Cik Dini bayangkan. Mesti adik Encik Amar tu handsome macam Encik Amar.” Grace
tersengih.
“Grace…sudah-sudahlah tu. Tak payah nak berangan
sangat. Sekali adik Encik Amar tu mata juling. Gigi sumbing. Pipi berjerawat.”
“Euwww… Cik Dini ni. Ke situ pula. Takkanlah.” Grace
dah buat muka geli.
“Jom. Baik kita masuk cepat. Manalah tahu hari ni
angin bos besar tak berapa nak baik.” Dini dah berdiri dengan buku nota dan pen
di tangan.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bilik
mesyuarat.
Dini memilih untuk duduk jauh sedikit dari meja
utama memandangkan ini bukan mesyuarat pengurusan. Baru sahaja melabuhkan
punggung, telinganya menangkap perbualan beberapa orang staf perempuan yang
duduk di depannya.
“Handsome
gila pengurus baru tu,” ujar gadis bertudung biru.
“Eee… tak sabarnya nak kerja sama-sama dengan dia.”
Si baju merah pula bersuara.
“Hari-hari cuci matalah kita,” sampuk gadis
berkebaya nyonya.
Pecah ketawa ketiga-tiganya. Gedik.
Dini memandang Grace yang tersengih-sengih duduk di
sebelahnya. Dalam hati mengutuk kata-kata pujian yang dilemparkan ketiga-tiga
gadis ini. Matanya difokuskan ke hadapan bila bos besar sudah munculkan diri.
Dini hanya menundukkan muka sepanjang mesyuarat
berlangsung. Malas nak ambil tahu kata-kata kosong bos besarnya. Tak penting
mana pun pada dia. Suara-suara sumbang di sekelilingnya yang bagaikan langau
memekak langsung tidak dipedulikan. Grace dah beberapa kali menyiku lengannya.
Dia hanya berdecit.
"Saya kenalkan Pengurus Operasi Armada yang baru,
Encik Ajad Safiy," beritahu Dato’ Salleh, CEO syarikat.
Dini mengangkat mukanya. Nak tahu juga orangnya
bagaimana. Sama ke seperti yang digembar-gemburkan.
Crap! Sukar nak mempercayai apa yang dilihat di depan
mata. Tak mungkin. Bibir dikemam rapat.
Ajad memandang sekeliling. Tersenyum pada semua
pekerja sebelum berhenti tepat pada wajah Dini. Mengamati wajah Dini sebelum
tersungging senyuman senget di bibir.
Double crap! Dia ingat akulah. Dini mengetuk kepalanya.
“Kenapa, Cik Dini?” Grace menyoal bila dilihat Dini
mengetuk kepala berkali-kali.
“Migrain,” bohong Dini.
“Jomlah kita keluar dulu. Saya temankan Cik Dini.
Malas pula nak join minum pagi ni.”
Grace bangun.
“No need,
Grace. Awak pergi minum dulu. Sekejap lagi hilanglah migrain saya ni.” Dini
tersenyum.
Grace angguk dan terus keluar menyertai yang lain.
Kenapalah dalam banyak-banyak orang si abjad tu
boleh jadi adik Encik Amar. Memang tak senanglah hidup aku. Dini menggumam
sendiri.
Tanpa Dini sedari seseorang datang menghampirinya.
Dini panggung kepala bila terperasan bayangan orang
berdiri di sebelahnya. Rasa macam nak tercekik melihat wajah orang yang memang
dia tak ingin nak berjumpa. Spontan dia terus berdiri.
"Gadis dobi... What a surprise." Ajad masih dengan senyuman sengetnya.
"Tak payah nak surprise sangatlah." Dini mencebik.
"Tak cukup eh gaji kat kedai dobi sampai
sanggup jadi tea lady dekat
sini?" Ajad menari-narikan keningnya.
"Tea lady?"
Dini memandang dirinya atas bawah.
Ada rupa tea
lady ke dia ni. Tak guna punya mamat sengal.
"Yalah. Takkanlah kau officer kat sini kan." Ajad mencemik.
Dini dah panas hati. Rasa macam nak cili aje mulut
si Ajad a.k.a Abjad ni.
"Ardini, puas saya cari awak. Dah
kenal-kenallah dengan Ajad ya?" tegur Amar.
