ENJIN
dimatikan. Pintu dibuka. Abrar keluar. Bersandar santai di depan pacuan empat
rodanya. Telefon bimbit dikeluarkan. Jarinya pantas menari-nari di atas skrin.
Selesai disimpan semula ke dalam kocek seluar.
Matanya
memerhati ke laluan berbumbung. Mencari kelibat Asyikin. Petang tadi dia sudah
mengingatkan gadis itu akan pertemuan mereka malam ini. Harapnya Asyikin tidak
lupa kerana dia bersunguh-sungguh mahu mengenali gadis itu dengan lebih dekat
lagi.
Senyuman
dilorekkan bila matanya bertembung dengan pandangan mata-mata jururawat yang
lalu lalang. Tidak terlintas apa-apa niat pun melainkan merasakan ianya satu
sedekah. Agaknya disebabkan penampilan ringkas dia ini, berbaju-t putih lengan
pendek dan seluar denim biru menarik mata-mata jururawat yang lalu lalang untuk
memandang.
“Huh,
main mata!” Asyikin menepuk kuat bonet depan hingga membuatkan Abrar terlompat.
“Astaghfirullahaladzim.”
Abrar mengurut dada. Nafasnya menderu laju bagaikan peluru berpandu. Mukanya
pula sudah merah. Terasa bagaikan seluruh darah yang ada dalam tubuhnya
menyerbu ke bahagian itu. Malu. Bertambah malu apabila beberapa orang jururawat
yang lalu-lalang berbisik-bisik dan tersenyum-senyum.
Asyikin
mengekek ketawa. Tak sangka Abrar boleh terkejut sampai begitu sekali.
Imah
yang berdiri di sebelah Asyikin turut mengulum senyum.
“Berapa
umur you?” Muka Abrar serius memandang Asyikin.
“25.
Why?” Asyikin pandang pelik.
“Next time act as a 25 years old lady not 5
years old girl.” Suara Abrar sedikit keras. Dia bergerak ke pintu sebelah
pemandu. Pintu dibuka. Dia terus masuk. Langsung tidak mempelawa Asyikin untuk masuk
sama.
Asyikin
tercegat macam tiang elektrik di luar. Tidak menurut langkah Abrar. Terpaku
dengan teguran keras Abrar tadi.
Imah
dah serba-salah. Tidak tahu nak bereaksi bagaimana. Nak ajak Asyikin naik
kenderaan Abrar atau berpatah balik ke dalam asrama?
Abrar
keluar semula.
“Kenapa
you tak masuk?” Tajam matanya memandang Asyikin. Bengang dengan sikap
keanak-anakan Asyikin. Boleh pula berdiri macam patung dekat luar ni. Kalau
tidak mengenangkan yang mereka bukan mahram, mahu sahaja dia tarik tangan gadis
ini.
Asyikin
membalas renungan tajam Abrar. Dadanya sedikit berombak sebelum memuntahkan
kata-kata.
“I
tak rasa I boleh keluar dengan you. Sorry.”
Ditariknya tangan Imah agar berlalu dari situ. Tawar hatinya mahu keluar makan
dengan Abrar.
Abrar
tepuk dahi. Baru tersedar khilafnya. Kenapa begitu mudah dia melenting?
“Asyikin!
Asyikin!” Dikejarnya Asyikin yang sudah mula menjauh.
Asyikin
langsung tidak berhenti malah langkah kakinya dilajukan. Imah turut diseret
sama untuk mempercepatkan langkah.
Abrar
memintas. Tangan didepakan. Menghalang Asyikin dari terus menapak.
“Sorry, sorry. I tak sengaja.” Dia cuba
memujuk. Ini kalau Luqman tahu kali pertama dating
dia dah buat hal sampai ke anak cucu dia kena kutuk.
Asyikin
diam.
Imah
dah goyang-goyangkan tangan Asyikin.
“Asyikinnn…
please. I’m sorry.” Kedua-dua tapak
tangan dibawa ke dada tanda minta maaf. Abrar tahu dia tersilap. Benda kecil
pun nak ambil serius. Sekarang dia ke Asyikin yang macam budak-budak?
