Monday, August 26, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 9


What’s all this?” Suratkhabar dihempas ke atas meja Akid. Muka Tan Sri Razlan merah menahan marah.

Akid menggaru kepala. Dia memang dah agak, perkara ini akan sampai juga ke pengetahuan papanya.

“Errr…errr…” Akid kehilangan kata-kata.

Suratkhabar di atas meja diambil. Gambar dia berdiri di antara Juwita dan Wani di tatap. Besar dan jelas. HOTTEST BACHELOR’S CAT FIGHT. Patutlah masa kat lobi tadi bila berselisih dengan semua staf, mereka tersenyum-senyum. Ada juga yang berbisik bila dia melepasi mereka.

Cat got your tongue?” sindir Tan Sri Razlan.

“Papa, I can explain this.”

Shoot.”

Tan Sri Razlan duduk di sofa hitam untuk tetamu dalam bilik Akid. Hati dia panas bila pagi-pagi telefon bimbitnya tak berhenti menjerit. Panggilan dari rakan niaga bertanyakan perihal Akid. Kalau dah jadi tajuk utama memang dah kes teruk. Ini boleh menjejaskan imej Amiraz Holding Berhad. Dia risau takut para pelabur tarik diri.

“Majlis harijadi kawan. Danial pun ada. Masa tu Akid dengan Danial dekat luar. Bila dengar bising-bising kat dalam, kami masuk. Akid cuma nak leraikan mereka. Terlupa pula wartawan pun ada. They’re just a friend of mine. Nothing more.”

Tan Sri Razlan memicit pelipis. Pening dengan perangai anak bujang yang seorang ini. Dia tahu Akid tak pernah mengabaikan tugas sebagai Pengurus Besar. Cuma kalau dah selalu sangat berfoya-foya boleh lingkup bisnes mereka.

Models?” soal Tan Sri Razlan. Muka dia serius.

Akid hanya menganggukkan kepala. Takut nak bersuara.

“Thenstop doing modelling.”

“Papa, you had promised me before? Akid dah tolong papa uruskan syarikat dan papa benarkan Akid buat apa yang Akid suka. Akid pun cuma tolong kawan. Not permanently.”

But mummy and I are not young anymore, Akid. Bila lagi nak bagi papa dengan mummy cucu kalau Akid asyik bersuka ria saja?”

“Apa kata papa kahwinkan Rai dulu? Mummy kahwin dengan papa pun masa umur macam Rai jugakan.” Akid memberi cadangan. Tak habis-habis nak suruh dia kahwin. Perlu ke semua tu.

“Kita sekarang bercakap pasal Akid bukannya Rai.”

“Dah papa nak sangat cucu. Akid memang tak boleh nak bagi. I mean not now.” Hesy, mulut ni memang tak ada insuran. Minta dijauhkanlah jangan sampai Allah tak kurniakan dia zuriat.

When?”

I don’t know.”

Tan Sri Razlan hanya menggelengkan kepala. “Now, get back to your work. Focus. Kali ni papa bagi peluang. Next time, you know what I can do.” Sebelum melangkah keluar, sempat lagi Tan Sri Razlan memberi amaran pada Akid.

Thanks, pa.”

“Hmmm… Sebelum papa terlupa, macam mana dengan proposal Amazon Berhad?”

My team are still working on it. So far, it’s like a win win situation. Ada beberapa perkara yang Akid nak highlight dekat papa. Rasanya Jumaat ni boleh kita bincang.”

I’m waiting for a good news. Mereka beri kita masa sampai hujung bulan ni. Apa-apa nanti beritahu pada Maryam. Takut papa lupa pula. Ingat Akid, fokus.

I will, pa.”

Fuhhh… Akid menarik nafas lega sebaik pintu biliknya ditutup. Kali ni dia terlepas. Akan datang dia tak tahu. Ini semua idea gila Danial. Tapi bagus juga. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang, dia rasa Wani dah boleh agak yang dia tak serius dengan perempuan itu.

