“Adusss…kematu
dah kaki aku ni. Kata pukul satu. Ni dah dekat satu setengah langsung tak
nampak bayang. Orang tak nak makan dengan dia, nak merajuk bagai. Menyusahkan
betullah.” Adni Farha membebel sambil menggosok-gosok betisnya. Hari ini dia
memang gatal pakai high heel lima
inci. Pintu lif yang terbuka membuatkan Adni Farha tak senang hati. Dia hanya
tersenyum bila disapa kawan-kawannya yang baru keluar dari perut lif untuk
pergi makan tengahari.
“Babe, join sekali?” tanya Aqila.
“Errr…takpelah. Korang pergi dulu.” Adni Farha menggaru-garu kepalanya yang tak
berapa nak gatal.
“Kau
tunggu siapa?” tanya Zara pula.
“Huh?!”
Adni Farha buat muka blur. Elok aje
buat muka tak tahu apa-apa kedengaran bunyi hon yang bertalu-talu dari Toyota
Vios hitam di depan lobi.
“Kau
keluar lagi dengan bos kita?” Nadia memandang Adni Farha tak puas hati.
“Errr…errr…aku
terpaksa. Nanti-nantilah aku cerita kat korang.
Okey, bye.” Adni Farha terus angkat
kaki. Seram tengok kawan-kawannya dah pandang lain macam. Ini semua si hati
beku punya pasallah. Tak pasal-pasal nak kena sediakan jawapan lengkap macam
jawab soalan sejarah esok pagi.
“You’re late.” Adni Farha menghempas
pintu kereta dengan kuat. Ayman Fareeq tayang muka selamba.
“Siapa
suruh tunggu?” balas Ayman Fareeq. Adni Farha dah jegilkan mata. Hesy! Ada yang
makan tumit kasut ni karang. Adni Farha pandang ke luar tingkap. Malas nak
layan. Pakkal aje perut dah berkeroncong. Kalau tak memang dia dah turun balik
dari kereta ni.
“Ni
nak pergi makan kat mana?” Adni Farha pandang Ayman Fareeq lepas dah lebih lima
belas minit perjalanan tapi tempat yang dituju tak sampai-sampai. Kata ada
mesyuarat pukul dua setengah. Sempat ke nak pergi makan jauh-jauh dari pejabat.
Ayman Fareeq diam. Matanya fokus melihat jalan. Hotel Thistle.
“Errr…Encik
Ayman?” Adni Farha pandang Ayman Fareeq. Aku yang bodoh ke dia yang bisu. Boleh
gila aku kalau macam ni. Ayman Fareeq tenang meletakkan keretanya di tempat
letak kereta di basement. Tak sampai
dua minit Toyota Vios itu selamat masuk petak kosong. Enjin dimatikan dan Ayman
Fareeq keluar. Adni Farha hanya mampu mengeluh.
“Apalah
yang susah sangat nak bercakap. Ingat aku ni tunggul ke,” bebel Adni Farha. Dia
cuba mengejar Ayman Fareeq yang melangkah laju menaiki tangga. Ayman Fareeq
berjalan menuju The Glass dan menanti
Adni Farha di situ. Dia memerhati Adni Farha yang tak muncul-muncul dari tangga
bawah. Entah di mana silapnya Adni Farha tersalah langkah. Sangkanya anak
tangga yang dipijak adalah yang terakhir, rupa-rupanya dia tersilap perkiraan.
“Papa!!!”
Adni Farha jatuh tergolek ke anak tangga paling bawah. Ayman Fareeq pantas meluru
ke tangga bila mendengar jeritan kuat Adni Farha.
“Adni!
Ya Allah!” Ayman Fareeq bergegas mendapatkan Adni Farha. Dia cuba untuk
membantu Adni Farha bangun tetapi tangannya ditepis.
“Dah
tak payah nak sibuk-sibuk.” Adni Farha berpaut pada dinding. Dengan segala
kudrat yang ada dia cuba berdiri.
“Ouchhh!”
