Tuesday, August 20, 2013

CUMA DIA KEKASIHKU - BAB 7


Keadaan rumah teres berkembar dua tingkat milik Cik Wani berubah seratus peratus.  Kerusi dan meja tersusun cantik di laman rumah. Di setiap penjuru laman terletak meja buffet untuk memudahkan tetamu mengambil makanan. Tak perlu bersesak-sesak di ruang tengah.

Amanda menambah alas meja warna hitam dan set minuman warna putih untuk mengelakkan warna tema shocking pink tenggelam.

Shocking pink tu wei, mau sakit mata orang yang memandang. Nasib dia kreatif, Amanda gelak jahat. Terbit ketawa kecil dari mulutnya. Tanpa sedar Reen dan Lydia sedang memerhatikan dia.

“Huh! Gelak sorang-sorang. Beranganlah tu. Macam orang tak betul,” sergah Reen.

Lydia hanya menahan ketawa dari meledak bila tengok Amanda terperanjat disergah.

“Sibuklah korang ni. Dah siap ke yang kat dalam tu?” soal Amanda. Malu bila tertangkap sedang berangan.

“Sikit lagi. Nak panggil you tengok. Kut-kut ada yang tak kena. Ya lah customer kita ni kan super duper cerewet, dengan you sekali dah berjangkit,” usik Lydia.

“Naaa….” Amanda melayangkan jari telunjuk dia ke kiri ke kanandi depan muka Lydia.

“I tak cerewet, okey. Cuma nak yang terbaik. Customer is always right,” tegas Amanda.

“Yalah tu. Pelanggan yang sebelum-sebelum ni tak macam ni pun,” bising Reen. Lontaran suara dia sedikit tinggi.

“Ssshhh… perlahankan sikit suara kau tu. Dengar dek Cik Wani, masak kita,” marah Amanda. Mata dia meliar memerhati sekeliling. Mencari kelibat Cik Wani.

“Yang you takut sangat ni kenapa?” tanya Lydia pula. Tak pasal-pasal dia pun kecut perut juga.

“Bukan takutlah Lydia. Cik Wani ni kan model. Public figure. Manalah tahu kalau-kalau ada kawan-kawan dia yang berkenan dengan kerja kita. Good for us,” bisik Amanda perlahan. Mengharap graf jualan bulan ini melonjak luar biasa.

“Betul juga cakap you tu,” balas Lydia menganggukkan kepala.

Reen pun mengangguk sama.

“Alamak, dah pukul tiga! Aku belum solat Zohor lagi. Reen?” tanya Amanda. Dahi ditepuk. Macam mana boleh cuai melakukan kewajipan yang satu itu.

“Ya Allah! Amanda, baik cepat. Aku tak boleh tapi aku perasan kat simpang masuk sini tadi ada surau. Bolehlah kau solat kat situ,” cadang Reen.

Good idea. Nanti kalau Cik Wani cari aku, kau bagitahu. Dari tadi tak nampak batang hidung dia,” pesan Amanda. Dia baru berkira-kira nak beredar dari situ tetapi dia terperasan seseorang datang menghampiri mereka.

“Amanda,” tegur Cik Wani. Senyuman sinis diberikan pada Reen dan Lydia.

 Mereka berdua membalas dengan senyuman paksa.

“Eh! Cik Wani. Maaf saya tak perasan tadi. Ingat Cik Wani tak ada kat rumah,” sindir Amanda. Matanya mengerling jam Swatch Sistem 51 berwarna biru hitam di pergelangan tangan.

“I pergi fitting baju tadi. You nak pergi mana ni? Dah siap ke semua?” tanya Cik Wani bila dilihat Amanda dah pegang beg sandangnya. 

“Harijadi je pun. Macam nak kahwin pula,” bisik Reen perlahan pada Lydia.

Bulat mata Amanda memandang kedua-dua sahabatnya. Risau apa yang dibisikkan mereka sampai ke telinga Cik Wani.

