AZZA
bersandar di balik pintu bilik air. Tangan kanannya melekap di dada. Dibawa
berlari dari atas ke bawah. Berkali-kali. Cuba meredakan jantung yang berdegup
kencang. Cuba mengatur semula larian nadi yang juga sudah bertukar rentak. Berdetak
di luar normanya. Bagaikan baru sahaja selesai marathon 5 kilometer. Ketara apa
yang dilakukan Ariq tadi merancakkan perjalanan adrenalin dalam tubuhnya.
“Kenapa
dengan aku ni?” Dia yang sudah bergerak ke sinki menatap wajah sendiri di
cermin. Wajah yang sudah berubah rona dibelek. Kedua-dua tapak tangan melekap
di pipi.
“Layakkah
aku merasai itu semua?” Dia bermonolog lagi.
Termenung.
Perlakuan Ariq padanya sebentar tadi kembali terlayar di minda. Namun aksi itu
hilang serta-merta bila terdengar ketukan bertalu-talu dari luar.
“Oh,
please! Jangan buat drama malam-malam
buta ni! Jangan cakap dekat aku yang kau nak tidur dalam bilik air!” Sinis
sahaja bunyi suara Ariq di luar sana.
Azza
mencemik. Dia tak gilalah nak tidur dalam bilik air ni. Sejuk kut. Orang hilang
akal aje yang buat macam tu.
Yang
dia bengang sekarang ni ialah sikap Ariq. Lelaki itu umpama mempunyai split personality. Baru sahaja tadi berbisik
romantis macam mulut tu penuh gula. Bibir bersalut madu. Sampai ke tahap hati
dia menjadi cair, dada dia berdebar, jantung dia berdegup kencang.
Sekarang,
sekelip mata buat hati dia panas. Mendidih tahap 100 darjah celcius. Kalau letak
telur mentah di atas kepala dia, hangit agaknya telur tu.
Wei,
Azza! Dahsyat betul metafora kau. Alah, sekali-sekala berfikir ala-ala Jabir
Ibnu Hayyan. Apa salahnya. Dia tersenyum.
“Kau
jangan sampai aku pecahkan pintu ni!” Ketukan di pintu bersambung lagi.
“Mental.”
Azza bercakap sendiri.
Pantas
sahaja paip air dibuka. Membasahkan mukanya ala kadar dengan harapan pelbagai
rasa dalam hati dapat dihilangkan. Wajahnya diamati sekali lagi. Berpuas hati
dia berpaling. Pam tandas ditarik sebelum pintu bilik air dibuka.
“Arghhhh…!”
Ariq
tersenyum senget. Mata mengekori Azza yang berjalan melepasi dia. Dia yakin
Azza tidak menyangka yang dia akan menanti gadis itu di luar. Tak perlu ditanya
pada empunya diri. Riak terkejut yang terpamer pada wajah gadis itu
menggambarkan segala-galanya. Dia sendiri pun hairan dengan tingkahnya. Tak
pernah dia nak buat kerja bodoh macam ni. Entah-entah telahan dia tentang jampi
itu betul.
“Nonsense.” Rambutnya dikuak. Langkahnya
diatur menuruti jejak Azza yang menonong ke ruang tamu.
Azza
terus sahaja melabuhkan punggung di tempat yang sama tadi. Tangannya
menggenggam kuat kerusi. Badannya digoyang-goyangkan. Mahu menghilangkan debaran
dalam dadanya yang bertandang kembali. Jika mahu beraksi normal, dia perlu
menempatkan dirinya di zon bertenang. Bukan dalam zon panas yang membuatkan dia
bertingkah luar biasa.
Namun
sejauh mana sahajalah dia boleh pergi selain dari ruang tamu ini atau ruang
dapur. Inikan rumah Ariq. Dia bersembunyi celah mana pun pastinya Si Mata
Helang itu boleh mencari dia.
“Kau
dah makan?”
“Allahuakbar!”
Tegak terus badan Azza. Ringan aje tangannya nak ketuk kepala Ariq kalau tak
memikirkan Ariq ni dah menjadi suaminya.
Hesy,
kenapalah suka main terjah-terjah macam ni. Apa Ariq ingat semangat dia kuat
ke? Dia pun ada kelemahan. Tak pasal-pasal jantung dia dipaksa berkerja keras.
