Tuesday, July 14, 2015

SE CUMA DIA KEKASIHKU VERSI PERSIAPAN RAYA


AMANDA bersandar malas pada daun pintu. Memerhati para pekerjanya yang bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pelanggan. Rezeki pesanan minit-minit terakhir yang diterima Lovely Bakery. Mahu menolak dia tidak sampai hati. Lagi pula semua orang berhak merasai kuih raya buatan Lovely Bakery.

“Amboi, bos! Silang panggung aje?” Satu suara garau menyapa. Turut sama menyandarkan tubuh di sebelah Amanda. Mata memaku pandang ke depan.

Amanda menoleh. Tayang gigi cantik bila insan di sebelah menoleh sekilas.

“Kata bos.” Dia ketawa. Geli hati dengan ayat-ayat yang dituturnya.

“Bukan air tangan bos lagi sedap ke?” Kedua-dua kening si pemilik suara garau terjongket tinggi.

“Bos dah gantung apron.” Ketawa Amanda bersambung lagi.

“Tak acilah macam ni. Kesian orang yang tempah kuih raya ni. Mesti ingatkan bos yang buat.” Semakin galak provokasi dari si pemilik suara garau. Ada senyuman nakal tersungging di bibir.

Amanda tak senang duduk. Kedua-dua tangan sudah turun ke sisi. Matanya mencerlung tajam wajah di sebelah.

“Amboi! Seronok ya kenakan sayang. Habis tu yang abang ni buat apa dekat sini? Dah tak ada kerja ke dekat pejabat sana?” Jari telunjuknya menunjal lengan kekar Akid yang terdedah.

I’m the boss.” Akid hadiahkan kenyitan mata.

“Tengok tu. Kalau dia tak apa. Kalau kita semua salah.” Muncung Amanda sudah sedepa.

“Kita lain. Kita tak deal diretly dengan orang luar. Awak lainlah. Orang luar nak tengok pemilik Lovely Bakery yang cantik manis ni.” Akid membalas lembut. Mengusik dan memujuk.

“Benci.” Amanda berpaling. Melangkah keluar dari ruang dapur. Kaki dihentak-hentak keras semasa melangkah.

“Tapi abang sayang.” Akid berterusan mengusik. Mengekori langkah Amanda hingga ke ruang café.

“Eee… cakap betul-betul, abang buat apa dekat sini?” Amanda yang sudah melabuhkan punggung di atas sofa di sudut café bertanya. Sempat dicapai akhbar Berita Harian yang ada di atas meja kopi.

Akid hanya tersenyum. Dia turut menghenyakkan punggung di sebelah Amanda. Tangannya melingkar di atas bahu Amanda. Satu kucupan dihadiahkan di kepala Amanda yang berbalut selendang biru firus.

“Tempat awam ni.” Amanda jegilkan mata.

Akid mana pernah faham kalau dimarah. Suka hati dialah nak tunjukkan kasih sayangnya yang berlemak-lemak tu pada Amanda.

“Sayang isteri.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan.

“Hesy…” Satu cubitan singgah di paha Akid.

“Garangnya tapi abang suka.” Suara Akid sedikit berbisik sebelum meletus tawanya.

Amanda julingkan matanya. Akid, sikap mengusiknya tak pernah berkurang. Kata Akid anak-anak bukan penghalang untuk suaminya itu berubah sikap. Macam mana dia kenal Akid sebelum berkahwin, macam itulah Akid selepas berkahwin dan Inshaa Allah sehingga akhir hayat.

“Jom dating.” Jemari kiri Amanda diraih. Dielus lembut dengan jemarinya. Senyuman kacak sentiasa mekar di bibir Akid.

Mata Amanda terkebil-kebil memandang Akid. Akhbar diletakkan di atas riba.

Dating? Me? You?” Jari telunjuknya menunjuk pada dirinya dan Akid bersilih ganti.

Akid mengangguk.

“Tak naklah.” Laju Amanda menggeleng. Matanya kembali membelek akhbar di riba.

“Kenapa?” Berkerut dahi Akid.

“Jalan dengan abang sayang selalu makan hati tau.” Amanda mengeluh manja. Dia tak tipu. Kalau masa tu mereka berjalan dengan anak-anak pun Akid mendapat perhatian mata-mata gatal di luar sana, inikan pula mereka hanya berdua.

Akid tersenyum. Seakan dapat menebak maksud keluhan Amanda. Dia sudah masak dengan reaksi Amanda yang satu ini. Hailaa… isteri, rasa cemburu tu semakin buat abang bertambah sayang.

“Aikkk… bukan ke kita selalu makan nasi?” Dia mengusik.

“Abanggg…”

“Yaaa…”

“Hesy…” Amanda hadiahkan jelingan maut.

Akid ketawa. Semakin kejap jemari Amanda digenggam.

“Jomlah. Anak-anak tak ada ni. Bolehlah jalan-jalan berdua. Dah lama tak ada we time.” Akid memujuk tanpa lelah. Kenyataan. Masa hanya untuk mereka berdua sangat-sangat terhad. Kesibukan diri dia sebenarnya yang membataskan segala-galanya.

Berdecit sedikit mulut Amanda. Apa yang Akid katakan itu betul. Dia akui semuanya. Mereka hanya sempat berbual mesra ketika hendak tidur sahaja. Itu pun kalau Akid balik awal ke rumah. Kalau tidak memang berborak depan meja makan sahaja waktu bersarapan.

“Okeylah tapi janji jangan nakal-nakal.” Dia mengalah. Menatap tanpa lepas wajah Akid yang mekar dengan senyuman.

“Abang tak nakallah, sayang. Orang nak tengok takkanlah abang nak marah.” Akid kenyit mata.

