DINI dan Tariq berjalan beriringan menuju ke bilik
perbincangan. Perbualan mereka semakin rancak. Maklumlah sudah lama tidak
bersua muka.
“Kau dah lama kat sini?” Dini memandang
Tariq yang berjalan seiring dengan dia.
“Baru setahun,” balas Tariq pendek.
“Setahun tu lamalah, bengong,” kutuk
Dini selamba.
“Kalau lima tahun barulah boleh cakap lama,
sayang oi.” Tariq ketawa kuat. Selamba saja dia memanggil Dini dengan panggilan
sayang.
Dini sempat mengerling Ajad yang
berjalan di sebelah Tariq. Dia perasan lelaki itu menjeling pada Tariq.
Senyuman kecil terukir di bibir Dini. Suit
you.
“Puan Zarlina pergi mana?” soal Dini
lagi.
“Naik pangkat. Kena transfer ke PD,” beritahu Tariq ramah.
“Hujung minggu ni ada kosong lagi tak
dekat sini?” Tiba-tiba Ajad menyampuk. Tidak suka dengan perbualan kosong Dini
dan Tariq.
“Insya-Allah ada. Ardini punya pasal,
saya pastikan ada kosong,” balas Tariq sambil kenyit mata kepada Dini.
Dini tertawa dan menggelengkan kepala.
Ajad berdeham. Sekali lagi tali leher
menjadi mangsa.
Sebaik sampai di bilik yang dimaksudkan,
Tariq membukakan pintu.
“After
you.” Tariq mempersilakan Dini untuk masuk dulu.
“Kau memang tak pernah berubah.” Dini
tersenyum lalu masuk ke dalam.
“Macam kau tak kenal aku.” Tariq masuk
mengekori Dini.
Ajad bengang. Mukanya tegang menahan
marah.
“Ajad…,” panggil Aimy yang diam sedari
tadi.
“Apa?” tempelak Ajad bengang. Dia
menolak kasar daun pintu yang sudah bertutup rapat.
“Moody,”
omel Aimy perlahan. Dia turut sama masuk ke dalam.
Perbincangan berjalan lebih kurang
sejam. Jamuan makan malam yang sepatutnya di adakan pada hujung minggu terpaksa
diubah pada hari selasa.
“Sorry
tak dapat nak tolong kau. Syarikat tu dah buat bayaran penuh. Aku tak boleh
buat apa-apa.” Tariq memandang Dini dengan wajah sedih.
“It’s
okay. Sekurang-kurangnya kau dapat carikan tarikh yang paling hampir. Itu
pun dah cukup bagus.” Dini tersenyum memandang Tariq.
“Well,
Encik Tariq. I think we should make a
move now.” Ajad sudah berdiri.
Aimy turut sama berdiri.
Dini buat muka menyampah. Dia tahu Ajad
tak senang melihat kemesraan dia dengan Tariq. Nak tak nak dia turut berdiri
sama.
“Okey, Encik Ajad. Terima kasih sebab
sudi memilih hotel kami.” Tariq menghulurkan tangan pada Ajad.
Mereka bersalaman.
“Dini, kau free tak lepas ni?” tanya Tariq.
“Kenapa?” soal Dini semula.
“Lunch
with me? Tanda maaf sebab tak dapat nak book
slot yang kau nak,” ajak Tariq.
Dini terdiam.
Tariq menunggu.
“I rasa dia tak bolehlah, Encik Tariq.
Kami kena discuss lagi pasal annual dinner ni. Yalah semuanya nak
kena ubah.” Ajad memintas sebelum sempat Dini menjawab.
Dini kecilkan matanya memandang Ajad.
Rasa nak ketatkan aje tali leher lelaki itu. Biar terjerut. Suka hati dia saja
menyibuk hal orang.
Aimy yang nampak perubahan air muka Dini
hanya tersenyum sinis.
“Next
time, Tariq. On Monday maybe?”
Dini tersenyum.
“Aku on
aje. Call me. Nanti aku ambik kau.”
Tariq tersenyum.
Ajad mendengus. Dia terus keluar dari
bilik tersebut.
Aimy turut sama keluar.
Tariq dan Dini berpandangan. Mereka
sama-sama jongketkan bahu dan ketawa.
HON kereta dibunyikan berkali-kali bila Ajad lihat Dini
masih terhegeh-hegeh berjalan sambil berbual dengan Tariq. Hati semakin
mendongkol geram bila Tariq membisikkan sesuatu di telinga Dini dan Dini ketawa
tak henti-henti. Hon ditekannya lagi. Kali ini lama. Nyaring dan membingitkan.
