Thursday, December 26, 2013

KAU? DIA - BAB 8


“Eee…aku tak suruh pun kau jawab. Ada aku kisah, ada aku kisah. Itu ajelah yang dia tahu. Dengan aku-aku sekali boleh jadi mental,” omel Adni Farha sebaik membaca pesanan ringkas yang diterima. Dia berlunjur di atas katil. Separuh badan bersandar di kepala katil. Tangannya laju mencari nombor telefon Nadia.

“Hello…assalammualaikum,” suara gedik Nadia menjawab panggilan Adni Farha.

“Waalaikummussalam…tak payah nak gedik sangat boleh tak?” templak Adni Farha.

“Alah…janganlah hot sangat. Cepat tua nanti tau. Tak laku tak tahu,” usik Nadia.

“Sengallah kau. Aku ni perempuan bukannya lelaki kau nak menjawab tergedik-gedik macam tu.” Adni Farha pura-pura marah.

Hesy…aku tahulah kau perempuan. Aku pun tak inginlah.”

“Tahu pun.”

“Ni kenapa telefon aku? Petang tadi merajuk bukan main,” usik Nadia. Dia tahu merajuk Adni Farha tak lama mana pun.

“Alaa…petang tadi tu saja nak manja-manja ngan kau.”

Blahlah…orang panggil dia. Dia buat tak tahu aje. Kau tahu tak bos cari kau.”

“Bos? Encik Rahman? Apahal pula dia nak cari aku?”

“Bukan Encik Rahmanlah…bos lagi sorang tu.”

“Kalau bukan Encik Rahman, Encik Mohd Nor ke?” tanya Adni Farha polos. Nadia bengang. Dah datang dah blur Adni Farha.

“Ya Allah, Adni! Encik Ayman kaulah,” jerit Nadia.

“Eee…tak payahlah jerit-jerit. Aku belum pekak lagilah,” bentak Adni Farha.

“Memang kau tak pekak tapi blur. Orang cakap lembap marah pula.”

“Kau jangan mula, Nadia. Ini dah macam si mulut longkang tu.” Adni Farha panas hati. Sejak berkerja ni dia dapat rasakan memang dia agak lembap sikit tapi tak adalah teruk sangat. Blur aje sebenarnya. Otak macam dah tepu bila setahun menganggur. Banyak betul kena belajar.

“Tak baik tau kau cakap dia macam tu. Dia baik sebenarnya. Encik Ayman kau cari kau tau petang tadi,” pujuk Nadia.

Hesy…pepandai kau aje cakap Encik Ayman aku. Dia nak apa? Tak puashati dengan aku?”

“Dia risaukan kau.”

“Tak ada maknanya, Nadiaaa…”

“Betullah!!!” keras Nadia bersuara.

“Yalah tuuu…” Adni Farha julingkan mata.

“Dia terus turun bawah bila aku cakap kau dah balik. Siap dia bising kat aku kenapa biarkan kau drive sendiri. Hmmm…kau drive sendiri ke?”

“Taklah. Driver papa ambik. Mana tahan nak drive sendiri. Sakit wooo… Apa kau cakap tadi? Dia turun cari aku?”

“Aaah…”

“Matilah aku, Nadiaaa!!!”

Hesy…yang kau meroyan tak tentu pasal ni kenapa?”

“Mahu tak meroyan. Dia mesti nampak aku naik kereta Mercs tadi. Dahlah tadi sikit punya baik ayat yang aku sms kat dia. Papa!!!…” Adni Farha menjerit. Nadia menjauhkan sedikit telefon bimbit dari telinganya. Jeritan Adni Farha lagi nyaring dari jeritannya.

“Ehem…ehem…rajin juga korang bersms eh,” sakat Nadia setelah pasti jeritan Adni Farha dah berhenti.

“Eee…ini bukan sms cintan cintun tulah.” Cepat-cepat Adni Farha menjawab. Takut temannya itu salah faham.

“Manalah aku nampak apa yang kau sms tu. Entah-entah memang jiwang karat punya.”

“Dengan si hati beku tu nak jiwang karat? Kerat jarilah Nadia oiii…”

“Okey kalau tak jiwang karat apa benda yang kau sms kat dia?” Nadia cuba mengorek rahsia.