Asyikin
buat tak tahu. Langsung tak pandang muka Abrar. Lebih rela menekur jalan raya.
Abar
melirik pada Imah seolah-olah meminta pertolongan.
Imah
hanya mampu tersengih. Menggeleng tanda tidak mahu masuk campur.
Abrar
mengeluh. Sedaya-upaya cuba mencari idea memujuk gadis di depan dia ini.
Kesilapan tadi kalau boleh tidak mahu diulang. Peluang yang ada ini pula jangan
dipersia-siakan.
“Perut
I dah berdondang dendang ni. Lapar. I memang sengaja kosongkan sebab nak makan
dengan you. You tak kesian dekat I ke?” Dia tayang muka sedih. Tangan kanan
melekap di perut. Cuba meraih simpati Asyikin.
“Buat
apa nak kesian dekat you? I dengan Imah dah kenyang. Excuse us.” Asyikin cuba untuk melangkah ke depan. Tetap dengan
keputusannya tadi. Wajah sedih Abrar langsung tidak mencairkan hati kerasnya.
“I
belanja. Steamboat. Restoran Bakar
Bakar?” Kening Abrar menari-nari. Cuba memujuk lagi.
Asyikin
merenung tajam.
Abrar
serba-salah.
“Imah
sekali?” Jari Asyikin menuding pada Imah.
“Ya.
Kalau you nak ajak yang lain-lain pun I tak kisah.” Abrar tersenyum-senyum. Kalau
Asyikin nak bawa kawan-kawannya yang lain pun dia tidak kisah. Asalkan gadis
ini masih sudi mahu keluar makan dengan dia.
“Ikhlas
ke tak ni?” Asyikin menjeling. Geram dia bila terasa dipermainkan.
“Ikhlas
ke tidak tu tak berani I nak cakap. Kalau kata I ikhlas tapi Allah tak reda tak
dapatlah pahala keikhlasan tu, kan.” Kali ini senyuman Abrar bukan lagi
senyuman mengusik. Senyuman seikhlas hati dipamerkan.
“You
bernasih baik tau sebab I pun lapar.” Asyikin jongket kening. Berpaling sambil
menarik sama tangan Imah.
“Bukan
tadi you cakap you dah kenyang ke?” usik Abrar dari belakang.
“I
masuk balik.” Asyikin mengugut ingin berpatah balik masuk ke kawasan asrama.
“Okey,
okey. I tak kacau.” Abrar kenyit mata.
“Nasib
Abrar handsome pandai mengayat.”
Asyikin tersenyum.
Abrar
hanya menggeleng. Nampaknya umur dia akan kekal 30 selama-lamanya. Telatah
Asyikin buat dia awet muda.
ABRAR
berhentikan pacuan empat rodanya berdekatan dengan Restoran Bakar Bakar
Steamboat & Grill House. Nasib mereka baik. Tidak ramai pengunjung di situ.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam restoran.
“Jom.
Nanti kalau lambat nak kena berebut dengan orang lain pula.” Abrar sudah
berdiri semula selepas pelayan menunjukkan meja mereka.
“I
nak makan banyak-banyak.” Asyikin tersengih.
“Nanti
tak muat uniform you macam yang
Doktor Naim cakap,” usik Abrar.
“You
dengar?” Asyikin jongket kening.
“I
ada dekat situ.”
“Dia
bergurau tu. Metabolisme I tinggi. Setakat makan tambah 2 pinggan tak ada hal
punya.” Asyikin ketawa-ketawa. Diambil pinggan dan penyepit yang dihulurkan
Imah.
“I
tak rasa macam tu. Doktor Naim tu ambil berat pasal you.” Abrar cuba mencungkil
rahsia. Kalau betul gadis ini sudah berpunya, dia tidak mahu kacau daun. Namun
kalau gadis ini tiada siapa-siapa lagi, dengan rela hati dia ingin memilikinya.