Back to work, Akid. Fokus. Fokus. Fokus. Akid memandang sekeliling. Teringat amaran Tan Sri Razlan lantas punat interkom ditekan.

“Kak Mai, ask the team to wait for me in the meeting room. Minta Danial jumpa saya dulu. Suruh dia bawa sekali fail Amazon Berhad. Batalkan semua temujanji saya hari ini. No phone call unless emergency. Saya tak mahu diganggu,” arah Akid kepada PA dia.

“Telefon dari Cik Wani?” Mai bertanya lurus.

“Kak Mai faham tak? Emergency only!” tekan Akid. Suara dia sedikit meninggi.

“Okey, bos. Anything else?”

“Buatkan saya air kopi. Letak terus dalam bilik mesyuarat.” Interkom terus dimatikan. Akid menyandarkan badannya. Arahan senang pun tak faham. Saja nak menyesakkan fikiran dia.

“Angin kus-kus bos aku pagi-pagi ni,” bebel Mai selepas gagang telefon diletak.

“Kak Mai!” sergah Danial.

“Opocot, mak kau! Mak kau dah meninggal.” Mai melatah. Terpelanting fail ditangannya.

Danial ketawa terbahak-bahak. Perutnya ditekan. Dia terduduk.

Mai mengurut dada. Fail yang jatuh tadi diambil dan digunakan untuk memukul badan Danial.

“Sakitlah, Kak Mai.” Danial mengaduh sambil menggosok-gosok lengan.

“Ooo… kau fikir sakit kau je. Jantung aku yang macam nak tercabut ni tak pula kau ingat. Bertuah punya budak,” bebel Mai. Bengang dia bila pagi-pagi dah disergah macam nak tercabut jantung. Dahlah tadi percuma je kena marah.

“Habis tu saya tengok Kak Mai cakap sorang-sorang. Risau pula saya. Dah tersampuk jin ke?”

“Aah… anak jin kat dalam tu.” Mai menjuihkan bibirnya ke arah pintu bilik Akid.

“Apahal pula? Elok je saya tengok masa kat lobi tadi,” soal Danial.

“Elok apanya? Dah kena marah dengan bapak jin.”

Terburai ketawa dari mulut Danial. Anak jin bapak jin pula, Kak Mai ni. Mesti Tan Sri Razlan dah tahu.

“Ssshhh… Janganlah kuat sangat, Encik Danial. Dengar dek Encik Akid nanti, teruk kita.”

“Kak Mai! Apa yang bising-bising ni? Dah beritahu Danial?” soal Akid di sebalik pintu.

Danial dan Mai terdiam. Masing-masing dah kecut perut.

Bro, kau ada kat sini? Eloklah. Masuk sekejap. Bawa fail Amazon tu sekali.”

“Okey.” Danial mengambil fail Amazon Berhad di tangan Mai.

Mulut Mai terkumat kamit marahkan Danial. Sergahan Danial menyebabkan dia lupa segala yang Akid suruh.

“Kak Mai, yang lain dah tahu belum? Kopi saya jangan lupa.” Akid mengingatkan PAnya sebelum menutup pintu bilik.

Danial turut masuk ke dalam bilik Akid. Sempat dia mengenyitkan mata pada Mai dan tersenyum nakal.

“Aaa… on the way bos,” tergagap-gagap Mai menjawab. Kelam kabut dia ke pantri.

What’s up, bro? Pagi-pagi dah nak jumpa kitaorang semua.”

“Cubalah kau bagi salam. Sejuk sikit hati aku. Dahlah kena ambush dengan papa tadi.”

“Assalammualaikum, Encik Akid Rizq bin Tan Sri Razlan,” perli Danial.

“Waalaikummussalam, Danial bin Harith, barulah tenang aku nak mulakan kerja.”

“Macam-macamlah kau ni, bro. Apa Tan Sri cakap?” Tak sabar pula Danial nak tahu. Rasanya boleh kena serangan jantung orang tua tu.

“Biasalah, bro. Topik kahwin. Berhenti berjoli.”

“Aku betul-betul minta maaf, Akid. Tak sangka pula si Juwita boleh terbawa-bawa. Dia suruh sampaikan maaf dia kat kau.”

Thanks to her anyway. Aku pun nak minta maaf kat kau. Sekurang-kurangnya, idea kau menjadi. Wani pun tak telefon aku sejak malam tadi.”

“Bagus jugalah otak aku ni kan.” Danial tergelak.

“Aah… memang bagus. Bagus kalau untuk bisnes tak apa juga. Ini untuk benda yang bukan-bukan. Buat perabih beras je.”

Perabih beras pun kau pakai juga idea aku.”

“Nak hidup. Macam mana dengan proposal Amazon Berhad tu?”

“Aku dah baca. Nanti aku cerita dalam mesyuarat,” terang Danial.

“Kalau macam tu, jomlah. Kesian pula diaorang dah tunggu kita.”

Mereka berdua berbual sepanjang berjalan menuju ke bilik mesyuarat. Telefon bimbit Akid bergetar. Lampu menyala tanda ada mesej masuk.

Danial memberi isyarat untuk masuk dulu.

Akid angguk.

I’m sorry. Lunch on me today? – Wani

Accepted. Busy. Next time. – Akid

Dinner? – Wani

Stop hunting me. I really mean it. Off.– Akid

Sebaik membalas mesej dari Wani, Akid terus mematikan telefon bimbitnya. Buat masa sekarang dia tak mahu terikat dengan sesiapa pun melainkan… Akid hanya menggelengkan kepala dan terus masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Mengalir air mata Wani sebaik membaca mesej dari Akid. Sampai hati Akid. Dia tak sangka begini akhirnya hubungan mereka. Pengakhiran yang menyakitkan. Dia melayan perasaan kecewa yang melanda. Lagu yang berkumandang di radio di kuatkan. Aku yang tersakiti dari Judika menggamit hatinya. Sebaik bait yang terakhir dinyanyikan. Dia mencapai telefon bimbit.

“Hello! Hakim,” mendatar suara Wani.

“Wani, are you okay?” Hakim, pengurus Wani bertanya di hujung talian. Kedengaran jelas sendu Wani. Dia tahu pasti Wani kecewa dengan kejadian semalam. 

“Hmm… Tawaran yang you cakap tu masih ada lagi ke?”

“I memang simpan untuk you, honey.”

“I setuju. Nanti kita jumpa.”

Good. I dah baca semua terma dan syarat. It suits you. I pasti nama you akan meletup. Antarabangsa lagi, nyah. Dah, tak payah nak sedih-sedih sangat. Susah-susah you kahwin je dengan I. I can give you more than he gave to you.”

“Eee… tak naklah dengan you. Lembut sangat. Nanti bukan you yang jaga I. I yang kena jaga you. Auwww…” usik Wani. Tertawa kecil dia dengan gurauan Hakim pengurus dia yang lembut tetapi berbadan tegap dan tinggi. Setia bersama dia ketika senang dan susah.

“Tolong sikit. Selama ni bukan mak ke yang jaga you? Watch out your words. So, when should it be okay?”

“ASAP.”

So soon?”

Yup.”

“Kalau macam tu malam ni kita jumpa. You boleh baca dulu perjanjian tu. Then sign it and I’ll fax it tomorrow’s night.”

“Pukul lapan. Puteri Pacific Hotel.”

Okay, then. You rehat dan tenangkan fikiran. Malam ni kita jumpa. Bye.”

Akid, thanks 4 everything. I’ll stop hunting you. Will fly to Paris 4 good. C U when I C U. – Wani


Butang hantar ditekan. Harap ini yang terbaik untuk dia. Wani memejamkan mata dan terus terlelap.

No comments:

Post a Comment