“Rahsia…”

“Ek eleh…dengan aku nak berahsia bagai…”

“Mestilah…Ni aku nak bagitahu aku cuti tiga hari sampai jumaat. Bos besar yang suruh. Nanti papa aku cakap kat Encik Rahman sendiri.”

“Errr…Encik Rahman tahu ke siapa kau?”

“Tahu…”

“Tahu eh? Kira aku orang yang lastlah ni…?”

“Kau belum last lagi. Kan ramai yang belum tahu?”

“Opsss…lupa pula. Encik Ayman tahu tak kau cuti tiga hari ni?”

“Tak penting kot. As long as Encik Rahman dah tahu, kira okeylah tu.”

“Tak penting kau kata? Habis kerja-kerja kau?” soal Nadia geram. Tahulah anak bos. Boleh pula si Adni Farha ni ambil endah tak endah saja.

“Alaaa…aku ni dia angkut bawa pergi site aje. Sampai naik gelap kulit aku. Report semua dia suruh orang lain yang buat. Aku belum layak lagi kot.”

“Adni…aku sebenarnya tak minta pun nak buat report tu. Serba salah pula aku. Kau kawan, dia bos. Haishhh…” keluh Nadia.

“Jangan nak berdrama sangatlah, Nadia. Just do your work. Nanti-nanti pun aku boleh belajar juga.”

“Berapa lama kau nak rahsiakan identiti kau ni? Kau tak risau ke kalau terkantoi?”

“Aku baru sebulan kat Perunding Klasik. Banyak benda lagi nak belajar. Aku bagi setahun pada diri aku untuk lengkapkan semua. Aku harap sangat kau dapat tolong aku. Banyak yang aku kena capture. Menyesal pula melepak setahun tanam anggur kat rumah. Apa aku dapat, yang ado…. Hahaha…”

“Aku pun baru dua tahun kerja kat situ. Aku rasa Encik Ayman memang orang yang sesuai untuk kau pelajari selok belok bidang kejuruteraan. He’s the best macam yang Dato’ cakap.”

“Aku tak fahamlah kenapa semua orang nak puji dia. Bagus sangat ke dia tu?” templak Adni Farha. Elok-elok berlunjur terus dia bersila bila nama si hati beku di sebut Nadia.

“Memang dia bagus apa. Cuma aku pun tak tahu kenapa dia suka bawa kau pergi site. Waktu kitaorang mula-mula masuk kerja dulu, jangan mimpilah dapat buat kerja luar. Enam bulan kena duduk kat pejabat menelaah fail-fail projek yang bertimbun tu,” cerita Nadia satu persatu.

“Athirah dengan Nabilah pun sama juga ke?” soal Adni Farha.

“Semua sama. Fair and square,” balas Nadia. Gulp…Adni Farha telan liur. Apa motif Ayman Fareeq?

“Tak percayalah…” Adni Farha menidakkan apa yang dikata Nadia. Akalnya tak boleh terima.

Next week kau naik kerja, kau tanya dengan Zara, Aqilah kalau kau tak percaya apa yang aku cakap tadi.”

“Hmmm…okeylah, Nadia. Dah lama sangat berbual dengan kau ni. Meleleh taik telinga aku ni.”

“Choiii…dia yang nak bergayut lama sangat. So, nak aku bagitahu kat Encik Ayman ke esok?”

“Biarlah dia. Nanti dia tahu sendiri juga.”

“Suka hati kaulah. Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Adni Farha lekas-lekas bangun dari katil. Pengecas dicari. Leka sangat berbual dengan Nadia sampai bateri telefonnya dah tinggal sepuluh percent. Kepalanya ligat berfikir apa yang Nadia cakap tadi. Dia sendiri tak pasti apa motif Ayman Fareeq membawanya ke sana ke mari.

“Lantak dialah. Yang penting sekarang, tiga hari ni aku nak rehat puas-puas kat rumah.” Adni Farha terus merebahkan badannya. Comforter ditarik menutupi dada. Doa dibaca dalam hati. Terasa pandangannya berbalam-balam kemudian terus gelap.

