PELUH
di dahi dilap dengan belakang tangan sahaja. Tanah kontang di depan mata
dipandang sepi. Mata beralih dan melirik beberapa orang anak muda yang sedang
sibuk mengambil sampel tanah.
"Encik
Abrar!" Seorang lelaki muda melambai. Berdiri di tengah-tengah di antara
anak-anak muda yang masih sibuk bertinggung menunduk memandang tanah.
Abrar
mengeluh. Keluhan yang entah untuk kali ke berapa pada hari ini. Bekerja di
bawah terik mentari sangat mencabar kesabarannya. Kaki diheret juga mendekati
lelaki muda dan kumpulan kecil itu.
“Cukup
tak ni?” tanya lelaki muda yang melambai tadi apabila Abrar sudah berdiri di
sebelah.
“Hmmm…”
Bekas di tangan lelaki muda itu diambil. Dia mula membelek-belek isi kandungan
tanah di dalam bekas itu.
Lelaki
muda itu menanti dengan sabar.
“Okeylah
ni. Dah berapa kaki?” Bekas itu diserahkan kembali. Abrar mula memerhati yang
lain. Jam di tangan dikerling.
“Dah
20 tapi masih belum kena batu lagi.”
“Okey.
Dah nak masuk waktu lunch. Kita
berhenti dulu. Lepas makan dan solat kita sambung balik.” Abrar mengeluarkan
arahan.
Topi
di kepala ditanggalkan. Dikepit di pinggang. Dia bergerak ke kereta. Sebelum
sampai ke keretanya sempat dia menggamit lelaki tadi.
“Haikal,
pesan dekat dia orang kita makan di restoran depan hospital,” beritahu Abrar
sebaik Haikal menghampirinya.
“Okey,
Encik Abrar.” Haikal angkat tangan.
Abrar
campak topi keselamatan ke tempat duduk sebelah penumpang. Jemarinya menggosok
leher. Botol air di atas kerusi diambil. Diteguk penuh rakus. Tekaknya yang
sudah kering dibasahkan. Baru kini terasa hausnya.
Apa
nak buat. Dah memang kerja ini yang dia pilih. Kulit yang cerah pun dah jadi
gelap. Emaknya di kampung pun sudah bising. Dia buat tidak endah sahaja bebelan
emaknya itu. Mana ada ahli geologi duduk terperap dalam bilik berdingin sejuk
macam kerja professional lain. Tak dinafikan memang ada ahli geologi yang duduk
dalam makmal. Buat pelbagai ujian tapi dia tak suka. Bosan kalau asyik terperap
dalam bilik. Boleh tepu otak.
“Encik
Abrar!”
Lamunan
Abrar mati. Dia menoleh.
Haikal
tersengih.
Tingkap
kereta sebelah pemandu yang terbuka sedikit diturunkan Abrar.
"Kenapa?”
Abrar jongket kening.
“Dia
orang semua nak pergi makan mi rebus tulang. Encik Abrar nak ikut sekali tak?”
“Tak
apalah. Saya malas nak pergi jauh-jauh.” Abrar tersenyum. Mungkin para
pekerjanya segan nak keluar makan bersama-sama dengan dia. Tak mengapalah. Dia
sudah biasa bersendirian.
“Makan
sorang-sorang tak apa ke?” soal Haikal lagi. Ada riak risau pada wajahnya.
Takut Abrar tersinggung.
“Saya
bukan budak-budak, Haikal. Dah 30 tahun pun.” Abrar tersenyum dan menggeleng.
Faham maksud Haikal.
“Kalau
macam tu saya pergi dululah. Dalam pukul 2.30 kami datang ke sini semula,”
beritahu Haikal.
“Yalah.”
Abrar mengangguk.
Cermin
tingkap dinaikkan semula. Enjin dihidupkan. Pendingin hawa dipasang. Dia
mengeluh lega. Brek tangan diturunkan. Perlahan-lahan pacuan empat roda itu
diundur. Signal diberi. Toyota Land Cruiser miliknya membelah jalan raya yang
sudah mula sesak.
