ADWAN mencampakkan badannya ke atas katil. Kot, tali
leher dan suitcase dilambakkan sahaja di atas lantai bilik. Baju kemeja yang
tersarung di badan tak sempat ditanggalkan. Hanya 3 butang atas sahaja yang
sempat dibuka. Nasib dia sempat hidupkan pendingin hawa.
“Arghhh!!!” Dia menjerit. Terasa beban
di dada hilang. Kosong. Lapang. Letih yang ditanggung turut berkurang.
Sudah sebulan hidupnya dihabiskan di
pejabat sahaja. Keluar awal pagi. Pulangnya selepas terbenam matahari. Lagaknya
macam dia turut bekerja di seberang tambak sana. Hakikatnya seharian dia
menghabiskan masa di Amazon Berhad.
Bila sudah mengamalkan gaya hidup
begini, masa untuk dia berlibur juga tiada. Malah tiada lagi gadis-gadis cantik
dan seksi yang berjalan di sebelahnya. Dalam kepalanya hanya memikirkan kerja,
kerja, kerja. Terseksa. Terdetik dalam hatinya adakah Papa yang merancang semua
ini. Tiba-tiba sahaja beban kerja untuk dia bertambah.
“Allah!” Lamunannya tersentak dek
getaran telefon bimbit di dalam kocek seluar. Merengsa dia meraba ke dalamnya.
Telefon bimbit dikeluarkan. Matanya
merenung skrin telefon. Terbuntang. Ada lebih seratus pesanan ringkas diterima
melalui aplikasi Whatsapp dan juga SMS. Semuanya dari temanteman mesranya.
Baru dia teringat sesuatu. Pagi tadi
selepas masuk ke pejabat, cepat sahaja dia menukar mod senyap pada telefon
bimbitnya. Dia tidak mahu ada sebarang gangguan. Kalau tidak kerja-kerja
pejabatnya tidak akan susut.
Jemarinya ringan menekan tanda padam
pada setiap pesanan. Entahlah dia sudah tiada jiwa mahu melayan mereka. Baru
terasa aktiviti tak berfaedah yang bagaikan makanan rujinya selama ini hanya
sia-sia. Tak ada gadis mendampinginya bukannya dia akan mati.
Namun tingkahnya terhenti pada satu
nama. MARLISA. Pesanan si gadis dibacanya. Berlapis kerutan di dahinya. Cuba
mengingatkan siapakah gerangan gadis yang bernama Marlisa. Bingo! Dia tahu
gadis ini. Tak buang masa nombor si gadis terus didail.
“Hello!” Sahut satu suara manja di
hujung talian.
Adwan tersenyum. Lunak pula suara gadis
ini. Lamanya suara manja begini tidak menjadi santapan halwa telinganya.
“Hello! Siapa ni? Dah telefon orang tapi
tak mahu cakap. Akid, is that you?
You jangan main-mainlah. I letak telefon ni?”
Panas telinga Adwan bila mendengar nama
yang disebut si gadis. Nama yang sekian lama menjadi pesaingnya. Dia berdeham.
Cuba menenangkan perasaan sebelum menyahut panggilan si gadis.
“Hello!”
“Errr… Siapa ni?” Hilang terus suara
yang kedengaran yakin sewaktu membebel tadi.
“You yang text I tapi you lupa siapa I?”
Adwan masih mahu berteka-teki. Mahu si gadis betulbetul mengingati dia.
Mentang-mentanglah pasangan gadis ini lebih bagus dari dia. Terus tak tahu
siapa yang menelefonnya.
“I tak ada masalah nak fikir-fikir,” bentak
suara manja itu lagi.
“Marlisa Mohamed. Model terkenal.
Tinggi, rambut lurus paras bahu, putih, seksi. Hurmmm… 36-24-36 perfecto.” Adwan mengulas satu persatu
profil si gadis. Terperinci tapi lebih kepada fizikal si gadis.
“Errr…” Suara si gadis seakan terkedu.
“Oh, please
say something! Not just errr. At
least thank you.” Mulut manis Adwan mula berbicara. Cuba mengumpan Marlisa.
Dia bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Marlisa tersenarai dalam salah
seorang gadis idamannya.
“Thanks
but who you are actually?” Nada suara si gadis sudah bertukar. Lembut.
Manja. Sedikit menggoda.
“Tak keluar dengan Akid?” Adwan sengaja
menduga. Pada masa yang sama nak juga dia tahu status perhubungan Marlisa dan
Akid.
“Tak. Diakan ada banyak spare part.” Kedengaran suara Marlisa
sedikit mengeluh.
Adwan tarik senyum nakal. Umpan yang
dicampak dah mengena. Bolehlah dia mencuba nasib.