Dini menjeling Ajad yang berwajah tegang
di dalam kereta.
“Aku kena baliklah. Isnin nanti kau
datang ajelah ambik aku kat opis. You
know where it is, right? Jangan cakap sebab dah duduk lama dekat KL jalan
kat JB ni kau dah lupa.” Dini mengusik.
“Apa susah, waze ada. Taip aje alamat syarikat kau, lima minit aku sampai,”
balas Tariq bangga.
“Wazelah
sangat kan. Silap taip dia hantar kau dekat hospital tampoi,” seloroh Dini.
“Jangan risaulah. Aku hafal lagi
jalan-jalan dekat JB ni.” Tariq menjawab dengan yakin.
“Apa-apa pun telefon aku dulu. Jangan
kau hilangkan kad nama aku tu,” tutur Dini sambil melangkah turun tangga.
Entah di mana silapnya, Dini terpijak
belakang kainnya. Dia pejamkan mata. Yakin sangat yang dia akan tergolek ke
bawah.
“Careful,
dear.” Tariq sempat menyambar lengan Dini menyelamatkan gadis itu dari
terjatuh. Dia melepaskan tangannya bila pasti Dini berjaya seimbangkan badan.
Muka Dini dah berbahang. Malu. Tak dapat
dibayangkan kalau betul-betul dia jatuh tergolek tadi. Sempat dia melirik ke
bawah. Telinganya dapat menangkap bunyi pedal minyak yang masih ditekan
berkali-kali. Satu hotel bergema dengan ngauman kuat enjin BMW Ajad.
“Thanks.
See you.” Dini terus masuk ke dalam
kereta.
Tanpa sempat berbalas lambaian, kereta BMW
dipecut laju keluar dari perkarangan hotel.
“Ajad, slow down,” pujuk Aimy. Tangannya menggosok perlahan paha Ajad.
Dini mencebik.
“Dah tahu nak cepat tak bagi aku pandu
kereta sendiri.” Dini sengaja mencurah minyak. Dia pasti lelaki di depannya ini
diserang rasa cemburu.
Ajad langsung tak menghiraukan kata-kata
Dini. Semakin ditekan pedal minyak. BMW itu menyusup bagai lipas kudung
membelah lalulintas.
Dini hanya mampu pejamkan mata. Berdoa kalaulah
terjadi apa-apa biarlah dia sempat bertemu dengan papa dan mamanya.
“Ajad, kita singgah makan dekat
mana-mana. Aimy laparlah.” Aimy merengek.
“Aku tak lapar. Sampai pejabat nanti kau
tapau aje kat kedai mamak depan tu,”
balas Ajad selamba. Matanya mengerling Dini di belakang.
Dini pekakkan telinga. Pura-pura tak
mendengar rengekan manja Aimy. Meluat bila ada perempuan yang menggedik dengan
lelaki bukan mahram mereka.
Ajad hanya memarkirkan keretanya di foyer. Malas nak turun ke basement. Tinggal dua jam saja lagi dah
nak balik. Enjin dimatikan dan dia terus keluar tanpa mempedulikan dua orang
gadis yang masih ada di dalam keretanya.
Laju gila mamat ni memandu. Rekod betul.
Lima belas minit dah sampai ofis. Dini membuka pintu.
“Cik Dini tak nak tapau?” tanya Aimy lembut.
Dini hanya menggeleng dan terus masuk ke
dalam pejabat.
Aimy hanya menjongketkan bahu dan
berjalan menuju ke restoran mamak di hadapan bangunan pejabat lima belas
tingkat itu.
PUNAT interkom ditekan. Dini menyampaikan pesan.
“Grace, mesyuarat petang ni saya tak join. Nak rehat sekejap,” beritahu Dini.
“Cik Dini tak sihat ke?” soal Grace bila
dia dengar suara Dini sedikit lemah.
“Gastrik.”
“Nak saya buatkan air milo?” tanya Grace
risau.
“No
need. Saya nak tidur sekejap.” Talian dimatikan.
Grace terus berkemas untuk ke bilik
mesyuarat. Bengang juga dia bila tiba-tiba sahaja perlu bermesyuarat lagi
berkaitan majlis makan malam. Macam penting sangat.