Mata
Abrar meliar mencari tempat letak kereta kosong. Kenderaan yang dinaiki dipandu
perlahan-lahan. Takut terlepas pandang. Puas tertoleh-toleh namun hampa. Malas
hendak pening kepala, signal kiri dihidupkan. Pacuan empat rodanya diparkirkan
sahaja di bahu jalan. Itu saja pilihan yang dia ada. Kaki melangkah keluar dan
berjalan menuju ke restoran yang sudah menjadi tempat melepaknya sejak dia
diarahkan berkerja di tapak pembinaan berdekatan dengan hospital.
Kakinya
terpacak betul-betul di depan rak. Mata Abrar memerhati lauk-pauk yang dijual.
“Excuse me! Boleh ke tepi sikit?” tegur
seorang gadis bertudung hijau lembut.
Abrar
menoleh.
“Ops! Sorry.” Dia berganjak. Memberi
laluan kepada gadis yang menegurnya.
Tangannya
segera mencapai sebiji pinggan. Senduk nasi dipegang dan nasi disenduk. Dua
kali ceduk. Dia mendekati semula meja yang meletakkan lauk-pauk tadi.
“Boleh
minta tolong?” Gadis bertudung hijau lembut tadi sekali lagi menegur. Memandang
Abrar bersama senyuman manis.
Abrar
jongket kening.
“Tolong
ambilkan ayam goreng tu seketul.” Si gadis tuding jari pada bekas ayam goreng
yang letak agak terkebelakang sedikit.
Abrar
angguk. Tangannya mencapai penyepit. Disepit seketul ayam goreng yang bersaiz
agak besar.
“Terima
kasih.” Si gadis tersenyum.
Abrar
terpaku. Senyuman manis si gadis terasa bagaikan menggoda hatinya. Hatinya yang
sudah lama membeku seolah-olah sudah mula cair. Apakah maksud semuanya ini?
“You
dah ambil dulu, Ikin?”
Mati
senyuman Abrar bila melihat seorang jejaka kacak menghampiri si gadis.
“Tunggu
you lambat sangat, doktor. Perut I dah berkeroncong,” balas si gadis.
“Jururawat
mana boleh makan banyak-banyak. Nanti pakai uniform
tak cantik.” Si jejaka mengusik.
Abrar
mencemik. Jururawat pastilah berpasangan dengan doktor. Tak adalah nak
berpasangan dengan orang macam dia ni. Rasa menyesal pula membenarkan hatinya
tergoda. Hak milik orang jangan dikacau, Abrar. Dia cuba mengingatkan dirinya.
Abrar
segera memilih lauk di depan mata. Tidak mahu pasangan di sebelah dia ini salah
faham. Lagilah bila dia perasan mata si jejaka seolah-olah memberi amaran
jangan ganggu teman wanitanya.
“Makan
sorang aje ke, encik?” tegur si gadis bertudung hijau lembut tadi bila dia
meletakkan pinggannya di meja bersebelahan meja Abrar.
Abrar
yang baru hendak menyuap panggung wajah.
“Dah
biasa.” Dia tersenyum.
Eh,
apa aku jawab? Kenapa aku kalut ni? Sepatutnya cakaplah ya saya makan
sorang-sorang. Tak pasal-pasal merundum saham aku, dia berbisik sendiri.
“Ooo…
Tak pernah nampak? Doktor baru ke?” soal si gadis lagi.
Abrar
menggeleng. Hesy, semua jururawat memang peramah ke? Lupa agaknya gadis ini
yang si dia datang dengan teman lelaki.
“Ingatkan
doktor baru. Jarang ada orang luar nak makan dekat restoran ni.” Si gadis sudah
melabuhkan punggungnya.
“Ikin,
you nak air apa?”
Belum
sempat Abrar menjawab, sudah ada yang memintas. Dia menoleh pada si jejaka yang
meletakkan pinggan nasinya di depan si gadis.
“Limau
ais,” jawab si gadis.
Abrar
dapat lihat senyuman yang dihadiahkan si jejaka kepada si gadis sebelum berlalu
dari situ. Rasanya dia tidak silap dalam menilai pasangan ini. Ada pertalian
istimewa yang wujud di antara si gadis dan si jejaka.
