PUNAT kunci Audi R8 hitam ditekan. Adwan masih tak
berganjak. Kedua-dua tangan naik mencekak pinggang. Berdiri tegak memandang
bangunan di depannya restoran makanan segera McDonald.
Spontan dia menggeleng perlahan. Sungguh
dia tak percaya dengan dirinya sendiri. Entah jampi serapah apalah yang
digunakan adiknya hingga berjaya membuat dia menjejakkan kaki ke sini.
Sudahlah tempat ini antara tempat yang
paling dia tidak mahu kunjungi. Tak setaraf dengan kedudukannya. Tak sesuai
dengan jawatan yang disandangnya.
Hesy, tak ada kelas langsung ajak aku
makan dekat sini! Gumam Adwan sendirian.
Nafas dihela dalam-dalam. Langkah diatur
juga menuju ke dalam restoran. Takut si adik sudah menunggu lama. Walau tak
suka dia terpaksa. Terpaksa bersebab. Percayalah dia tak sanggup mendengar
leteran yang bakal keluar dari mulut si adik andai dia terlewat. Bait-bait
bicara adiknya sama hebat dengan sifu adiknya, Mama mereka.
“Along!”
Jeritan seseorang yang dikenalinya
membuat Adwan tercari-cari. Seorang gadis bertudung kuning mustard melambai
kepadanya. Dia membalas. Langkahnya dilencongkan menuju ke arah si adik. Cepat
dan pantas.
“Tak kisahkan makan dekat sini?” Si adik
bertudung kuning mustard bersuara selepas bersalaman dan mencium tangannya.
Adwan mencebik pada si adik. Dia tahu
itu sindiran untuknya. Kerusi kosong sebelah si adik ditarik. Punggung
dilabuhkan di situ. Kunci keretanya dicampak ke atas meja. Dia bersandar malas.
Matanya meliar melihat sekeliling.
Dia menggelengkan kepala apabila melihat
masing-masing begitu berselera menikmati hidangan mereka. Tertelan pula
orang-orang ni dengan makanan dekat sini. Bukan sihat pun. Sekali lagi bibirnya
mencebik. Sinis.
“That’s
him.” Si adik berbisik.
Adwan tersentak. Bisikan si adik jelas
mengganggu pemerhatiannya. Namun seketika cuma bila matanya menyorot tajam pada
figura yang menghampiri meja yang diduduki dia dan adiknya. Atas bawah matanya
bergerak meneliti figura yang sedang menatang dulang yang penuh dengan makanan
yang tidak sihat.
“Im, inilah Along I.” Si adik
memperkenalkan Adwan pada figura itu.
Kalut figura yang diperkenalkan sebagai
Im oleh si adik meletakkan dulang ke atas meja. Tangan dihulur sebagai salam
perkenalan. Adab orang Malaysia andai pertama kali bertemu mata.
“Azri Imran. Panggil Imran saja.” Senyuman
ikhlas turut dilemparkan.
“Zulfan Adwan. Just call me Adwan.” Adwan menyambut sambil lewa huluran tangan
Azri Imran. Wajahnya serius. Tiada tanda-tanda mahu bermesra dengan teman si
adik.
Terus senyuman Azri Imran berubah kelat.
Perlahan-lahan melabuh duduk bertentangan dengan Adwan.
Adwan buat tidak tahu. Tiada langsung
rasa bersalah dengan sikap dinginnya. Kehadiran dia di sini sebab si adik
memaksa. Bukan dia yang mahu menambah kenalan. Jauh sekali mengeratkan
silaturrahim dengan teman si adik.
Biarlah kalau Azri Imran mahu fikir yang
bukan-bukan tentang dirinya, dia tidak kisah. Sudah lali dicap dengan pelbagai
gelaran. Sombong, riak, berlagak dan entah apa lagi dia tidak ingat.
Menyedari si abang kurang mesra dengan
temannya yang juga dah berubah laku, si adik lantas membuat helah.
“Im, Along… berbuallah dulu...”
Adwan pantas menoleh ke sisi. Tidak
senang dengan tingkah si adik. Renungan tajam dilemparkan. Belum sempat dia
melontar kata, pantas sahaja si adik merapatkan tubuhnya dan berbisik.
“Amanda nak ke tandas sekejap. Nature call. Please, Along. Be nice to him.”
Bersama satu tepukan lembut di bahunya, si adik bingkas berdiri dan meninggalkan
dia dan Azri Imran.
Matanya dipejamkan seketika bila susuk
si adik hilang dari pandangan sebelum kembali fokus pada Azri Imran. Dia faham
maksud Amanda. Inilah tujuan sebenarnya dia ke sini. Meneliti latar belakang
dan menapis pilihan hati Amanda sebelum diperkenalkan kepada orang tua mereka.
Kata Amanda, sebagai abang, dia sangat overprotected. Tapi, dia bukan begitu.
Dia cuma seorang abang yang sangat menyayangi keluarga.
“Dah lama kenal adik aku?” Tanpa
mukadimah terus sahaja dia menutur nada keras.
Tajam sorotan mata Adwan kala melontar soalan
sambil mengetuk-ngetuk kunci keretanya ke atas meja. Sengaja mengganggu
perhatian Azri Imran. Mahu menguji lelaki muda ini gugup atau tidak tika
berdepan dengan dia.
“Masa ambil diploma lagi. Kiranya dah 5
tahunlah ni.” Tenang sahaja Azri Imran menjawab.
Kedua-dua kening Adwan terangkat. Boleh
tahan lama juga Amanda menyimpan rahsia perhubungannya dengan Azri Imran.
Patutlah Azri Imran boleh pamer riak tenang menjawab pertanyaannya.
“Lama juga tu. Sekarang buat apa?”
“Part-time
dekat 7E. Belum dapat kerja tetap lagi.”
Adwan mencebik. Lelaki muda ini memang
berani. Belum tahu boleh bagi adik dia makan apa, tetapi sudah pandai mahu
mengajak adiknya itu menikah. Lupa agaknya status keluarga Amanda tu apa.
“Hmmm… kau nak makan apa-apa tak? Aku
boleh tolong belikan.” Kali ini Azri Imran pula menyoal. Cuba mengurangkan rasa
kekok yang wujud.
“Nope.
Aku ada lunch appointment dekat hotel
sekejap lagi. Ini pun sebab Amanda paksa. Kalau tidak, tak ada maknanya aku nak
datang sini.”
“Okey,” perlahan sahaja suara Azri Imran
membalas.
Adwan tarik senyuman sinis. Dia tahu
mesti hati Azri Imran dah mengata dirinya macammacam. Sikap dia memang berbeza
dengan Amanda. Jauh panggang dari api.
“Asal mana?” Sesi soal jawab bersambung
lagi.
“Pahang.”
“Which
part?”
“Jengka.”
“Orang pedalamanlah ni.” Sinis nada
suara Adwan. Langsung tak terfikir nak jaga hati Azri Imran. Selamba saja
mengutuk. Tak ada tapis-tapis. Kalau tak suka pun sepatutnya berlapiklah
sedikit.
“Memang pedalaman tapi sekarang Jengka
dah maju. Tak macam dulu lagi.” Nada suara Azri Imran berubah. Keras. Tidak
tenang seperti awalawal tadi. Terjentik juga hatinya bila ada yang mengutuk
kampung halamannya.
“But
still a kampong.” Adwan mencebik. Tidak diendahkan balasan keras Azri
Imran. Pada dia kampung tetap kampung. Majulah macam mana pun atau modenlah
macam mana pun.
“Ya.” Azri Imran mengiakan. Dia
bertindak mencapai kentang goreng yang telah mula sejuk. Dia mengunyah kasar.
Cuba menenangkan hatinya yang panas.
“Kau tahukan Amanda anak Dato’?” Soalan
Adwan kini menjurus kepada titik perhubungan Azri Imran dan adiknya. Dia mahu
menyedarkan lelaki muda di depan dia ini siapakah Amanda.
“Dia ada beritahu,” Azri Imran menjawab
perlahan.
“So?”
“Apa maksud kau?”
“Aku tak suka adik aku berkawan dengan
orang kebanyakan terutama orang kampung macam kau.”
“Tapi Amanda tak kisah pun. Dia cakap
Mama dan Papa kau pun tak kisah.”
“Memang mereka tak kisah tapi aku kisah.
Kau sendiri tengokkan yang Amanda kenalkan kau pada aku dulu sebelum kau orang
jadi lebih serius lagi. Aku tak mahu Papa aku dapat malu sebab bermenantukan
orang kampung macam kau.”
Tegak terus tubuh Azri Imran. Panas
telinganya bila dihina sebegitu. Kalau inilah punca dia putus dengan Amanda,
dia reda.
“Look,
Adwan. Jangan kau berani nak menghina kami yang orang kampung ni. Kami tak
pernah meminta tolong dari golongan orangorang kaya macam keluarga kau. Kami
berusaha sendiri untuk keluar dari kepompong kesusahan.” Azri Imran membalas
tegas.
Sekali lagi Adwan mencebik. Dalam hati
sudah ketawa puas. Dia tahu Azri Imran faham maksud kata-katanya. Lelaki muda
ini sedar diri. Tak perlulah dia bersusah payah menyuruhnya memutuskan
perhubungan dengan Amanda.
“Hey,
guys!”
Terkejut kedua-duanya yang tidak
bersedia dengan kemunculan Amanda yang tiba-tiba. Masing-masing cuba berlagak
tenang. Pamer senyuman palsu menutup ketegangan yang melanda.
“Sorry.
Sakit perut.”
Amanda yang tidak tahu apa-apa terus
sahaja melabuh duduk di sisi Adwan. Dia tayang muka sedih. Sedar dia ambil masa
yang lama ke tandas tadi.
“Little
sister, I’ve got to go.”
Adwan lantas berdiri. Dia rasakan
matlamatnya sudah tercapai. Lebih baik dia segera beredar. Lagi lama dekat sini
takut urat mukanya putus. Entah sudah berapa kali dia asyik mencebik. Kalau
kerap sangat buat begitu hilanglah ketampanan wajahnya nanti.
“Cepatnya. Baru nak ajak Along lepak
lama-lama sikit. Dah lama tak buat macam ni.” Bibir Amanda dah muncung. Tayang
muka sedih pada Adwan.
“Lain kalilah. Along ada hal ni.” Satu
ciuman kilat dilabuhkan pada kepala Amanda sebelum menggosok seketika kepala
adiknya itu.
“Nice
chatting with you, Imran. Ingat apa yang aku cakap tadi.” Sempat dia
mengingatkan Azri Imran tentang apa yang mereka perbualkan tadi.
“Don’t
worry. Aku ingat semuanya.” Azri Imran membalas dengan senyuman kelat.
Amanda buat muka tanda soal. Wajah Adwan
dan Azri Imran dipandang bersilih ganti. Menuntut penjelasan dari dua lelaki
ini.
“Assalammualaikum.”
Pantas Adwan angkat kaki. Ada senyuman
tersungging di bibirnya tika melangkah dari situ. Lucu dengan riak
terpinga-pinga Amanda. Biarlah adiknya itu tidak tahu apa maksud kata-katanya.
Cukuplah hanya Azri Imran yang faham.
Dasar orang kampung. Ada hati nak jadi
menantu Dato’, mulutnya menggumam tika meloloskan badan ke dalam kereta. Dia
menggeleng bersama tawa kecil. Sambil menghidupkan enjin kereta matanya masih
memerhatikan Amanda dan Azri Imran.
Tangan menggapai telefon bimbit yang
diletakkan di atas dashboard. Jari menari di atas skrin mencari nama seseorang.
Ada beratus nombor telefon dalam simpanannya. Kebanyakannya perempuan.
“Hello, darling! You dah sampai?”
Meleret suaranya sebaik panggilan yang dibuat berjawab. Lebar lorekan senyumnya
mendengar butiran balas di sebelah sana.
“Give
me ten minutes. Just take orders. Terus makan. I tahu you lapar. Tak perlu
tunggu I. Takut I lambat. Heavy traffic.
Lagi satu, jangan nakal-nakal tau. Bye.”
Talian dimatikan. Sekali lagi dia menggeleng bersama senyuman kala memandang
skrin telefon yang sudah gelap.
Inilah yang dia maksudkan lunch appointment tadi pada Azri Imran
dan Amanda. Setiap waktu makannya mesti ditemani perempuan cantik dan seksi.
Dia tak betah makan sendirian. Tanpa mereka, selera makannya mampu hilang.