“Tak
payahlah cerita pasal dia. Serabut. Bila you sebut nama dia terus I teringatkan
Doktor Marina.” Mata Asyikin ralit memerhati pelbagai makanan laut, ayam,
daging dan sayur-sayuran di meja display.
Terhenti
tangan Abrar. Wajah Asyikin dipandang. Dahinya berkerut. Tidak faham maksud
kata-kata Asyikin.
“Doktor
Marina?” tanyanya sebelum mengambil beberapa ekor udang dan diletakkan di atas
pinggan Asyikin.
“Doktor
yang perasan ingat I nak sangat dengan Doktor Naim. Hello! Bukan I yang terkejar-kejarkan Doktor Naim tu tau. I anggap
Doktor Naim tu sama macam rakan sekerja yang lain. Tak kuasalah nak bersuamikan
seorang doktor.” Asyikin ambil beberapa potong daging kambing pula.
“I
ada peluanglah ni.” Abrar tersenyum.
“Peluang?
Peluang apa?” Asyikin terkebil-kebil.
“I
bukan doktor.” Senyuman Abrar makin lebar.
Nampak gayanya peluang untuk dia merebut hati Asyikin terbuka luas tanpa
halangan. Hatinya mengungkap kata-kata syukur dengan jalan yang dibuka olehNya.
“Kalau
you bukan doktor pun kenapa?” Asyikin masih tidak faham dengan kata-kata Abrar.
“Asyikin,
Asyikin. You ni kadang-kadang nampak lebih advance
dari I tapi kenapa hari ni nampak macam naif sangat.” Abrar menggeleng. Nak
ketawa pun ada. Sisi lain Asyikin betul-betul mencuit hati dia.
"Cepatnya
you dapat pengganti." Ada suara perempuan mencelah di sebalik gurau senda
Abrar dan Asyikin.
Abrar
dan Asyikin menoleh.
"Afiqah!"
Terperanjat Abrar melihat Afiqah berdiri di sebelahnya. Gadis itu dilihat turut
memegang penyepit dan pinggan. Bila masa gadis ini ada di sisi dia, memang dia
tidak perasan.
Asyikin
hanya tersenyum.
Imah
menarik tangan Asyikin untuk bergerak jauh dari Abrar dan Afiqah.
"Kenapa?
Aku belum ambil apa-apa lagilah." Asyikin merungut. Marah bila tangannya
ditarik pergi.
"Asyikin,
you pergi dekat meja dulu. Nanti I ambilkan." Abrar tersenyum pada
Asyikin. Bersyukur sangat sebab Imah kawan Asyikin seolah-olah memahami
kesulitan yang sedang dia hadapi ini.
“Wahhh…
betul-betul you jaga hati dia.” Afiqah menyindir setelah Asyikin dan Imah jauh
dari dia dan Abrar.
“Tak
ada kena-mengena dengan you.” Abrar menjeling. Tangan bergerak laju mengambil
ikan, ayam dan sotong.
“Still dia tak dapat menandingi I.”
Afiqah masih cuba nak menyakitit hati Abrar. Berbahang hatinya bila melihat
kemesraan Abrar dan Asyikin sebentar tadi.
“Cukup
untuk dia menyenangkan hati I.” Abrar berlalu. Puas dapat membalas kata-kata
sinis Afiqah.
“Kawan
you eh? Cantik.” Asyikin bertanya sebaik Abrar duduk menyertai dia dan Imah.
Dipandang Afiqah yang turut memandang ke meja mereka bertiga.
“Dulu
kawan sekarang tak.” Abrar menjawab acuh tak acuh. Disusun makanan mentah yang
diambilnya tadi diatas tempat pembakar. Kalau boleh dia tak mahu bercerita
siapa Afiqah dengan Asyikin. Cukuplah kalau Asyikin tahu Afiqah itu hanya
kawannya.
“Kenapa?”
Asyikin memandang Abrar. Dia turut membantu Abrar.
“Dia
tak menyenangkan.” Selamba Abrar menjawab. Hesy… mulut cik jururawat ni. Macam
bertih jagung.
“Tak
menyenangkan macam mana?” Asyikin toleh sekilas ke sisi. Tidak berpuas hati
dengan jawapan Abrar.
