Wednesday, October 21, 2015

UNTUKMU TIADA NOKTAH - BAB 12


            A
SYIKIN kelam-kabut berkemas. Tidak seperti seminggu yang lalu di mana dia hanya tenang-tenang sahaja kalau habis sesi berkerjanya.
Tindak-tanduk Asyikin seperti selalu menarik perhatian Doktor Naim. Apa yang berkaitan dengan Asyikin yang tidak pernah mendapat tarikan Doktor Naim? Semuanya memang tak lepas dipandang Doktor Naim.
“You kejar apa?” tegur Doktor Naim.
“Huh?” Asyikin yang sedang kalut menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh teman yang menggantikan tugasnya menoleh ke sisi.
Si teman mencuit lengan Asyikin untuk beredar.
Asyikin mengangguk.
“I tengok you kalut semacam. You kejar apa?” Doktor Naim mengulang kembali soalannya tadi. Berdiri sambil bersandar memerhati Asyikin.
“Tak ada apa-apalah.” Asyikin menggeleng. Mengelak untuk memberitahu perkara sebenar. Padanya itu tidak penting. Doktor Naim bukan siapa-siapa untuk dia beritahu itu dan ini. Perhubungan dia dengan Doktor Naim tak lebih dari perhubungan di antara jururawat dan doktor. Perhubungan antara rakat sejawat.
“You free lepas ni?” Doktor Naim cuba masuk jarum.
Asyikin mengeluh. Inilah sebabnya dia tidak mahu bercakap dengan doktor kacak ini. Acapkali ditolak, doktor kacak ini masih tidak berputus asa. Terasa macam dia zalim sangat. Bahasa apakah yang harus dia gunakan untuk memberitahu isi hatinya kepada doktor kacak ini? Nasiblah ada satu sahaja doktor kacak yang tak reti bahasa dekat sini. Buatnya ada sepuluh orang, rentung dia jadinya.
“Teruk sangat ke I ni, Ikin?” Doktor Naim yang mendengar keluhan Asyikin bertanya hampa.
"Apa maksud you, doktor?” Asykin jongket kening. Berpura-pura tidak faham soalan Doktor Naim.
 “I tahu you tahu apa yang I maksudkan, Ikin.” Doktor Naim menjeling.
 Bengang dengan sikap acuh tak acuh Asyikin. Tidak nampakkah Asyikin segala tindak-tanduk dia? Butakah mata Asyikin bila memandang dia? Teruk sangatkah dia pada pandangan mata gadis ini? Tanpa sedar satu keluhan kecil terbit juga dari mulutnya.
 “Serius. I tak faham apa yang you cakap, doktor.” Asyikin menjawab yakin.
 “You nak suruh I jadi macam mana Ikin supaya I boleh diterima?” desak Doktor Naim.
 Sudah. Parah betul Doktor Naim ni. Sebenarnya salah satu perkara yang dia tidak suka pada Doktor Naim ini adalah sikap suka memaksa doktor kacak ini. Apa yang perlu dia jawab? Asyikin cuba memerah idea.
  “Asyikin, shift you dah habis kan?” Tiba-tiba satu suara mencelah.
  Asyikin dan Doktor Naim menoleh serentak.
  Doktor Marina tersenyum kepada kedua-duanya.
 Save by the bell. Asyikin hela nafas lega walau Doktor Marina bukan dalam kategori doktor kesukaan dia. Sekurang-kurangnya Doktor Marina berjaya tarik dia keluar dari asakan Doktor Naim.
  “I balik dululah, doktor.” Asyikin tersenyum pada Doktor Naim. Ini sajalah peluang yang dia ada untuk beredar dari situ.
  Doktor Naim tersenyum kelat. Mahu menghalang siapalah dia pada Asyikin.
  Thanks.” Asyikin sempat berbisik pada Doktor Marina sebelum berlalu dari situ.
 Doktor Marina buat muka. Hanya memandang sehingga kelibat Asyikin hilang dari pandangan. Dia menoleh pada Doktor Naim.
 “You tak penat ke, Naim?” soal Doktor Marina tiba-tiba.
 “Asyikin tak pernah buat I penat.” Doktor Naim menjawab yakin dan turut berlalu dari situ.
 “Untunglah kau, Asyikin. Semua lelaki tak penat mengejar kau. Apa yang hebat sangat pasal kau pun aku tak tahu. Nurse aje pun.” Doktor Marina mencemik.
 Asyikin membebel sepanjang berjalan menuju ke lokar. Sepatutnya dia sudah siap sepuluh minit yang lalu. Ini semua gara-gara melayan kerenah Doktor Naim yang tak reti putus asa. Sebaik sampai di lokar, kalut dia menukar pakaian.