Ayman Fareeq sampai awal pagi ini. Entah kenapa matanya sukar untuk lelap. Kereta diparkir di tempar biasa. Ray-ban Aviator yang setia menemaninya di buka dan diletakkan di dalam tempat simpan barang. Beg sandang yang diletak di tempat duduk penumpang di sangkut ke bahu.

Ayman Fareeq keluar dari kereta. Matanya memandang sekeliling. Memerhati siapa yang telah sampai. Matanya menangkap kelibat Mini Cooper Cabrio. Dia mengeluh. Rasa bersalah pula tiba-tiba. Memang patut si rambut karat menghantar pesanan ringkas begitu kepadanya.

Perlahan-lahan Ayman Fareeq menapak masuk ke dalam bangunan. Hari ini dia mengenakan baju kemeja putih dipadankan dengan vest kelabu berbiku hitam dan seluar panjang warna kelabu. Nampak sangat maskulin. Sesiapa yang melihat pasti tengok dua kali punya kalau sekali dah terpandang. Hati tetap beku, kejung, kaku. Takkan ada yang boleh menerobos masuk ke dalam hatinya.

Beg sandang dicampak ke atas meja. Punggung dihenyak ke atas kerusi kerja. Ayman Fareeq bersandar dengan kedua-dua belah tapak tangan diletakkan di belakang kepalanya. Dia memandang siling bilik kerjanya. Termenung. Hari ini semangatnya seperti telah hilang. Perbualan dengan emaknya semalam sedikit sebanyak mengganggu moodnya hari ini.

“Arghhh…” Ayman Fareeq menjerit melepaskan rasa yang berkumpul di dada. Dia bangun dari duduknya. Jam dinding dikerling. Baru perasan lama juga dia melayan perasaan. Kakinya melangkah ke pintu. Dia hanya menjengukkan kepalanya.

“Nadia!” panggil Ayman Fareeq bila dilihat hampir semua pekerja Perunding Klasik telah memenuhi ruang kerja.

“Ya, Encik Ayman,” sahut Nadia. Dia mendongak tatkala namanya dipanggil.

“Suruh Adni masuk bilik saya sekejap,” arah Ayman Fareeq bila dilihat Adni Farha tiada di mejanya. Ayman Fareeq kemudian terus menutup pintu biliknya.

“Errr…Encik Ayman!” Nadia mengeluh. Belum sempat beritahu apa-apa bos dia dah tutup pintu.

“Kenapa, Nad?” tanya Aqilah. Nadia mengerling Aqilah. Tangannya sebelah memegang sebiji mug berisi air milo panas dan sebelah lagi memegang sebungkus roti.

“Bos kaulah…cari Adni. Tak sempat cakap dah tutup pintu. Nanti angina tak tentu pasal.”

“Bos aku pula, bos kaulah,” Aqilah berdecit. Bengang disuruh mengaku bos dia. Siapa ajelah yang nak mengaku Ayman Fareeq tu bos mereka.

“Apasal korang ni? Bos kau, bos aku,” sampuk Zara. Aqilah yang baru duduk memuncungkan bibirnya ke arah Nadia. Ini lagi sorang, geleng Nadia. Kat tangan Zara ada sebiji mug berisi air milo panas juga dan sebungkus roti tapi part yang paling best mulut dia nampak macam tengah mengunyah sesuatu. Patutlah berat badan minah dua ekor ni tak susut-susut.

“Kau tanya Nad.” Aqilah melemparkan pandangan pada Nadia.

“Alaaa…bos kau tu, Zara. Aku baru nak bagitahu Adni cuti hari ni. Sesedap rasa aje dia terus tutup pintu,” jawab Nadia.

“Eh…eh…siapa cakap dia bos aku? Bos koranglah...” Zara geleng kepala laju. Dia terus duduk di tempatnya.

“Ya lah…bos aku dengan Adni aje. Bos korang kan Encik Rahman tu…” Nadia mengalah. Ini kalau orang luar dengar memang boleh pengsan. Macam budak-budak. Bukan berebut apa pun. Berebut tak nak mengaku Ayman Fareeq tu ketua mereka.

“Gelilah nak merajuk-merajuk bagai,” marah Zara.

“Entahnya si Nad ni, mengada. Eh! Adni tak call Encik Ayman sendiri ke?” tanya Aqilah pula. Pelik dengan perangai teman barunya itu.