Teringat akan sesuatu, untuk sekian
kalinya jemarinya menari-nari lagi di atas skrin. Mencari kenalan mesra yang
lain pula. Segera ditekan nombor yang yang sudah dikenal pasti.
“Norish dear. I’ll pick you up at 8
o’clock tonight, wear something nice. Bye.”
Talian pantas diputuskan tanpa menunggu jawapan si penerima panggilan.
Pendek dan jelas arahan yang
dikeluarkan. Dia tahu orang yang menerima panggilannya itu faham. Bukan susah
nak tawan perempuan. Taburkan saja duit dan kemewahan di depan mata mereka. Memang
melekat macam digamlah!
Sekarang masa untuk membuat panggilan
terakhir. Tumpuannya kini kembali ke bangunan yang baru sahaja dia tinggalkan
tadi.
“Hello, Amanda! Balik cepat. Jangan
lewat. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. Bye.”
Adwan mengintai reaksi Amanda di sebalik
cermin kereta. Dia perasan Amanda tayang muka tidak puas hati. Bagus punya
nasihat dia bagi tadi. Rasanya dia sendiri termasuk dalam kategori lelaki yang
tidak boleh dipercayai itu.
Tanpa berlengah, Audi R8 dipandu keluar
dari situ. Hon kereta dibunyikan tika melepasi bangunan restoran makanan segera
tersebut. Sempat dia melambai pada Amanda dan Azri Imran.
Betul-betul 10 minit perjalanan, Adwan
sampai di Hotel Thistle. Kunci kereta di campak pada jockey yang menjaga valet
parking. Kupon yang dihulurkan diambil dan diselukkan ke dalam poket
seluarnya. Dia berlari anak menuju kafe The Glass.
Tersungging senyuman di bibirnya sebaik
terpandang seorang gadis yang ralit membelek telefon bimbit di tangan.
Kedua-dua lengan si gadis yang terdedah dipegang dari belakang.
“Sorry.
Kesian gadis cantik ni duduk seorang diri.” Tanpa silu dia mengucup pipi si
gadis. Kiri dan kanan.
“Demi you, I tak kisah duduk seorang
diri.” Si gadis menepuk manja lengan Adwan yang sudah duduk di sisinya. Dia
melorek senyuman menggoda.
Adwan menangkap tangan si gadis. Dia
menggenggamnya kemas. Sebelah lagi tangannya mengelus lembut jemari itu.
“That’s
my girl. Nanti kita pergi shopping,
ya?” Dia kenyit mata.
Liurnya ditelan kala mata menyinggah
pada aset si gadis yang hampir termuntah keluar dari baju. Rasanya inilah kali
pertama si gadis mengenakan pakaian sebegini. Baju maxi pendek warna hijau lembut dengan belahan leher yang panjang.
Betul-betul melepasi dada.
“Sebab tu I cakap I tak kisah duduk
seorang diri. You ni macam tahu-tahu aje yang
memang perlukan baju baru.”
“Anything
for you, Sarah. Just name it.”
Adwan tersenyum. Sempat dia melambai pada pelayan yang bertugas.
“Rumah I malam ni?” Sarah mengurut
lembut tangan Adwan. Berharap sangat Adwan dapat menemani dia.
“Darling, you tahu kan yang I tak
boleh?” Pujuk Adwan.
Ya. Dia memang seorang playboy.
Bertukartukar perempuan macam menyalin baju. Pilih saja yang mana berkenan,
pasti dia akan dapat. Tapi, dia masih berpegang pada prinsip. Tidak akan
sesekali mengambil warisan bonda tanpa ikatan yang halal.
“Saja nak test you. Manalah tahu you ubah fikiran. I don’t mind. I boleh bagi layanan first class tau. You never
know until you taste it.” Jemari Sarah masih lagi ligat mengurut lembut
tangan Adwan. Manalah tahu Adwan termakan dengan kata-katanya.
“Nice
try, but no thanks. Sekejap I nak order dulu.”
Pantas Adwan menarik tangannya. Iman dia
tidaklah sekuat mana untuk menangkis serangan gadis seksi dan seperti Sarah
ini. Bukan dia tidak tahu kegiatan tidak bermoral Sarah dan dia tidak suka
ambil bekas orang.
Senakal-nakal dia, dia mahu yang masih tidak disentuh.
Dia mahu menjadi orang yang pertama.P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
No comments:
Post a Comment