Huarghhh….
Amanda menggeliat. Cuba menghilangkan rasa sengal di badan. Jam di dinding
dikerlingnya. Baru pukul lima empat puluh pagi. Dahi dipegang. Panas pun dah
kurang. Bolehlah dia pergi ke kedai hari ni.
Sayup-sayup
kedengaran azan Subuh berkumandang dari masjid berhampiran. Amanda segera
mencapai tuala. Dia mahu menghadap Yang Maha Esa. Memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi atas dugaan yang diturunkanNya. Menghambakan diri kepadaNya.
Menginsafi apa yang berlaku kepada diri dia kebelakangan ini.
Amanda
keluar dari bilik setelah puas membelek dirinya di depan cermin. Sambil
menuruni anak tangga, dia menyanyi kecil. Lagu Stronger nyanyian Kelly
Clarkson menjadi pilihan. Entah kenapa lagu itu seolah memberi dia kekuatan.
Nyanyian ceria Amanda terdengar hingga ke ruang makan.
Adwan
yang sedang bersarapan memandang mamanya.
Datin
Afia hanya tersenyum.
“Ini
mesti ada sesuatu yang dia sorok dari kita ni, mama.”
“Alhamdulillah.
Biarlah dia. Please, don’t start.”
Datin Afia memberi amaran.
“Assalammualaikum,
semua.”
“Waalaikummussalam.”
Adwan dan Datin Afia menjawab serentak.
Pipi
Datin Afia dikucup. Pelukan erat turut diberikan.
Adwan
memandang Amanda atas bawah. Adiknya nampak cantik hari ni. Blaus putih lengan
panjang, seluar hitam dan dipadankan dengan selendang biru cair serta diserikan
dengan tali pinggang kecil persis model muslimah.
“Gembira
nampak. Dah sihat ke?” soal Adwan.
“Alhamdulillah,
dah kurang,” jawab Amanda sambil tangannya ligat menyapu jem strawberi di atas
roti. Air kopi dituangnya. Semerbak harum aroma kopi memenuhi ruang makan rumah
banglo tiga tingkat itu.
“Nak
pergi mana dah bersiap cantik ni?” soal Datin Afia pula.
“Pergi
kedailah, ma. Mana lagi.” Roti disumbat ke dalam mulut. Mata-mata yang
memandang tak dihiraukan.
“Sayang,
Amanda kan baru baik. Rehat dululah sehari dua. Qaireen dengan Lydia kan ada,”
Datin Afia cuba memujuk Amanda.
“Ma,
bosanlah asyik baring, tidur, makan je. I
Need to refresh myself.”
“Betul-betul
dah sihat ke atau ada benda lain?” soal Adwan curiga. Keningnya bertaut. Biasanya
paling cepat adiknya baik dari sakit lebih kurang tiga hingga empat hari.
“Apasal
pandang orang macam tu? Orang cantik sangat eh hari ni?” Amanda membelek dirinya.
Okey aje semua yang dia pakai.
“Nothing, just… curious.”
“Eeee…
tak ada apa-apalah. Orang nak pergi kedai je. Ni kepala otak ni asyik
teringat-ingat kat Lovely Bakery.
Hidung ni kalau sehari tak bau roti memang tak keruan. Tangan ni lagilah gatal aje
kalau tak main dengan tepung,” jawab Amanda sambil jari telunjuk kanan dituding
ke kepala kemudian ke hidung dan tangansengaja digaru.
Adwan
julingkan mata dan tangan letak di bahu.
Amanda
memukul manja badan abangnya.
“Sakitlah.
Tak padan demam.” Adwan menggosok badannya. Dia menyambung kembali suapannya
yang terganggu dek pukulan Amanda.
“Mama…”
rengek Amanda manja.
“Dah.
Dah. Depan rezeki ni tak baik bergaduh.” Dipukulnya kedua-dua mereka. Ketawa
Amanda dan Adwan bersatu.
“Along
hantar nanti.”
“Orang
boleh drive sendirilah.”
“No. Along hantar. Lagipun dah lama juga
tak datang Lovely Bakery tu.”
“Mama…”
Amanda memandang Datin Afia. Minta tolong.
“Papa
yang tak bagilah.”
“Amanda
dah okeylah, Along. Please… don’t treat me like a little child.”
“Okay but need to update your activity on hourly basis.
Senang kalau papa tanya nanti.”
“Perlu
ke?” Amanda dah menggaru tengkuk.