"Mana Ardini?" Ajad memandang Grace
bila dilihat gadis cina itu berseorangan tanpa teman.
"Errr... dia tak dapat join meeting ni," jawab Grace
terkulat-kulat.
"Kenapa?" Bertaut kening Ajad
memandang Grace.
"Gastrik."
"Huh?" Ajad bingkas bangun dan
terus keluar.
"Ajad!" panggil Aimy tapi tak
dihiraukan Ajad.
Lima belas minit kemudian, Ajad terpacul
di depan pintu bilik Dini dengan sebungkus polisterin di tangan. Pintu bilik
Dini terus dibuka. Matanya mencari kelibat gadis dobi itu.
Teperanjat Ajad bila melihat tubuh Dini
mengerekot di atas sofa dengan tangan menekan perut. Serta-merta rasa bersalah
timbul dalam dirinya. Kalaulah dia tak ikut sangat rasa marahnya tadi mesti
Dini tak jadi macam tu.
"Dini," panggil Ajad lembut.
Polisterin diletakkan di atas meja kopi.
Dini membuka matanya perlahan-lahan. Dia
terus bangkit bila nampak Ajad duduk di atas meja kopi di depannya.
"Kau." Tangannya masih menekan
perut yang mencucuk-cucuk. Mukanya berpeluh.
"Makan ni," pujuk Ajad.
"Kenapa nak bersusah untuk aku?'
soal Dini. Rasa sakit pada perut di tolak ke tepi. Rasa sakit di hati mengatasi
segalanya.
"Aku tak suka staf yang tak
produktif. Kalau rasa tak boleh berkerja, balik." Ajad terus keluar. Pintu
bilik sengaja dihempas kuat.
"Ego." Dini mencebik.
Polisterin di depan mata di tenung.
"Nak makan ke tak nak? Free, makan ajelah. Kalau aku tahu macam
ni patutnya aku berkeras tadi masa Tariq ajak lunch. Huh! Whatever."
Dini mencapai polisterin di atas meja.
Perlahan dia membukanya. Bau nasi goreng kampung yang memenuhi ruang bilik membangkitkan
seleranya. Tanpa membuang masa Dini terus menyuap sesudu nasi ke dalam mulut.
“Masya-Allah, sedapnya.” Lepas sesudu
sesudu lagi disuap ke dalam mulut.
Ajad yang mengintai di sebalik dinding
kaca tersenyum. Terima kasih, kak long.
Lebih kurang satu jam setengah,
mesyuarat berkaitan majlis jamuan tahunan selesai.
“Cik Dini dah okey?” Grace terus masuk
ke dalam bilik Dini sejurus habis bermesyuarat. Takut Dini masih sakit.
“Alhamdulillah. So, macam mana? Apa yang diubahnya?” Dini bersandar malas di sofa.
“Yang berubah siapa yang duduk di meja
VIP. Cik Aimy merayu dengan Encik Ajad tadi nak duduk juga dekat meja tu,”
beritahu Grace.
“Huh! That girl. Baguslah. Saya duduk semeja dengan awak nanti.”
“Encik Ajad tak bagi. Saya dah remind Encik Ajad tadi tapi dia kata
semua officer mesti duduk semeja.
Saya tahu Cik Dini mesti tak nak semeja dengan Cik Aimy kan.”
“Nampaknya saya kena makan dengan mata
terpejamlah, Grace,” seloroh Dini.
“Kenapa pula?” Grace memandang Dini
kehairanan.
“Tak sanggup nak tengok orang buat
maksiat depan mata.” Dini geleng kepala laju.
“Maksiat?” Grace garu kepala.
“Tak apalah, Grace. Saya simpan sorang. Karang kalau saya cakap boleh
jadi fitnah pula.” Dini tersenyum.
“Lagi satu. Encik Ajad tetapkan tema
malam tu. Untuk perempuan pakaian ala-ala zaman Kolonial Inggeris. Lelaki pula
kena pakai suit.”
“Eee… macam-macamlah mamat sengal tu.
Nak dibawanya pula pengaruh mat salleh dia ke sini. Nasib saya tak join meeting tu. Kalau tak memang perang
besar lagilah.”
“Cik Dini, Cik Dini.” Grace tersenyum
dan menggeleng.
Perbualan mereka terganggu bila telefon
bimbit Dini berbunyi. Nombor yang tertera dibelek.
“Siapa pula ni? Hello!” Dini menjawab
panggilan.