"Kenal sangat, Encik Amar," sahut Dini
dengan muka meluat memandang Ajad.
"Oh, baguslah. Ajad, Dini ni..."
"Encik Ajad nak minum apa tadi? Kopi kan? Saya
pergi buat sekejap." Dini lekas-lekas memotong percakapan Amar.
Biarlah Si Ajad a.k.a Abjad tu ingat dia tea lady dekat situ.
"Kurang manis," sempat Ajad berpesan
sebelum Dini beredar.
Dini julingkan mata.
Amar terpinga-pinga. Sejak bila pula Dini tukar
profesion. Mak siti cuti ke? Dia garu kepala.
“Mana bilik aku?” tanya Ajad memandang Amar yang
masih memerhati Dini.
Tiada respon. Ajad menoleh ke sisinya.
“Hoi! Kau jangan lebih-lebih, Amar. Aku report kat Nana nanti,” sergah Ajad bila
kata-katanya tidak disambut Amar.
“Kau ingat aku tak waras.” Amar menjeling.
Dia masih tertanya-tanya apa motif Dini yang juga kawan
baik tunangnya berkata sedemikian. Ada wayar tercabut agaknya dekat kepala si
Dini ni.
Sementara itu di pantri pejabat.
“Mak Siti, pengurus baru tu nak kopi pekat
manis-manis,” beritahu Dini.
“Biar betul, Cik Dini? Pengurus baru tu tak takut
kena kencing manis ke?” Mak Siti terkebil-kebil pandang Dini tapi tangannya
pantas membancuh air kopi seperti yang diminta.
“Saya pun pelik. Orang muda sekarang memang dah tak
hairan nak jaga kesihatan agaknya, Mak Siti.”
“Agaknyalah, Cik Dini.” Mak Siti menunduk membuka
kabinet bawah untuk mengeluarkan dulang.
Dini memasukkan beberapa sudu gula lagi dan ditambah
sesudu garam.
“Mak Siti pergi hantarkan dulu, Cik Dini,” beritahu
Mak Siti selepas meletakkan muk yang berisi air kopi ke atas dulang.
Dini mengangguk dan tersenyum. Apa agaknya reaksi si
abjad tu kan.
“Cik Dini. CEO nak jumpa,” beritahu Grace yang
tiba-tiba terpacul di pintu pantri.
“Okey.” Dini berjalan dengan senyuman kemenangan
terpamer di bibirnya.
MAK LIMAH menguak perlahan pintu bilik Amar. Dia melemparkan
senyuman pada kedua-dua jejaka di hadapannya. Mulanya tadi dia pergi ke bilik
pengurus baru tu tetapi tiada seorang pun di sana. Itu yang dia ke sini.
“Jemput minum, encik.” Pelawa Mak Siti sebaik
meletakkan muk di depan Ajad.
“Terima kasih.” Ajad terus mengambil dan meminumnya.
Tersembur keluar air kopi yang diminum Ajad sebaik
air kopi itu masuk ke dalam mulutnya. Habis basah meja kerja Amar.
“Ke…kenapa, encik?” tanya Mak Siti takut-takut.
“Kenapa ada rasa garam? Manis pula tu. Tak
pasal-pasal boleh kena kencing manis saya ni.” Muka Ajad dah cemberut.
Amar di depannya dah tersenyum-senyum.
“Cik Dini cakap encik suka yang manis-manis. Itu
yang saya lebihkan gula tapi saya letak gula aje tak ada pula letak garam.” Muka
Mak Siti dah berkerut-kerut. Cuba mengingati bagaimana dia bancuh air kopi itu tadi.
Terburai terus ketawa Amar mendengar jawapan Mak
Siti. Sah, Dini memang nak kenakan Ajad. Gadis itu memang pantang kalau orang
tak tahu menghormati orang lain. Ada saja agendanya.
“Dia dekat mana sekarang?” tanya Ajad dengan muka
merah padam bila mendengar nama Dini.
“Bilik CEO.”
Ajad terus keluar.
“Mak Siti tolong bersihkan, ya. Jangan risau. Adik
saya tu marah dia sekejap aje,” arah Amar. Dia menuruti jejak Ajad.