Penat tau. Karang ada juga dia daftar masuk wad jantung.
Senyuman
senget kembali menghiasi bibir Ariq. Tidak tahu kenapa suka pula dia melihat
kekalutan Azza. Kekalutan yang kadangkala buat mulut comel itu sukar menuturkan
jawapan.
Kalut
pun comel? Ariq, kau kena ingat bagaimana kau orang berdua boleh menikah, suara
jahat berbisik. Ariq berdeham. Disebabkan soalannya tadi tidak berjawab, lantas
tubuhnya dibongkokkan sedikit.
“Dah
ke belum?” Tona suaranya diperlahan. Seperti berbisik. Dekat dengan telinga
Azza.
Azza
mengangguk laju.
“Eh?”
Dia menggeleng pula. Laju juga gelengannya.
Sekarang
Azza rasa nak ketuk kepala sendiri. Macam orang miring. Sekejap angguk, sekejap
menggeleng. Ini semua salah Ariq. Siapa suruh lelaki itu berbisik? Dia jadi tidak
keruan. Sampai gagal memberi keputusan yang logik.
Senyuman
Ariq semakin lebar. Terus sahaja pergelangan tangan Azza digenggam. Ini dia
baru bisik-bisik. Agak-agak kalau dia bagi hint
yang ‘satu’ itu macam manalah agaknya reaksi Azza nanti. Terletus tawa kecil
dari mulutnya.
“Ap…”
Terpinga-pinga Azza yang tidak bersedia bila tangannya ditarik tanpa amaran. Mahu
atau tidak dia terpaksa menurut. Kalau tak diikutkan kesakitan yang masih
bersisa akan menyerang kembali.
Ariq
yang menyedari sesuatu terus melonggarkan pegangan tangannya tetapi tidak
melepaskan terus tangan Azza.
“Maaf
tak sengaja.”
Azza
hanya herotkan mulutnya. Malas mahu membantah. Malas nak peritkan tekak
bertikam lidah. Dah orang tu beria-ia nak pegang, bagi ajelah peluang. Walhal
dia sudah besar panjang bukannya budak kecil yang perlu dituntun.
Ariq
membawa Azza mendekati kabinet dapur. Salah satu pintu kabinet di bahagian atas
dibuka dengan sebelah tangan yang bebas.
“Mee
segera boleh?” Azza dipandang sekilas.
Azza
hanya angguk. Takkanlah nak cakap dia nak makan nasi ayam. Mahu kena tangan
dengan mamat mata helang ni nanti. Dia pun bukannya lapar sangat. Orang dah
rela hati nak masakkan untuk dia, bersyukurlah. Orang kata rezeki jangan
ditolak.
Ariq
ambil dua bungkus mee segera jenama Maggi. 2 biji telur pula dikeluarkan dari
peti sejuk. Semuanya diletakkan di atas meja. Kemudian dia mencapai sebiji
periuk dan diletakkan di atas dapur.
Azza
tak tahu nak rasa kagum atau macam mana sejak dari awal memerhati setiap
pergerakan Ariq. Hebat lelaki ini. Boleh pula buat kerja dengan sebelah tangan
sahaja. Tak reti ke nak lepaskan tangan dia. Dia bukan nak lari ke mana-mana
pun.
Mulutnya
diherotkan ke kiri dan ke kanan. Nak meluah kata dia malas. Itu sahajalah yang
mampu dia buat. Terasa seperti dia diperhatikan, lantas wajah didongak. Liur
ditelan berkali-kali apabila pandangannya bertaut dengan Ariq.
“Why?” Ariq jongketkan keningnya.
Kantoi.
Tak mahu panjangkan cerita Azza memuncungkan bibirnya. Lebih kepada memberitahu
Ariq tentang tangan mereka yang bertaut.
Ariq
mendekat sehingga mukanya dan muka Azza hanya berjarak beberapa inci sahaja
“Eh?
Kau nak buat apa ni?” Azza mengundurkan tubuhnya. Tanpa sedar sebelah tangan sudah
melekap kemas di dada Ariq. Menahan lelaki itu dari terus merapatinya. Semuanya
berlaku di luar kawalan. Bukan sengaja. Darurat.
“Mulut
tu. Bukan kau nak minta cium ke?” Ariq menari-narikan keningnya. Dia tahu
maksud isyarat mulut Azza. Saja nak mengusik. Usik mengusikkan membawa bahagia.
Poyolah kau, Ariq. Dah berkenan ke?
“Aku
masih waras lagilah.” Azza jegilkan matanya.
Ariq
ketawa.
“Tu
tangan kau tu. Boleh lepaskan tak?” Azza menyambung kata seraya melirik ke
bawah. Pada tangan Ariq yang kemas memegang pergelangan tangannya. Tak berani
nak muncungkan mulut macam tadi. Buatnya Ariq betul-betul memaknakan kata-katanya.
Sahlah dia menjadi salah seorang penghuni wad jantung hari ini.
Pandangan
Ariq turut jatuh ke tempat yang sama. Dia tersenyum.
“Ooo…
Cakaplah suruh lepaskan tangan. Hmmm tapi tak salahkan kalau kita…” Dia tersengih
nakal. Keningnya semakin rancak ditarikan.
“Jangan
nak miang!” Azza faham sengihan itu lantas ditolak sekuat hati tubuh Ariq. Hingga
Ariq terdorong sedikit ke belakang. Pegangan tangan mereka juga terungkai.
Tidak
mensia-siakan peluang yang ada, pantas sahaja Azza menjarakkan kedudukan. Tangannya
menggapai salah satu kerusi makan. Laju ditariknya keluar. Punggung dilabuhkan
di situ. Kedua-dua tapak tangan menekap pipi. Panas. Berbahang. Aduh, lagi lama
dia duduk dalam rumah ini memang boleh mati kejung. Asyik kena sakat saja.
Serentak
itu, tawa Ariq meletus kuat. Gelagat Azza benar-benar mencuit hatinya. Ini baru
permulaan, my dear. Esok, lusa, tulat
dan seterusnya akan ada macam-macam agenda lagi. Nampaknya kehidupan dia
selepas ini tidak akan membosankan. Dia kembali menghadap dapur.
Setelah
menunggu lebih kurang 10 minit, akhirnya terhidang 2 mangkuk mee segera di atas
meja makan. Ariq tersenyum seraya memandang Azza.
“Nah!
Ini aje yang ada dekat rumah ni. Kalau tak tertelan, kau cubalah bayangkan yang
kau tengah makan nasi ayam.” Ariq tergelak. Lucu dengan kata-katanya sendiri.
“Bolehlah
dari tak ada.” Azza pamer senyuman paksa.
Dia
bukan penggemar mee segera. Malah arwah ibunya memang tak menggalakkan segala
jenis makanan segera. Tapi disebabkan perut dia pun seronok sangat main lagu
keroncong, telan ajelah apa yang ada. Nanti kalau kata tak nak, kecik pula hati
Ariq. Lagi pula orang tu dah penat-penat masakkan untuk dia. Bersyukurlah
sangat-sangat.
Lalu
tangannya ditadah membaca doa makan. Usai meraup wajah, sudu segera dicapai.
“Sedap
tak?” Azza yang baru hendak menyudu kuah disoal.
Terhenti
pergerakan Azza. Kalau ikut perut yang dah lapar ni dia rasa nak tangankan aje orang
yang bertanya. Tak nampak ke dia dah makan ke belum.
“Belum
rasa lagi.”
“Tak
sabar nak tahu sedap ke tak.” Ariq tersengih.
Terherot
sebelah mulut Azza. Apa kes? Ada juga orang macam ni. Dah nama mee segera, rasa
mee segera ajelah. Tak kiralah jenama apa pun. Sibuk nak tahu sedap ke tak. Bukannya
nasi biryani pun atau paling koman
nasi ayam.
“Macam
mana?” Ariq bertanya lagi.
Sebenarnya
dia nak tergelak dah ni. Entah tersampuk apa agaknya sibuk nak tahu mee segera
yang dimasak sedap atau tidak. Selama berkelana dekat tempat orang ni tak
pernah pun dia kisahkan apa yang dimakannya sedap atau tidak. Yang penting
perut yang kosong mesti diisi. Kalau tidak, tidurlah dalam kelaparan. Cumanya
malam ini ada rasa bahagia yang bertandang dalam hati. Itu yang mengada
terlebih.
“Sedap.”