“Ardini Syaza,” jawab si pemanggil.
“Tariq? Sorrylah aku tak save
nombor kau.” Dini bersuara ceria.
Grace memberi isyarat untuk keluar.
Dini angguk.
“Kau free
tak petang ni?” tanya Tariq.
“Kenapa?” soal Dini semula.
“Aku nak bawak kau jumpa seseorang.
Bingit telinga aku bila dia asyik tanya pasal kau aje.”
“Petang ni? Rasanya tak ada benda pun
nak buat. Nak jumpa dekat mana?”
“Aku dah kat lobi tempat kerja kau ni.”
“Gilalah kau ni, Tariq. Lagi lima minit
aku turun.” Dini terus mematikan talian dan berkemas apa yang patut.
Sempat Dini membelek muka di cermin. “Okey,
cun.”
Tas tangan dalam laci di ambil dan dia
terus keluar.
“Grace, saya balik dulu.” Dini berkejar
ke lif.
“Alamak! Malang betul.” Dini
menghentikan lariannya bila nampak Ajad dan Aimy yang turut sama berdiri
menunggu lif untuk turun ke bawah.
Ajad menoleh ke sebelah. Dia tersenyum
senget.
Aimy pula tersenyum sinis. Sengaja dia
mengeratkan lagi pautan pada lengan Ajad.
Dini mencebik. Ingat aku hairan sangat.
Kita tengok nanti siapa yang panas.
Pintu lif terbuka dan ketiga-tiganya
masuk ke dalam.
Ajad dan Aimy berdiri betul-betul
berdekatan dengan pintu lif.
Aimy sengaja melentokkan kepalanya pada
badan Ajad.
Ajad mengubah posisi tangannya. Dia
memeluk erat bahu Aimy supaya lebih rapat ke badannya.
Dini yang memilih untuk bersandar di
dinding belakang memandang pasangan di depannya dengan penuh meluat. Memang
sepadanlah mamat sengal dengan perempuan gedik.
Sebaik pintu lif terbuka, Dini meluru
keluar. Sengaja dia melanggar bahu Aimy.
“Opsss, maaf. Tak sengaja. You berdiri
rapat sangat dengan pintu.” Dini terus keluar dengan senyuman puas.
“Ajad…,” rengek Aimy.
“Ssshhh…,” Ajad menggosok bahu Aimy.
Cuba memujuk.
Dini yang masih boleh mendengar rengekan
Aimy rasa macam nak termuntah. Geli pun ada.
Tariq bangun dari sofa bila nampak
kelibat Dini.
“Cepat. Tak sampai lima minit. Kagum
aku.” Tariq memandang jam tangannya.
“Well,
aku kan tak suka orang tertunggu-tunggu.” Dini tersengih.
“Jom.”
“Nak pergi mana sebenarnya ni?” Dini
memandang muka Tariq.
“Ehem… ehem…”
Tariq dan Dini menoleh ke belakang.
“Eh, Encik Ajad! I pinjam akauntan you
sekejap. Nak bawa dia jumpa someone.
Jom, sayang.” Tariq tersenyum dan menyentuh sedikit belakang Dini.
“Jom.” Dini melemparkan senyuman manis
pada Tariq.
Mereka berbisik sepanjang berjalan
keluar dari lobi menuju ke kereta Tariq.
Ajad dan Aimy hanya memerhati dari
dalam.
Ajad mengepal jemarinya bila dilihat
Tariq membukakan pintu kereta Jaguar XK perak untuk Dini. Hatinya semakin
bernanah bila melihat senyuman manis sentiasa terukir di bibir Dini.
Ajad berjalan laju menuju ke keretanya
bila kereta Tariq dah berlalu pergi. Aimy ditinggalkannya berdiri
terkulat-kulat seorang diri.
Aimy menghentak-hetakkan kakinya dan
menuruti langkah Ajad dengan muncung panjang sedepa. Langkahnya dilajukan bila
melihat tindakan luar jangka Ajad.
“Ajad,” Aimy menarik tangan Ajad dari
terus menendang kereta.
Ajad berhenti menendang. Dia mendengus
geram. Mukanya tegang.
“Get
in,” arah Ajad pada Aimy.
Ajad pekakkan telinga. Dia dengar mulut
Aimy mengomel. Malas mahu layan. hatinya tengah sakit sekarang ni.
P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.
api dah kuar..
ReplyDelete:) bakar lagi
Hikhikhik...
Delete