 “Alamak! Dah pukul dua setengah. Solat zohor pun tak lagi ni.” Terjerit dia seketika sebaik melihat jam di tangan. Pantas dikemas pakaian seragamnya dan barang keperluan peribadinya. Beg sandang itu dizip dan digalas pada bahunya. Laju langkahnya diatur berlalu ke surau.
 Tidak sampai setengah jam, dia sudah berdiri di depan pagar asramanya. Sesekali dia menjeling pada jam tangan.
 “Dah pukul tiga. Mana pula Mr. G ni?” Dia tertoleh-toleh ke arah jalan raya. Senyumannya lebar bila kelibat pacuan empat roda milik Abrar menampakkan bayang. Tiba-tiba terasa dadanya berdebar. Jantungnya juga berdegup laju. Tenang, Asyikin. Tenang.
 Abrar membunyikan hon. Berhenti betul-betul di hadapan Asyikin berdiri.
 Asyikin hanya menggeleng. Dia berlalu ke pintu sebelah penumpang.
"Lama tunggu?" Abrar tersenyum memandang Asyikin yang baru melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Kalau ikutkan hati jahat I, dah lama I angkat kaki tapi..." Asyikin tersengih.
Abrar jongket kening. Menanti kata-kata yang bakal diluahkan Asyikin. Dari sengihan Asyikin dia boleh agak yang buah hatinya ini mahu mengusik.
Asyikin turut sama jongket kening. Sengihannya semakin lebar.
"You?" Semakin besar kedua-dua belah mata Abrar. Geram. Asyikin suka sangat buat hati dia tertanya-tanya.
"Rindu pada you. Kaki lenguh pun I tak kisah."
Abrar menggeleng. Tersungging senyuman di bibirnya. Melonjak riang hatinya mendengar ungkapan rindu dari mulut Asyikin.
"Semalam jual mahal." Kakinya menekan pedal minyak.
"Harus jual mahal. Mana boleh jual murah." Asyikin ketawa-ketawa. Menutup rasa malu. Tidak sangka dia boleh terlepas mengungkap kata rindu. Aduh, nak sorok dekat mana ni.
"You jual murah ke jual mahal ke I sanggup beli, sayang." Abrar menoleh sekilas. Satu kenyitan diberi.
"Errr..." Asyikin merenung Abrar di sisi.
“You ni memang ada sindrom errr, eh sayang?” Abrar jongket kening.
“Sindrom tu wujud sebab you. Takkanlah you tak tahu?” Asyikin menari-narikan keningnya. Mula-mula ingat nak malu-malu tapi kalau dengan Abrar dia buat gaya macam tu memang lagi teruk Abrar usik dia.
“Eh, penyakit you. Takkanlah ada kena mengena dengan I.” Berkerut dahi Abrar.
“Penyakit, eh. Kalau you nak tahu penyakit ni datang bila you asyik panggil I sayang. So, from now on stop calling me sayang.” Asyikin buntangkan matanya. Dia tahu Abrar sengaja mengusik dia. Jadi layankan aje.
“Mana boleh tak panggil you sayang. Lidah I tergeliat nak panggil nama lain. Atau pun you ada panggilan manja lain yang you nak I panggil you.” Abrar menari-narikan keningnya tika menoleh sekilas pada Asyikin.
“Hesy… tak payahlah. Nanti entah sindrom apa-apa pula yang muncul. You yang cipta, I yang kena.” Asyikin menggeleng laju. Abrar panggil dia sayang pun dia sudah tergagap-gagap. Inikan pula nak bagi gelaran manja yang lain. Mahu mati kejung dia nanti.
Abrar ketawa. Gelagat Asyikin menghiburkan. Asyikin umpama vitamin kepada dirinya. Hilang terus rasa penatnya. Hilang juga lelahnya menempuh perjalanan hampir dua jam tadi.
Asyikin tersenyum melihat Abrar yang ketawa. Hati dia semakin tertawan. Betullah keputusan yang dia buat. Menerima Abrar dalam hidupnya.
“Kita nak pergi mana?” soalnya setelah tawa Abrar reda.
“Makan. I lapar.”
“Kenapa kalau dengan I you asyik ingat nak makan aje? Habislah uniform-uniform I tu. Mesti tak muat.” Asyikin membebel.
Kenyataan. Sudahlah pertemuan pertama mereka di kedai makan. Pertemuan tidak sengaja pun di kedai makan. Dah rasmi sebagai pasangan pun asyik makan, makan, makan. Macam ni memang larilah alignment badan dia.
“I tak sampai hati tengok badan you ni kecil sangat. Nanti parents you ingat I tak boleh jaga you.” Abrar ketawa di hujung kata-katanya.
“Banyaklah you.” Serentak itu Asyikin menumbuk manja lengan Abrar.
“Haip… belum halal lagi nak bersentuhan.” Abrar mengusik.
“Alah…” Asyikin sembunyi tangan. Malu sendiri.
“Comel.” Abrar menggeleng bersama senyuman terukir di bibirnya.