Adni Farha terjengket-jengket. Tangannya meraba kaki kanannya. Boleh pula hari
ni aku gatal pakai tumit tinggi. Sengal. Konon hari tu dah insaf tak nak pakai
rupanya sekejap aje. Nak sangat maintain
diva. Padan dengan muka aku.
“Hesy! Kenapalah malang sangat nasib aku
ni. Masuk lubang hari tu pun belum baik betul. Ni jatuh tangga pula.” Adni
Farha membebel. Dia melangkah dengan payah menaiki tangga satu persatu. Ayman
Fareeq kelu tak terkata. Dia diterpa rasa bersalah. Dia hanya mengekori langkah
Adni Farha dari belakang. Risau untuk meninggalkan si gadis jalan bersendirian.
Manalah tahu tergolek lagi, sekurang-kurangnya dia boleh tahankan.
Erkkk…apakah? Ayman Fareeq mengusap tengkuknya.
Tiba
di lobi, Adni Farha berdiri tegak. Tak tahu nak ke mana. Yalah, bos dia
langsung tak bercakap dari tadi melainkan saat dia menjengah Adni Farha yang
jatuh tergolek macam nangka busuk. Ayman Fareeq yang perasan Adni Farha tiada
arah tujuan segera dia berjalan mendahului gadis itu. Dia bukan kejam dah gadis
itu tak mahu di tolong takkanlah dia nak buat muka cekodok basi kat depan orang
tu.
Ayman
Fareeq tersenyum pada pelayan wanita yang berdiri di pintu masuk. Pelayan itu
senyum kembali tetapi senyumannya seperti ditahan-tahan bila terpandangkan Adni
Farha yang terdencut-dencut berjalan di belakang Ayman Fareeq. Ayman Fareeq
berdehem.
“Selamat
datang, encik. Encik ada buat tempahan?” pelayan itu bertanya dengan ramah
menutup malu.
“Hmmm…Ayman
Fareeq.” Pelayan wanita itu memeriksa nama dalam senarai tempahan.
“Oh!
Silakan, Encik Ayman.” Pelayan itu menunjukkan meja yang telah ditempah
berdekatan dengan kolam. Ayman Fareeq duduk. Pelayan itu menghulurkan menu.
Adni Farha berjalan perlahan-lahan. Pelayan itu membantu memapahnya untuk
segera tiba di meja. Ayman Fareeq mengangkat muka bila perasan kelibat Adni
Farha yang baru duduk.
“Hot fried rice. Orange juice.” Adni Farha terus membuat pesanan tanpa melihat menu.
“Make it two.” Ayman Fareeq memulangkan
kembali menu pada pelayan wanita itu. Setelah pelayan wanita itu beredar, Ayman
Fareeq bersandar. Matanya tak lepas memandang Adni Farha. Rasa bersalah masih
menghantui dirinya. Adni Farha pula seolah berada dalam dunianya sendiri.
Tangannya mengurut lembut kaki kanan yang sedikit membengkak. Sesekali mukanya
seperti menahan sakit. Ayman Fareeq teragak-agak tetapi hatinya tak tenang
selagi tidak bertanya. Kalau tak tanya dia kata aku kejam pula.
“Adni…”
panggil Ayman Fareeq. Adni Farha mengangkat muka. Jelingan tajam dihadiahkan
pada Ayman Fareeq. Ayman Fareeq telan liur.
“Sakit
sangat ke?” tanya Ayman Fareeq ragu-ragu. Mukanya berkerut. Risau.
“Mana
ada sakit. Best sangat jatuh
tergolek-golek kat tangga. Hesy…memang
seronok tahap gabanlah. Rasa macam nak buat lompat bintang. Huh…” Adni Farha
julingkan mata dan pandang ke atas. Sengal. Ada ke orang jatuh tak sakit.
Sendiri mau ingatlah.
“Errr…maksud
saya…” Ayman Fareeq rasa macam terbelit-belit lidahnya. Macam mana nak cakap
ni.
“Simpan
aje rasa simpati, Encik Ayman tu. Bukan membantu pun.” Ayman Fareeq panas hati.
Baru nak rasa kesian. Eee…minah rambut karat ni ada aku tinggalkan juga kat
sini. Ayman Fareeq bingkas bangun. Dia menuju ke kaunter menemui pelayan wanita
tadi. Adni Farha tidak menghiraukannya. Dia kembali membelek kakinya.
Ayman
Fareeq datang kembali ke meja. Kali ini dia membawa satu bekas berisi air batu
dan sehelai tuala. Ayman Fareeq meletakkan bekas itu berdekatan kaki Adni
Farha. Beberapa ketul ais di ambil dan diletakkan di atas tuala dan
dibungkusnya.
“Eh!
Eh! Encik Ayman nak buat apa?” Adni Farha cuak. Ayman Fareeq tidak mempedulikan
pertanyaan Adni Farha. Kasut tumit tinggi sebelah kanan di tanggalkan. Seluar Adni Farha dilipatnya
sedikit untuk memudahkannya menuam di tempat yang bengkak.
“Sejuk
sangat tak?” Ayman Fareeq mendongak. Adni Farha geleng kepala. Erkkk…hati beku
dah cair ke? Aku? Melted
terguling-guling.
“Sorry. Saya terpaksa.” Ayman Fareeq
teruskan menuam di tempat yang bengkak. Baru nak feeling. Tak ikhlas rupanya. Terus Adni Farha tepis tangan Ayman
Fareeq dan cuba menarik kakinya tetapi Ayman Fareeq memegang kejap kaki Adni
Farha. Berlaku tarik menarik. Akhirnya Adni Farha terpaksa membiarkan sahaja.
Tersungging segaris senyuman di bibir Ayman Fareeq.
Sesi
menuam berlaku lebih kurang sepuluh minit. Ayman Fareeq memulangkan kembali bekas
yang telah digunakan dan kembali dengan first
aid kit di tangan. Adni Farha jungkitkan sebelah keningnya.
“Ni
nak buat apa pula?”
“Pakai
bandage. Taklah masuk angin. Balik
nanti awak terus pergi urut.” Dengan berhati-hati Ayman Fareeq sapukan minyak panas
sebelum membalut kaki kanan Adni Farha. Adni Farha terpanar. Kaku. Rahang kalau
boleh sampai ke lantai dah lama terjatuh agaknya.
Masing-masing
diam membisu. Kekok. Canggung. Fokus pada makanan di depan mata. Sesekali Adni
Farha mencuri pandang pada bosnya. Ayman Fareeq hanya mengerling dengan ekor
mata.
Kenapa
dia baik sangat? Memang tak masuk akal. Si hati beku mulut longkang berkelakuan
di luar alam. Okey, dia bukanlah teruk sangat. Bolehlah bagi empat markah dari
sepuluh. Adni Farha tersenyum sendiri. Kepalanya digeleng-gelengkan. Bila dia
mengangkat muka, terus tersedak. Kelam kabut dia mencapai gelas berisi air
sejuk. Sekali teguk habis semuanya. Gelas kosong diletakkan kembali di atas
meja. Adni Farha menggosok-gosok lehernya. Saja buat gaya menggoda. Tengok
sejauh mana iman si hati beku.
Ayman
Fareeq telan liur. Pandangannya dikalihkan ke pinggan berisi nasi goreng. Apa
lah dalam kepala otak minah ni kan. Tersenyum-senyum lepas tu tergeleng-geleng.
Baru pandang dah tersedak bagai. Ada hati pula tu nak buat aksi menggoda dia.
Aku tergoda? Alhamdulillah iman masih teguh tapi hmmm…Ayman Fareeq tersenyum
sinis. Dia pandang ke depan. Adni Farha angkat kening. Ayman Fareeq kerut dahi.
Masing-masing nak tunjuk ego. Ayman Fareeq berdehem.
“Ehem…ehem…”
saja uji tekak elok lagi ke tak. Adni Farha memandang bosnya tanpa perasaan.
Malas nak berbual. Kalau bercakap pun buat sakit hati nak buat apa.
“Report Projek Amazon tu tadi awak bagi
pada siapa?” tanya Ayman Fareeq memecah sunyi selepas lama mereka berdua
membisu.