Kenapa
dia nak sibukkan mereka? Biarlah kalau benar mereka ada ‘sesuatu’. Abrar
menggeleng. Jemarinya kembali menyuap nasi ke dalam mulut. Namun baru beberapa
suap, telinganya menangkap sesuatu. Bunyi seperti orang mengeluh. Dia menoleh
ke sebelah.
“Kalau
ikutkan sekarang ni I dah berlingkar atas katil tapi itulah doktor kacak tu.
Tak nak mengalah. Sibuk nak suruh orang temankan dia. I bukan ada apa-apa
hubungan pun dengan dia.” Si gadis membebel.
Abrar
tak tahu nak mengangguk atau menggeleng. Kenapa pula jururawat ni terlebih
peramah? Dan kenapa hatinya bagaikan melonjak riang? Adakah kerana telahannya
tadi tersilap? Atau peluang untuk dia dengan si gadis cerah?
“Kawan
you ke, Ikin?”
Abrar
menoleh. Muka si jejaka sudah mencuka. Memandang wajah dia dan si gadis
bersilih ganti.
“A’ah.”
Si gadis selamba mengiakan.
Abrar
pandang si gadis pula. Terkebil-kebil dia jadinya. Permainan apakah ini?
“Oh!
Saya Doktor Naim, kawan Asyikin.” Si jejaka menghulurkan tangan.
“Abrar
Faris.” Abrar sambut juga huluran tangan si jejaka yang memperkenalkan dirinya
sebagai Doktor Naim.
“Kenal
Asyikin dekat mana?” soal Doktor Naim ingin tahu.
Abrar
telan liur. Memandang tepat pada wajah Doktor Naim yang sudah mengambil tempat
duduk bertentangan dengan si gadis yang dipanggil Asyikin. Perlu ke dia
berlakon sekarang ini? Persoalannya untuk apa?
“Doktor,
baik you makan cepat-cepat. Masa rehat you dah nak habis.” Asyikin memintas
Abrar dari menjawab soalan cepu emas Doktor Naim.
“Yalah.”
Doktor Naim kelam-kabut menyuap mulutnya selepas melihat jam tangan miliknya.
Asyikin
kenyit mata pada Abrar. Mulut menggumam perkataan maaf.
Abrar
tergamam. Ada debaran dalam dadanya. Hati dia? Entahlah. Bagaikan ada satu
isyarat ganjil dihantar kepada hatinya. Sukar untuk dia mentafsirkannya. Malas
dia mahu memikirkan permainan hatinya kini. Matanya dihala kembali pada pinggan
nasinya yang masih belum terluak. Teringat akan dirinya yang turut mengejar
masa.
Alaaa pendeknya kak syeena.tak puas baca :(..tapi menarik!!
ReplyDeletealahhhh....cukup r ni zawani... ;)
DeleteOooo....jururawat Asyikin....best2... mintak sambung lg ye k.syeena...hihihi
ReplyDeletesabar ya Mona...
DeleteNk lg sys syeen :) menarik n tertarik nk follow ni hehhehe
ReplyDeletetq rabiatul...sabar ya...
DeleteHehe, dah rasa 'something' ek abrar...
ReplyDelete'something' yang apa tu tak tahu r...
Deletekak syeena..memandngkn akk juz nak post 6 bab jek..apa kt akak bg kaw2 pjg punya..hehehe.. :)
ReplyDeleteamboi iyads....
Deleteuntuk pengubat rindu kak..hehehe..da jatuh suka kt jorg tue.. :)
Deletenak fengsan dah ni....
Deletebest 3x.
ReplyDeletetq baby mio...
Deletebest.. nak lg....
ReplyDeletetq liza...sabar ya...
DeleteKak, awat x ambik juruteknik lela... Baru best..hahaaa
ReplyDeleteAmboi ang lela...
Deleteoh..asyikin yg ala2 ngurat dlu ya
ReplyDeletehikhikhik
Deleteawal kenal dah nakal ya syikin firda ni :P
ReplyDeleteSama tak dgn asyikin firda realiti? Hahaha....
Delete