Sunday, March 19, 2017

BERARAK AWAN CINTA - PROLOG


RUMAH sebandung 2 1/2 tingkat itu ditenung lama. Rumah yang menyimpan pelbagai cerita. Rumah yang mencoret seribu satu kisah antara dia dan Ariq Ziad Tan Sri Ali.
Di sinilah dia menyimpul kasih.
Di sinilah cintanya termeterai.
Di sinilah dia menumpang teduh.
Di sinilah dia menikmati sejalur cahaya pelangi.
Di sinilah juga awan mendung memayunginya kembali.
Matanya kembali berkaca. Empangan itu semakin memberat. Akhirnya yang cuba ditahan pecah jua. Azza membiarkan juraian air matanya mengalir. Hanya dengan cara itu sahaja yang dapat mengurangkan rasa sebak di dadanya.
“Puan...” Haji Salleh yang setia menanti di pintu kereta yang sudah dibuka memanggil.
Azza menyeka manik-manik jernih tadi. Berpaling seketika. Senyuman nipis dilemparkan pada Haji Salleh. Matanya kembali menghala ke tempat tadi. Mungkin pemandunya ini tidak mahu dia melayan sendu walhal tadi dia sudah minta untuk diberi lebih masa sebelum meninggalkan tempat ini.
Mata dipejamkan seketika. Hati berbisik.
Terima kasih, Ariq.
Terima kasih suamiku walau ianya hanya sebentar cuma.
Selamat tinggal syurgaku.
Andai jodoh kita tertulis hingga hujung nyawa biarlah waktu yang menentukan segala-galanya.
“Kita balik sekarang, pak cik,” ujarnya saat mengatur langkah menuju ke kereta.
Haji Salleh mengangguk.
Perasaan sendu bertamu lagi saat kereta yang dipandu Haji Salleh bergerak. Azza ketap bibirnya kuat-kuat. Menahan rasa sebak di dada.
“Hingga kita bertemu lagi.” Serentak itu empangan matanya pecah kembali.
Di hujung jalan sana, Ariq termangu. Bersandar lemah. Hanya memandang kereta yang membawa Azza pergi. Dia tiada daya nak menghalang.
Menyesal? Semua itu sudah tidak berguna lagi. Kata yang dilempar tak mudah ditarik balik. Bukan seperti perahu yang terlajak boleh diundur-undur.
Ahhh…kenapa begitu mudah dia tuturkan kata-kata itu tadi?
Mata dipejam melayan pelbagai rasa yang menyerang hati.

Maafkan aku, dear. Maafkan aku, Azza Humaira.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

8 comments:

  1. Apa yg terjadi... kenapa buat Azza terluka lagi Ariq... kasihannya Azza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu kena tunggu versi cetak Kak Sue...tp tak janji bila siapnya... terima kasih sudi baca...

      Delete
    2. Yg penting jgn lupa akak yer dik syeena time pre-order tu

      Delete
  2. Bila ler nk kuar ni cik Syeena Hamdan....i dah tak sabar dah ni...

    ReplyDelete