“Tak. Dia kata dah beritahu kat Encik Rahman kira okeylah. Itu lagi penting kata dia.”

“Boleh pula macam tu…Adni, Adni,” geleng Zara.

Tiba-tiba pintu bilik Ayman Fareeq dibuka dari dalam. Masing-masing terdiam beberapa saat sebelum tangan masing-masing mencapai fail dan membukanya. Kalut, takut kena panggil. Ayman Fareeq dilihat masuk ke dalam bilik Encik Rahman. Sepuluh minit kemudian dia keluar semula. Langkahnya diatur laju menuju ke meja kerja Nadia.

Pap! Lima buah fail dilambakkan ke atas meja kerja Nadia.

“Ya Allah!” Nadia terjerit. Dia mengurut dadanya. Aqilah dan Zara turut terhinggut bahu mereka. Kalau tak cukup semangat memang masuk IJN gamaknya.

“Apasal tak beritahu saya yang Adni cuti masa saya pesan kat awak tadi?” soal Ayman Fareeq garang.

“Saya memang nak beritahu tadi tapi…”

“Awak ni dah berjangkit penyakit Adni agaknya.”

“Penyakit apa?” bulat mata Nadia bila dituduh begitu.

“Suka menjawab.”

“Errr…mana ada,” bantah Nadia.

“Memang sah, penyakit menjawab Adni dah merebak kat awak,” bentak Ayman Fareeq. Dia berdiri sambil kedua-dua belah tangan bersilang di dada.

“Sikit kot,” jawab Nadia takut-takut. Dia hanya tersengih memandang Ayman Fareeq.

“Kenapa Encik Rahman? Saya kan supervisor dia?” Ayman Fareeq mencerlung tajam pada Nadia. Nadia telan liur. Hesy…masalah betullah. Kau punya hal, Adni. Aku yang kena tanggung. Kala uterus terang kan senang. Tak ada lah aku nak buat dosa kering.

“Errr…no idea,” bohong Nadia. Tak mungkin dia memecahkan rahsia Adni Farha. Mati keca cincang dengan Adni nanti.

“Hmmm…mana report yang saya suruh buat semalam?” Ayman Fareeq menukar topik. Tak mahu memanjangkan lagi isu Adni Farha. Takut pekerjanya salah anggap sikap ambil berat dia terhadap gadis berambut karat itu..

“Errr…before lunch boleh tak, Encik Ayman? Encik Ayman pun baru bagi kat saya semalam petang. Saya baru prepare separuh.”

“Hmmm…Aqilah! Zara!” Kedua-duanya mengangkat muka bila nama mereka dipanggil.

“Ini semua fail projek yang Athirah handle. Since dia dah kena tolong Encik Hisyam, saya nak awak berdua semak fail-fail ni semua. Mula dari awal. Study betul-betul. Esok pagi briefing kat saya.” Ayman Fareeq terus masuk ke biliknya selepas mengeluarkan arahan pada Aqilah dan Zara.

“Bos kau ni, Nad…PMS agaknya,” bebel Aqilah. Kakinya dihentak-hentakkan berjalan ke meja Nadia.

“Bos aku, bos kau jugalah.” Sempat Nadia memukul Aqilah dengan fail di atas mejanya. Aqilah ketawa mengekek.

“Hoi, Zara! Ni ambik kau punya. Jangan nak melantak je lah,” laung Aqilah.

“Alaaa…baru nak makan sikit. Tak boleh tengok orang senang betul.” Zara dengan malas bangun mendapatkan Aqilah dan Nadia.

“Sudah-sudahlah tu makannya, Zara oiii…badan kau pun dah naik bolat dah aku tengok,” sindir Nadia.

“Selera tengah ada, makan ajelah. Nanti kalau dah masuk tiub sana sini, baru nak bagi makan yang sedap-sedap memang taklah,” sanggah Zara.

“Dah, dah…ambil aje fail-fail ni,” saran Nadia. Fail-fail di atas mejanya dihulurkan pada Athirah dan Zara.

“Ya lah, ya lah…” mengekek Athirah dan Zara ketawa.

Ayman Fareeq mencapai telefon bimbitnya. Dia masih berkira-kira sama ada nak telefon Adni Farha atau tidak.