Imah
mencelah, menyiku Asyikin. Menunjuk isyarat ingin mengambil air minuman.
Asyikin
angguk. Matanya kembali memaku wajah Abrar.
“Macam
you. Sempoi, tak cerewet dan yang paling penting tak memilih.” Abrar tenung
tepat pada anak mata Asyikin.
Asyikin
terdiam. Renungan mata Abrar cuba dibalas. Hatinya berdebar tiba-tiba.
“Errr…
you bukan bercakap pasal hati kan?” Keningnya mula menari ronggeng. Cuba
menutup debar di dada.
“Kalau
ya?” Abrar ingin menguji.
“Kalau
ya I tak dapat bantu.” Asyikin tersenyum.
Giliran
Abrar pula kaget. Terasa ada debaran di dadanya. Tidak senang mendengar jawapan
Asyikin. Lagilah bila melihat senyuman cantik yang terukir di bibir gadis di
sisi dia ini.
“Doktor
Naim bukan pakwe you kan?” tanyanya
inginkan kepastian. Janganlah Asyikin cakap dia dah bertunang. Tak sanggup dia
dikecewakan untuk kali ke-2.
“Nope.” Asyikin menggeleng. Senyuman
masih terukir di bibirnya.
Abrar
menghela nafas lega. Namun tidak lama. Dia masih tidak berpuas hati dengan
jawapan Asyikin. Dia perlukan jawapan yang pasti.
“Then?” Sebelah keningnya ternaik.
Aduh,
mr. G ni. Ingatkan soalan tadi dah berjawab. Masih tak puas hati rupa-rupanya.
Asyikin menggeleng lemah. Lambat-lambat dia membalas. Wajah dipanggung.
“It’s too early, Abrar. I lebih senang
berkawan dengan semua orang.” Dia sambung senyum.
“You
nak tunggu sampai bila? Sampai dah tak ada orang nak dengan you?” Sinis Abrar
membalas.
Eee…
sabar ajelah dengan mr. G ni. Sedapnya menyindir. Sabar, Asyikin. Sabar. Jangan
cepat melatah. Sila bertenang. Masil lagi tersenyum, kata-kata Abrar dibalas
tenang.
“Sekarang
ni ada ke orang nak dengan I? Sanggup ke nak hidup dengan I yang kerja tak
tentu masa? Hidup I tak sama macam orang lain.”
“Kahwin
dengan I. Masa tu baru I boleh tunjuk sampai ke mana I sanggup bersama dengan
you.” Abrar tenung muka Asyikin. Yakin sekali melontarkan kata-kata walau
sebenarnya jantung dia berdetak hebat. Takut pada penolakan.
“Betullah
you gila.” Asyikin ketawa dihujung kata-katanya.
“I mean it.” Muka Abrar serius.
Asyikin
masih lagi ketawa.
Abrarasyikin❤❤....ble next bab lg ke k.syeena
ReplyDeleteIni last mona...
DeleteKak syeenaa..nie bkn last en3 kn? Kan??..hehe..sabar tunggu next episode.. thanx kak..chaiyok3x!!!
ReplyDeleteIni last dlm blog iyads...
DeleteAiyo..penasaran..huhu..cpt2 la keluar bukunya kak..hehe..newey thanx kak..
ReplyDelete: )
welcome dear...doakan moga semuanya dipermudahkan ya...
DeleteInsyaAllah..amin
Deletetq...
DeleteAbrar...ayat straight je.. x de konar2...
ReplyDeletePenat kalau konar2 Umi...
Deletehi, salam,. bestlah suka baca semua cite Syeena. Tak sabar tunggu next entry....
ReplyDeletewasalam...thanks sudi baca ya....insya-Allah kalau ada rezeki cerita ini akan dihantar untuk penialian penerbit.
DeleteNext entry....
ReplyDeleteno more next entry aslina...kalau ada rezeki akan ke versi cetak...
Deletepergh..ajk kawen selamba je
ReplyDeletehehehe...
Delete
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.