Dato’ Salleh mendongak bila pintu biliknya dikuak
kasar dari luar.
“Ajad,” tegur Dato’ Salleh. Keningnya terangkat
tanda bertanya ada apa.
Dini hanya menundukkan mukanya. Tahu sangat mesti si
Ajad a.k.a Abjad nak mengamuk tu. Dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang
berlaku. Wajah tenang setenang-tenangnya dipamerkan.
Ajad menghampiri meja Dato’ Salleh.
Amar yang sudah berdiri dibelakang adiknya bergerak
masuk dan duduk di sofa tetamu.
“Kau kenapa? Ada masalah apa dengan aku? Kalau tak
reti buat air tak payah nak jadi tea lady
sangat,’ Ajad menghamburkan kemarahannya. Entah kenapa hanya kerana secawan air
kopi darah mudanya mendidih.
“Tea lady?
Siapa?” tanya Dato’ Salleh kebingungan. Dia memandang Ajad dan Dini silih
berganti.
“Perempuan ni.” Ajad menjuihkan bibirnya kepada Dini.
Dini mengangkat muka dan tersengih memandang Dato’
Salleh.
Dato’ Salleh tersenyum. Pasti anak bujangnya ada
melakukan sesuatu pada Dini. Dia arif benar dengan kenakalan anak gadis ini.
“Ardini Syaza. She’s
our great accountant, Ajad,” beritahu Dato’ Salleh.
“What?!”
Ajad rasa macam nak terjun bangunan lima belas tingkat itu.
Gadis dobi ni akauntan? Aduhhh… mana nak letak muka
ni. Dahlah dia mengutuk Dini kaw-kaw.
“Amar nak bagitahu, abah. Tapi abah tahulah Ajad ni
macam mana,” ujar Amar sambil tersenyum-senyum.
Dini berpaling pada Ajad. Dia menghadiahkan senyuman
sinis pada jejaka berlagak itu.
Ajad membetulkan tali lehernya. Macam nak tercekik
pun ada.
“Ajad, Ajad.” Dato’ Salleh menggelengkan kepalanya.
“Tak pasal-pasal,” giat Amar menambah rasa malu pada
adiknya.
“Diamlah kau.” Ajad menjeling.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Req grup untuk baca teaser bagi bab2 seterusnya http://www.facebook.com/groups/460780710692490/
Req grup untuk baca teaser bagi bab2 seterusnya http://www.facebook.com/groups/460780710692490/
assalamualaikum sis mcm biasalah bestttttttt nak lagi heeeeee
ReplyDeletewaalaikummussalam....tungguuuu...
Deletebest!!! sangat!!!!!!! kak syeena, nak lagi!! *kenyit2 mata* hehe
ReplyDeletetq......nak lagi kena tungguuuuuuuu.....
Deletefall in love with character Dini yg selamba dan beryakinan tinggi..bila keluaq ngan mamat yg fikir dia handsome macho dan kaya giler dan tak agak agak smash mamat sengal ni bila ada kesempatan... kan...
ReplyDeletekan kak...tak semua watak perempuan dalam novel kena lemah...dlm dunia realiti ada karakter macam dini...
DeleteW...akk ader citer bru...fuhh penat marathon bc...best laa kak....makin lmbt laa n siap edit CUMA DIA KEKASIHKU. tu klu d nk mintak n3 baru citer ni....hehe...ayman adni bley dapat ntry baru x???...hihihihi
ReplyDeleteciter cuma dia kekasihku tgh all out....bakal menyusul kau? dia...sambil2 ajad n dini....ngeeeee... love cinta hanya ada teaser ajer....
DeleteBEST.
ReplyDeleteNk lg.. ^-^
ReplyDeletetungguuuu...
DeleteOhsemmm
ReplyDeletetq.....
DeleteKu tlah jtuh cinta...ngeee
ReplyDeleteai pun sama....ekekekeke....
Deletetq cik baba....
ReplyDeleteBEST LA....NK lagi PleaSe?
ReplyDeleteTq sis....
Deletehhhaa..gaduh2 manja...
ReplyDeletemanja eh.....kikikiki....tq wynona sudi baca...
DeleteBestttt....ajadini
ReplyDeleteTq mona...
Delete