Adni
Farha tekun menyemak fail-fail projek yang diambil dari bilik Ayman Fareeq pagi
tadi. Satu persatu disemaknya. Sekejap-sekejap matanya memandang skrin komputer.
Jari jemarinya pantas menaip dan membetulkan apa yang perlu. Nasib Ayman Fareeq
emailkan soft copy kalau tak jenuhlah
dia nak menaip semula.
“Errr…Encik
Ayman, kata ada kerja kat UEM?” soal Nadia sedikit kuat bila terserempak dengan
Ayman Fareeq di depan lif. Adni Farha menoleh sekilas bila mendengar nama Ayman
Fareeq disebut.
Apa
dia buat dekat sini? Baru pukul sebelas. Kata nak masuk pejabat lepas solat
jumaat. Banyak lagi nak semak ni, sempat ke. Jangan dia minta semuanya sekarang
sudahlah, bisik Adni Farha dalam hati.
“Hmmm…dah
settle. Next week serah balik kerja tu pada Encik Hisyam.”
“Encik
Ayman…lepas balik dari sarapan pagi tadi, Adni langsung tak bercakap,” adu
Nadia perlahan seolah berbisik.
“Huh?
Apa maksud awak?” Ayman Fareeq menguak rambutnya ke belakang.
“Saya
tahulah…Encik Ayman dengan Adni…” belum sempat Nadia menghabiskan ayatnya Ayman
Fareeq lekas-lekas memotong.
“Saya
masuk bilik dulu.” Ayman Fareeq berjalan pantas ke biliknya. Dia mengerling
sekilas pada Adni Farha. Matanya menangkap jelingan tajam Adni Farha.
Aduhhh…kenapa dia rasa lain ni. Jelingan tu jelingan membunuh bukan jelingan manja.
Tangannya mencapai tombol pintu. Berkali-kali dipusing tapi pintu masih belum terbuka.
Tangannya diletakkan disisi kembali. Ayman Fareeq menarik nafas dalam-dalam
sebelum perlahan-lahan dilepaskan. Tangannya menyentuh semula tombol pintu.
Sekali pulas, pintu berjaya dibuka.
Beg
sandang dia letakkan di kabinet belakang kerusi kerjanya. Jaket kulit
ditanggalkan dan disangkut di kepala kerusi. Sebelah tangan menguak rambut dan
sebelah lagi dicekak di pinggang. Ayman Fareeq memerhati Adni Farha melalui bidai
yang menutupi dinding kaca bilik nya. Si rambut karat tekun menghadap fail-fail
projek. Sesekali Adni Farha memuncungkan mulutnya. Comel.
“Aduh…parah
aku kalau macam ni. Orang tu macam tak rasa apa-apa, aku pula yang
lebih-lebih,” Ayman Fareeq mengurut-urut pelipisnya.
Ayman
Fareeq kemudian duduk dan jarinya menekan punat untuk menghidupkan komputer di depan
mata. Sementara menunggu komputernya menyala, otak Ayman Fareeq ligat berputar mencari
idea macam mana nak menyuruh si rambut karat masuk ke bilik dia. Macam tak
logik pula kalau nak tanya dah siap ke belum semua fail-fail tu. Ada dia terkena
balik nanti. It’s better than not.
Interkom di depan mata di tekan.
“Adni,
masuk bilik saya sekejap,” arah Ayman Fareeq. Mata Ayman Fareeq merenung tajam
reaksi Adni Farha yang mengajuk percakapan dia. Wahhh…si rambut karat tak
habis-habis dengan sikap melawan dia. Ingat dah berubah. Ini mesti kes pagi
tadi buat si dia jadi macam tu. Kelam kabut dia membetulkan duduk dan membuka
fail bila melihat Adni Farha berjalan malas dengan tangan memegang sebuah buku
nota kecil dan pena.
Tok! Tok! Tok!
Kedengaran ketukan kuat di pintu biliknya. Ayman Fareeq berdehem sebelum
membenarkan Adni Farha masuk.
“Masuk,”
laung Ayman Fareeq. Dia pura-pura tunduk membaca dokumen dalam fail yang dia
tak pasti projek apa. Main capai aje apa yang sempat. Ayman Fareeq mendongak.
Rasa macam tak tertelan pula air liur tengok muka Adni Farha yang cemberut
berdiri tegak macam patung cendana di depan dia kini.