“Kalau macam tu keluar dengan I, nak?”
Dia cuba mencucuk jarum.
“You ni siapa sebenarnya? I tak sukalah
keluar dengan orang yang I tak kenal. I tak nak nanti keluar gosip I keluar
dengan lelaki entah dari mana.” Marlisa kembali membentak.
“You betul ke nak tahu I siapa?” Adwan
masih mahu main tarik tali. Seronok pula mendengar suara Marlisa yang
seakan-akan marah pada dia tapi telinganya macam mendengar Marlisa menyanyi.
“Up
to you. Nak beritahu I dengar. Cuma sekarang ni kalau you tak ada apa-apa
lagi nak cakap…”
“Zulfan Adwan. Amazon Berhad.” Adwan
cepat-cepat memintas. Tidak mahu mangsa yang sudah berjaya diumpan terlepas.
“Adwan! It’s really you?”
“Yup.
You texted me, Marlisa.”
“But
you called me. O.M.G!”
“Siapa yang tak nak bercakap dengan
Marlisa Mohamed. The most beautiful model
in Malaysia.”
“Stop
pulling my leg.”
“Betullah, sayang. I rasa bertuah sebab
ada gadis cantik hantar mesej cinta pada I.”
“Mesej cinta? Bila masa pula. Setahu I
apa yang I hantar tu lebih kepada kenalkan diri I.” Nada suara Marlisa bertukar
serius.
Adwan ketawa. Marlisa betul. Gadis itu
bukannya menghantar mesej cinta pun tapi mesej meminta Amazon Berhad menaja
makan malam amal yang dianjurkan oleh sebuah badan kebajikan.
“Kenapa you ketawa? Betulkan apa yang I
cakap.”
Semakin galak Adwan ketawa. Dia tahu
pastinya Marlisa sudah bengang dengan reaksi dia. Kalau tidak takkanlah suara
gadis itu kedengaran tegang. Dia menyambung kata bila tawanya sudah redha
sedikit.
“Gadis cantik macam you tak elok
marahmarah. Nanti banyak kedut dekat muka. Kalau dah banyak kedut, kurang job
nanti you dapat,” selorohnya.
“Agaknya lelaki stok-stok macam you ni
suka makan gula, kan? Bukan main manis lagi bahasa you,” perli Marlisa.
“I tak makan gula. I tabur gula tu.”
Adwan membalas. Memancing Marlisa untuk meneruskan perbualan mereka.
“Pleaselah,
Encik Adwan. I tak mahu dapat kencing manis muda-muda ni.” Marlisa semakin selesa
membalas usikan Adwan.
Sekali lagi tawa Adwan terletus.
Nampaknya pancing yang dilontar semakin dekat dengan mangsa. Sedikit usaha
sahaja lagi, Marlisa pasti akan jatuh ke tangannya. No more Akid and Marlisa.
“Jom keluar dengan I?” ajak Adwan tanpa
silu.
“You
know I’m with Akid, right?” Marlisa
menyoal lemah.
“Kalau you dengan dia kenapa tadi I
macam perasan dia dinner dekat Hotel Thistle dengan Wani? Kalau tak silap I
Wani tu pun model juga.” Adwan sengaja mengumpan.
“Macam I cakap tadi. Akidkan banyak spare part.”
“Itu pun you masih nak tunggu?”
“I sayang dia. I tak boleh tinggalkan
dia. I terhutang budi dengan dia.”
“Oh! Come
on, Marlisa. I pun boleh bagi apa yang dia bagi pada you. In fact lebih dari apa yang pernah dia
bagi pada you.” Adwan bengang. Kenapalah setiap gadis cantik lebih percayakan
Akid daripada dia. Dia pun ada segala-galanya. Bak kata orang dia dan Akid
kalau berdiri sama rata sahaja.
“Bukan macam tu…”
“You nak syarikat I jadi penaja tak?”
“Kalau you sudi.”
“Then
dinner with me tomorrow.”
“I…”
“Wear
something nice. Waterfront. Eight
p.m. sharp.”
“Adwan… I...”
“Please?”
Adwan merayu. Bibirnya digigit. Mengharap sangat Marlisa sudi menerima
ajakannya.
“Okey.” Suara Marlisa sedikit mengeluh.
“Don’t
worry. Kalau Akid boleh keluar dengan orang lain, kenapa you tak boleh
pulak, kan.” Adwan memujuk lembut. Cuba meyakinkan Marlisa yang gadis itu tidak
membuat keputusan yang salah.
“I takut. You tahulah Akid tu.”
“I tahu. I kenal dia. Kenal
sangat-sangat. Jangan tak datang esok.”
