Suara ketawa yang kuat menambah rasa
sakit hatinya. Mengilai tahap tak ingat macam niyang rapik. Hati dah lama
membengkak. Dikumpul segala macam mak nenek fail, meninggi hampir saja mukanya
tak kelihatan. Setelah berpuas hati, dia mengatur langkah menuju ke tempat yang
telah dikenalpasti.
PAP!
Fail-fail tadi dihempas kuat di atas
meja. Empat orang gadis yang rancak berbual dan ketawa mengilai terkejut bukan
kepalang. Masing-masing bertempiaran lari ke meja sendiri. Tinggal si gadis
berambut panjang sedikit keperangan terkulat-kulat memandang fail-fail
tersebut.
“Awak ingat syarikat bayar gaji untuk
awak bergosip, ketawa mengilai segala!” suara Ayman Fareeq meninggi. Gadis
bermata bundar terkebil-kebil memandang Ayman Fareeq yang sedang menyinga.
Gugup.
“Errr…selamat pagi Encik Ayman,”
tergagap-gagap Adni Farha ucap selamat kepada bosnya. Terkejut dengan kehadiran
Ayman Fareeq dengan timbunan fail yang tinggi. Mahu tak terkejut, Nadia dah
usyar cakap bos hot mereka belum
masuk lagi. Biasanya dalam pukul sepuluh baru dia muncul. Entah mimpi kena
terkam harimau agaknya malam tadi pagi-pagi dah terpacul kat pejabat. Tanpa
sedar Adni Farha tersenyum.
“Saya buat lawak ke?” Ayman Fareeq sinis
memandang Adni Farha.
“Errr…tak, tak,” Adni Farha menggaru
kepalanya. Tak guna betul macam manalah boleh terlepas senyuman manis aku. Badigol
tiga ekor ni pulak tak cover aku
langsung, omel Adni Farha dalam hati.
“Baru seminggu kerja dah buat perangai. Ikutlah
sangat perangai yang bukan-bukan tu,” bebel Ayman Fareeq. Matanya meliar
memandang gadis-gadis yang bergosip dengan Adni Farha tadi. Nadia, Aqilah dan
Zara yang telah berkhidmat lebih lima tahun di Perunding Klasik Sdn. Bhd.
menunduk. Pura-pura membuat kerja. Athirah, gadis berhijab yang duduk di sudut memandang
Nabila. Mereka bermain mata. Muka dicebikkan. Baru padan dengan muka korang,
bisik Athirah. Dia memang tidak menyukai mereka bertiga sejak mula-mula masuk
kerja lagi. Sekarang bertambah lagi seorang iaitu Adni Farha.
“Perangai apa Encik Ayman?” polos Adni
Farha bertanya. Aqilah tepuk dahi. Zara membulatkan mata. Nadia berdehem. Farha
Adni pandang kawan-kawan gosipnya. Keningnya terangkat-angkat.
“Menjawab aje kerja awak, ya?” berang
Ayman Fareeq bila mendengar soalan bodoh Adni Farha.
“Dah memang saya tak faham apa Encik
Ayman cakap, saya tanyalah,” lurus Adni Farha menjawab. Ayman Fareeq mendengus.
Bertambah sakit hatinya. Kenapalah Dato’ Hussain letakkan minah lembap ni
sebagai pembantu dia. Nak kata lima orang pekerja sedia ada tak boleh buat
kerja mustahil pulak. Tapi dia akui beban kerja makin bertambah memandangkan kebanyakan
tender yang dibida Perunding Klasik iaitu hampir dua puluh projek semuanya berjaya.
Walaupun terdapat lebih kurang sepuluh orang jurutera kanan termasuk dia
masing-masing sudah di pertanggungjawabkan menjaga beberapa projek. Dia sendiri
perlu menjaga sepuluh projek. Perunding Klasik Sdn. Bhd. merupakan sebuah firma
perundingan kejuruteraan yang sudah bertapak di Malaysia lebih kurang dua puluh
lima tahun lamanya.
“Oleh kerana awak banyak sangat bertanya,
saya nak awak semak semua fail ni. Five p.m
sharp atas meja saya.” Ayman Fareeq mengeluarkan arahan. Baru sahaja dia
hendak melangkah menuju ke biliknya namanya di panggil semula.
“Errr…Encik Ayman…apa yang saya kena
semak?” sekali lagi Adni Farha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sungguhlah dia
tak faham apa yang bosnya mahukan. Ayman Fareeq merengus. Mukanya dah merah. Nafas
ditarik dalam-dalam takut terkeluar perkataan yang bukan-bukan.
“Apa jawatan awak mohon masa masuk sini?”
“Penolong jurutera.”
“Then?”
Ayman Fareeq angkat kening.
“Errr…semak laporan ikut atau tidak reka
bentuk, pergi site buat tinjauan.”
“It’s
the answer of your question.” Ayman Fareeq terus masuk ke biliknya.
“Itulah lain kali jangan nak kekwat
sangat masuk kat tempat orang,” sindir Athirah. Nabilah yang berdiri di
sebelahnya hanya menganggukkan kepalanya.
“Kau kalau tak cari pasal dengan kita
orang satu hari memang tak boleh eh? Harap je bertudung tapi hati busuk,” selar
Zara. Dia memang tak boleh terima perangai Athirah dan Nabilah. Bukan dia
menghina mereka yang berhijab tapi disebabkan segelintir mereka yang seperti
Athirah dan Nabilah menyebabkannya melabel mereka yang berhijab tidak
semestinya orang baik-baik. Sekurang-kurangnya mereka berempat yang masih tidak
sedar hukum wajib menutup aurat ini tidak hipokrit atau mengata orang.
“Entah…menyibuk aje. Dia benganglah tu
Encik Ayman dah tak pandang muka dia,” tambah Aqilah. Merah padam muka Athirah
menahan rasa.
“Korang tak payah layan budak dua ekor
tu. Kalau di layan kita dah macam diaorang jugak,” nasihat Nadia. Adni Farha
hanya mendengar sahaja mereka berperang mulut.
“Hello!!!
Setakat Encik Ayman tu aku tak hairanlah. Aku cari lelaki yang beriman. Bercakap
lembut tak marah-marah,” templak Athirah. Zara dan Aqilah mengajuk Athirah
bercakap.
Ayman Fareeq menuju ke pintu. Dia ingin
ke pantri untuk membuat air. Telinganya menangkap para pekerjanya bertikam
lidah. Pintu dibuka perlahan.
“What
the hell is going on?” jerit Ayman Fareeq. Matanya meliar. Sebelah
tangannya sudah mencekak pinggang. Semua menikus. Adni Farha cepat-cepat
mencapai fail paling atas. Dia pura-pura menyemak laporan. Ayman Fareeq
menjeling semasa melintasi meja Adni Farha. Dia perasan sesuatu. Senyum ditahan.
Sekembali dari pantri, Ayman Fareeq singgah di meja Adni Farha.
“So,
how?” Ayman Fareeq merenung tajam. Adni Farha mendongak.
“Errr…so far so good.”
“Apa yang so good? Baca sikit.”
Adni Farha merenung kembali fail di
depan mata. Huh…terbalik. Macam mana aku tak perasan tadi. Adni Farha mendongak
semula memandang Ayman Fareeq sambil tangannya pantas memusing fail. Dia
tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun. Ayman Fareeq
jongketkan kening.
“Buat kerja tu biar jujur. Allah bayar cash aje sekarang.” Selamba Ayman Fareeq
berkata dan berlalu ke biliknya. Segaris senyuman terukir semasa dia membuka
pintu biliknya. Senang hatinya dapat mengenakan pekerja baru yang nampak macam
pandai tapi lembap.
“Balik-balik aku juga yang kena,” rungut
Adni Farha.
“Orang kalau lembap memang macam tu,”
sindir Athirah. Adni Farha menjeling. Eee…memang mulut taka da insuran betullah
minah ni.
“Adni…meh sini bawak fail tu. Aku ajar
kau sikit tapi janji hujung bulan ni belanja aku makan,” panggil Nadia.
“Yeay…no problem.” Adni Farha menjelirkan
lidah pada Athirah. Dia bangun membawa fail bersama dengan sebuah nota kecil. Athirah
tarik muka. Zara dan Aqilah ketawa kecil. Adni Farha walau umur dah dua puluh
lima tahun tapi perangai tak berapa nak matang. Manja sebab itu mereka bertiga
boleh masuk dengannya.
Baru lima minit Nadia mengajar Adni
Farha macam mana nak semak laporan kedengaran derap kaki di belakang mereka.
Zara dan Aqilah tidak sempat memberi isyarat. Entah bila Ayman Fareeq keluar
dari bilik mereka memang tidak perasan. Ada bela jin agaknya bos mereka itu.
“Ehem…ehem…” Ayman Fareeq berdehem.
Kedua-dua gadis yang sedang leka bekerja menoleh ke belakang.
“Kus semangat…saya ingat jembalang tanah
mana tadi,” spontan Adni Farha bercakap sambil mengurut dadanya. Nadia hanya
tersengih. Panas hati Ayman Fareeq mendengar kata-kata spontan yang keluar dari
mulut Adni Farha.
“Apa yang awak berdua buat?” soal Ayman
Fareeq.
“Buat kerjalah Encik Ayman,” balas Adni
Farha jujur.
“Saya tahulah buat kerja tapi kenapa
dekat meja Nadia?”
“Saya tak faham. Nasib baik Nadia nak
ajar.”
“Laporan projek Amazon dah siap Nadia?”
Ayman Fareeq jegilkan matanya ke arah Nadia. Adni Farha terdiam. Mana dia tahu
Nadia ada kerja lain.
“Sikit lagi Encik Ayman,” suara Nadia hampir
tidak kedengaran menjawab pertanyaan Ayman Fareeq.
“Dah tahu kerja sendiri tak siap lagi
apasal memandai nak ajar orang pulak!” templak Ayman Fareeq. Adni Farha terus
berdiri.
“Sorry,
Nadia…” Nadia hanya angguk kepalanya. Mulutnya bergerak menyatakan it’s not your fault. Adni Farha berlalu
ke tempat duduknya.
“Saya bagi awak masa setengah jam. Kalau
lambat awak pergi jumpa sendiri Dato’ Hussain.” Ayman Fareeq berlalu. Pintu biliknya
dihempas kuat. Dia memang nak tahu perkembangan Projek Amazon memandangkan Cik
Azzalea dah call banyak kali tanya bila
nak lepaskan laporan dia. Bukan dia suka-suka nak tinggikan suara kat anak dara
orang tapi perangai suka menjawab Adni Farha menaikkan darahnya.
Adni Farha termenung di tempat duduknya.
Baru seminggu bekerja dah kena dera
macam-macam. Tak boleh agaknya bosnya itu bercakap lembut. Muka boleh tahan
kacak. Renungan mata tajam. Kulit cerah. Tinggi. Sasa tapi taklah tegap sangat.
Semuanya itu tertutup dek mulutnya yang lancang dan suka membebel. Patutlah tak
kahwin-kahwin walau dah tiga puluh tahun. Kesian bakal isteri dia nanti. Boleh tahan
ke tidak agaknya. Adni Farha tersenyum.
Papa…I
can’t face it anymore. – Adni Farha
Love…baru
seminggu...give-up? – Papa
He
makes it tough…. – Adni Farha
But
he is good.... – Papa
I
know… Adni nak tukar kerjalah. – Adni Farha
Dekat
setahun menganggur. Siapa nak ambik anak papa bekerja? Dengan tak ada experience
lagi. – Papa
Mama
ada. – Adni Farha
Ijazah
tu buat apa? Bungkus belacan? – Papa
Ala….
– Adni Farha
Learn
from the bottom. It’s not that you are not entitled for a high position but get
the experience first. – Papa
Adni
percayakan papa but if he is too tough I’ll quit. – Adni Farha
He
won’t do so. Now get back to your work. – Papa
Eye
eye, Sir – Adni Farha
“Adni! Adni!” jerit Zara. Adni
tersentak. Dia berpaling ke kiri memandang Zara.
“Tu…bos ‘kesayangan’ panggil,” Zara
muncungkan mulut ke bilik Ayman Fareeq.
“Huh!...” Adni Farha garu kepala. Kelam kabut
dia masuk ke bilik Ayman Fareeq. Tidak lama kemudian keluar semula. Fail Projek
Prima Perdana di ambil. Tak sampai satu minit dia keluar semula. Buku nota
kecil pula di ambil. Zara, Aqilah dan Nadia hanya gelengkan kepala. Tahu sangat
Adni Farha nervous.
“Kalau saya kata awak lembap nanti awak
marah. Dah tahu tak tahu apa-apa tak reti nak bertanya,” sinis kata-kata yang
keluar dari mulut Ayman Fareeq. Adni Farha hanya menundukkan muka. Dia memang
kalut nak nak kalau kena tengking.
“Apasal diam? Dekat luar tadi bukan main
lagi awak menjawab.”
“Kalau saya menjawab banyak nanti Encik
Ayman marah pulak,” Adni Farha balas takut-takut.
“Hmmm….” Ayman Fareeq berdehem. Tali leher
diperbetulkan. Bengang dengan jawapan Adni Farha.
“Seminggu dekat sini, apa yang awak
dapat?”
“Errr…kawan-kawan.”
“Hesy…awak ni memang betullah lembap.”
“What
do you expect, Encik Ayman? Memang saya baru seminggu dekat sini tapi baru
hari ini saya diberi tugasan.” Adni Farha bengang bila dikatakan lembap. Dah memang
betul baru hari ini dia di bagi kerja. Itu pun belum sempat tengok betul-betul.
Ayman Fareeq merenung tajam gadis
didepannya. Hatinya mendidih semula. Memang betul dia baru memberi tugasan
kepada Adni Farha sebab baru semalam petang dia berkesempatan bertemu dengan
pekerja barunya ini. Dia ingatkan Encik Rahman, Pengurus Perunding Klasik dah
terangkan apa tugasan yang perlu dilakukan oleh Adni Farha rupa-rupanya tidak.
Ayman Fareeq bangun. Adni Farha hanya memandang bosnya.
“Pack
your thing. Kita pergi site,”
arah Ayman Fareeq.
“Now?”
kening Adni Farha terangkat.
“Ya, sekarang Cik Adni Farha.”
“Site
mana?” Adni Farha masih mahu bersoal jawab. Ayman Fareeq besarkan mata.
“Okay,
okay,” Adni Farha terus keluar. Ayman
Fareeq tersenyum.
like it..
ReplyDeleteTerima kasih...
Deletenie ada kena mengena ngan CuMA DIA ker?
ReplyDeleteAwal-awal ajer....sikit jer kot....try to avoid it....
Deletebest saya suka sangat-2 tq.
ReplyDeleteTerima kasih baby...
DeleteBest..
ReplyDeleteTq asmar......
DeleteMenarik juga...Ai like....
ReplyDeleteTq cik baba...
Deleteassalamualaikum kak penulis.. :D saya shazana baru umur 21..hihii saya selalu bca hasil karya akak.. bestt ! such a simple stories, x byk konflik n jln cerita straight to the point.. x stress bila bca.. kalo penat study, saya layan karya2 kak laa..hihi even cerita simple tp stiap kli bca saya belajar sesuatu especially karakter2 sebagai org Islam.. saya selalu bca tp x tinggalkn comment..hehee just want u to know yg saya 1 of ur fans & supporters.. moga ALLAH S.W.T. rahmati, berkati n terus beri ilham tuk kak berkarya.. hmm, apa lagi ehh.... hmm,, xdak dh kot.. lastly, take care kak.. moga dlm lindungn DIA selalu.. aminn ;)
ReplyDeleteDear ayong qdn....terima kasih...tak komen tak apa janji baca ya dak...hikhikhik...alhamdulillah cerita biasa2 ni ayong suka baca...sis pun tak suka buat konflik berat2...not my cup of tea...dlm erti kata lain tak fandai...hehehehe...anyway terima kasih atas doa...terima kasih atas sokongan yang berterusan...thanks a lot...
Deletehahaahahha lawak sungguh la... adoiiiii good job darling
ReplyDeleteterima kasih sudi baca Norita....
Delete