“Duduklah,”
arah Ayman Fareeq. Adni Farha tarik kerusi dan duduk. Dia menunduk. Pena di
tangan di ketuk-ketuk pada buku nota. Ayman Fareeq hanya memerhati. Seminit tak
bersuara. Dua minit masih tak bersuara. Lima minit Adni Farha mendongak. Rimas
bila kena panggil tapi tak cakap apa-apa. Ayman Fareeq berdehem saat mata
mereka bertembung.
“Ada
apa Encik Ayman panggil saya?” keras suara Adni Farha bertanya.
“Dah
siap semak fail-fail tu?” Ayman Fareeq tenang memandang Adni Farha.
“Macam
mana nak siap kalau saya ada kat sini?” selamba Adni Farha menjawab dengan
kening kanan dijungkitkan. Ayman Fareeq tersenyum senget. Memang dia dah agak
dah Adni Farha akan jawab begitu.
“Tanya
aje pun,” Ayman Fareeq tersenyum lebar menyerlahkan apa yang dikatakan pembunuh
hati setiap wanita. Adni Farha ketap bibir menahan rasa getar di dada. Dia kena
kuat. Tak boleh tertipu dengan lesung pipit si hati beku. Sepantas kilat dia
berdiri.
“Nak
tanya itu aje kan?” Adni Farha terus berjalan ke pintu. Kelam kabut Ayman Fareeq
bangun. Segera dia menghadang pintu.
“Errr…lunch sama?” Mata Ayman Fareeq merenung
tepat ke dalam mata Adni Farha. Mencari kalau-kalau ada rasa dalam diri Adni
Farha seperti yang dia rasa.
“Saya
puasa. Boleh ke tepi tak? Saya nak keluar,” Mata Adni Farha dah membulat besar.
“Puasa?
Bukan ke pagi tadi awak makan kat restoran…” Ayman Fareeq tak jadi nak menghabiskan
kata-katanya takut si rambut karat terasa hati lagi.
“Dengan
Encik Ayman aje saya puasa. So, boleh
ke tepi tak?” Adni Farha masih berkeras.
“Motif?”
Giliran Ayman Fareeq pula jungkitkan sebelah keningnya.
“Tak
payah nak motif bagai. Eee…tepilah.” Adni Farha nekad menolak badan Ayman
Fareeq yang menghalang laluan. Ayman Fareeq keraskan badan. Dia hanya tersenyum
walau berkali Adni Farha cuba menolak dia. Sekuat manalah kudrat Adni Farha tu.
Adni Farha bulatkan mata memandang Ayman Fareeq. Ayman Fareeq angkat ke dua-dua
belah tangan dan dia beranjak ke kiri sedikit. Cepat-cepat Adni Farha pulas
tombol pintu.
“Eh!
Nizam, Midi. Korang nak pergi mana?” Adni
Farha menegur dua orang jejaka yang kebetulan lalu di depan bilik Ayman Fareeq.
Ayman Fareeq mengintai dari celah pintu yang tidak bertutup rapat.
“Lunch dulu sebelum solat jumaat. Nak join?” Nizam tersenyum menjawab
pertanyaan Adni Farha. Gadis di depannya ini nampak manis berbaju kurung. Lain
dari kebiasaannya.
“Boleh
ke? Ajak diaorang sekali eh?” Adni
Farha menuding jari pada Nadia, Aqilah dan Zara yang leka menghadap komputer di
meja kerja masing-masing.
“Lagi
bagus. The more the merrier.” Midi
ketawa. Nizam anggukkan kepala. Ayman Fareeq yang mendengar dah mencebik. Pintu
dikuak.
“Saya
join sekali?” Ayman Fareeq memandang
mereka bertiga. Adni Farha buat muka pada Nizam dan Midi.
“Err…takde
hal. Boleh aje,” jawab Midi. Nizam jungkitkan bahu. Mulut Adni Farha menggumam
sesuatu.
“Bolehkan,
Adni?” Ayman Fareeq sengaja bertanya pada Adni Farha. Tahu sangat kehadiran dia
memang tak di alu-alukan.
“Bayar
sendirikan? So, no hal…” selamba Adni Farha menyindir dan berlalu mendapatkan
kawan-kawannya. Ayman Fareeq hanya gelengkan kepala. Hesy…susah juga nak pujuk
anak manja ni.
Mereka
pergi ke kedai makan dengan kereta berasingan supaya mudah untuk orang lelaki
terus ke masjid bagi mengerjakan solat jumaat. Ayman Fareeq menawarkan diri
untuk membawa keretanya dan menumpangkan Midi dan Nizam. Aqilah pula dipaksa
Nadia untuk menggunakan kereta dia walau tahu Aqilah tak berapa yakin membawa
penumpang sebab dia pernah kemalangan dua tahun lepas.
Mereka
memilih untuk makan Nasi Beriyani di Bandar Baru Uda. Nadia, Aqilah dan Zara
dah berpakat supaya Adni Farha dan Ayman Fareeq duduk bersebelahan. Kebetulan
Adni Farha ingin ke tandas dahulu, jadi memudahkan kerja mereka. Cemberut muka
Adni Farha bila dilihat tempat duduk yang kosong betul-betul di sebelah Ayman
Fareeq. Takkanlah dia nak paksa Nadia bertukar tempat duduk dengan dia. Kalau
dia buat macam tu mesti Nizam dan Midi syak yang bukan-bukan. Nak tak nak Adni
Farha terpaksa duduk di kerusi yang kosong. Ayman Fareeq hanya tersenyum.
Semakin lebar senyuman dia bila Aqilah dan Zara yang duduk bedepan dengannya
dah tunjuk isyarat bagus. Nasib baik Nizam dan Midi leka berbual, kalau tak
memang masak dia.
“Korang
dah order ke?” Adni Farha memandang
teman-temannya. Mereka semua mengangguk termasuk Ayman Fareeq.
“Lauk
daging kambing dengan asam boi.” Nadia menjawab bagi pihak yang lain.
“Daging
eh? Bolehlah…” Adni Farha sedikit mengeluh. Dia bukan penggemar daging sebab
leceh makan lauk daging ni. Selalu sangat terselit celah gigi.
“Encik
Ayman! Kenapa tak pakai baju melayu macam budak dua orang ni?” Zara yang
terkenal dengan mulut laser dah keluarkan soalan tak berapa cerdik dia. Nizam
dan Midi hanya tersengih bila Zara menuding jari pada mereka.
“Memang
kena pakai ke?” Ayman Fareeq balas dengan soalan.
“Hari
jumaat je kitaorang boleh cuci mata.
Nampak hot kalau lelaki pakai baju
melayu,” Aqilah tanpa segan silu keluarkan statement
gedik dia.
“Hoi!!!”
Nadia dah jegilkan mata. Tak pasal-pasal bos tahu aktiviti tak sihat mereka.
“Betul
apa? Memang hot kan, Adni? Tapi budak
dua orang ni terkecualilah.” Aqilah masih mempertahankan kata-katanya. Saja
mengajak Adni menyertai perbualan mereka bila dilihat gadis itu leka sangat
membelek telefon bimbitnya.
“Sungguh
kurang sopan kau, eh…” Nizam dah jegilkan mata. Aqilah angkat dua jari.
“Korang
ni…bos kita ni kan pergi date pagi
tadi. Mana macho pakai baju melayu,”
sindir Adni Farha. Sedas Ayman Fareeq terkena. Ayman Fareeq mengerling sekilas.
Ada nada cemburu pada suara Adni Farha. Dia senyum senget.
“Eh!
Betullah Cik Qashrina tu makwe Encik
Ayman?” tebak Aqilah. Nadia dan Zara menyepak kaki Aqilah. Kiri dan depan dia
ditembak. Aqilah menyeringai kesakitan.
“Jadi
gosip-gosip kat opis tu betullah, Encik Ayman?” Midi menari-narikan keningnya.
Ayman Fareeq menggosok-gosok tengkuknya. Adni Farha di sebelah di kerling
dengan ekor mata. Si rambut karat langsung tak kisah.
“Bukan
dari mulut saya kan? Maknanya tak betullah tu…”
“So, ada peluanglah ni?” usik Nadia.
Sempat dia menyiku lengan Adni Farha. Adni Farha tarik muka.
“Peluang?
Isi form dulu nanti saya
pertimbangkan,” seloroh Ayman Fareeq. Semua tertawa kecuali Adni Farha.
“Perasan,”
gumam Adni Farha perlahan. Ayman Fareeq dengar apa yang diperkatakan Adni Farha
tapi dia biarkan sahaja.
Perbualan
mereka terhenti bila pelayan kedai datang menghantar makanan yang dipesan. Nasi
Briyani Kambing diagih-agihkan. Midi mengetuai membaca doa makan. Masing-masing
mula menyuap nasi menggunakan tangan ke dalam mulut kecuali Adni Farha.
“Kenapa
tak makan?” tanya Ayman Fareeq perlahan. Dia baru saja menyuap nasi ke dalam
mulut.
“Daging
ni macam liat takut terselit kat celah gigi,” rengek Adni Farha manja. Ayman
Fareeq tersenyum. Daging kambing dalam pinggan Adni Farha diambil dan
diletakkan ke dalam pinggannya kemudian disiat-siat kecil sebelum dipindahkan
kembali ke pinggan Adni Farha. Adni Farha tersenyum lebar.
“Thanks.” Dengan senang hati Adni Farha
mula menyuap nasi ke dalam mulut. Tak sangka Ayman Fareeq masih sudi nak
menyiatkan daging kambing itu untuk dia. Rasa bersalah pula bila teringatkan
dia menyindir Ayman Fareeq tadi.
“Welcome,” balas Ayman Fareeq. Suapan
diteruskan.
Masing-masing
tercengang melihat perlakuan Ayman Fareeq dan Adni Farha. Macam tak percaya.
Tadi bukan main lagi sindir menyindir. Macam anjing dengan kucing. Sekarang,
boleh pula bermanja-manja. Adni Farha terasa seperti ada mata yang memandang
padanya. Mukanya diangkat. Kening sebelah kanan dijungkitkan.
“What?” tanya Adni Farha. Ayman Fareeq
turut mendongak bila mendegar nada keras suara Adni Farha. Keningnya
dijungkitkan.
“Errr…Encik
Ayman…Adni…ada apa-apa ke?” soal Nizam tanpa ragu. Dia dapat rasakan kedua-dua
insan di depannya ini seperti ada hubungn istimewa.
“Ada
apa-apa?” soal Ayman Fareeq.
“Ya
lah. Kalau tak ada apa-apa takkanlah sampai bermanja-manja?” soal Midi pula.
Pipi Adni Farha dah merona merah. Dia memang terlupa dia bukan makan berdua
saja dengan Ayman Fareeq. Dah terbiasa dimanjakan, itu yang terbabas.
“Kalau
ada apa-apa, kenapa?” soal Ayman Fareeq semula. Nadia, Aqilah dan Zara dah
bersorak. Adni Farha dah kembungkan pipi. Malu.
“Tak
ada lah kitaorang nak masuk jarum,”
giat Nizam.
“Patutlah
bila kitaorang ajak makan, Adni
selalu tolak. Rupa-rupanya bos dah cop,” usik Midi pula. Adni Farha campak tisu
yang dah digumpal pada Midi. Geram dengan gurauan Midi. Midi mengelak. Mereka
yang lain hanya tertawa sahaja.
“Ada-ada
ajelah awak ni. Dah makan, kang
terlajak pula solat jumaat kita.” Ayman Fareeq pandang sebelah. Adni Farha
hanya menunduk. Ada senyuman terpamer di muka si dia. Senang hati Ayman Fareeq,
si rambut karat dah tak merajuk lagi. Maknanya dinner hujung minggu ni on
lah.
“Yes,” tiba-tiba terpacul suara Ayman
Fareeq. Lekas-lekas dia menutup mulut bila semua mata tertumpu kepadanya. Opsss...mulut
kenapalah kau derhaka. Ayman Fareeq kemudian hanya tersengih memandang mereka.
Adni
Farha tekun menyiapkan kerja. Sesekali dia mengurut terngkuk. Lenguh asyik
menunduk. Tangan diregangkan membetulkan urat-urat yang tegang. Kepala
direhatkan pada kerusi. Matanya pejam celik pejam celik memandang ke depan.
Asyik sangat buat exercise mata
tiba-tiba dia terperasankan Ayman Fareeq yang ralit memandang dia di sebalik
bidai dari dalam bilik jejaka tersebut. Saat itu juga Adni Farha memegang pipi.
Terasa pipi dia berbahang. Dia kemudian cepat-cepat membuat kerja semula. Oh! Please…Ayman Fareeq, jangan
tenung-tenung dia macam tu.
Telefon
bimbit dia berbunyi. Adni Farha tekan butang. Ikon whatsapp. Dia mengerling sekilas Ayman Fareeq. Jejaka itu sedang
memegang sehelai kertas. Okey, bukan Ayman Fareeq yang text. Adni Farha sentuh ikon whatsapp.
Ayman Fareeq: Penat?
Adni
Farha pandang ke bilik Ayman Fareeq. Jejaka tersebut tayang muka selamba. Eee…memang
hati beku betullah.
Adni Farha: Taklah…seronok…kalau
boleh nak buat lompat bintang…sighhh…
Ayman
Fareeq yang baru lepas membaca text
yang diterima tertawa kecil dan sempat memandang si rambut karat di luar. Adni
Farha tolak telefon bimbit ke tepi. Mulutnya mengomel sesuatu. Nampak comel di
mata Ayman Fareeq.
Ayman Fareeq: Nak saya
tolong?
Adni
Farha mengecilkan mata bila telefon bimbitnya berbunyi lagi. Apa lagi yang si
hati beku nak ni, omel Adni Farha. Tangannya menekan juga ikon whatsapp.
Adni Farha: Tolonglah
sangatkan. Dah bagi kerja kat kita konon nak tolong. Kalau nak tolong juga,
boleh….TOLONG JANGAN KACAU. Kalau tak sampai punch clock bunyi, kerja ni tak
siap-siap.
Adni
Farha merengus. Geram. Asyik kena kacau. Ikon send ditekan kuat. Nadia yang memerhati sedari tadi perlakuan Adni Farha
menegur temannya itu.
“Adni!”
panggil Nadia dari meja kerja dia.
“Huh?”
polos Adni Farha memandang Nadia.
“Kenapa?”
“Kenapa,
apa?”
“Membebel
sorang-sorang.”
“Ooo…bos
kau ni. Mengacau aje kerjanya. Sampai esok memang tak siaplah kerja aku.”
“Alah…kacau-kacau
manja. Orang kurang kasih sayang kan memang macam tu. Sebab tu hati dia beku. Cuba
kau manjakan dia sikit. Sure lepas ni
cair punyalah hati dia,” usik Nadia.
“Aku?
Nak manjakan dia?” Adni Farha menuding jari pada dirinya sendiri. Nadia angguk.
“Kaulah.
Takkan aku pula. Dia nak dekat kau aje.”
“Memang
taklah…” Adni Farha dah julingkan mata pandang ke atas. Tiba-tiba Sony Xperia Z
dia berbunyi. Nadia mengerling Ayman Fareeq di dalam..
“Tu…bos
hati beku kau call.” Muncung Nadia di
tala ke bilik Ayman Fareeq. Adni Farha menoleh sama. Ayman Fareeq membuat aksi
supaya dia menjawab panggilan. Malasnya nak jawab, bolehkan.
“Biarlah...Kenapa
tak guna interkom aje?” Adni Farha cuba berdolak dalih.
“Dia
nak bermanja-manjalah tu.” Nadia dah ketawa. Gelihati tengok aksi Adni Farha.
Gadis manja ni boleh ke nak manjakan orang lain.
“Eee…pandai
kau ajelah.” Adni Farha bangun dari kerusinya dan memukul bahu Nadia
berkali-kali. Nadia menepis dan membalas kembali.
“Adni
Farha!” Tangan Ayman Fareeq dah di pinggang. Elok aje dia berdiri di depan
pintu bilik sambil sebelah tangan memegang telefon bimbit. Mukanya jangan
cakaplah memang tegang gila. Kalah orang yang baru lepas cucuk botox.
Nadia
menolak Adni Farha supaya kembali ke tempat duduknya. Ayman Fareeq masuk semula
ke bilik. Adni Farha menghentak-hentak kaki. Nama penuh dah diseru faham
sendirilah. Telefon bimbit yang masih berbunyi diambil.
“Hello!”
lemah suara Adni Farha menjawab.
“Tak
bagi saya kacau tapi boleh pula bergurau bagai dengan Nadia,” templak Ayman
Fareeq. Adni Farha terus matikan panggilan. Telefon bimbit dicampak kembali ke
atas meja. Dia menjeling bilik Ayman Fareeq.
“Aikkk…sekejapnya?”
tegur Nadia.
“Bos
kau tu memang mulut longkang. Suka suki dia aje nak tinggikan suara,” jawab
Adni Farha dengan muka bengang.