“Kalau aku telefon, apa alasan aku nak bagi? Macam tak relevan pula. Cuti tiga hari pula tu. Berat sangat agaknya mulut tu nak bagitahu aku. Arghhh…” Ayman Fareeq menyimpan semula telefon bimbitnya setelah menimbang balik akan tindakannya. Badan ditegakkan. Fikirannya mula difokuskan pada fail-fail yang menimbun di atas meja.

Ayman Fareeq mengangkat wajahnya bila terdengar ketukan bertalu-talu di pintu biliknya. Belakang tengkuknya diusap perlahan.  

“Masuk,” arah Ayman Fareeq.

“Encik Ayman, ada orang UEM nak jumpa,” beritahu Nadia. Hanya kepalanya sahaja yang tersembul di balik pintu bilik Ayman Fareeq.

“Siapa?” Ayman Fareeq mengerutkan dahi.

“Cik Qashrina.” Ayman Fareeq mengeluh. Setahu dia, dia sememangnya tiada urusan dengan gadis itu. Projek berkaitan UEM semunya Hisyam yang uruskan.

“Saya turun sekejap lagi. Tak payah suruh dia naik.”

“Okey.” Nadia menutup kembali pintu bilik Ayman Fareeq. Ayman Fareeq mengemas sedikit meja kerjanya sebelum keluar dari bilik.

Qashrina tersenyum sebaik melihat kelibat jejaka yang sedari dulu lagi telah menambat hatinya walau si dia tidak membalasnya. Ayman Fareeq semakin tampan. Vest yang melekap kemas di badan menyerlahkan lagi tubuh sasa jejaka itu. Ayman Fareeq tenang berjalan ke ruang menunggu di lobi pejabat Perunding Klasik. Ke dua-dua tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar.

“Assalammualaikum,” tegur Ayman Fareeq. Dia duduk di sofa bertentangan dengan Qashrina.

“Waalaikummussalam,” jawab Qashrina lembut.

“Kenapa you nak jumpa I? Bukan ke projek UEM Hisyam yang handle?” soal Ayman Fareeq tak puashati. Dahlah dia bengang dengan Adni Farha yang langsung tak mengumpamakan dia sebagai penyelia. Bercuti selama tiga hari tapi dia tidak tahu menahu langsung. Nasib baiklah Encik Rahman memberitahu dia tadi. Itu pun kebetulan dia ingin berbincang sesuatu dengan orang atasannya itu.

“Dengan Hisyam, I dah settle. Saja nak jumpa you. Susah sangat nak have a cup of tea. Busy memanjang aje you ni,” peril Qashrina.

You tahu sendiri kan. Kerja macam kita ni mana ada waktu senggang.” Ayman Fareeq cuba mengelak.

“Itu ajelah alasan you. Dengan budak seksi tu boleh pula you cari masa,” templak Qashrina.

It’s none of your business. Kalau you tak ada apa-apa yang penting, I nak naik dulu. Banyak lagi report yang I nak kena review.” Ayman Fareeq sudah berdiri. Mukanya tegang. Dia tidak suka bila kehidupannya dipertikaikan orang lain. Orang yang tiada kena mengena dengan dirinya.

“Ayman, sorryI tak bermaksud apa-apa. It just thatit’s okay. I pun nak kena balik pejabat semula. Glad to see you. Assalammualaikum.” Qashrina melangkah keluar dari bangunan Perunding Klasik. Langkahnya dilajukan. Sedih bila niat baiknya disalah ertikan. Tidak bolehkah Ayman Fareeq melayannya dengan baik, sekalipun jika si dia tiada perasaan padanya.

         Ayman Fareeq meraup mukanya. Kesal dengan sikap endah tak endahnya pada Qashrina. Gadis itu tidak bersalah. Sikap pesimis dia menjadi punca dia bertindak sedemikian. Maafkan I, Qash. I memang tak boleh terima you lebih dari seorang kawan. Ayman Fareeq melangkah dengan lemah menuju ke lif. Sesekali dia menguak rambutnya ke belakang.

P/S Harap kawan-kawan dapat tinggalkan komen. Terima kasih atas sokongan anda semua.

2 comments: