Friday, January 17, 2014

KAU? DIA - BAB 15


“Assalammualaikum, makcik.” Adni Farha bersalam dengan Mak Limah, emak Ayman Fareeq.

“Waalaikummussalam. Manis,” sempat Mak Limah memuji.

Adni Farha dah tersipu-sipu. Rona merah terbit di kiri dan kanan pipi dia.

“Masuklah, Adni. Jangan segan-segan,” pelawa Mak Limah.

“Errr…makcik tahu nama saya?” polos Adni Farha bertanya.

“Laaa…takkanlah makcik tak tahu nama bakal menantu makcik.” Mak Limah tersenyum.

“Huh?!” Adni Farha dah terkedu. Dia menjeling pada Ayman Fareeq yang tersengih macam kerang busuk di belakang Mak Limah.

“Aisya ! Tolong angkatkan beg Kak Adni tu,” arah Mak Limah.

“Errr…tak payahlah.” Adni Farha berpatah balik semula ke kereta.

“Tak apa, Kak Adni.” Si gadis bertudung dengan susah payah mengeluarkan beg baju Adni Farha dari bonet kereta abang dia.

“Berat ni. Akak bawa sendiri nanti. Ai…” Adni Farha membantu gadis bertudung itu mengeluarkan beg baju dia.

“Aisya Hanan. Adik cute Abang Ayman.” Giliran Aisya Hanan pula bersalam dengan Adni Farha.

“Cantik nama macam orangnya juga,” puji Adni Farha.

“Tak ada lah. Kak Adni lagi cantik. Macam model,” balas Aisya Hanan malu-malu.

Hesy…biasa-biasa ajelah, Aisya.” Adni Farha memukul lembut badan Aisya Hanan.

“Kak Adni, biar saya bawakan beg akak tu ke dalam bilik.” Aisya Hanan mencapai beg baju tersebut dari tangan Adni Farha dan terus masuk ke dalam tanpa sempat Adni Farha menegah dia.

“Adni, duduk dulu kat depan sini. Makcik nak buat air sekejap,” Mak Limah terus masuk ke dalam rumah.

“Errr…tak payah susah-susah, makcik,” Adni Farha menjerit sedikit. Kepala dah di garu-garu.

Ayman Fareeq hanya tersengih di kerusi yang terletak di beranda rumah memandang Adni Farha yang masih terpinga-pinga.

"Awak ni memang saja kan," Adni Farha memukul badan Ayman Fareeq bertalu-talu.

"Love...sakitlah," Ayman Fareeq menepis pukulan Adni Farha. Kepala dia terjenguk-jenguk ke dalam rumah. Takut didengari emak dan adik dia.

"Tahu pula sakit. Masa buat tak fikir. Tak reti nak bercakap." Adni Farha tidak mempedulikan langsung rintihan Ayman Fareeq.

"Alaaa...kalau saya cakap, mesti awak tak setuju," balas Ayman Fareeq tidak mahu mengalah.

Adni Farha berhenti memukul. Mata dia membuntang memandang Ayman Fareeq.

"At least bincanglah dulu. Ini main redah aje. Malu saya tau. Dahlah pakai baju macam ni." Adni Farha menuding jari pada diri dia. Memang patut dia rasa malu. Baju blouse putih lengan panjang yang mana kalau ada orang yang prihatin pandang memang boleh tembus ke dalam. Ditambah dengan legging warna hitam, huh…saham makin merundum teruslah.

"Apa yang awak nak malu? Mak mertua awak okey aje berbual dengan awak tadi? Siap puji-puji lagi," usik Ayman Fareeq.

"Eee...kalau cakap dengan awak ni memang taklah saya nak menang kan." Adni Farha dah mengetap bibir.

Ayman Fareeq hanya mampu menghadiahkan senyuman menggoda pada Adni Farha.

"Love...mak saya tak kisah siapa awak. Dia terima siapa saja yang saya pilih. Ke awak nak suruh saya bawak balik my Qash atau Athirah langau tu?" seloroh Ayman Fareeq.