“Saya nak pergi solat Zohor dekat surau simpang depan tu. Cik Wani jangan risau, kami dah siapkan semua. Tinggal tunggu makanan sampai dalam pukul enam nanti. Apa-apa Cik Wani boleh bagitahu Reen dan Lydia.”

“Surau? Dekat rumah I tak boleh solat ke? Come, I’ll show you. Jangan ingat I macam ni, I lupa pada ugama kita,” pintas Cik Wani.

Amanda yang baru nak melangkah pergi terkedu. “Bukan macam tu Cik Wani. Saya ni jenis tak suka menyusahkan orang,” balas Amanda. Risau Cik Wani beranggapan yang bukan-bukan.

“Kalau macam tu jom. Sementara nak tunggu makanan sampai bolehlah you berehat dulu. I pun ada benda nak mintak you ubah sikit,” pujuk Cik Wani.

Nak tak nak Amanda terpaksa menurut. Tak baik pula kecewakan orang. Tangan Reen dan Lydia turut ditariknya. Walau dia tahu minah dua orang ni terpaksa rela.

Kedua-duanya dah buat muka cemberut. Namun untuk menjaga air muka Amanda, mereka turutkan sahaja.

Done!” jeritan Amanda, Reen, Lydia dan beberapa orang pekerja Lovely Bakery berpadu. Mereka bertepuk tangan. Segalanya selesai seperti yang dirancangkan.

“Iza, Hanim, Haikal, Haziq. Kak Amanda harap korang dapat jalankan tugas dengan baik. Tunjukkan Lovely Bakery boleh bagi servis yang terbaik,” pesan Amanda sebelum dia beredar dari situ.

“In Shaa Allah, Kak Amanda,” jawab mereka berempat serentak.

“Aku cari Cik Wani sekejap. Korang tunggu kat dalam kereta.” Kunci BMW X6 dicampak pada Lydia. Amanda bergegas masuk ke dalam rumah Cik Wani. Tak sampai lima minit dia dah keluar semula.

Bad news. She’s insist us to help her tonight. Bukan dia tak percaya pada orang lain. Dia kata senang sikit kalau kita ada. Apa-apa yang kurang kita tahu nak buat apa,” beritahu Amanda pada Reen dan Lydia.

Dear, I can’t stay back. Dah janji dengan Michael. Ni pun dia bising sebab dah banyak kali I batalkan janjitemu kami,” rayu Lydia.

“Reen? Please…” pujuk Amanda. Dia berharap Reen dapat temankan dia malam ni.

“Okey-okey. Aku kan tak ada buah hati,” jawab Reen lemah. Baru nak marathon cerita Korea malam ni tapi tak sampai hati tengok muka seposen Amanda.

“Kau memang bff aku. It’s okay, Lydia. You may go. Macam mana you nak balik?” nada suara Amanda bertukar ceria.

“I dah mesej Michael. Tujuh setengah nanti dia sampai,” jawab Lydia tersipu-sipu.

So soon? Tak menyempat betul,” bebel Reen.

Lydia tersengih.

“Jom, Reen. Aku nak solat maghrib dulu. See you tomorrow, Lydia.” Amanda bergerak masuk semula ke dalam rumah Cik Wani. Nak bersihkan diri dulu sebelum solat. Badan dah melengas semacam. Sambil itu tangannya pantas mendail nombor telefon Datin Afia untuk maklumkan yang dia akan balik lewat.

Sebelum masuk mengekori langkah Amanda, Reen sempat memukul bahu Lydia.

Lydia hanya tertawa kecil.

Selesai solat maghrib, Amanda dan Reen bergegas keluar membantu apa yang patut. Amanda nampak sungguh santai malam itu dengan hanya mengenakan baju t kelabu lengan panjang, skirt labuh rona oren, gelang dan tali pinggang warna oren serta shawl warna senada melengkapkan gayanya malam itu. Ringkas tapi cantik.