“Kenapa
Encik Ayman tak cakap yang Encik Ayman sebenarnya pergi site visit Projek Amazon?” soal Adni Farha membalas soalan Ayman
Fareeq.
“Tak
penting,” balas Ayman Fareeq tanpa rasa bersalah.
“What?!” jerit Adni Farha. Ayman Fareeq
dah jegilkan mata. Dia kemudian memandang sekeliling dan tersenyum pada yang
melihat. Adni Farha buat muka selamba. Padan muka. Nak buli aku sangat kan.
Ambik kau.
“Perlahan
sangat suara awak tu. Lain kali bangun beritahu kat semua orang.”
“Encik
Ayman jangan cabar saya.” Adni Farha dah menyinga.
“Saya
bukan nak cabar sesiapa. Awak tu kan perempuan. Kan manis kalau bercakap
perlahan. Cukup untuk saya dan awak aje yang dengar.” Ayman Fareeq langsung tak
pandang muka Adni Farha semasa bercakap. Adni Farha menjeling. Kalau aku semua
tak boleh.
“Kata
ada meeting pukul dua setengah?” Adni
Farha bersuara mendatar.
“Cancel.” Ayman Fareeq tersenyum sedikit.
Boleh pun bercakap perlahan. Tak ada lah macam nak bernanah telinga aku.
“Dah
pukul dua setengah ni. Saya punya lunch
hour pukul satu sampai pukul dua. Lainlah Encik Ayman. Pukul berapa-berapa
pun tak kisah,” sinis suara Adni Farha. Dia bersandar sambil berpeluk tubuh
memerhari jejaka di depannya. Ayman Fareeq meletakkan sudu dan garfu di atas
pinggan yang masih bersisa nasi goreng pedas. Gelas jus oren dicapai. Air yang
berbaki separuh habis disedut. Tisu diambil dan mulut dilap. Semuanya di buat
dengan perlahan. Sengaja menambah panas hati minah rambut karat.
“Saya
tengok Encik Ayman ni kecik besar kecik besar aje.”
“Laa…apasal
pula?”
“Encik
Ayman ni faham ke atau buat-buat tak faham?”
“Faham
apa? Buat-buat tak faham apa?” Adni Farha bengang. Mata dijulingkan dan pandang
ke atas. Sakit hati. Ayman Fareeq buat-buat tidak tahu. Dia melambai pada
pelayan wanita untuk menghantar bil. Selesai semuanya dia bangun. Adni Farha
juga berbuat demikian tapi bila dipandang kakinya dia mengeluh.
“Nak
pergi mana?” tanya Ayman Fareeq.
“Eh!
Nak baliklah. Takkanlah saya nak bertunggu tangga kat sini,” templak Adni
Farha.
“Tak
payah. Just wait here. Saya ambil
kereta dulu,” arah Ayman Fareeq. Ada hati nak berjalan dengan kaki dah berbalut
macam tu. Degil.
“Encik
Ayman jangan berani-berani nak tinggalkan saya kat sini,” ugut Adni Farha. Tahu
takut.
“Kalau
saya tinggalkan juga?” duga Ayman Fareeq. Suka bila si rambut perang cuak.
“Saya
mengadu kat Chair…CEO,” balas Adni Farha penuh yakin.
“Apa
barang CEO baik mengadu terus dekat Dato’,” Ayman Fareeq terus buka langkah. Makin
dilayan si rambut karat ni ada yang tak masuk pejabat nanti.
“Apa?
Kau ingat aku tak berani nak cakap dekat Dato’? Tengoklah nanti.” Adni Farha
duduk semula. Kepalanya ligat berfikir. Nak pula papa layan benda-benda macam
ni tapi aku kan anak manja papa. Adni Farha dah tersenyum. Sesekali dia
memanjangkan leher memerhati ke luar mencari kereta Ayman Fareeq. Perasan
kereta Ayman Fareeq dah ada di depan, Adni Farha bangun. Kaki yang berbalut
dibiarkan tanpa kasut. Adni Farha ragu-ragu untuk melangkah. Sepasang selipar
jepun dicampak di depannya. Dia mendongak. Bibir dicebikkan.
“Jatuhlah
saham saya,” Adni Farha merengek.
“Then kaki ayam aje,” Ayman Fareeq
mengambil kembali selipar jepun yang dicampaknya tadi. Dah macam ni pun masih
nak diva lagi. Hesy…memang tak faham aku.
“Errr…bolehlah.”
Adni Farha tanggalkan sebelah lagi kasut tumit tingginya.
“You are sure?” Ayman Fareeq jongketkan
sebelah keningnya. Adni Farha angguk. Terpaksa tolak tepi rasa malu. Baik
berselipar jepun dari berkaki ayam. Selipar aje pun. Yang atas masih boleh maintain diva. Dia menyarung selipar
jepun yang telah diletakkan kembali oleh Ayman Fareeq. Kasut tumit tingginya
diambil Ayman Fareeq.
“Eh!
Nak buat apa dengan kasut saya tu?” Adni Farha mencerlung ke arah tangan Ayman
Fareeq.
“Nak
buang…” Ayman Fareeq saja mengusik.
“Huh?”
Melopong mulut Adni Farha.Mahal tu.
“Takkanlah
nak tinggalkan kat sini?” Masih mahu mengusik. Mata Adni Farha dah
berkaca-kaca. Ayman Fareeq telan liur. Kasut aje pun.
“Saya
pegangkan.” Adni Farha senyum semula. Cepat-cepat dikesat matanya kala Ayman
Fareeq toleh ke hadapan dan mula berjalan. Kena pandai berdrama sikit. Cair
juga si hati beku ni. Adni Farha berjalan perlahan-lahan. Terdencut-dencut. Dia
hanya lemparkan senyuman bila bertembung dengan tetamu hotel yang lain.
“Boleh
ke tak ni?” Ayman Fareeq berpatah balik bila dilihat Adni Farha jauh tertinggal.
“Boleh…”
Mendatar saja suara yang keluar.
“Sini.”
Ayman Fareeq hulurkan tangannya untuk dipaut Adni Farha. Asalnya nak pegang
saja tangan si rambut perang tapi mengenangkan si gadis pakai baju tanpa lengan
dibatalkan sahaja niatnya itu.
“Huh?!”
Adni Farha pandang pelik.
“Pegang
tangan saya. Senang sikit awak nak jalan.”
“Perlu
ke?” Makin merundumlah saham aku macam ni. Sah-sah orang dah tak pandang aku.
“Cepatlah,”
arah Ayman Fareeq tegas. Adni Farha teragak-agak tapi cepat-cepat memegang tangan
bosnya bila dilihat Ayman Fareeq dah besarkan mata.
Saat
tangannya menyentuh lengan Ayman Fareeq, dadanya tiba-tiba berdebar. Ada rasa
lain. Rasa yang dia tak pasti apa. Ayman Fareeq pula macam terkena renjatan
elektrik walau dia berkemeja lengan panjang. Adni Farha menoleh ke sisi. Begitu
juga Ayman Fareeq. Pandangan mata mereka bertembung. Masing-masing kemudian
memandang ke arah bertentangan dan terus berjalan.
Ayman
Fareeq membuka pintu kereta untuk memudahkan Adni Farha masuk. Dia menunggu
sehingga kedua-dua belah kaki si rambut perang menjejak lantai kereta. Kasut
Adni Farha diletakkan di tepi kaki gadis itu sebelum pintu ditutup. Adni Farha
rasa terharu. Tak sangka dia menerima layanan first class dari Ayman Fareeq. Hello! Si hati beku mulut longkang
tau.
Di
dalam kereta, tiada suara tiada sengketa yang mewarnai perjalanan mereka.
Masing-masing memikirkan rasa apa yang melanda diri mereka. Adni Farha memegang
dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Dia tak mengerti. Fikirannya cuba
ditenangkan. Emosi perlu stabil baru dia boleh menjadi dirinya semula.
Ayman
Fareeq pula terus memandu dengan tenang. Namun otaknya masih terbayang sentuhan
yang diterima tadi. Jangan fikir yang bukan-bukan bukan sentuhan yang itu tapi
pautan tangan si rambut perang. Dia sendiri tak pasti kenapa dia boleh rasa
lain saat Adni Farha memaut lengannya. Cuba mencerna apa yang berlaku lantas
Ayman Fareeq berdehem sendiri untuk membuang perasaan aneh yang mula hadir
dalam hatinya. Dia kembali menjadi si hati beku.
“Boleh
jalan sendiri ke?” Ayman Fareeq memandang Adni Farha sebaik mereka tiba di
depan lobi pejabat.
“Errr…boleh
kot.” Adni Farha menjawab teragak-agak.
“Sekejap.
Kita buat macam tadi.” Belum sempat Ayman Fareeq keluar Adni Farha bersuara.
“Errr…Encik
Ayman! Saya rasa tak perlu kot. Encik Ayman suka ke kalau nama naik?” Adni
Farha pandang muka bosnya. Keningnya sengaja di biarkan menari ronggeng.
“Nama
naik?” Ayman Fareeq tayang muka tanda soal.
“Yup. Nama naik. Encik Ayman dan saya.”
Makin rancak kening Adni Farha menari. Ayman Fareeq mendengus. Susah kalau
bekerja di kalangan orang yang suka selak kain orang.
“Saya
call Nadia.” Ayman Fareq terus
mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan berdekatan dengan gear. Tangannya menguis-nguis mencari
nombor Nadia. Dah jumpa terus ditekan.
“Hello!”
Nadia menjawab perlahan. Terperanjat bila tengok nama bos yang tertera di skrin
telefon.
“Hello,
Nadia! Awak dekat mana?” Suara Ayman Fareeq bertanya tidak mesra seperti biasa.
“Errr…kat
pejabatlah, bos.”
“Saya
tahulah kat pejabat. Kat toilet ke,
kat pantry ke?”
“Errr…kat
tempat duduk saya.” Nadia mencebik. Agak-agak ar kalau nak berteka-teki.
“Turun
sekarang. Tolong Adni.”
“Ke…kenapa
dengan Adni?”
“Just come down here!” Ayman Fareeq terus
mematikan talian. Nadia bingkas bangun.
“Dahlah
nak minta tolong orang. Bahasa langsung out,”
bebel Nadia sambil tangannya menekan-nekan butang lif berkali-kali walaupun
terang dan nyata lampu merah dah menyala.
“Kau
dah kenapa?” soal Aqilah yang baru keluar dari tandas bila melihat mulut
temannya tak berhenti mengomel sama laju macam tangan.
“Susah
cakap dengan orang tak ada perasaan. Eh! Aku turun sekejap.” Nadia terus masuk
ke dalam perut lif sebaik pintu lif terbuka. Aqilah garu kepala. Aku tanya apa
kat dia tadi? Aqilah jongketkan bahu dan berlalu pergi.
Sampai
di bawah, Nadia laju menerpa ke kereta Toyota Vios hitam yang elok menantinya
di depan lobi pejabat. Cermin diturunkan.
“Awak
pegang dia elok-elok. Jangan sampai jatuh lagi,” pesan Ayman Fareeq. Nadia
pandang muka Adni. Adni Farha buat muka.
Kau
kenapa.
Nanti
aku cerita.
“Hurry up. Saya ada banyak kerja lagi kat
atas. Lainlah kalau company ni bapak awak yang punya,” sindir Ayman Fareeq
tanpa memandang muka Adni Farha. Adni Farha pandang muka bosnya.
“Saya
nak turunlah ni. Dah tak reti-reti nak unlock.”
Panas hati Adni Farha. Mulut longkang. Sekejap okey sekejap tidak. Nadia
membantu membuka pintu untuk Adni Farha. Dia meminjamkan lengannya untuk Adni
Farha berpaut. Elok aje Nadia tutupkan pintu terus Ayman Fareeq tekan minyak.
“Mental
betul bos kau,” bebel Nadia.
“Apa
pula bos aku? Bos kaulah,” balas Adni Farha.
“Kali
ni apa kes?” soal Nadia. Mereka berjalan perlahan-lahan.
“Jatuh
tangga.”
“Dekat
mana?”
“Hotel
Thistle.”
“Buat
apa kat situ?”
“Lunch.”
“Dengan
bos?”
“Aah…”
“Kau
ada apa-apa ke dengan dia?”
“Hati
beku tu? No way hose.”
“Kerap
kau makan dengan dia?”
“Nadia!!!
Stop it. Soalan kau makin buat kaki
aku sakit tahu tak,” bentak Adni Farha.
“Tanya
aje pun. Kalau tak ada apa-apa buat apa nak emo.”
Nadia bersuara perlahan seakan merajuk. Adni Farha dah garu kepala.
“Alah…Nadia…janganlah
merajuk. Sorry, okay? Tapi betul kaki aku sakit…” rengek Adni Farha manja cuba
memujuk temannya itu.
“Manja
betullah kau ni. mengada-ngada. Hmmm…kau dengan bos tadi macam ni juga ke?”
Nadia mainkan keningnya. Masih tak puas hati dengan jawapan Adni Farha.
“Macam
ni macam mana?”
“Macam
ni…” Nadia menunjuk tangan Adni Farha yang memaut lengannya.
“Errr…”
Adni Farha hilang kata. Nak menipu macam tak sanggup. Kesian papa banyak
tanggung dosa dia nanti. Pintu lif terbuka. Adni Farha tarik nafas lega. Dato’
Hussain melangkah keluar. Terperanjat melihat keadaan Adni Farha. Adni Farha
terasa macam tak cukup nafas semula.
“Kenapa
ni?” Dato’ Hussain memandang kaki anak daranya.
“Jatuh
tangga.” Adni Farha menunduk. Takut nak menentang muka papanya.
“Jatuh
lagi? Love…love…” Dato’ Hussain gelengkan kepalanya. Faham sangat dengan sikap
tidak berhati-hati Adni Farha. Nadia hanya tersengih. Dia yang baru mengenali
Adni Farha pun dah tahu sikap kelam kabut temannya. Dato’ Hussain mencangkung
untuk melihat keadaan kaki Adni Farha.
“Errr…pa…”
Adni Farha baru nak melarang tetapi tidak jadi bila ada suara menyampuk.
“Selamat
petang, Dato’.” Ayman Fareeq berdiri di antara Adni Farha dan Dato’ Hussain.
Adni Farha pandang Nadia. Mereka berdua serentak mengurut dada masing-masing.
Dato’ Hussain mendongak sebelum berdiri semula.
“Selamat
petang. Kamu dari mana?” tanya Dato’ Hussain serius. Dia perasan Ayman Fareeq
seolah tidak suka bila dia berada dekat dengan Adni Farha. Hati tuanya seperti
mengesan sesuatu.
“Lawat
tapak Projek Amazon, Dato’. Lepas tu pergi lunch
dengan Adni.” Ayman Fareeq memandang Adni Farha sekilas.
“Ooo…”
Dato’ Hussain tersenyum. Allah…Adni memang tidak suka bila tengok papanya
senyum macam tu. Papa…please! jangan
tanya apa-apa lagi, doa Adni Farha.
“Adni
jatuh dekat site ke?” Dato’ Hussain
masih mahu bertanya. Dia buat tak tahu pandangan minta simpati anak daranya.
“Tak.
Dia tak ikut saya tadi. Dia jatuh masa naik tangga kat Hotel Thistle.” Entah kenapa
Ayman Fareeq dah rasa lain macam. Soalan Dato’ Hussain macam soalan bapa mertua
pada menantu. Hesy…apa yang aku merepek ni. Ayman Fareeq menguak rambutnya.
“Hotel
Thistle?” Dato Hussain tersenyum-senyum memandang Adni Farha. Nadia dah
menyiku-nyiku temannya. Dia tahu maksud senyuman Dato’ Hussain itu. Rasanya sama
maksud dengan dia. Hehehe…
“Kenapa,
Dato’?” soal Ayman Fareeq hairan.
“Tak
ada apa lah. Okey, saya kena pergi dulu. Ada appointment dengan Tan Sri Razlan. Sampai ke malamlah kalau dah
jumpa tan sri ni.” Adni Farha tahu kata-kata Dato’ Hussain itu ditujukan
kepadanya. Dato Hussain menghulurkan salam dan disambut Ayman Fareeq. Dia hanya
menunduk dan tersenyum pada Adni Farha dan Nadia. Mereka bertiga memandang Dato’
Hussain sehingga hilang di balik pintu gelangsar.
“Kenapa
tak naik lagi?” soal Ayman Fareeq pada Adni Farha dan Nadia. Tangannya menekan
butang lif.
“Dah
Dato’ tegur takkanlah kitaorang nak
kurang ajar biarkan aje,” jawab Adni Farha.
“Boleh
aje kan kalau cakap sekejap then
minta diri terus naik. Ada strong reason
pun. Kaki dah sakit macam tu ada hati nak berdiri lama-lama.” Ayman Fareeq
terus masuk ke dalam lif dan butang tutup terus di tekan. Lupa pada kedua-dua
pekerjanya itu.
“Encik
Ayman!” jerit Nadia.
“Hampeh betul! Ya-ya marah kita tapi dia
pun sama juga,” bebel Adni Farha.
“Dia
cemburu tu,” usik Nadia.
“Cemburu
apanya. Kan tu papa aku.” Adni Farha dah julingkan mata.
“Tahu
pula dia tu papa kau.”
“Lupa
pula aku. Dah jom.” Mereka berdua serentak masuk ke dalam lif.
“Eh!
Adni. Aku rasa betullah dia cemburu.” Nadia menggosok-gosok dagunya.
“Choiii…He’s nobody to me. Iceberg,
Nadia.” Adni Farha memukul bahu temannya itu.
“Memanglah
iceberg. Tapi cara dia cakap tadi…”
Nadia masih menggosok-gosok dagunya. Adni Farha dah tutup kedua-dua belah
telinganya. Nadia ketawa.
Pintu
lif terbuka. Terperanjat kedua-dua gadis tersebut bila melihat Ayman Fareeq
elok terpacak depan pintu lif sambil menyandar di dinding dengan sebelah tangan
di masukkan ke dalam kocek seluar. Macholah
konon tapi muka serius gila. Kedua-dua gadis tersebut terus keluar tanpa
mempedulikan bos mereka.
Ayman
Fareeq menggosok belakang tengkuknya. Faham sangat kenapa Nadia dan Adni Farha
tak mempedulikannya. Marahlah tu sebab dia terus tutup pintu lif tadi. Sumpah,
memang dia terlupa pada gadis-gadis itu. Apa yang pasti hatinya mendidih bila terbayangkan
tangan Dato’ Hussain yang memegang kaki
Adni Farha. Tindakan refleksi. Itu yang tangan dia cepat saja menekan butang
tutup.
“Arghhh!...”
Tanpa sedar Ayman Fareeq menjerit. Athirah yang sedang berjalan menuju ke tandas
memandang bosnya yang bersandar di dinding berdekatan dengan lif.
“Kenapa,
Encik Ayman?” soal Athirah. Ayman Fareeq hanya menjeling dan berlalu pergi.
“Ek
eleh…macam bagus.” Athirah bengang bila Ayman Fareeq langsung tak menjawab
pertanyaannya. Kakinya dihentak-hentakkan sewaktu melangkah ke tandas.
memang terbaik nak lagi,sekarang cuaca hari-2 hujan .
ReplyDeleteTq.... hehehe.....blm panas lagi n3 ni baby mio....
Deletelove it..ceit...nampak luaran macam iceberg..tapi kat dalam ada taman..ha..ha.. biila nak terbongkar yg Dato tu papa minah tu..nak tahu juga reaksi mamat sengal tu
ReplyDeletehmmm...agak2 bilalah tu kan...mesti dia malu...huhuhu...iceberg tu cover line ajer...tak nak tunjuk sangat ada taman bunga kat dalam hati...
Deletesuka tapi tak nak mengaku...ego terlampau. Btw mmg bestttt...
ReplyDeleteagain....tq cik baba....
Delete