“I tahu.” Asyikin jongket hidung.
“Perasan tak habis.” Abrar ketawa. Aduhai, Cik Asyikin. Jantung I ni sudah berdegup laju.
Dia meneruskan pemanduannya. Signal diberi. Pacuan empat rodanya dipandu masuk ke dalam bangunan pusat membeli-belah City Square.
Mereka berdua keluar dan berjalan beriringan masuk ke dalam bangunan pusat membeli-belah ini. Eskalator dititi dengan berhati-hati.
“Nak makan apa dekat sini?” Asyikin menoleh ke sisi.
“Kafe Dapur Kita. Dah lama tak makan laksa.” Abrar tersenyum.
“Okey.” Asyikin tersenyum sama.
Sampai sahaja di Kafe Dapur Kita, mereka berdua terus menuju ke gerai menjual laksa. Abrar menyuruh Asyikin mencari meja.
“You nak makan apa?” tanya Abrar sebelum Asyikin bergerak dari situ.
“Apa yang you pilih, I makan aje.” Asyikin kenyit mata dan terus berlalu.
Abrar ketawa. Asyikin ni jinak-jinak merpati. Kalau bab menggoda memang tak boleh lawan tapi bila diajak kahwin dia punya bantahan bukan main lagi.
Baru beberapa suapan laksa masuk ke dalam mulut, Abrar meletakkan sudunya di dalam mangkuk. Dibawa tubuhnya mendekati badan Asyikin.
"You ni makan macam budak-budaklah." Selamba dia mengelap dagu Asyikin.
Asyikin kaku. Mata terkebil-kebil memandang wajah Abrar yang tersenyum. Jemari Abrar masih melekat pada dagunya. Walau berlapik dia boleh rasa sentuhan lembut lelaki ini. Mr. G, tolonglah jangan beraksi romantik macam ni. Boleh gugur jantung dia.
"Errr... Abrar." Dia mengelak dari dagunya terus diusik. Malu pada mata-mata yang memandang. Perhubungan mereka belum membolehkan apa yang dibuat Abrar tadi.
“I tahu you malu sebab ikatan kita belum kukuh. Ikatan kita belum halal. Sebab itu I…” Jeda. Abrar tersenyum.
Wajah Asyikin sudah berbahang. Macam mana nak senyapkan mulut Abrar untuk tidak terus-terusan mempersoalkan perhubungan mereka. Agaknya selagi dia tidak menjawab ya selagi itulah Abrar akan bangkitkan isu ini.
"I mean it, Asyikin." Abrar mengangguk. Dia tahu Asyikin sedang memikirkan apa yang cuba dia sampaikan.
"Tak boleh tangguh?" Asyikin bertanya. Dia faham maksud kata-kata Abrar. Sudah dua kali lelaki ini timbulkan perkara ini.
"Kalau macam tu kita kena kurangkan berdating." Abrar tersenyum. Ingin menguji rahsia hati Asyikin. Manalah tahu bila berbuat demikian hati Asyikin akan terbuka seluas-luasnya untuk dia.
"Alah... kenapa?" Asyikin bertanya manja.
"Jari I ni mudah sangat nak terpegang you. Dahlah kita belum halal." Abrar kenyit mata.
"Alasan. Nipis betul iman you." Asyikin besarkan mata.
"You cantik sangat." Abrar ketawa-ketawa.
"You!" Wajah Asyikin berubah rona. Malu dipuji depan-depan.
“Kita nikah. I nak ambil alih tanggungjawab ayah you. I dah bersedia nak pikul semua dosa-dosa you. Insya-Allah, I dah bersedia untuk semua itu.” Sekali lagi Abrar berjanji. Menyatakan apa isi hatinya.
Asyikin hanya mampu tersenyum. Tiada jua kata putus dari mulutnya.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

6 comments:

  1. teruskan usaha Abrar untuk kebaikan bersama... dah halal tangan nak ke mana-mana pun boleh...hihihi .... kita x pasti sekuat mana iman sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak sue... kita sangka iman kita dah cukup tebal rupa2nya senipis kulit bawang....miahahaha

      Delete
  2. Asyikin takut kot
    Ya lah... dorang baru je kenal
    X pe Abrar... tingkat kan usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... tp kan lg manis klu kenal slps menikah...hehehe

      Delete
  3. Sweetnya Abrar ni, alahai Asyikin knp takut, hati dh berdebar bila bersama tu . Nak pegang2 pun lagi manis sbb dh halal . Syeena, lama nya tunggu cerita ni, tk sabar nk tunggu full

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama kannnn.... sabar ya kak... ada rezeki inshaaAllah dapatlah baca full tu...

      Delete