"Cinta! Kalau awak sebut lagi nama-nama diaorang tu, saya balik JB hari ni juga. Biar padan dengan muka awak pergi Melaka sorang-sorang," ugut Adni Farha.

"Ada saya kisah..." Ayman Fareeq mencicit berlari masuk ke dalam.

"Ya Allah, Ya Tuhanku...Kenapalah cinta aku ini? Kau berikanlah aku kekuatan." Adni Farha meraup muka dia.

"Adni," panggil Mak Limah di muka pintu.

Adni Farha terkedu. Oh, My! Mak cinta dengar ke apa yang dia berdoa tadi. Dia berpaling ke belakang.

Mak Limah tersenyum melihat gelagat bakal menantu dia. Dia juga bersyukur kerana Ayman Fareeq dah boleh ketawa setelah sekian lama menjeruk rasa.

"Makcik." Adni Farha mendekati Mak Limah.

“Kalau belum sah menjadi milik tu, elakkan bertepuk tampar kerana perbuatan menyentuh yang bukan muhrim tu berdosa,” ujar Mak Limah dengan lembut sambil tersenyum menegur perilaku Adni Farha yang tampak kurang manis dimata tua dia.

“Errr…saya minta maaf, makcik. Tak sengaja.” Adni Farha tersenyum kelat. Ini semua Ayman Fareeq punya pasal. Siaplah.

"Mari masuk, minum. Lepas tu Adni boleh berehat dulu. Nanti lepas solat kita pergi rumah adik makcik tu."

Adni Farha tersenyum. Dia menuruti langkah Mak Limah. Sewaktu melintasi Ayman Fareeq yang sedang duduk di meja makan, Adni Farha menunjukkan penumbuk dia pada cinta dia.

"Mak, tengok bakal menantu mak ni? Nakal sangat," adu Ayman Fareeq.

Ya Allah! Adni Farha beristighfar dalam hati. Mulut cinta dia memang mulut longkang. Adni Farha dah cemberut.

"Hesy...kamu ni. Cubalah jangan asyik nak mengusik aje. Tengok muka menantu mak ni? Dah hilang seri dia," usik Mak Limah pula.

Oh! Adni Farha rasa macam nak menangis. Mak cinta panggil dia menantu bukan bakal menantu. Boleh buat lompat bintang tak?

"I told you." Ayman Fareeq tersenyum senget.

Adni Farha menjelirkan lidah.

"Dah, dah. Tak payah layan sangat si Ayman ni. Duduk, Adni.” Mak Limah menuangkan air oren ke dalam gelas untuk Adni Farha.

Adni Farha menarik kerusi di depan Ayman Fareeq. Jelingan tajam dilemparkan pada Ayman Fareeq.

Ouchhh…hari-hari kalau kena jeling boleh berlubang jantung ni,” seloroh Ayman Fareeq.

Muka Adni Farha dah cemberut. Malu diusik begitu depan bakal mak mertua.

“Aymannn...” marah Mak Limah.

Semakin lebar senyuman di bibir Ayman Fareeq hingga terserlah lekukan lesung pipit di kiri dan kanan pipi dia bila melihat layanan yang emak dia berikan pada Adni Farha.

Adni Farha duduk termenung di birai katil. Otak dia masih mencerna apa yang berlaku pada dia hari ini. Rasa macam tak percaya dia boleh berada di rumah keluarga Ayman Fareeq saat ini. Rasa tak percaya itu semakin besar bila menerima layanan mesra yang diberikan oleh emak dan adik Ayman Fareeq. Mata dia liar memandang sekeliling memerhati bilik tidur yang sederhana besar tetapi kemas dan tersusun.

Pintu bilik dikuak dari luar. Adni Farha mendongak.

Aisya Hanan tersenyum sebaik memandang muka Adni Farha.

Adni Farha membalas senyuman itu. Aisya Hanan yang sudah tidak bertudung dipandang dengan penuh asyik. Muka Aisya Hanan yang basah dengan rambut panjang paras bahu nampak bersih di mata Adni Farha.

“Kak Adni…” sapa Aisya Hanan yang turut duduk di sebelah Adni Farha.

“Errr…” Adni Farha tersenyum kelat. Malu.

“Kak Adni tak nak mandi dulu?”

“Ini bilik Aisya?” soalan Aisya Hanan dibalas dengan soalan oleh Adni Farha.

Aisya Hanan anggukkan kepala mengiyakan pertanyaan Adni Farha.

“Kemas.”

Sorang je memanglah kemas, Kak Adni. Kalau ramai-ramai rasanya tunggang-langgang juga.”

“Kita nak pergi rumah sepupu Aisya tu pukul berapa?” Adni Farha sempat mengerling sekilas jam tangan dia yang menunjukkan pukul satu setengah.

“Hmmm…mak kata dalam pukul dua lebih bolehlah pergi. Sedang elok waktu tu pengantin bersanding.”

“Kalau macam tu baik akak mandi dulu lah. Melekit dah badan ni.” Adni Farha terus duduk bersila di atas lantai dan membuka beg pakaian dia.

“Errr…akak ada nak gosok baju ke? Kalau ada letak aje atas katil. Saya solat zuhur dulu. Nanti lepas solat saya tolong gosokkan.” Aisya Hanan bingkas bangun dan mengambil sejadah dan telekung di penyidai baju.

“Takpelah, Aisya. Akak rasa baju ni taklah berkedut mana.” Adni Farha yang sudah berdiri mengacukan sepasang baju kurung warna kuning ke badan dia.

“Cantiknya,” puji Aisya Hanan.

Hesy…biasa-biasa ajelah, Aisya. Dah cepat solat. Nanti emak Aisya marah pula kita bersiap lambat.”

“Emak tak kisah lagi, Kak Adni. Tapi kalau mulut Abang Ayman dah berbunyi itu yang tak menahan.” Aisya Hanan yang sudah siap bertelekung sempat mengutuk abang dia.

“Aisya… kalau dengar dek abang Aisya tu teruk kita nanti. Tapi betullah kalau mulut abang Aisya dah berbunyi sakit telinga ni.”

Ketawa mereka berpadu. Ketukan bertalu-talu di pintu membuatkan mereka berdua terus terdiam. Suara Ayman Fareeq kedengaran mengarahkan mereka untuk bersiap cepat. Adni Farha dan Aisya Hanan berpandangan sesama mereka dan meletus kembali tawa yang terhenti tadi.

Adni Farha segera mencapai tuala dan perlatan mandian. Dia terus keluar dari bilik itu.

Aisya Hanan pula kembali ke sejadah yang telah siap dibentang sedari tadi.

Ayman Fareeq yang masih berdiri di depan bilik adik dia memandang tajam pada Adni Farha.

“Tak siap lagi?” soal Ayman Fareeq geram.

“Sekejaplah nak mandi dulu. Pukul dua kan baru nak pergi? Errr…toilet kat mana?” Adni Farha tersengih memandang Ayman Fareeq.

“Dari tadi lama-lama kat dalam tu buat apa?” Ayman Fareeq mengangkat kedua-dua belah kening dia.

Hesy…jangan banyak tanya boleh tak? Kata nak suruh cepat? Baik awak tunjukkan saya kat mana toilet so cepatlah saya dapat bersiap.” Adni Farha dah jegilkan mata.

Ayman Fareeq hanya menjuihkan bibir dia ke arah dapur.

Adni Farha menoleh ke arah yang ditunjukkan sambil mengulum senyum. Sebelum melangkah pergi sempat dia mengusik Ayman Fareeq.

“Bibir awak tu tak cukup seksi nak terjuih macam tu.” Mencicit Adni Farha berlari ke dapur.

Hesy…ada yang kena cium juga nanti kang.” Ayman Fareeq dah geleng kepala. Dalam pada itu jari dia spontan menyentuh bibir.

“Nak cium siapa?” Aisya Hanan yang baru keluar dari bilik memandang Ayman Fareeq.

“Huh?! Errr…” Ayman Fareeq terkedu. Tak tahu nak jawab apa. Dia terus berlalu ke depan.

Aisya Hanan jungkitkan bahu. Dia terus masuk ke dalam bilik emaknya untuk mengambil seterika.

Adni Farha duduk di birai katil memerhati Aisya Hanan yang sedang memperkemaskan lilitan selendang di kepala. Sesekali dia perhatikan Aisya Hanan terpusing ke kiri terpusing ke kanan. Rumit juga nak pakai selendang ni rupanya.

“Errr…Aisya,” tegur Adni Farha.

“Ada apa, Kak Adni?” Aisya Hanan menoleh sambil tangan dia menyemat kerongsang pada selendang yang di pakai.

“Kalau pakai selendang memang macam tu ke? Kena lilit bagai?” Adni Farha polos bertanya.

“Hahaha…tak ada lah, Kak Adni. Cuma sekarang orang dah pelbagaikan cara. Nak nampak cantik, asalkan aurat dijaga.” Aisya Hanan tersenyum dan berpusing kembali menghadap cermin.

“Aurat? Bukan ke bila pakai tudung memang dah tutup aurat?” soal Adni Farha lagi tak berpuas hati.

“Betul tu tapi kalau tudung singkat dan tak menutup apa yang sepatutnya kita orang perempuan kena tutup maknanya masih tak menutup auratlah.”

“Errr…Aisya. Kak Adni teringin nak pakai selendang yang macam Aisya pakai tapi Kak Adni malulah.”

“Malu dengan orang?”

Adni Farha menganggukkan kepala.

Aisya Hanan tersenyum. Dia duduk di sebelah Adni Farha dan memegang tangan Adni Farha.

“Kita sepatutnya malu dengan Allah bukan dengan orang. Orang yang memandang serong pada kita yang sepatutnya malu pada kita sebab kita nak berubah kerana Allah.”

Dalam hati Adni Farha terucap berbakul-bakul pujian pada Aisya Hanan. Dahlah manis orangnya, pekerti pun elok sekali. Sejuk perut ibu yang mengandungkan dia.

“Aisya ada selendang lebih yang Kak Adni boleh pakai?” Adni Farha malu-malu bertanya.

Aisya Hanan tersenyum. Dia bingkas bangun dan membuka laci baju yang tersimpan berpuluh tudung dan selendang milik dia. Sehelai selendang warna kuning air dikeluarkan.

“Ini sesuai dengan baju Kak Adni.”

Aisya Hanan membantu Adni Farha mengenakan selendang tersebut di kepala.

“Untuk permulaan Kak Adni pakai macam ni je dulu. Perlahan-perlahan. Kalau terus pakai macam saya takut Kak Adni tak selesa pula.”

Adni Farha memandang biasan diri dia di cermin.

“Aisya… Kak Adni rasa pakai terus macam Aisya tak apa kut.” Adni Farha memandang Aisya Hanan.

“Betul ke, Kak Adni?” Aisya Hanan memandang Adni Farha. Tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Adni Farha angguk kepala.

“Kalau macam tu, meh saya betulkan.”


Ayman Fareeq menunggu dengan sabar di dalam kereta. Emak dia dah dihantar dulu sebab Mak Ngah dia dah telefon tak ada orang nak sambut rombongan pengantin perempuan. Emak dia juga berpesan supaya jangan lambat sangat.

Lima belas minit menunggu bayang Adni Farha dan adik dia masih tidak kelihatan. Ayman Fareeq keluar dari kereta. Tangan dia sempat menekan hon kereta.

Hesy…Abang Ayman ni, tak boleh sabar agaknya.” Terkocoh kacah Aisya Hanan mengambil kasut di rak.

Adni Farha yang berjalan di belakang Aisya Hanan turut berlari anak keluar dari rumah.

“Kak Adni mana, Aisya?” soal Ayman Fareeq. Dia tidak perasan Adni Farha yang sedang memakai kasut dan membelakangkan dia.

“Laaa…kat depan mata ni pun tak nampak ke?” Aisya Hanan memandang pelik pada abang dia.

“Huh?!” Ayman Fareeq tercengang. Mata dia membulat tak percaya dengan apa yang di lihat. Adni Farha nampak semakin cantik bila bertudung.

Adni Farha hanya tersenyum manis dan berjalan menuju ke kereta Ayman Fareeq. Dia selamba masuk ke dalam kereta.

Aisya Hanan duduk di sebelah belakang. Sempat dia menjerit pada abang dia.

“Abang Ayman! Tadi kata nak cepat. Tunggu siapa lagi?”

“Huh?!” Kelam kabut Ayman Fareeq masuk ke dalam kereta semula. Segera kereta dipandu keluar menuju ke rumah Mak Ngah dia.

Adni Farha mengulum senyum dengan telatah Ayman Fareeq. Cinta dia dah tersampuk agaknya. Asyik sebut huh saja sedari tadi.

Ayman Fareeq sekejap menoleh Adni Farha di sebelah. Susah nak percaya dengan apa yang dia nampak.

“Abang Ayman, ada kang kita tak sampai rumah Mak Ngah ni nanti,” sergah Aisya Hanan dari belakang.

“Huh?!” Ayman Fareeq terus pandang ke depan menumpukan perhatian pada jalanraya yang mula sibuk dengan pelbagai kenderaan.

Adni Farha hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Sah, cinta dia memang kena sampuk.

Ayman Fareeq meletakkan kereta dia jauh sedikit memandangkan sudah banyak kereta mula memenuhi kawasan lapang yang berdekatan dengan rumah pengantin.

Aisya Hanan terus keluar sebaik Ayman Fareeq menarik handbrake.

Love…”panggil Ayman Fareeq.

Adni Farha yang baru hendak keluar menoleh ke sebelah. Kening dia diangkat.

“Cantik,” puji Ayman Fareeq.

“Tahu.” Adni Farha terus keluar.

Ayman Fareeq ketawa sendiri mendengar jawapan Adni Farha. Diva si dia memang tak hilang lagi.

Aisya Hanan dan Adni Farha dah menghilang di sebalik jemputan yang mula memenuhi lima buah kanopi yang disediakan.

Ayman Fareeq lebih selesa duduk sahaja di luar selepas bersalaman dengan Mak Ngah dan Pak Ngah dia. Malas nak tunggu lama-lama di dalam bila di asak dengan pertanyaan cliché untuk orang bujang yang dah terlajak macam dia.

“Abang Ayman, jom makan. Kesian Kak Adni ni. Asyik pegang perut aje dari tadi.” Aisya Hanan menepuk bahu abang dia yang sedang termenung memerhati para jemputan.

Ayman Fareeq memandang Adni Farha di sebelah adik dia.

“Kenapa tak makan dulu tadi? Awak kan tak boleh lapar. Kena gastrik nanti kan, siapa yang susah?”

Adni Farha hanya membisu. Malas nak menjawab. Sakit di perut mengatasi segalanya.

Hesy…apa lah Abang Ayman ni. Tak payahlah nak marah-marah. Pergi ambikkan nasi untuk Kak Adni. Aisya bawak Kak Adni kat hujung sana.”

Aisya Hanan terus menarik tangan Adni Farha ke kanopi paling hujung. Kebetulan meja di situ sahaja yang kosong.

Ayman Fareeq mengambil nasi untuk Adni Farha dan dia sendiri. Kedua-dua pinggan dipenuhkan dengan lauk pauk yang dihidangkan. Ayman Fareeq menoleh bila nama dia dipanggil seseorang.

“Ayman,” tegur seorang perempuan yang sedang mengelek anak.

“Sarah.” Ayman Fareeq hanya tersenyum nipis. Terkejut.

Sorang?” tanya Sarah.

“Taklah. Mana suami kau?” tanya Ayman Fareeq berbasa basi. Inilah yang dia cuba elakkan. Terserempak dengan orang yang pernah melukakan hati dia.

“Kerja. Tak dapat cuti,” bohong Sarah. Hakikatnya dia dan suami sudah setahun tidak tinggal sebumbung selepas dia melahirkan anak.

“Ooo…okeylah. Aku pergi dulu.” Ayman Fareeq terus beredar.

Sarah menelan liur bila Ayman Fareeq ber‘aku’’kau’ dengan dia. Dia hanya memerhati ke mana Ayman Fareeq pergi. Hati dia sedikit terhiris bila dilihat Ayman Fareeq begitu mesra melayan gadis yang duduk bersama dengan Aisya Hanan.

“Eee…lamanya,” bebel Aisya Hanan.

“Ramai oranglah,” balas Ayman Fareeq. Dia meletakkan pinggan nasi di depan Adni Farha.

“Eleh…ingat orang tak nampaklah tu. Kak Sarah kan?”

“Dia buat apa entah kat sini.” Ayman Fareeq acuh tak acuh melayan pertanyaan adik dia.

“Ini kan kampung dia. Mestilah dia kena datang. Abang Ayman lupa ke?”

“Kata dia kat KL.” Ayman Fareeq hanya menjungkitkan bahu.

Adni Farha hanya mendengar sahaja butir bicara dua beradik itu. Malas nak menyampuk. Saat ini mengisi perut yang mula pedih adalah lebih utama.

“Aisya punya mana?” Aisya dah memuncung memandang abang dia.

“Laaa…nak kena ambikkan juga ke? Tangan abang ada dua je lah, dik. Pergi ambik sendiri lah. Jangan lupa ambikkan air sekali untuk kitaorang.” Ayman Fareeq mengenyitkan mata pada adik dia

Hesy…kalau yang dia punya mesti nak kena ambikkan. Orang ambikkan Kak Adni punya aje.” Aisya Hanan terus berlalu pergi.

“Sakit lagi tak perut tu?” Ayman Fareeq memandang Adni Farha di sebelah yang diam sahaja sedari tadi.

“Dah kurang.” Pendek sahaja jawapan Adni Farha. Dia menoleh sekilas pada Ayman Fareeq sebelum meneruskan suapan.

“Lain kali jangan makan lewat. Dah tahu ada gastrik tu,” bebel Ayman Fareeq.

Adni Farha dah julingkan mata ke atas.

“Adni Farha…”

“Ya lah…”

“Boleh saya duduk sini?” tanya seoarang perempuan pada Adni Farha.

Ayman Fareeq menoleh dan mendengus perlahan.

“Duduklah. Tak ada orang rasanya.” Adni Farha tersenyum manis. Dia turut menolong menarik kerusi bila dilihat perempuan itu terkial-kial. Mana nak letak pinggan mana nak pegang anak.

“Sedara dengan pengantin ke?” tanya perempuan itu.

“Taklah. Ikut kawan,” balas Adni Farha.

Ayman Fareeq hanya menjeling. Kenapalah kau duduk sini. Kan banyak lagi tempat kosong kat sebelah-sebelah sana.

Aisya Hanan yang baru tiba dengan sebelah tangan memegang nasi dan sebelah lagi memegang dua biji gelas berisi air sirap terkejut melihat Sarah yang duduk di sebelah Adni Farha. Muka abang dia yang masam mencuka dipandang.

“Eh! Kak Sarah. Sorang aje ke?” tegur Aisya Hanan. Dia mengambil tempat di depan Adni Farha.

“Aah…” Sarah hanya tersenyum kelat memandang Aisya Hanan.

“Kak Adni. Kak Sarah ni bekas tunang Abang Ayman tapi sekarang dia dah kahwin. Kahwin dengan kawan baik Abang Ayman juga.” Tanpa dipinta Aisya Hanan memperkenalkan Sarah pada Adni Farha.

Sarah tersedak.

Adni Farha menoleh pada Ayman Fareeq. Patutlah cinta dia diam sahaja dari tadi, bisik Adni Farha dalam hati. Dia kembali menyuap nasi ke dalam mulut.

Ayman Fareeq tayang muka selamba seolah-olah tidak mengetahui apa-apa.

“Kak Sarah, ini Kak Adni Farha, bakal isteri Abang Ayman.” Aisya Hanan memperkenalkan Adni Farha pada Sarah.

Giliran Adni Farha pula tersedak.

Love…” Ayman Fareeq terus menghulurkan gelas pada Adni Farha.

Saat ini Sarah merasakan dia tidak sepatutnya berada bersama mereka. Pedih hati dia melihat layanan Ayman Fareeq pada Adni Farha. Layanan yang dulu hanya untuk dia. Panggilan love menunjukkan betapa Ayman Fareeq memang betul-betul dah melupakan dia. Peluang untuk merebut kembali kasih Ayman Fareeq nampaknya dah tertutup.

“Errr…Aisya. Kak Sarah balik dululah. Budak kecik ni pun dah tidur. Balik dulu Adni, Ayman.”

Adni Farha hanya tersenyum.

Sarah terus bangun dan berjumpa dengan tuan rumah sebelum berlalu pergi.

“Cinta tak pernah cerita pun.” Adni Farha memandang Ayman Fareeq yang dah bersandar.

“Cerita lamalah, Love.” Ayman Fareeq menghadiahkan senyuman membunuh.

Tiba-tiba Adni Farha ketawa. Dia turut menggelengkan kepala.

Aisya Hanan dan Ayman Fareeq dah memandang pelik.

“Apa yang kelakar?” tanya Ayman Fareeq tak puas hati. Terasa macam disindir oleh love dia.

“Patutlah hati cinta beku.” Adni Farha ketawa lagi.

“Tak ada kena mengenalah,” bentak Ayman Fareeq.

“Ada.” Adni Farha tak mahu mengalah.

“Bukti?” Ayman Fareeq mengerutkan dahi.

“Semua perempuan cantik yang nak dekat dengan cinta semua cinta tak layan.”

“Ramai ke yang nak dekat dengan abang, Kak Adni?” sampuk Aisya Hanan dengan mulut yang penuh dengan nasi.

“Kalau ikut kata kawan kat opis tu, ramai juga, Aisya.”

“Kak Adni?” tebak Aisya Hanan. Saja nak korek rahsia abang dia dan bakal kakak ipar.

“Dah, dah…habiskan nasi tu dulu. Jangan sibuk hal orang,” pantas Ayman Fareeq memintas. Tak pasal-pasal semua cerita Aisya Hanan tahu nanti. Mulut adik dia ni bukan boleh percaya. Ada kang dia canang kat semua orang.

Adni Farha hanya tersenyum. Tahu sangat cinta dia malu.

Love…cinta…sweetlah Abang Ayman dengan Kak Adni ni.” Aisya Hanan tersengih memandang kedua-duanya.

P/S Untuk hari ini 1 bab je dulu. in shaa Allah jika diberi kesihatan akan ada n3 baru esok. arap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua. Req group kalau berminat di http://www.facebook.com/groups/460780710692490/

12 comments:

  1. Cinta lama dtg kembali....tp xkn adni xde rs apa2 bl tau sarah tu bekas tung ayman?? Jgn lah ada org ke 3 ant adni dgn ayman nnt... - jumay jue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adni ni lurus bendul yunkkk....mungkin belum cukup kuat nak rasa cemburu...kita tgk ajer nanti...hehehe...

      Delete
  2. (Y) menarik...setia menanti bab seterusnya

    ReplyDelete
  3. Love & cinta this story. Next n3 plz!!

    ReplyDelete
  4. Eerrr...... Pn. Sarahhhh.... Sila jgn pintas laluan org yerrr. Ha ha ha, Ayman... panggil Adni Love....... Sarah plak jd tk tentu arah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ada depan mata tak nak...dah buang baru nak cari balik....memang taklah kan....hehehehehe...

      Delete
  5. dah romatik dah si iceberg ni... Love...cinta..so sweet.

    ReplyDelete