“Dato’ Zayd’s order.”
“Huh!
Along tu pun sama. Jaga sikit Hotel Amazon tu. Jangan nak merayau je. Mentang-mentanglah
Dato’ Zayd tak ada.” Amanda mengusik abangnya.
“Eeeee…
Along tengok Amanda ni kecik besar kecik besar je. Karang tak bagi keluar nanti, baru padan muka,” balas Adwan.
Amanda
menjelirkan lidah dan bersalaman dengan Datin Afia. Sempat dia mencapai kasut
sukan yang diletakkan di tepi tangga semasa dia turun untuk bersarapan.
“Nak
buat apa dengan kasut tu?” soal Datin Afia.
“Dah
janji dengan Kak Wan nak main bola jaring.”
“Eh!
betullah, mama. Along tengok anak dara mama ni memang kecik besar kecik besar je.
Degil. Badan belum sihat betul dah nak buat benda yang bukan-bukan.”
“Bersukan
tu kan bagus untuk kesihatan. Dahlah, Amanda pergi dulu. Hari ni tak dapat nak
tolong Along kat hotel. Bye lovely
brother.” Ciuman terbang diberi pada Adwan. Mencicit Amanda berlari keluar.
Adwan
membalas dengan menunjuk penumbuk angin.
BMW
X6 di parkir betul-betul di hadapan Lovely
Bakery. Enjin kereta dimatikan. Amanda memerhatikan kedainya dari dalam
kereta. Dia tersenyum melihat pelbagai gelagat pengunjung yang keluar masuk.
Alhamdulillah
sejak beroperasi tak sampai setahun, Lovely
Bakery semakin mendapat perhatian. Amanda tak putus-putus besyukur ke
hadrat Ilahi dengan limpah kurnia rezeki dariNya. Walaupun kedudukan kedainya
di kawasan taman yang jauh dari bandar tetapi promosi mulut ke mulut oleh
rakan-rakan sedikit sebanyak membantu menaikkan nama Lovely Bakery.
“Assalammualaikum.”
Semua mata tertumpu kepada Amanda yang berdiri santai sambil menggalas beg
sandang Prada berwarna hijau.
“What?” Amanda menyoal pelik. Tadi kat
rumah, sekarang kat kedai. Kenapalah semua orang pandang dia lain macam aje
hari ni. Lantaklah. Dia terus menuju ke sofa. Akhbar NST di belek. Sunyi. Dia
rasa tak sedap hati. Diletakkan kembali suratkhabar tersebut. Menoleh ke
kaunter.
“Nak
tanya, tanya. Korang tak payah buat
muka seposen tu.”
“Errr…
Kak Amanda dah sihat ke?” soal Hanim.
Iza
turut menganggukkan kepala.
“Korang rasa?” Amanda berteka-teki.
“Nampak
macam dah sihat tapi...” balas Hanim ragu-ragu.
“Hahaha…
I’m fine. Rindu dengan Lovely Bakery. Makin lama duduk rumah
makin tak sihat jadinya.”
“Macamlah
tak kenal dengan Kak Amanda korang
ni. Workaholic. Seharian tak main
tepung, bau roti, minum kopi semua memang tak sah.” Reen menyampuk dari pintu
belakang kaunter.
Amanda
hanya menjungkitkan bahu.
Reen
berjalan menuju ke sudut bacaan. Melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan
tempat duduk Amanda.
“Betullah,
Kak Reen. Sepanjang saya kerja kat sini, boleh dikira dengan jari berapa hari je
Kak Amanda ni cuti sakit.” Iza turut mengiyakan kata-kata Reen.
“Tapi
kalau budak berdua ni memang selalu MC,
Kak Reen,” usik Haikal pula.
“Betul,
betul, betul,” sambut Haziq pula yang muncul entah dari mana. Kembar tak seiras
ni memang tak boleh dipisah. Ada saja usikan dan gurauan mereka.
Iza
dan Hanim dah tayang muka kelat. Tak pasal-pasal mereka yang kena. Bergema
ruang café Lovely Bakery dengan tawa
mereka semua.
“Babe, kau dah sihat ke?” tanya Reen.
Amanda
angguk.
“Betul-betul
sihat?”
“Ya
Allah! Dah sihatlah, Reen. Kalau tak aku tak ada kat sini. Baik aku tidur je
kat rumah tu.”