Tanpa perasaan pujian dilemparkan juga oleh Azza sebaik kuah mee yang dihirup mengalir
melalui rengkungnya. Bagi muka sikit pada orang tu yang dah berpenat lelah
memasak. Kalau tak cakap apa-apa nanti takut sentap pula.
“Okey.”
Ariq kenyit mata. Barulah dijamah makanannya dengan berselera sekali. Puas hati
dengan jawapan yang diterima. Walau dia nampak reaksi Azza yang tidak senang
dengan soalan kurang cerdiknya.
“Tiap-tiap
malam kau dengan Abang Haidar makan ini aje ke?”
“Tak
adalah tiap-tiap malam. Tapi malam ni last
aku makan mee segera.”
“Apasal
pulak?” Berlapis-lapis kerutan di dahi Azza.
Ariq
mendongak selepas menghirup kuah.
“Apa
guna ada isteri kalau tak boleh masakkan makan malam untuk suami, betul tak?” Dia
tersengih lebar.
Azza
tarik muka. Cemberut. Suapannya diperlahankan. Sungguh, tiba-tiba tekaknya rasa
macam tertelan pasir. Apa makna kata-kata Ariq? Dia wajib memasaklah ni.
Walau
wajahnya menunduk, matanya mencuri pandang Azza tanpa disedari si gadis. Ariq
tersenyum sendiri. Kata kau orang kampung, mesti pandai masak. Hoi, cik isteri!
Tak berani ke?
“Errr…
Nanti aku nak tidur dekat mana?”
Wajah
Ariq yang sedang ralit menghirup kuah dipandang. Baru Azza teringat akan hal
itu. Yalah takkan dia nak tidur dekat ruang tamu yang hanya ada kerusi kayu.
Mahu sakit-sakit badan bila bangun esok pagi. Selagi diizinkan-Nya, tubuh dia
ini nak diguna lama.
Terjongket
tinggi kedua-dua belah kening Ariq. Tidak menjangkakan soalan itu keluar dari
mulut Azza. Namun jongketan itu tidak lama apabila bibirnya mengukir senyuman
pula. Bukan senyuman biasa tetapi senyuman nakal.
Reaksi
yang ditunjukkan Ariq buat Azza menelan liur berkali-kali. Membasahi rengkungnya
yang tiba-tiba kembali terasa perit. Dia tidak suka dengan senyuman itu. Nampak
sangat miang. Nampak sangat menyeramkan. Salah dia juga menyoal begitu. Macam
tak sabar sangat nak tidur bersama-sama dengan Ariq. Bodohnya kau, Azza
Humaira.
“Rumah
ni ada 2 bilik aje. 1 bilik Haidar dan 1 lagi bilik aku. Haidar dah kunci bilik
dia. So, kau pilihlah nak tidur bilik
mana.” Ariq tersenyum simpul.
Terbatuk-batuk
Azza mendengar jawapan selamba Ariq. Kalut mencapai gelas berisi air suam. Diteguknya
rakus. Tak ada masa nak jadi perempuan melayu terakhir.
Belakangnya
disandarkan setelah batuknya berkurangan. Ariq yang tersengih macam kerang
busuk direnung tajam. Psiko betul mamat mata helang ini. Sudah terang lagi
bersuluh macamlah dia boleh buat pilihan yang mana satu. Nak main-mainkan dia,
ya.
“Hmmm…
Banyak tak bantal dekat dalam bilik kau tu?” Tiba-tiba timbul satu idea yang Azza
rasakan paling selamat buat sementara waktu. Selamat ke? Selamatlah kut.
“Bantal…
bantal… Boleh tahan banyaklah. Saja spare
sebab Chan dengan Rama kadang-kadang datang tidur sini.” Bersungguh-sungguh
Ariq memberitahu.
“Bagus.”
Azza tersenyum penuh makna.
Ariq tersenyum sama
tanpa mengetahui maksud disebalik senyuman Azza.
Lalalala...nyamuk yg nama ariq dh kuar taring...lagi...
ReplyDeleteyeay..... nyamuk kepala hitam...
Deletealamak org yg membaca ni lak melting dengan ariq. hope ariq cepat2 terangkan perkara sebenar kt papa dia
ReplyDeletemelting ke?.....kikiki... entah apa yang ariq nak buat tu....berani ke tak...hehehehe
DeleteKomen biasa....nak lg...hikhikhik
ReplyDeletejawapan biasa......sabarrrrr.....
Deleteala...baru nk tau scene die bg tau papa die..aisyy..kene tgu april menjelma la ni...adei...
ReplyDeletepasrah jela...
gud luck untuk kak syeena ya...xsbo nl pelyk cdk~~mbp~~
tq yunkkkk..... sabar menanti bulan april okey....
Deleteha so swet lh nyamuk......
ReplyDeletesangat sweet kannnn...
Deleteso sweet si ariq ni.. adakah kelakuannya akan tertangkap membawa seorg gadis keluaq dari biliknya.. dan apakah ayahnya akan menyetujui pilihan anaknya..apa pula alasan yg akan diberikan oleh Ariq bila ditangkap basah oleh ayahnya...teruja giler nak tahu ni
ReplyDeleteKak ida punya speku....dasattttt....hehehehehe
DeleteAriq mkn romantik plk hai kesian azza .....nyamuk dah nk hisap darah.......
ReplyDeleteHikhikhik....ibu aura haipppp.....
DeleteHow sweet this Ariq. Kalau boleh, bagi up 1 part sblm promo CDK. Heheeee.
ReplyDeleteTak dan r asna asan...
Deletemakin menarik dan menyengat yang x menahan ni dik....
ReplyDeleteharus rajin menaip yer.....
ramai menanti
Tq kak ayu..
DeleteOoo so sweet la Ariq ni..garang2 manja...i likeee...
ReplyDeleteHehehe.....garang2 manja
DeleteMakin menarik lagi please?
ReplyDeleteBulan 4 nanti yer...
DeleteTq baby mio
ReplyDeleteAla.... Azza..... Kalau da Ariq nyamuk tu..... Behave la sanggaattt.... Huh.... Ariq cam nk kenalkan Azza kat daddy jer.... Dato' terima je la menantumu itewww.......Ariq...Teruskan.. Teruskan.... Teruskan.... Wahai hati ku bertabahla menunggu bulan pat, cam jauh jer lg bln pat. :'( :'( :'( :'(
ReplyDeleteKikiki....bln 4 x lama jer lg....
DeleteAcara kenduri kendara lak pasni...hahahaha
ReplyDeleteKonpiden ajer eh.... Hahaha
Deletekak bla nk smbung nie?
ReplyDeleteTerpaksa dihentikan sbb ada yg melamar.... so tunggu versi cetak yer...
DeleteSyeennnaaaa......... @_@ He he he
ReplyDeletekak.... tunggu versi cetak...
Deleterindu lah gn dia org nnti why.......
ReplyDeletesabar yere wawa.....
DeleteBila nk sambung ni....
ReplyDeleteAkan ke versi cetak kak...
Deletekak dah kluar ke blm..apa tajuk nyer
ReplyDeleteBlm lg....
Deletebest 100star....
ReplyDeletebila boleh peluk ariq... :x novel ariq.hehe.
x sabar rasanya
tak tahu bila tu...huhuhu...thanks sudi baca Cda Roshida
Deleteeh!... mana part 14?.. harap kisah ini smpi penyudah ya, syeena hamdan!!..
ReplyDeletezjirha...dihentikan sementara sbb nk buat full mss...
DeleteKak syeena..aaaa meltingnya saya dgn ariq ni..bila agak2 novel ni nak kluar..xsabar nak tahu rahsia azza ��
ReplyDeleteZawani....queue tengah panjang...tak tahu r bila giliran ariq ni...sabar ya...
DeleteMenanti dgn penuh kesabaran ni..hero akak sume hensem2 n naughty2..xlena tido saya dibuatnya ^_^
Deletehikhikhik...
Deletebila nak publish ni..adoi, dah melting dgn tingkah sweet and romantic Ariq...jatuh cinta...jatuh tangga semua ada...
ReplyDeletetq salmi sudi baca....citer ni tak pasti bila nk publishnya...masih belum siap lagi...
DeleteBila nak sambung lagi?
ReplyDeleteSekarang ni tengah bz sikit...nnt akan disambung ya...
Delete10 kali baca 10 kali saya akan tanya bila nak keluar
ReplyDeleteArghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Deletesyeena dah keluar ke cerita ni?
ReplyDeleteBelum lagi
Delete