DINI melambai pada Tariq selepas dia diturunkan di basement. Dia berjalan menuju ke
keretanya dengan membuai beg kertas di sebelah tangan kiri. Sempat tadi mereka singgah
di pusat membeli belah mencari baju untuk dia pakai pada jamuan makan malam Armada.
Tangan kanan Dini menggagau dalam tas
tangan mencari kunci kereta.
“Haishhh… mana pula ni?” bebel Dini. Beg
kertas diletakkan di atas lantai dan mula menyelongkar mencari kunci kereta.
“Aku tak suka kau keluar dengan Tariq,”
tegur satu suara garau di sebalik tiang dekat dengan kereta Dini.
“Allah!” Terjatuh kunci kereta Dini saat
dia mendengar suara itu. Dadanya diurut laju.
Pemilik suara garau itu menunduk dan mengambil
kunci kereta Dini. Dia merenung Dini tajam.
Dini menghulurkan tangan kanan meminta
kunci keretanya dikembalikan.
“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?”
soal si pemilik suara garau itu lagi.
“Kau siapa nak tentukan dengan siapa aku
boleh keluar atau tak? Tunang aku? Tak. Suami? Jauh sekali,” soal Dini semula.
Renungan tajam si pemilik suara dibalas dengan sindiran tajam.
“Kau tak akan faham, Dini.” Si pemilik
suara garau menunduk. Tangannya melurut lembut rambutnya ke belakang.
Kalau tak mengenangkan si pemilik suara
garau ini mengundang satu rasa dalam hatinya, mahu saja Dini bahasakan
macam-macam lagi.
“Bak sini kunci kereta aku,” pinta Dini
keras.
Si pemilik suara garau langsung tak
menghiraukan permintaan Dini. Sebaliknya dia menekan punat kunci dan masuk ke
sebelah tempat pemandu.
“Eee… mental ke apa mamat ni?” rungut
Dini. Dahi berkerut seribu.
Si pemilik suara garau menekan hon
kereta. Lampu tinggi sengaja dihidupkan dan menyuluh Dini yang masih berdiri
tegak macam patung cendana,
“Apa masalah kau ni sebenarnya, Ajad?”
soal Dini bila dia dah masuk ke dalam keretanya.
“Buckle-up.”
Ajad terus menggerakkan kereta Dini dan keluar dari basement.
Dini merengus sambil mencapai tali
pinggang keledar. Dalam hati mengutuk tindakan melulu Ajad. Memang suka buat
dia sakit hati.
Masing-masing hanya mendiamkan diri
sepanjang perjAlannan. Sebutir suara langsung tidak kedengaran. Hatta radio pun
tidak dipasang.
Membuntang mata Dini bila perasan Ajad
membelok masuk ke Restoran Singgah Selalu bukan meneruskan perjAlannan menuju
ke rumah mamanya.
“Teman aku makan.” Ajad terus keluar
selepas enjin kereta dimatikan.
“Suka hati dia aje. Mahu meletup perut
aku ni. Dahlah tadi Tariq paksa aku habiskan semua makanan yang dia pesan. Ini
nak menghadap mamat sengal ni pula. Larilah alignment
badan aku macam ni,” omel Dini.
Dini menoleh ke luar bila cermin di
sebelahnya diketuk. Mahu tak mahu terpaksa juga dia keluar.
Ajad berjalan masuk bila pasti Dini sudah
keluar.
“Ya Allah! Melengasnya badan. Memang bau
kambing aku hari ni.” Dini membetulkan baju kurungnya. Perlahan-lahan dia
menapak masuk ke dalam restoran.
Tidak susah untuk Dini mencari kelibat
Ajad kerana lelaki itu kelihatan santai bersandar dan merenungnya. Tanpa pedulikan
renungan tajam Ajad, dia bergerak ke meja yang terletak di sudut. Kerusi di
sebelah Ajad di tarik. Dia lebih selesa duduk di sebelah berbanding duduk
berdepan.
Siapa yang nak kena tenung macam nak
tembus ke jantung kan. So, play safe.
Tidak sampai sepuluh minit, seoarang
pelayan datang menghantar pesanan.
Pinggan berisi sup ketam Ajad tolak ke
depan Dini. Begitu juga dengan secawan kopi pekat. Untuk dirinya pula dia memilih
untuk makan bihun tomyam dan jus belimbing.
Dini yang sedari tadi ralit menelek
telefon bimbit, mengangkat muka. Kedua-dua keningnya terangkat.
“Aku tahu perut kau dah penuh. Sup ketam
ni tak heavy sangat. Makanlah, dah
sejuk nanti tak sedap.” Bicara Ajad lebih lembut dan tidak sekeras tadi. Dia terus
menyuakan sesudu kuah tomyam ke dalam mulut.
Dini rasa macam nak menangis. Dia
semakin tidak faham dengan lelaki di sebelahnya ini. Lelaki ini tahu semua
makanan kegemaran dia. Lelaki ini masih ambil berat pasal dia. Siapa dia sebenarnya
pada lelaki ini? Dan siapa Aimy pada lelaki ini?
Dini menyuap juga sup ketam itu. Perlahan-lahan
sehingga tidak sedar sup ketam itu dimakannya sampai licin. Dia bersandar
kekenyangan. Tangannya membetulkan sedikit pinggang kain. Terasa sendat pula.
Kantung kecil tapi banyak yang diisi.
“Aku nak minta maaf.” Tiba-tiba Ajad
bersuara setelah berdiam diri hampir sejam.
Dini menoleh ke sisi. Muka lelaki yang
mengundang seribu rasa dalam hatinya dipandang.
“Kau baliklah. Dah dekat dengan rumah
kau. Tak perlu aku nak risau sangat.” Ajad menolak kunci kereta yang diletakkan
di atas meja ke depan Dini.
Dini kaku. Apa yang dia perlu buat?
Ambil kunci dan terus pergi atau hantarkan Ajad ke rumahnya? Persoalan itu
berlegar-legar di kepala. Mata masih memandang Ajad di sebelah.
“Amar ambil aku nanti,” beritahu Ajad
seolah-olah memahami apa yang bermain di fikiran Dini.
“Terima kasih. Aku balik dulu.” Dini
bingkas bangun dan mencapai kunci kereta.
“Sama-sama. Kau akan faham nanti,” tutur
Ajad seraya berpaling kepada Dini.
Dini menoleh.
Masing-masing merenung antara satu sama
lain. Tak berkelip. Ada kerinduan di situ. Ada rasa cinta di situ. Ada rasa
sayang di situ. Juga ada rasa cemburu di situ. Apa yang pasti ada rasa yang
hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
Dini terus berpusing semula dan
melangkah pergi. Dia tidak sanggup untuk berlama-lama lagi dengan Ajad. Dia
takut tewas. Dia tidak mahu digelar perampas.
“Maafkan aku, Dini.” Ajad meraup mukanya
berulang kali. Telefon bimbit diambil.
“Amar, tolong ambil aku. Singgah
Selalu.” Talian dimatikan. Telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja. Ajad
menopang dagu. Dia termenung.
Dini masih belum bergerak.
“Apa maksud dia?” Dini menggumam.
Agak lama Dini berfikir. Tingkah lelaki
itu diperhatikan dari jauh mencari jawapan yang tak pasti. Dia mengeluh sebelum
menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ.
Amar menoleh sekilas bila keretanya
berselisih dengan kereta Dini. Segera dia mendapatkan Ajad selepas meletakkan
keretanya di petak kosong.
“Kau dah bagitahu dia?” Amar terus
menyoal sebelum sempat duduk.
Ajad hanya menggelengkan kepala.
“Nak tunggu sampai bila?” soal Amar
lagi.
“Jangan serabutkan kepala aku lagi boleh
tak?” Ajad menjeling. Matanya memandang pada layar putih yang menayangkan
perlawanan bola sepak.
“Kau yang menciptanya. Memanglah
serabut.” Amar selamba meneguk jus belimbing milik Ajad.
“Air aku tu…” Ajad jegilkan mata.
“Order
lainlah.” Amar melambai pelayan yang berdiri berdekatan kaunter.
“Kau rasa apa yang aku buat ni betul ke,
Amar?” Mata Ajad masih menatap layar putih.
“Kalau kau yakin insya-Allah semuanya
akan okey. Dah mengaku kalah?” Amar memandang Ajad setelah membuat pesanan.
“Entahlah. Melihat apa yang terjadi di depan
mata aku hari ini, aku rasa macam dah kalah. Looser.” Ajad merenung Amar sayu.
“You’ve
to fight it, Ajad. Takkanlah kau nak berhenti separuh jalan?” Amar cuba
memberi sokongan.
“Aku tak tahulah, Amar.” Ajad mengeluh.
“Terpulang pada kau, bro. Aku hanya boleh sokong dari
belakang.”
Amar laju menyudu bihun tomyam yang baru
sampai ke meja.
Ajad kembali termenung. Perasaannya
berbelah bagi.
Berbaloikah apa yang dia buat selama
ini? Terukkah luka perasaan orang yang dia sayangi? Semuanya bermain-main di
fikiran.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
byk betul rahsia
ReplyDeleteHehehe...
Deletetq...
ReplyDeleteajaddd... mmg klu depan mata aku picittttttt...
ReplyDeleteErrr...hahaha...
DeleteKnp ajad semua ni...hya nk lukakan hati dini or ada sbb lain...
ReplyDeleteErrr...sbb lain tu sbb apa ya... ;)
Deleteada sambungan tak?
ReplyDeleteInsya-Allah cerita ni akan ke versi cetak. Tq sudi baca Amzar Hariz
DeleteOh Ok2 ..Btw Adajual kt kedai bukuke?
DeleteInsya-Allah ada...
Deleteheheeh okay2
ReplyDelete;)
DeleteX Ade ke Bab 16
ReplyDeleteCerita ni dah dibukukan dear. Boleh beli di http://ideakreatif.net
DeleteBest
ReplyDeleteTerima kasih. Cerita ni dah dibukukan. Boleh hubungi penerbitan idea kreatif kalau berminat.
Delete