“Bukan
apa. Risau. Sampai mama kau telefon pesan kat aku suruh tengok-tengokkan kau.
Jangan lasak sangat. Belum sihat betul katanya.”
“Aku
dah tua, Reen. Tak payahlah kau nak risau sangat. Abaikan je pesanan Datin Afia
tu.” selamba Amanda menjawab. Haikal digamit.
Seolah
faham panggilan bosnya, Haikal segera menyediakan secawan cappuccino kurang manis dan diletakkan di depan Amanda. “Kak Reen?
Biasa?” soal Haikal.
“Takpe. Nanti Kak Reen ambil sendiri.”
Mata Reen masih tak lepas memandang Amanda.
Amanda
hanya mengerling ke arah Reen dan menyambung kembali bacaaannya.
“Babe, are you hiding something from me?”
“Aku?
Bukan kau ke?” soalan di balas dengan soalan. Amanda langsung tak berkalih dari
menatap akhbar di tangan.
“Kau
ada apa-apa nak bagitahu ke?” Amanda bertanya sinis.
“Tak
ada. Tak ada.” Laju Reen menggeleng kepala. Dia bermain dengan jari jemarinya.
“Baguslah
kalau tak ada.” Sepi seketika.
“Kenapa
ramas jari tu? Berpeluh nanti gatal-gatal pula tangan kau.” Bukan Amanda tak
tahu kelemahan Reen. Reen kalau gelabah dan yang sejenis dengannya memang macam
tulah yang dibuat. Bermain dengan jari sampai berpeluh-peluh.
“Errr…
aku… aku…” Reen tergagap-gagap. Kenapalah dia gelabah semacam.
Amanda
hanya tersenyum dengan perlakuan Reen. Selepas menghabiskan cappuccinonya, dia bangun.
“Aku kat dapur satu hari ni. Kalau ada apa-apa
panggil aku.”
“Babe, kejaplah. Duduklah dulu.” Reen
kelam kabut mencapai tangan Amanda.
Amanda
terduduk semula. Kening diangkat.
“Maaf,
memang aku yang bagi nombor kau kat Akid. But
I did it for a good reason. Tak sampai hati tengok muka hensem dia,” terang Reen.
Amanda
hanya tersenyum. Dia bangun semula dan terus berjalan ke ruang dapur.
“Dia
ni marah ke tak? Senyum tu suka ke perli?” Reen mengetuk kepalanya.
“He did text me.” Amanda menoleh ke arah
Reen yang masih duduk di sofa kemudian dia melangkah laju.
“Eeee… kau ni memang tau. Tunggu aku. You owe me.” Reen mengejar.
Terdengar
jeritan Amanda dan Reen di laluan tengah.
“Kak
Zu, serbuk koko kat mana? Tak ada pun kat tempat biasa?” soal Amanda. Dia
terasa nak buat kek coklat hari ni. Reen yang berdiri sambil bersilang tangan
di depannya tidak dipedulikan.
“Dalam
kotak lagi, Amanda. Semalam baru habis. Banyak sangat orang tempah kek coklat.
Maklumlah musim orang kahwin sekarang ni. Eh! Reen tak bagitahu kat Amanda ke?”
jawab Zurin yang diamanahkan sebagai pastry
chef di Lovely Bakery.
“Okey.”
Amanda segera mengambil serbuk koko yang masih tersimpan dalam kotak di dalam
stor. Kembali ke meja. Serbuk koko ditimbang tiga aun. Disusun semua bahan yang
telah disukat untuk memudahkan dia mengadun. Mentega, gula, telur, serbuk koko,
susu, serbuk penaik, soda bikarbonat. Okey, dah cukup semuanya.
Esen
vanilla. Mana pula benda ni. Amanda terbongkok-bongkok mencari di dalam laci. “Kak
Zu… esen vanilla?”
“Ni.
Ada je kat rak ni. Tak ke mana pun. Budak bertuah ni. Tak cari lagi dah
terjerit-jerit. Cari guna mata bukan mulut yang oiii,” geleng Zurin.
“Maaf, Kak Zu. Sejak demam ni saya jadi
pelupa pula.” Amanda tersenyum sendiri.
“Amanda!”
bentak Reen keras.
Amanda
tayang muka selamba.
“Babe…” nada suara Reen bertukar lembut.
Memujuk.
“Kau
tak penat ke, Reen? Berdiri macam patung cendana kat depan aku ni,” soal
Amanda. Tangan dia ligat memasukkan mentega dan gula kastor ke dalam mesin
pengadun.
“Kau
ni saja je tau. Ceritalah. Hairan aku, macam mana kau cepat sangat baik ni?
Selalunya ambil masa paling kurang tiga hari.” Reen melurut-lurut dagunya.
“Eeeee…
makan ubatlah.”
“No. Dulu pun makan ubat juga. Berpapan. Lambat
je pun baiknya.” Reen curiga.
Amanda
hanya tertawa dengan kenyataan Reen.
“Apa
ubat yang Akid dah bagi kat kau?” desak Reen lagi. Tak puas hati dengan muka
selamba Amanda.
“Cik
Nada Qaireen, boleh tak jangan kepoh? Pergi buat kerja sana. Syuh… syuh… syuh…”
halau Amanda.
“Tak
kira. Nak tahu juga.” Reen menghentak-hentak kaki. Macam budak kecil tak dapat
belon.
“Oit,
makcik-makcik! Apa yang bising-bising ni?” soal Lydia di pintu dapur sambil
memegang sejambak bunga ros kuning.
Amanda
dan Reen berpaling ke arah Lydia.
“Amanda
ni lah.” Reen menjuihkan bibirnya pada Amanda.
Amanda
hanya tersengih.
“Wah!
pagi-pagi Michael dah bagi bunga. Ros kuning?” Amanda bertanya pelik.
“Aaahlah…
you kan dah lama berdua? Kuning ni untuk orang yang baru nak berkenalan.” Reen
turut mengiyakan kata-kata Amanda.
“Ini
untuk orang sakitlah bukan I punya.” Jambangan ros kuning disua kepada Amanda.
“Untuk
I? For me? Siapa pula yang membazir
duit ni?” kening Amanda bertaut. Disambut juga bunga tersebut. Dia baru nak
membelek kad yang terselit di celah bunga ros itu tetapi sepantas kilat tangan
Reen dah mencapainya.
“Dear Amanda. Sorry I cannot make it today. Please…
get well soon for me. Jangan skip
makan ubat. Jangan buang bunga ni. Hope
you like it. Akid.”
“Wahhh!!!
So sweet.” Terjerit Reen dan Lydia.
Bergema suara mereka. Lupa orang di sekeliling.
“Patutlah...
Ada vitamin. Siap bagi supplement
pula hari ni. Lima belas kuntum tu.” Kening Reen terangkat-angkat. Dia
tersenyum nakal.
“Baik
you cerita dari A sampai Z,” keras suara Lydia. Dia dah bercekak pinggang. Pura-pura
marah.
“It’s a long story. Lain kalilah,” balas
Amanda mengelak.
“Tak
apa. Kita ada banyak masa ni. Baru pukul sembilan. Cepat.” Reen dan Lydia
menarik tangan Amanda menuju ke biliknya.
“Kak
Zu! Jangan kemas. Nanti saya sambung. Susah bila ada makcik-makcik kepoh kat
kedai ni,” laung Amanda.
Zurin
hanya menggelengkan kepala dan tertawa kecil dengan telatah mereka bertiga yang
dah dianggap macam adik dia sendiri. Kepala gila-gila.
Telefon
bimbit di kocek Amanda bergetar.
“Sekejap.”
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Whatsapp
dari mr. ddg.
Dah
terima? o_O – mr. ddg
Assalammualaikum
– Amanda
Opsss…
Waalaikummussalam. So? – mr. ddg
Terima
apa? :-X – Amanda
Bunga.
:-[ - mr. ddg
Ooooo…
dah. Thanks. Membazir. Banyak sangat. – Amanda
Itu
baru sikit. Hehehe… maaf tak dapat nak jumpa you hari ni. I’ll make it up to you some
other time. L - mr. ddg
Tak
kisahlah. Tak payah susah-susah. Okeylah, kena berhenti. Ada makcik-makcik
kepoh kat depan ni. Bye. ;-) – Amanda
Ok. Take Care. B-) – mr.
ddg
Senyuman
terukir di bibir Amanda.
“Wah,
baru dapat bunga sekarang dapat mesej pulak. Ini tak boleh jadi ni, Lydia.”
“Betul.
You better tell us now.” Tangan
Amanda segera ditarik semula. Mereka ketawa.
kalo sy demam.. jupe pakwe yg hansem cm nie pn trus jd sihat.. hehe
ReplyDeleteHaruslah cpt sembuh eija....
Delete