“Deal.”
“Good night then. Pergi tidur. I tak nak
tengok muka lesu you esok. Tak sabar nak jumpa model tercantik ni.”
“You ni memang mulut manislah, Adwan. Good night. Bye.”
Adwan tersenyum lebar. Telefon bimbit
dicampak ke hujung katil. Bukan susah nak mengayat perempuan. Putar belit
sikit, karang ayat bergula, petik jari, gadis yang diidamkan sudah berada di
dalam genggaman.
Dia bingkas bangkit dari perbaringan.
Baki butang baju kemejanya dibuka satu persatu. Tuala di penyidai dicapai. Dia
mula melangkah menuju ke bilik air tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar
ketukan pada pintu bilik tidur.
Siapa ajelah ni, omelnya.
Melangkah malas ke pintu. Tombol
dipulas. Daun pintu ditarik.
“Amanda?” Terkejut dia melihat Amanda
yang tersengih berdiri di depan bilik tidurnya.
“Hai, Along. Baru nak mandi ke?”
Amanda menegur sambil menolak pintu
bilik agar terbuka luas hingga membuatkan Adwan pantas berundur. Laju sahaja
dia meluru masuk ke dalam walau tidak dipelawa. Selamba melabuhkan duduk di
atas katil bujang Adwan. Sila ditarik.
“Nak apa masuk bilik orang bujang
malam-malam ni?” Adwan bercekak pinggang. Memandang garang pada Amanda. Dia
masih tercegat di sisi daun pintu. Tuala mandi yang dipegangnya disangkut ke
bahu.
“Bilik abang kita. Suka hati kitalah nak
masuk.” Amanda mencebik sambil memandang
ke sekeliling bilik.
“Badan Along dah melekit ni.” Sengaja
Adwan mengeraskan sedikit suaranya. Bila berdepan dengan Amanda dia kena guna
aura seorang abang yang tegas. Bukannya apa, Amanda ni banyak juga akalnya.
Kalau tak berkeras mudah sahaja dia cair dengan permintaan adiknya itu.
“Gurau sikit pun tak boleh. Ikut pergi
Shah Alam nak? Esok?” ajak Amanda
“Ada apa?” Dahi Adwan berkerut.
“Konvokesyen adik, tapi hari Ahad.”
“Kenapa tak cakap awal-awal?”
“Susah nak jumpa Along. Balik lewat
malam sangat. Tak sanggup nak tunggu.” Amanda beralasan.
Memang itulah kenyataannya. Adwan pergi
kerja sebelum dia bangun dan pulangnya setelah dia tidur. Hari ini dia memang
nekad menerjah bilik tidur abangnya.
“Siapa aje yang pergi?” Adwan mendekati
Amanda. Turut sama melabuh duduk di birai katil. Bersebelahan dengan Amanda.
“Mama dengan Papa. Angah tak dapat
cuti.”
“Tak bolehlah. Along ada hal. Kalau adik
cakap dari semalam mungkin Along boleh ikut.”
“Hal apa? Dating? Siapa pula mangsa kali ni?” Amanda tarik muncung.
“None
of your business, little sister. Sorry. Along memang tak boleh.” Adwan
menarik tangan Amanda. Jemari kecil si adik dielus lembut. Memujuk. Rasa
kasihan pula melihatkan muka monyok Amanda, tapi janji temu dengan Marlisa tak
boleh dilepaskan. Itu saja peluang yang dia ada. Masa yang sesuai untuk menawan
hati si model jelita.
“Kesian Papa. Nak kena drive seorang diri.” Amanda masih cuba
tagih simpati.
“Pak Samad ke mana?”
“Papa tak nak kacau dia hujung minggu. Please, Along?” Amanda kerdip-kerdipkan
matanya.
“Boleh tak jangan buat muka Puss in the boots tu.” Adwan menggeleng.
Kepala Amanda digosok.
“Bolehlah ni?” tanya Amanda lagi.
“Tak boleh. I’m really sorry.” Adwan merendahkan suaranya.
“Nak buat macam mana, kan? Bukan penting
pun hari kita.” Amanda tarik tangannya. Bingkas berdiri dan berlalu keluar dari
situ.
“Nanti Along belanja!” Adwan menjerit.
“Yalah tu!” Amanda membalas dari luar.
Adwan tersenyum. Tak apalah. Bukan susah
pun nak pujuk Amanda. Rajuk si adik bukannya lama mana. Esok lusa dia juga yang
dicari. Pintu bilik tidur ditutup.
Woww ceta ni versi amanda belum kawin lg lh yer
ReplyDeleteyup... sikit je amanda enterframe... he he he
Delete