“Tengok tu, belum apa-apa dah ada niat tak elok.” Nada suara Amanda berubah. Merajuk pada yang sudi memujuk. Sebenarnya dia hanya berpura-pura. Dia tahu. Fitrah alam. Mata wanita tak akan lepas untuk melihat kekacakan lelaki. Tidak kiralah lelaki itu sudah berpunya atau pun tidak.

“Alololo… comel aje mama Azaim ni merajuk.” Dagu Amanda disentuh. Memaksa wajah putih berseri itu memandang dia walau Amanda membantah.

Amanda jongket hidung.

Akid ketawa. Bukan susah nak memujuk permaisuri hati dia ini. Kena cara memujuknya, senyuman manis pastinya akan terukir di bibir nipis ini. Satu yang dia suka, merajuk Amanda tak pernah lama.

“Hah! Jangan nak bercanda sangat, ya. Ingat ni tepi pantai ke?” Satu tepukan hinggap pada sofa di sebelah kanan Amanda.

“Allah!” Terletus jeritan halus dari mulut Amanda.

Akid pula hanya bahunya yang terhinggut.

Kedua-duanya menoleh ke belakang. Nampak Reen yang sedang tersengih.

“Kacaulah kakak ipar sayang ni. Kita baru nak bonding-bonding, kan sayang.” Akid eratkan pelukan di bahu Amanda. Tubuh Amanda dibawa rapat ke dadanya. Sengaja menyakat Reen.

Jemari Amanda sudah mencubit sayang di paha Akid. Dia tahu Akid nak mengusik.

Bonding tak bonding. Ingat sikit ini café bukan rumah. Lagi pula bulan Ramadhan ni Encik Akid Ridz oiiii.” Reen jegilkan matanya.

“Yalah, yalah, Puan Nada Qaireen. Eh! Jomlah, sayang. Boleh kita beli baju raya sekali. Lepas tu berbuka dekat luar. Abang dah reserved tempat.” Akid meleraikan pelukannya. Dia bingkas bangun. Menghulurkan tangan kepada Amanda.

“Berbuka dekat luar sekali? Budak-budak macam mana?” Huluran tangan Akid disambut.

“Jangan risau. Tok mommy dia orang nak tolong jagakan.” Akid mengangguk.

“Tak apa ke, abang? Kesian mommy.” Riak wajah Amanda berubah mendung.

Aduh! Dah mula dah. Akid memicit pelipis. Amanda dia ni memang macam inilah. Tak suka nak menyusahkan orang lain. Lagilah bab menjaga anak-anak mereka.

“Hesy, sayang kena kesiankan abang lebih tau. Dah lama sangat ni tak dapat kasih sayang dari isteri. Lagi pun macam abang cakap tadi, dah lama kita tak ada we time.” Akid kembali memujuk. Pipi Amanda dicubit lembut.

“Amboi, nak berdatinglah ni.” Reen yang mendengar sedari tadi drama gaduh-gaduh manja suami isteri di depan dia ini menyampuk.

Sort of.” Akid tersengih. Matanya kembali memandang Amanda. Kening ternaik meraih keputusan si isteri.

Amanda mengeluh. Nak tolak tak sampai hati tapi cafenya macam mana. Apa pula kata staf-stafnya nanti? Dia memandang Reen. Meminta tolong. Dia nampak Reen mengangguk.

“Hmmm… aku keluarlah, Reen. Jagakan café ni, ya. Nanti aku belanja shawl raya.” Mata dikenyit pada Reen. Kakak ipar kesayangannya.

That’s my girl.” Jemari Amanda terus Akid genggam erat. Dibawa ke mulut dan dikucupnya. Tidak dihiraukan mata Amanda yang membuntang. Tambah lagi dia suka melihat rona merah yang terbit pada pipi kiri dan kanan Amanda. Malu-malu kucing inilah yang menambat hati dia dari memandang perempuan lain.

“Jangan korang check-in kat hotel pula lepas berbuka. Ingat sikit Aunty Min tu pun tahu penat juga. Dahlah budak-budak tu lasak.”

“Aunty Min tu terlebih fahamlah, Reen. Aku dah pesan dekat anak-anak suruh behave. Bagi peluang dekat mama dan papa mereka berdua-duaan. Eh! Kami gerak dululah.” Akid melambai. Sempat dititip kata-kata usikan sebelum menarik Amanda melangkah pantas keluar dari Lovely Bakery.

“Malulah cakap macam tu. Abang ni.” Amanda menggeleng.

“Jangan nak rasa malu, sayang. Dengan perempuan lain abang tak berani nak cakap macam tu. Tapi untuk isteri tercinta tak salahkan kalau abang luahkan rasa kasih dengan kata-kata selain bahasa badan, hurmmm…”

“Yalah, Encik mulut manis.” Amanda tidak tahu nak membalas kata apa lagi. Memang sudah ditetapkan Allah, Akid tidak kisah memaparkan apa yang suaminya rasa pada dia di hadapan umum. Gelagat Akid yang romantis ini selalunya membuatkan orang lain kurang percaya lelaki di sebelah dia ini sudah punya dua orang anak.

“Ouchhh…” Jemari Akid melekap di dadanya.

Reaksi spontan Akid mengundang tawa di bibir Amanda sebelum Akid turut serta.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

16 comments:

  1. HA3... ada TOK MOMMY lah ....
    Akid nak bwk G hotel eh? or berbuka kat hotel ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....haippp...dorang p berbuka aje... thanks dear sudi baca..

      Delete
  2. bagus nyer...dah ada ank2 pn x berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. realitinya kita harap para suami dekat luar sana pun macam akid juga kan aisyah...

      Delete
  3. Akidmanda yg always lovydovey ni....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Best...nak Sambungann😁😁😁

    ReplyDelete