“Subhanallah. Kau memang cantik, Amanda. Kenapa ada lelaki yang tak pernah bersyukur dengan kehadiran kau,” Reen memuji sahabatnya itu.

“Jangan nak merepek. Tak payah nak bertelenovela. Kita ni tengah bekerja bukannya makan angin,” tegas Amanda. Malas nak layan pujian Reen. Lagi-lagi bila Reen dah mula nak ungkit kisah lalu.

“Ya ke? Tapi gaya kau macam nak pergi makan angin,” usik Reen. Dia pun hanya mengenakan kemeja biru polos yang dipadankan dengan seluar denim warna sama dan shawl kuning cair.

“Ini aje yang ada dalam bonet kereta. Manalah tahu nak kena stay back. Jomlah kita tolong budak-budak tu,” ajak Amanda. Risau pula bila tengok tetamu sudah mula membanjiri halaman rumah Cik Wani.

Amanda memilih untuk duduk di meja buffet yang berdekatan dengan pintu belakang rumah. Senang nak balik bila majlis selesai nanti. Dia hanya menjadi pemerhati. Sekali sekala sahaja dia menghulurkan bantuan.

“Ini aje yang kau boleh fikir, bro? Tak menyengat langsung,” rungut Akid pada Danial.

“Kira okeylah ni, bro. Patutnya kau ucap terima kasih. Nasib Nina nak tolong. Kalau tak mana nak dapat perempuan yang langsung Wani tak kenal,” balas Danial.

“Bolehlah dari tak ada. Harap-harap tak kantoi. Perempuan ni dari planet mana? Sengih memanjang je. Sihat ke tak? Siapa nama dia?” bisik Akid di telinga Danial.

“Kau ni. Agak-agaklah. Sepupu Nina. Juwita. Kau jangan macam-macam tau. Aku dah banyak berhabis nak make over dia,” ujar Danial memberi amaran.

“Okey, bro. Jom masuk. Pastikan tak ada adegan tarik-tarik rambut. Kalau ada, aku blah, kau bereskan,” tegas Akid.

Danial angkat tangan tanda tak akan berlaku perkara tu. Mereka kemudian beriringan masuk ke dalam rumah Wani.

Akid cuba berlagak tenang dan memegang kemas tangan pasangannya. Senyuman paling manis dipamerkan. Sebaik kakinya menjejak laman rumah Wani, matanya meliar mencari Wani. Namun susuk tubuh seorang gadis berhijab yang sedang leka menyusun makanan di atas meja di sudut kiri penjuru rumah Wani yang menarik perhatiannya.

Bila masa pula si Wani ni ada kawan yang bertudung? Setahu dia Wani sangat memilih dalam berkawan. Nak yang seksi dan kaya sahaja.

Darling! Kenapa you lambat?” soal Wani dengan suara menggoda sebaik terpandang Akid. Dia melirik ke arah gadis di samping Akid. Boleh tahan seksi. Menepati citarasa Akid.

Happy birthday.” Bungkusan ditangan diserahkan pada Wani.

Thanks. Ingat you tak jadi datang. Siapa ni?” soal Wani. Juwita dipandang atas bawah.

My special girlfriend, Juwita.” Selamba Akid memperkenalkan Juwita sebagai teman istimewanya. Tangannya diletakkan di pinggang Juwita. Lakonan kena mantap.

Juwita membalas. Dia turut memaut erat pinggang Akid. Nampak macam lovey dovey couple.

“Hai.” Juwita menghulurkan tangan. Senyuman sehabis manis diberikan.

“Huh?!” terperanjat Wani bila Akid memperkenalkan Juwita sebagai teman istemewanya. Huluran tangan Juwita disambut juga. Dia tersenyum kelat. Tangannya diletakkan di pelipis bila dirasakan kepalanya tiba-tiba berdenyut.

Help yourself. I nak masuk ke dalam sekejap.” Wani meminta diri. Dia perlu bertenang. Saat ini segala apa yang dirancang seakan-akan musnah.

I will.” Akid senyum meleret bila idea gila Danial menjadi.

Danial yang memerhati dari jauh menunjukkan isyarat bagus. Mereka berdua ketawa. Setakat ini semuanya berjalan lancar.

Hope everything will be smooth till end of the day, bisik Akid sendiri.

“Amanda.” Sapa seseorang. Macam kenal aje suara ni. Dia mendongak.

“Along!” jerit Amanda terkuat.

Tangan Adwan segera menekup mulut Amanda.

Bulat mata Amanda diperlakukan sedemikian.

Adwan tersengih bila ada yang memandang.

“Buat apa kat sini?” soal Adwan sebaik tangannya yang menutup mulut Amanda dilepaskan. Setahu dia Amanda memang tak suka bersosial. Pelik pula bila Amanda ada dalam majlis macam ni.

“Along tu buat apa kat sini?” soalan dibalas dengan soalan.

“Teman Lisa. Majlis harijadi kawan dia.”

“Cik Wani ambik pakej dengan Lovely Bakery. She wants me. So, here I am.” Dalam pada itu mata Amanda mencari-cari kelibat Lisa. Susah pula dia nak cam bila rata-rata tetamu yang datang semuanya pakai tak cukup kain. Zina mata betul.

“Dia pergi ladies,” beritahu Adwan yang faham dengan pandangan Amanda.

“Tak tanya pun.” Amanda menjulingkan mata dan meletakkan kedua-dua tangan di bahu. Menyampah.

“Ni nak tunggu sampai pukul berapa? Mama tahu tak?” soal Adwan.

“Along ni macam polis pencen. Sampai habislah. Dah telefon mama tadi,” jawab Amanda ringkas.

“Pencen tak pencen. You cannot stay until the end, young lady. Tahu tak majlis macam ni selalu habis pukul berapa? Pukul sebelas nanti terus balik. Biar Along jaga.”

“Lisa tu boleh pula.” Amanda memuncungkan bibirnya. Kek cawan dalam kotak yang hendak disusun diletak kasar di atas meja. Protes. Muka dia dah masam mencuka.

Adwan hanya menggelengkan kepala dengan perangai adiknya. Manja sangat, tak boleh ditegur sikit.

“Majlis macam ni memang tak sesuai untuk Amanda. Pukul sebelas nanti balik tau,” pujuk Adwan lembut. Dengan Amanda kalau berkeras makin dia melawan.

Pandangan Amanda di hala ke depan. Dia terperasankan seseorang. Tak mungkin dia. Tapi tak mustahil dia. Dia pun berkawan dengan model juga. Kacaknya. Macam hari tu. Eh! Macam berjanji pula, warna baju samalah. Jangan perasanlah Amanda.

Pada waktu yang sama Akid turut memandang ke arah Amanda.

Amanda melarikan pandangannyaa ke arah lain. Dia berpura-pura menyusun dan menambah segala jenis makanan. 

Sebenarnya sedari tadi Akid memerhati perlakuan Amanda dan Adwan. Macam ada sesuatu antara mereka berdua, fikir Akid.

“Apa yang kau tengok tu, bro?” soal Danial.

“Ingat tak gadis bertudung yang aku cerita kat kau dulu?” soal Akid semula.

“Yang kau dengan Adwan berebut tu?”

“Kau tengok dekat sana.”

Danial mengikut arah jari telunjuk Akid. Dia nampak seorang gadis tinggi lampai yang sedang berbual dengan Adwan. Cantik. Putih. Ada gaya. Macam model muslimah.

“Patutlah… boleh tahan,” komen Danial.

“Aku nak pergi sana sekejap. Kau tolong layan si Juwita tu sekali. Rimas pula aku. Entah apa yang kau suruh dia buat. Asyik nak berkepit aje.” Akid merungut.

“Dah cara macam tu aje yang boleh pakai. Jangan lama-lama nanti bukan Juwita aje yang cari kau, dengan si Wani sekali. Pening aku,” balas Danial.