“Orang
macam tu kau kena ajar sikit tapi bukan berkeras balik. Kalau dua-dua tak mahu
mengalah memang tak ke mana lah korang.
Cuba berlembut. Bagi salam dulu ke,” nasihat Nadia. Sekali lagi telefon bimbit
Adni Farha berbunyi.
“Tu
angkat. Cakap baik-baik.”
“Perlu
ke?” Adni Farha pandang Nadia.
“Trust me. You won’t regret it.” Nadia angguk. Adni Farha capai semula telefon
bimbit yang dicampak tadi.
“Kenapa
letak?” soal Ayman Fareeq tak puashati.
“Assalammualaikum,”
lembut Adni Farha menjawab.
“Errr…waalaikummussalam,”
Ayman Fareeq dah urut-urut lehernya. Malu sebab terjah anak dara orang sesuka
hati. Adni Farha pandang Nadia dan tunjuk isyarat bagus. Nadia kenyitkan mata
dan menyambung kembali kerjanya.
“Kenapa
telefon?” Adni Farha bertanya perlahan. Takut orang lain dengar.
“Kalau
tanya berdepan bukan awak nak bercakap sangat dengan saya.” Ayman Fareeq
merenung ke luar memandang Adni Farha. Adni Farha turut memandang Ayman Fareeq
di dalam bilik.
“Seriously, Encik Ayman ni buat hati saya
sakit sangat.”
“How come? My dimples, eh?” Ayman Fareeq tersenyum lebar.
“Daaa…perasan
tak habis.” Adni Farha mencemik.
“Biarlah
saya perasan sorang-sorang. Tak rugi
pun.” Ayman Fareeq ketawa.
“Ni
nak apa sebenarnya?” Adni Farha cuba alih topik.
“Banyak
lagi tak nak buat?” tanya Ayman Fareeq lembut.
“Satu
fail aje lagi ni. Boleh siap sebelum balik kalau Encik Ayman tak kacau.” Adni
Farha angkat fail di depannya.
“Ini
bukan kacau. Ini ambil berat namanya.”
“Ya
lah tu…” Ayman Fareeq ketawa besar bila dilihat Adni Farha dah julingkan mata.
“Juling
betul-betul nanti baru tahu. Buatlah selalu macam tu.”
“Doakan
benda yang tak baik lagi teruk.”
“Ada
aje jawapan dia.”
“Allah
beri akal. Kena pandai gunakan.”
“Hesy…sabar
ajelah.”
“Alhamdulillah…baru
saya tahu Encik Ayman ni penyabar orangnya.” Adni Farha tergelak. Ayman Fareeq
dah geleng kepala. Si rambut karat dah gelak-gelak maknanya boleh tanyalah
sekarang kan.
“Hmmm…Adni…dinner weekend ni on, eh?” Ayman Fareeq merenung tajam di balik dinding kaca bilik.
“Apa
dinner-dinner? Siapa entah nak berdinner dengan dia.” Adni Farha
menari-narikan keningnya.
“Tapi
awak dah janji,” pujuk Ayman Fareeq.
“Tak
nak. Nanti ada orang marah saya.” Adni Farha berkeras menolak.
“Siapa
pula nak marah?” Ayman Fareeq buat muka pelik.
“Cik
Qashrina.” Jawapan Adni Farha membuat tekak Ayman Fareeq terasa perit. Si
rambut karat masih marah hal pagi tadi.
“Saya
tak ada apa-apa lah dengan dia.”
“Dah
pergi sarapan berdua, takkanlah tak ada apa-apa. Kawan tu siap jeling kita lagi.
Tak naklah saya. Ada nanti saya kena serang kat pejabat ni.”
“Adni…Qash
tu kan client Perunding Klasik. Dia
dah nak belanja takkanlah saya nak tolak.”
“Tengok…siap
ada nama manja lagi…Qashhh…huh…” Adni Farha menunduk. Merajuk. Ayman Fareeq dah
garu kepala. Aduhai…nak cakap macam mana lagi kat si rambut karat ni.
“Loveee…”
Ayman Fareeq buat suara menggoda.
“Huh?!”
Terlepas telefon bimbit di pegangan. Menggagau Adni Farha mencapai telefon
bimbitnya. Ayman Fareeq dah tergelak besar. Nadia dah pandang pelik. Bila dia
menoleh ke bilik Ayman Fareeq, digelengkan kepala. Memang sengal dua-dua ni.
Kenapalah perabih duit, kalau
bersemuka kan senang.
“So, percaya tak?” tanya Ayman Fareeq
saat dia perasan telefon bimbit kembali melekap di telinga Adni Farha.
“Percaya
apa?” Pipi Adni Farha dah memerah. Malu.
“I’m still single and available?”
“Kejap-kejap.
Nak kena buat analisis dulu.”
“Adni
Farha!” suara Ayman Fareeq naik satu oktaf. Nasib pintu bilik tertutup rapat. Kalau
tak memang satu pejabat bergema dengan suara dia.
“Ya
lah. Ya lah. Percaya. Suka tau paksa-paksa.” Adni Farha dah muncungkan mulut.
“Jangan
buat macam tu.”
“Buat
apa?”
“Mulut
tu. Nasib saya ni beriman orangnya.”
“Eh!
Hello….orang yang beriman tak mengakulah dia beriman.”
“Baru
ni saya mengaku saya beriman tau. Dah banyak kali orang cakap saya ni boleh
masuk rancangan imam muda.”
“Sudah-sudahlah
perasan tu.”
“Tak
perasan but at least apa yang saya
cakap malam tadi terkesan juga kat awak kan?”
“Which one?”
“Kan
manis pakai baju kurung. Susut sikit dosa saya. Kalau tak memang dapat pahala
kering hari-hari.”
“Tak
maulah cakap pasal ni. Saya tahulah saya tak alim.” Adni Farha merajuk. Malu pun
ya juga. Hakikat menutup aurat itu adalah wajib dah lama dia tahu. Dia sedang
cuba ke arah itu.
“Love…tanggungjawab
saya sebagai seorang muslim untuk menegur mana yang perlu.”
“Okey,
okey. Saya tahu saya sedang cuba berubah perlahan-lahan ni tapi please stop calling me love.”
“Saya
suka.”
“Saya
tak suka.”
“Kenapa?”
“Malu
lah. Belum ada apa-apa lagi.”
“Then go out with me this weekend. Kita
cuba.”
“Hmmm…”
“I don’t accept no.”
“Eee…suka
tau paksa-paksa…Yalah, yalah. Kat mana?”
“I’ll pick you up.”
“Saya
pergi sendiri. Just tell me where?”
“I’ll text to you later.”
“Okey.”
“Fail
yang tak siap lagi tu, bawa ke sini. Biar saya siapkan.”
“Tapi…”
“Just do it. Lepas tu awak boleh balik.”
Ayman Fareeq jungkitkan kening. Saja mencipta alasan untuk berdepan dengan si
rambut karat. Bekalan hujung minggu.
“Yalah.”
Talian dimatikan. Adni Farha mengusap telinganya. Panas. Lama juga dia
bergayut. Dia berdiri dan membetulkan sedikit baju kurungnya.
“Lamanya,”
tegur Nadia. Dia sudah bersiap-siap untuk pulang.
“Bukan
salah aku. Salah bos kau.” Adni Farha mengambil fail dan mengetuk pintu Ayman
Fareeq sebelum masuk. Nadia geleng kepala lagi. Kalau tak dilayan kan sekejap
aje jadinya. Hailaa…Adni, kau dah suka sebenarnya dengan hati beku tu.
melting... ohhmaii :)
ReplyDeletemelting yer abby sha....ni baru sikit...kita tengok masa dinner nanti...ekekekeke....
Deletei want more .... please .....
ReplyDeleteBg aku oksigen dulu.....yeay...
Delete(Y) marah2 sayang...
ReplyDeleteDa mula nk sayang2 ni nurr bayu...
DeleteBest.
ReplyDeleteTq baby mio...
DeleteSo sweet...best sgt2 citer ni....gud job sis......watak yg sgt bgs.....si manja adni n si hati beku ayman....padanan yg bgs.....apa lah agaknya yg berlaku ms dinner nnt.....jgn lah ada scene gaduh2 manja lg.....hihihihi.....can't wait for ur new entry.....gud luck, sis.... -jumay jue
ReplyDeleteTq jumay jue....kita tgk apa jadi ms dinner nnt eh...sweet ke history....hehehe
Deletebole tahan lurus si adni ni....... nak lagi
ReplyDeleteKan rina...org tk prnh bercinta...next n3 sabar yer...
Deletebestnya good job ...
ReplyDeleteTq panjang....
DeleteNgeee...
ReplyDelete