Showing posts with label Teaser. Show all posts
Showing posts with label Teaser. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

KAU? DIA - TEASER 3

"Encik Ayman ingat saya ni apa? Bola? Barang mainan? Yang boleh ditendang sesuka hati. Yang boleh dicampak bila tak diperlukan," templak Adni Farha.

"Love... saya tahu saya silap. Saya minta maaf. Saya ego tapi percayalah saya tak maksudkan apa yang saya cakapkan masa tu," rayu Ayman Fareeq.

"Senang aje kan. Maaf tu macam boleh dibeli dekat pasar. Bila marah, mintak maaf. Bila terlepas kata, minta maaf. Murahnya kata-kata maaf tu macam dah tak ada nilai," Adni Farha tunduk. Memandang rumput yang dipijak.

"Love... tolong jangan cakap macam tu. Saya betul-betul rasa bersalah dengan apa yang saya buat pada awak. Sepatutnya saya dengar dulu penjelasan dari awak. My bad. Really, really bad." Ayman Fareeq menyebak rambutnya berkali-kali.

"Saya kan penipu. Mana layak berkawan dengan orang jujur macam Encik Ayman."

"Love... please. I beg you. I'm sorry." Ayman Fareeq memandang sayu pada Adni Farha di sebelahnya.

"Entahlah, Encik Ayman." Adni Farha membuang pandang ke depan.

"Love... I miss you. Really, really miss you. Cukuplah seminggu tak dengar suara awak. Tak tengok muka awak. I'm dead. Saya tak nak kita berpisah lagi. I mean it," rayu Ayman Fareeq lagi.

"Saya nak balik." Adni Farha terus berdiri.

"Love... "

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 5

"Mana bajunya yang nak sangat dry cleaning tu?" Dini menjeling tajam pada si jejaka.

Si jejaka dah besarkan mata.

"Dini..." tegur Amani Sara.

"Maaf encik. Mana bajunya ya?" tanya Dini lembut selembutnya.

"Sekejap." Si jejaka membalas kasar dan berpaling menuju ke keretanya.

"Eleh... Baru pakai bmw dah berlagak." Dini julingkan matanya ke atas.

"Treat him nicely. Or else..." Amani Sara memainkan keningnya.

"Kak Long jelah layan dia. Biar Dini yang basuh."

"Nope. Dini jaga depan hari ni." Amani Sara menarik tangan adiknya supaya terus berdiri di situ dan dia terus berlalu ke belakang.

"Nah." Sebungkus plastik berisi baju dicampak di atas kaunter.

"Hesy... Muka hensem tapi tak ada adab,"omel Dini.

Si jejaka buat muka selamba. Sibuk membalas mesej.

"Nama?" soal Dini.

"Nak buat apa?"

"Nak isi borang nikah... Nak tulis dekat resitlah. Nanti kalau baju ni hilang salahkan aku pula," balas Dini.

"Ajad."

"Huh? Abjad? Dalam banyak2 nama, Abjad nama kau." Dini ketawa terbahak-bahak.

"Ajad. A.J.A.D. Nasib aje kau ni cun tau," templak si jejaka. Geram.

"Aku dah lama tahulah yang aku ni cun." Dini pantas menulis nama si jejaka sambil tersenyum-senyum dan menggelengkan kepalanya.

"Cun tapi kalau setakat kerja dobi. Apa kelas..." sindir si jejaka.

"Telefon?" Dini dah panas hati.

"012-7771717. Keep in mind. Manalah tahu kau rindu kat aku."

"Kau blah!" Dini mencampakkan resit yang baru ditulisnya.

"Terima kasih budak dobi perasan." Si jejaka mengambil resit tersebut. Dia mengenyitkan mata sebelum memakai semula Raybannya dan berlalu pergi.

Dini mengetap bibir menahan marah. Hina sangatkah kerja di kedai dobi. Inikan kerja halal.

"Memang biadap punya manusia."

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 4

"Ada apa, Dini?" Amani Sara menghampiri adiknya.

"Cik ni bos ke?" tanya si jejaka.

"Huh?" Amani Sara mengerutkan dahinya.

"Encik ni buta huruf," Dini memberitahu kakaknya.

Si jejaka dah mengetap bibir menahan marah. Dia mengepal jari jemarinya.

"Buta huruf? Ini?" Amani Sara menudingkan jarinya dari atas ke bawah pada si jejaka.

"Habis tu takkanlah kucing kat belakang tu," Dini buat muka selamba.

"Macam ni hensem takkanlah buta huruf kut?" Amani Sara dah kerutkan dahi.

Si jejaka dah tersenyum senget. Rayban ditanggalkan.

"Hensem tak semestinya sempurna," Dini mencebik.

Air muka si jejaka keruh semula.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

KAU? DIA - TEASER 2

"Tak nak lah....!" bentak Adni Farha keras.

"Tak jatuhlah, Love," Ayman Fareeq masih menghulurkan tangannya.

"Jatuh..." rengek Adni Farha.

"Ya Allah!... Nadia, siapa yang pandai-pandai masukkan aktiviti ni?" tanya Ayman Fareeq geram bila Adni Farha langsung tak mahu melompat.

"Errr... Encik Aymanlah. Saya dah cakap Adni gayat," beritahu Nadia takut-takut.

"Saya eh? Alah love... lompat jelah. Saya ada kat sini. Kalau awak tak lompat macam mana kumpulan lain nak gerak," rayu Ayman Fareeq bila melihat ada kumpulan sudah mula menghampiri mereka.

"Tarik diri, boleh tak?" Adni Farha kerdip-kerdipkan mata.

"Jangan nak mengada. Tunggu situ." Ayman Fareeq melompat semula ke batu tempat Adni Farha berdiri. Dia terus mencekak pinggang Adni Farha dan mengangkatnya ke batu bertentangan.

"Cinta!!!" Adni Farha memukul dada Ayman Fareeq berkali-kali. Malu.

"Dah awak susah sangat nak lompat." Ayman Fareeq tersengih gatal.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

KAU? DIA - TEASER 1

"Saya penipu."

"Saya pun bukan tak pernah menipu."

"Saya manja."

"Saya suka manjakan orang."

"Saya mengada-ngada."

"Sekali sekala tak apa."

"Saya mudah terasa."

"Saya janji takkan tinggikan suara."

"Saya suka cakap lepas."

"Ada saya kisah."

"Saya tak suka orang yang ego."

"I'll try my best to low down my ego."

"Saya tak suka Cik Balqis."

"Dia hanya kawan."

"Athirah pun saya tak suka."

"For God sake, dia kan dah kerja bawah Hisyam."

"Hati awak beku."

"Kalau cair mana saya nak letak nama awak."

"Cinta."

"Love."

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Saturday, February 8, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 3


"Kau tolong hantarkan sekali baju aku tu," pinta Amar Saeed.

"Aku tak lalu jalan tu," balas Ajad Safiy acuh tak acuh.

"Nak menipu tu pun agak-agaklah. Sejalankan nak pergi rumah awek kau."

"Bibik tu dah tak reti basuh ke?" jeling Ajad Safiy.

"Dry cleaning. Tahu pula bibik."

"Kau kalau satu hari tak susahkan hidup aku memang tak senangkan. Mana?" Ajad Safiy berjalan keluar dari biliknya.

"Apa guna ada adik kan. Tak larinya awek kau tu." Amar Saeed menghulurkan bungkusan plastik.

Ajad Safiy angkat sebelah keningnya.

"Apa?" tanya Amar Saeed.

"Ingat bayar pakai air liur ke."

"Itu pun nak berkira," Amar Saeed merengus. Dikeluarkan not lima puluh ringgit dari dompetnya.

"Upah sebab kena masuk dalam. Kalau tak aku tinggalkan aje dekat simpang tu." Ajad Safiy mencium duit yang baru bertukar tangan dan mengenyitkan matanya.

"Lintah darat." Amar Saeed mencebik.

Ajad Safiy hanya ketawa dan terus turun ke bawah.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 2


Lagu Ringa Ling berkumandang kuat. Tangan Ardini Syaza teraba-raba mencari telefon bimbitnya.

"Hello!" Ardni Syaza menjawab lemah. Suara ala-ala serak basah.

"Ardini Syaza! Where are you?" jerit suara si pemanggil.

"Atas katillah. Kat mana lagi." Mata Ardini Syaza masih terpejam. Telefon bimbit hanya diletakkan atas telinganya.

"Ya Allah! Bangun sekarang. Kak Long macam nak putus tangan jaga kedai sorang-sorang ni."

"Penatlah."

"Dini... tolonglah. Semua orang cuti hari ni. Dini kan dah janji nak tolong Kak Long hujung minggu," rayu Amani Sara.

"Abang Long kan ada," Ardini Syaza masih liat nak bangun.

"Abang Long kena jaga budak-budak. Bibik kan balik Indonesia. Tolonglah, Dini... Please....." rayu Amani Sara lagi.

"Ya lah, ya lah. Suka tau buat suara sedih-sedih. Double pay," dalam bersetuju sempat Ardini Syaza mengugut Amani Sara.

"Hoi! Gaji bulanan awak kan dah lima angka tak cukup lagi ke?" jerit Amani Sara.

"Nak orang tolong ke tak ni?" soal Ardini Syaza malas.

"Dini pun sama. Suka main ugut-ugut."

"Nak hidup."

"Sembilan tepat dah ada kat kedai." Talian terus dimatikan.

"Ceh! Arahan tak menahan betul," bebel Ardini Syaza. Telefon bimbit dicampak ke tepi. Matanya terpejam semula. Tak lama bila telefon bimbitnya berbunyi semula tanda ada mesej masuk.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Friday, February 7, 2014

CINTA SI GADIS DOBI - TEASER 1


"Adik, dekat sini ada buat dry cleaning tak?" tanya si jejaka kacak.

Si gadis terdiam. Mata melurut dari kaki hingga ke muka si jejaka. Baju t-shirt nipis lengan pendek yang dipakai menampakkan susuk sasa si jejaka. Oh! six pack. Fuhhh!!! Otot tangan dia. Auwww... berjambang nipis. Seksi.

"Hello! Assalammualaikum!" Si jejaka menekan loceng berkali-kali.

"Errr... abang tanya apa tadi?" Si gadis termalu sendiri.

"Bila masa pula aku jadi abang kau," sindir si jejaka.

Okey. Muka boleh tahan tapi bahasa out.

"Encik tanya apa tadi?" si gadis bertanya semula dengan sopan habis. Dalam hati dah meluat dengan si jejaka.

"Ada buat dry cleaning tak?"

"Ada baca kat signboard luar tu?"

"Kena baca ke?"

"Orang buta huruf aje yang tak tahu baca."

"Aku nak cepatlah. Kau kerja kat sini kau ajelah yang bagitahu aku."

Ek eleh... kerek semacam pula mamat ni.

"Ada ke tak ada?" soal si jejaka lagi dengan geram.

"Ada untuk orang lain tapi untuk orang biadap macam encik ni tak ada," si gadis membalas. Dia memang tak suka dengan orang yang tidak ada bahasa.

"Fine. Panggil bos kau kejap."

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.