Akid hanya mengangkat tangannya dan terus berlalu.

Alamak, dia datang sinilah! Amanda dah tak keruan. Rentak jantungnya berdetak rancak. Dia kena pergi dari situ. Kalau Lisa muncul, kantoi semuanya.

“Along, orang masuk dalam sekejap. Cari Reen.” Kaki Amanda melangkah laju masuk ke dalam rumah.

Eh! Mana pula dia pergi? Akid tercari-cari. Dia berpusing-pusing. Matanya memang tak silap. Baru sekejap tadi dia nampak Amanda. Macam chipsmore pula perempuan ni, rungut Akid.

“Cari siapa?” tanya Adwan sinis.

“Kau buat apa dekat sini?” soal Akid semula.  

“Sama macam kau. Stok baru nampak? Dah putus dengan Wani ke?” soal Adwan bertubi-tubi.

It’s not your problem.” Akid malas nak bertekak dengan Adwan. Buat sakit hati kalau dilayan. Baik pergi ushar Amanda. Segera dia angkat kaki bila terperasankan kelibat Amanda di dalam rumah Wani.

Eh, mamat ni! Kenapa pula dia masuk sini? Macam magnet. Mana dia pergi, ada aje Akid. Mana Akid pergi, ada aje dia. Eee… melalut pula dia malam-malam ni.

“Reen, aku nak pergi ladies sekejap.” Selagi boleh mengelak Amanda akan mengelak.

Saat kakiAmanda melangkah ke dapur, pergerakan dia terhalang oleh seseorang. Tanpa mengangkat muka dia ke kiri, orang tersebut turut ke kiri. Dia ke kanan, orang tersebut turut ke kanan. Dah macam main belon acahlah pula.

Hesy…” dengus Amanda. Dia mengangkat mukanya. Baru nak memarahi orang yang menghalang laluannya, dia yang kelu. Sekali lagi jantung dia berdetak hebat.

Oksigen. Oksigen. Reen, tolong aku! Amanda ingin menjerit tetapi suaranya tersekat.

“Nak pergi mana? Kenapa lari?” soal Akid tersenyum kacak memandang Amanda.

Tolonglah jangan senyum. Melted.

“Mana ada saya lari? Kan saya berjalan ni,” balas Amanda mesra tapi nampak kekok.

“Yalah tu. Macam I tak tahu. So, buat apa dekat sini? Rasanya majlis macam ni tak sesuai dengan you?”

“Ada kerja sikit,” jawab Amanda acuh tak acuh.

“Kerja… boleh curi you sekejap tak? Bos you mesti tak marahkan. Jom temankan I makan,” pelawa Akid. Dia kenyit mata.

Ya Allah! Tolonglah jangan goda, bisik Amanda.

“Bukan Encik Akid berteman ke tadi? Tak naklah saya kacau daun. Majlis orang ni, lain pula jadinya nanti.” Amanda beralasan.

“Amanda, tadi kata nak pergi ladies. Buat apa kat sini? Eh! Encik Akid pun ada?” tegur Reen.

Amanda menarik nafas lega. You’re my saviour, Reen. Rasa sesak didadanya tadi sudah beransur pulih.

“Qaireen, you pun ada kat sini? Takkanlah bos pun kena buat kerja juga?” soal Akid hairan.

“Cik Wani nak I ada kat sini. Kenalah ikut. I bukan boslah. Ni…”

“Eh, Reen! Cik Wani panggil kitalah. Jom.” Tangan Reen ditarik meninggalkan Akid yang terkulat-kulat.

Apa kes? Akid menjungkitkan bahu. Dia hanya memerhatikan kelibat Amanda sehingga hilang dari pandangannya. Hatinya terdetik mengatakan Amanda adalah orang yang melanggar dia tempoh hari bila melihat susuk Amanda dari belakang. Wajah manis Amanda membuatkan hatinya berdebar. Dia tersenyum.

2 comments: