Sunday, September 21, 2014

CINTAKU SETINGGI CITA-CITAMU - BAB 3

AZIM tenang berjalan menyusur deretan kedai-kedai sebaris dengan kedai bukunya. Selamba sahaja dia singgah di Lovely Bakery membelek kek-kek yang dijual. Berbual seketika dengan pemilik kedai, Amanda. Dia suka dengan layanan mesra Amanda dan semua pekerja Lovely Bakery. Mereka tidak sombong.

“Bro, lama lagi ke?” tanya Hadi di hujung talian.

“Sekejap. Aku singgah beli kek.” Azim ketawa-ketawa.

“Cepatlah. Aku asyik kena jelling aje ni.” Hadi merungut.

“Ya.” Azim matikan talian.

Selepas membayar harga kek yang dibeli dia terus ke kedainya. Mata Azim mengintai di sebalik cermin kedai. Dia boleh nampak kelibat Cikgu Diana yang masih berdiri di depan kaunter menghadap Hadi.

Pintu kedai dikuak. Terdengar loceng berbunyi. Azim sengaja meletakkan loceng aiskrim di atas pintu. Penanda untuk memberitahu semua pekerja ada pengunjung. Dia pantas berjalan menuju ke biliknya.

Sebaik terpandang Azim yang baru masuk ke dalam kedai terus lebar senyuman pada wajah gadis berbaju kebaya ungu yang sememangnya menantikan kedatangan Azim.

"Dah ada buku-buku yang saya pesan tu?" tanya Cikgu Diana.

"Sekejap." Azim dengan wajah serius terus berlalu menuju ke bilik belakang.

"Sombongnya." Cikgu Diana menggumam sambil mata mengikuti langkah Azim.

"Orang yang tak kenal dia memang macam tu, cikgu." Hadi mempertahankan Azim.

"Macam mana orang nak kenal dia kalau perangai dia macam tu." Cikgu Diana membebel.

Hadi jongket bahu. Bukan dia tidak pernah cakap pada Azim pasal hal ini tapi Azim buat endah tak endah sahaja. Apa yang dia pelik dengan si Amili tak ada pula si Azim berat mulut. Elok sahaja bersoal-jawab dengan budak tak cukup umur tu. Dia tersengih.

"Saya ada dekat rak novel. Nanti panggil eh." Cikgu Diana beredar.

Azim keluar semula dari biliknya dan mendekati Hadi. Dia menunjukkan kertas di tangannya kepada Hadi.

“Aku dah susun dekat tepi rak tu. Kau ambikkan sekejap,” arah Azim.

“Sekejap.” Hadi bergegas ke tempat yang dimaksudkan. Dibawanya sekotak buku dan diletakkan di tepi kaunter.

Azim bertinggung. Dia meneliti isi di dalam kotak. Dibelek satu persatu. Takut ada yang tertinggal. Dia tidak suka kalau pelanggan datang semula ke kedainya dan merungut. Bukan dia mencari kesempurnaan tetapi dia tidak suka membuat kesilapan.

“Dah ada ke semuanya?” Diana yang berdiri di sebelah Azim memandang ke bawah.

Azim mendongak sekilas dan menunduk kembali. Tidak menjawab langsung pertanyaan Cikgu Diana.

“Rasanya dah cukup semua ni, cikgu.” Hadi yang datang dengan sebuah lagi kotak menjawab bagi pihak Azim.

Azim berdiri. Dihulurkan kepada Hadi kertas di tangannya. Memberi isyarat kepada Hadi untuk menyemak isi di dalam satu lagi kotak.

“Cikgu pesan ini saja kan?” Azim memandang Cikgu Diana meminta kepastian.

Cikgu Diana mengintai sedikit kertas di tangan Hadi sebelum mengangguk.

“Kalau ini aje, insya-Allah saya rasa semuanya dah ada. Kalau cikgu tak percaya, cikgu boleh check.” Azim angkat kening. Wajahnya masih serius. Tiada riak senyum.

“Errr…awak dengan Hadi dah checkkan ni. Saya pasti semuanya dah ada.” Cikgu Diana tersenyum.

“Zain!” Azim menggamit salah seorang pekerjanya.

Seorang budak lelaki yang sedang leka menyusun majalah menoleh dan berjalan mendekati Azim bila dipanggil.

“Bos.” Budak lelaki yang dipanggil Zain menyapa.

“Tolong angkatkan kotak-kotak ni. Cikgu letak kereta dekat mana?” Azim berpaling kepada Cikgu Diana semula selepas memberi arahan kepada Zain.

“Itu. MyVi putih.” Cikgu Diana menuding jari pada keretanya yang diletakkan betul-betul di hadapan kedai buku Azim. Dia turut menekan punat pada kunci keretanya.

Zain hanya mengangguk. Dia mengangkat satu kotak.

Hadi membantu membukakan pintu.

Azim bergerak ke belakang kaunter.

“Berapa semuanya?” Cikgu Diana membuka beg duitnya.

“RM650.80. RM650 aje. Diskaun 80 sen.” Mata Azim masih fokus pada monitor di depan matanya.

“Boleh guna kad debit?” Cikgu Diana memandang Azim.

Azim hanya mengangguk. Memandang Cikgu Diana yang terkial-kial mengeluarkan kad debit yang dimaksudkan.

“Okey dah settle, cikgu.” Hadi mencelah ketika Azim sibuk menguruskan pembayaran yang dibuat Cikgu Diana.

“Terima kasih.” Cikgu Diana tersenyum manis kepada Hadi.

“Tak ada hal. Lain kali jangan serik-serik beli buku dekat sini.” Hadi berseloroh.

“Insya-Allah. Saya memang suka cari buku dekat sini. Semuanya ada.” Cikgu Diana membalas tetapi matanya tunak memandang Azim.

Azim pura-pura tidak mendengar perbualan Cikgu Diana dan Hadi. Malas mahu mencelah. Dia kurang gemar untuk berbual kosong dengan orang yang baru dia kenali.

Dihulurkan resit dan pen untuk ditandatangani Cikgu Diana.

“Nah.” Azim menyerahkan salinan resit dan kad debit kepada Cikgu Diana. Hanya senyuman segaris terpamer di bibirnya.

Thanks again.” Cikgu Diana bergegas pergi setelah menyimpan resit dan kad debit ke dalam beg duitnya.

Azim dan Hadi hanya memerhati Cikgu Diana yang berjalan keluar dari Kedai Gedung Ilmu sebelum Hadi melangkah keluar dari belakang kaunter.

"Cikgu Diana tu lembut aje orangnya kan." Hadi memandang ke luar memerhati Cikgu Diana yang sedang membuka pintu kereta MyVi.

Kening Azim terjongket. Memandang Hadi tak berkerlip.

"Kau tak masuk jarum ke?" Hadi tersengih memandang Azim.

"Kau ingat aku ni apa? Asal ada perempuan datang sini semua nak suruh aku mengurat." Azim menggeleng.

"Kesian dekat kau. Sampai sekarang masih membujang." Hadi kembali menyusun buku-buku yang bersepah di atas kaunter.

"Cakap tu pandang-pandang sikit. Kalau kau berkenan kau ajelah yang tackle dia. Sendiri dah terlajak mengata orang." Azim terus berlalu ke biliknya. Malas nak layan loyar buruk Hadi.

"Aku tackle eh? Jangan cakap aku tak bagi amaran!" Hadi menjerit.

"Sukahati kaulah, bro." Azim menjerit dari dalam bilik.

Hadi terangguk-angguk. Tersenyum sendiri. Dia bergerak mendapatkan Zain. Turut sama membantu mengemas majalah-majalah dan buku-buku yang baru sampai.

Setiap hujung bulan beginilah keadaan Kedai Gedung Ilmu. Banyak buku-buku dan majalah-majalah baru yang dipesan sampai. Lagilah sekarang ini banyak syarikat penerbitan yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.


"Abang Hadi!" sergah Amili.

"Kus semangat. Dah tak tahu bagi salam ke?" Besar bebola mata Hadi memandang Amili.

Tangannya laju mengurut dada. Terperanjat. Mana dia perasan kedatangan Amili. Sibuk menyusun buku-buku yang masih bersepah di lorong antara rak-rak buku.

"Assalammualaikum, Abang Hadi." Amili tersengih.

"Waalaikumussalam." Hadi menjeling.

"Mama suruh cari majalah atau apa-apa buku pasal bunga. Nak yang terbaru. Latest." Amili tersenyum.

"Sejak bila pula tak tahu dekat mana?" Hadi menyindir.

"Mana Mili pernah beli. Selalu tengok majalah hiburan dengan novel aje." Amili muncungkan mulutnya.

"Majalah bunga tu ada dekat-dekat situ juga," beritahu Hadi.

"Okey." Amili berpusing dan berjalan ke rak majalah.

Azim yang baru keluar dari bilik belakang, jongket kening bila terserempak dengan Amili.

Amili menjeling.

Azim tersengih. Entah kenapa kakinya turut sama mengorak langkah menuruti Amili.

"Eee...apa sibuk-sibuk dekat sini?" Amili merengus. Mata meliar mencari majalah berkaitan bunga seperti yang mamanya perkatakan.

"Eee...aku nak susun majalah-majalah nilah." Azim membalas. Tangannya laju membuka tali yang mengikat beberapa set majalah.

"Dari tadi tak nak buat." Amili menjeling.

"Suka hati akulah." Azim tersengih. Rasa seronok pula mengusik orang garang macam Amili. Thrill.

“Abang Hadi, tak ada pun!” Amili menjerit.

“Adalah!” Hadi membalas.

Azim hanya memerhati tingkah Amili. Dilihat jemari gadis itu dileret pada sebaris majalah yang tersusun di depan mata. Mulut gadis itu turut terkumat-kamit membebel sendirian.

“Cari apa?” Azim berlembut. Cuba untuk membantu tetapi kalau Amili menolak, dia tidak boleh buat apa-apa.

Amili hanya menjeling dengan ekor mata.

“Lah…Abang Azim ada ni. Kenapa tak tanya dia?” Hadi dah bercekak pinggang. Matanya membulat memandang Azim.

“Aku dah tanya eh. Dia tak nak aku tolong. Nak buat macam mana.” Azim menjawab seolah-olah faham dengan maksud renungan Hadi.

“Mana ni, Abang Hadi? Naik juling mata Mili.” Amili merungut.

“Tanya Abang Azim.” Hadi terus meninggalkan Amili dan Azim.

“Hesy…” Amili dah gigit bibir.

Macam mana ni? Mama dahlah tak bagi pergi lama-lama. Tadi orang tu tanya dia menyombong.

Amili dah garu kepala. Sekejap-sekejap dia memandang Azim. Serba-salah nak bertanya.

Azim tayang muka selamba. Bukan dia tak perasan gelagat Amili. Saja mahu menguji tahap kesopanan gadis itu meminta bantuan dari dia.

“Majalah bunga dekat mana?” Akhirnya Amili bersuara setelah penat mencari. Banyak sangat majalah. Mata dia langsung tidak dapat menangkap majalah yang dia inginkan.

Azim angkat kening sebelum menunduk semula meneruskan kerjanya.

Mulut Amili dah herot ke kiri ke kanan.

Hesy…mengada betullah lelaki ni. Sabar, Amili. Sabar.

“Abang Azim…” panggil Amili. Suaranya sengaja dilembutkan tapi dia sendiri rasa nak muntah. Agak-agak kalau si Wan tahu ni memang teruk dia kena gelak.

“Yes?” Azim angkat kening lagi. Kali ini bersama senyuman cari makannya.

Amili terpana. Nafasnya seakan sesak. Ciptaan Tuhan di depan mata dia ini nampak sungguh kacak bila tersenyum. Kenapa dia baru perasan sekarang?

“Hei.” Azim campak satu majalah di depan Amili.

“Errr…ma…maj…huh, majalah pasal bunga dekat mana?” Amili tersentak hingga tergagap. Hati berbisik mengutuk diri sendiri.

“Oh!” Azim berjalan mendekati Amili. Dekat. Rapat.

Sekali lagi Amili rasakan dadanya semakin sesak. Seolah-olah oksigen tidak sampai ke otak. Jantungnya pula bagaikan berkerja keras mengepam darah ke seluruh badan terutama di bahagian muka.

Azim terlalu rapat dengannya. Wajahnya hampir menyentuh dagu lelaki ini. Silap haribulan boleh tersentuh kulit.

“Ini.” Azim capai majalah yang terletak betul-betul di belakang Amili. Diserahkan kepada si gadis. Mata dikenyit dengan senyuman nakal.

Amili bagaikan tersedar dari mimpi terus menghadiahkan satu tamparan ke dada Azim dengan majalah tadi. Dia terus berlalu dari situ.

Azim hanya tersenyum. Dia tahu Amili dah tergoda. Boleh nampak pada rona merah di wajah gadis itu.

“Abang Hadi, nak bayar!” Amili menjerit.  

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

14 comments:

  1. Hahaha.. malu2 plak kn.. kalo la dpt tokey kedai buku heaven ni amili hari2 dpt novel periii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...novel sendiri tak ada pun tak apa....janji dapat baca novel peri....

      Delete
  2. Replies
    1. nampaknya macam tu lah Ezlin....hehehehehe...

      Delete
  3. Ohh maiii..Amili dh start terpikat ke ni ? Wah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak tak cukup umur memang cepat sangat tergoda syaza....hikhikhik

      Delete
  4. Hihihihihi....amili jugak yg azim berkenan...kak sambung lg yer

    ReplyDelete
  5. bukan stakat amili...saya pun hari2 p cuci mata

    ReplyDelete
  6. Azim n amili.. asal jumpa je bertengkar. Rajin betul si azim ni mengacau mili..

    ReplyDelete
  7. Waaaa best3..suka imagine diorang gaduh2 manja.next entry plisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq zawani sudi baca...next n3 tak tahu r bila...

      Delete